Friday, November 11, 2016

Jom Singgah : Masjid As-Saadah Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang

Jom singgah di Masjid As-Saadah, Bandar Sultan Suleiman.

Masjid berkubah biru dengan sturuktur binaan yang besar dan nampak luas

Selalu je lalu kat tepi highway nak ke Pelabuhan Klang Utara tu dan nampak masjid ni. Pernah la singgah sekali dua dulu. Kali ni singgah lagi untuk tumpang solat maghrib tempoh hari.

Masjid As Saadah

Masjid As-Saadah merupakan sebuah Masjid Qariah yang terletak dalam daerah Klang, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.

Saadah bermaksud kebahagiaan.

Bila singgah di masjid ni terkesima pulak tengok binaan dia yang besar dan megah ni. Benar benar melambangkan kukuhnya agama Islam yang terpasak di bumi Malaysia ni.

So jom usha sambil tengok tengok masjid yang tentunya menjadi kebanggaan warga Bandar Sultan Suleiman ni.

Entrance masuk. Ada ample parking di belah dalam dan perkarangan masjid

Menarik jugak diperkarangan masjid ada taman untuk jemaah bersantai

Menurut sumber masjid ini telah di bina pada tahun 1998 dengan wang sumbangan kariah tapi gagal di siapkan sehinggalah 30 tahun !

Macam tak logik je. Ni baru tahun berapa.

Tapi menurut sumber di internet lagi, ianya telah di rasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 12 hb 12, 2003.

Dibina dengan keluasan 1.8 ekar dan boleh memuatkan lebih daripada 6000 jemaah !

Masjid di bina merangkumi 3 lantai dengan 2 tingkat ruang solat.

Dengan ukiran batu bata dan seni kaca

Di bawahnya terdapat kemudahan tandas

Dan tempat wuduk

Petunjuk arah

Binaan masjid ini bercorakkan moden ala timur tengah. di mana terdapat menara yang tinggi dibina di luar masjid.

Tangga besar ke ruang solat utama di tingkat atas macam di Istana Budaya

Pintu masuk ke ruang solat utama  

Selamat datang ! Assalamualaikum

Hiasan dinding masjid

Ruang solat utama

Dari sudut sisi

Masjid ini adalah besar dan tinggi.

Kubah yang besar di tengah-tengahnya

Tingkat bawah dan tingkat atas ruang solat

Pintu pintu kaca di bahagian tepi

Arah hadapan

Mimbar masjid dan tempat imam

Karpet

Jemaah

Di sebab kan runag yang luas dan tinggi, kipas kipas di pasang di tengah tengah ruang solat untuk memberi keselesaan kepada jemaah tapi rasanya disebabkan rekaan yang terlalu luas, kipas kipas tersebut tidak berapa dapat menyejukkan ruang solat ni.

Ruang dalam yang luas dan tinggi memang memberi rasa yang agak selesa untuk para jemaah yang datang untuk bersolat di sini tapi kalau tak de angin masuk memang kedap jugak la terasa.

Dan rupa serta keadaan dalaman masjid nampak kurang di selenggara dan sudah pudar warnanya.

Bahagan luar tempat solat utama

Antara kemudahan yang terdapat ialah dewan besar, pejabat, ruang parkir dan ruang solat yang selesa.

Masjid ini sering menyediakan kuliah-kulaih dan tazkirah untuk para jemaahnya.

Tangga turun ke bawah

Terjumpa mayat yang perlu di uruskan oleh pihak kariah sebelum di kebumikan

Permohonan sumbangan untuk wakaf kipas besar di ruang solat. Boleh bank in terus ke akaun masjid BIMB? or CIMB?

So sesiapa nak tambah saham akhirat boleh la berhubung dengan pihak Masjid As Saadah ni.

Masjid As Saadah

Lambang kemegahan Islam di Bandar Sultan Suleiman



Hati akan tenang bila kita bersyukur dan menerima hakikat apa yang ada itu memang sudah ditakdir kanjadi milik kita. Dan redha apa yang hilang itu sudah ditentukan sebaliknya.

Jangan lupa singgah !

Masjid As-Saadah Bandar Sultan Suleiman
Leboh Sultan Abdul Samad
Bandar Sultan Suleiman
42000 Port Klang, Selangor
Malaysia

12 comments :

  1. Assalamualaikum Meng, aku suka ko share gamba masjid-masjid nie..
    Tersangatlah detail. Siap tempat wudhuk semua tu...
    Thanks for sharing Meng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam.

      Alhamdulillah.... Nanti aku rajin rajin kan diri lagi singgah mana mana masjid.

      Thanks for reading !

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah... Cuma kurang di jaga skit. Dah nampak run down

      Delete
  3. BIMB. Bank Islam Malaysia Berhad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok pada keadaan banner tu mcm zaman dulu kala jer.. waktu BIMB masih wujud kot

      Delete
    2. BIMB dah xwujudkah Meng?... mu biar betul

      Delete
    3. oh my bad... silap baca pulop. ingat dia nak tulis CIMB. lupa BIMB tu bank islam.

      abaikan komen ambe tu deh

      Delete
    4. alamak. Menguji betul soalan. Sila refer FB mereka!

      Delete
  4. Tk ada program sperti kuliah mgrib atau subuh?kalau ada hari apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check FB dia orang. Atas tu ada link dah bagi.

      Aku cuma tumpang singgah. Bukan jemaah atau kariah kawasan. Harap maklum.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...