Monday, November 21, 2016

TRAVELOKA NZ : Lake Pukaki | Lake Ruataniwha | Lake Ohau

Bersama-sama dengan Tasik Tekapo dan Ohau, Tasik Pukaki adalah satu daripada tiga tasik alpine di sepanjang pinggir utara Mackenzie Basin South Island.

Lake Pukaki dinobatkan sebagai tasik ketiga terjernih di dunia oleh Conde Nast Traveler selepas Tasik Bonito, Brazil, dan air laut di Pulau Lampedua di Italy.

Mt Cook dan Lake Pukaki

Lake Pukaki meliputi kawasan seluas 178.7 km persegi dan ketinggian permukaan tasik biasanya antara 518,2-532 meter di atas paras laut.

Tasik Pukaki pernah menjadi latar belakang dalam filem Lord of the Rings dan trilogies Hobbit.

Aoraki / Mt Cook boleh dilihat dari arah selatan Lake Pukaki ini.

Pergunungan

Lake Pukaki

Tasik ini bewarna turquoise kerana kejernihan yang luar biasa.

Lake Pukaki

Lake Pukaki

Lake Pukaki

Kawasan istirehat

Menuju ke arah Mt Cook

Lake Pukaki dan biri biri

Mt Cook

Pergunungan

Lake Pukaki

Kawasan gunung ganang

Keindahan yang tersendiri

Lake Pukaki sememangnya mempunyai tarikan tersendiri. 

Sekiranya perjalan di teruskan ke Aoraki, pemanduan akan membawa kepada separa pusingan tasik hinggalah ke arah Mt Cook. Dan sekiranya perjalanan di teruskan ke pekan Twizel, boleh la singgah di Lake Ruataniwa.

Lake Ruataniwha

Lake Ruataniwha juga terletak di adalah  Mackenzie Basin di New Zealand 's Island South . Merupakan tasik buatan yang di bina bagi sebahagian daripada pembinaan projek Waitaki hidroelektrik. 

Ia terletak di sempadan Wilayah Canterbury dan Otago kira kira 2 KM dari bandar Twizel.

Mirror lake

Tasik. Ruataniwha juga merupakan salah satu port utama aktiviti mendayung di New Zealand.

Pemandangan di sekitar tasik

Tasik ini adalah kira-kira 4.5 km panjang dan meliputi 3.4 km persegi.

Pokok besar

Lake Ruataniwha

Bentuk mukabumi sekitar kawasan Lake Ruataniwha

Tidak jauh dari Lake Ruataniwha ini terdapat sebuah lagi tasik yang dikenali sebagai Lake Ohau.

Lake Ohau

Lake Ohau adalah sebuah lagi tasik glasier di sempadan antara Wilayah Otago dan Canterbury.

Ia ditemukan oleh 2 sungai iaitu Sungai Hopkins dan Sungai Dobson yang mengalir dari kawasan hulu di Southern Alps serta turut mengalir ke Sungai Ohau yang menjadi pertemuan daripada pembinaan projek Waitaki hidroelektrik.

Ohau yang paling kecil dari tiga tasik kira-kira selari berjalan utara-selatan di sepanjang pinggir utara Lembangan Mackenzie (yang lain adalah Lake Pukaki dan Lake Tekapo ). Keluasannya meliputi 60 km² persegi.

Terdapat pusat Ski di barat daya Lake Ohau ini yang menjadi tarikan pengunjung.

Lake Ohau

Lake Ohau

Lake Ohau

Lake Ohau. Kalau ada lupin ni sure lawa

Lake Ohau

Lake Pukaki terletak di tepi laluan dan boleh di singgah di dalam perjalanan ke Aoraki mahupun ke Dunedin/Christchurch. Memang akan nampak dan wajib juga singgah di sini.

Lake Ruantaniwha boleh di jadikan option kalau berada di Twizel untuk singgah tapi tengok musim gak la sebab yang menariknya foliage pokok pokok je.

Lake Oahu kena masuk ke dalam dan jauh sikit dari jalan utama tapi boleh singgah juga sekiranya ada masa terluang.

Keindahan dan keunikan ketiga tiga tasik ini memberi rahmat buat santapan rohani kita. Sama sama lah kita syukuri nikmat kasih yang Tuhan beri dan pinjamkan seketika..

Enjoice !



Seribu misalan yang engkau gambarkan padaku
Satupun takku mengerti maksudnya
Seindah mana mimpi yang kau ceritakan dulu

Tak dapat kubayangkan tika itu

Ku dihujani genang seribu persoalan
Dan rupa-rupanya jawapannya tetap yang sama
Di situlah *tutup beban hati yang
Di situ juga terlerai cinta yang indah
Nikmat kasih yang terlindung di jiwa

Hanya pada damar dipuja sentiasa
Di sini kumengenalinya
Semua damar sejuta makna
Apa yang kulihat dan kurasa
Bagaikan kau milik semua

Kalimahnya cinta sejati
Dan nikmatnya memenuhi diri
Hapuskan segala rasa benci
Luput kesangsian
Berasa iri hati

Seribu misalan yang engkau gambarkan padaku
Jawapannya kini pada diriku
Seindah makna mimpi yang kau cerita padaku
Kini dapat kutafsirkan maksudnya

Rahsia di sebalik cinta
Adalah mengenalinya
Dan jiwa raga
Dan rela hanyut di lautan
Kasihmu...
Kekasih...
Oh, kekasih...

16 comments :

  1. cantik sungguh..tasik berlatarbelakang snow-capped mountain mmg menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. view yang tak dapat di lihat di halaman sendiri..

      * cry

      Delete
  2. Subhanallah cantiknya.... Lamanya nk tggu 2018...

    ReplyDelete
    Replies
    1. good things comes to those who wait !

      sabarrrrrr

      Delete
  3. Xder dekat2 gigi air tasik tu ke?

    ReplyDelete
  4. kau beruntung Meng...dapat tengok keindahan ciptaan Tuhan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... beruntung sangat aku.

      * seka airmata dgn kain sutera cina.....

      Delete
  5. belum ada rezeki nikmati dengan mata sendiri. dapat tengok gambar pun jadilah ! TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak per. slow slow.. sampai masa.. sampai jugak lah ketam ke sana..

      Delete
  6. Replies
    1. betul.... gambar pun tak boleh nak justify keindahan yang sebenarnya..

      Delete
  7. teringat lunch dekat meja lake pukaki tuu....once in a lifetime experience....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan apa? kalau bbq syok ek? tapi mesti kena halau

      Delete
  8. Meng..ko buat aku rindu nz..huhu. btw pic2 lawa amat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.

      aku nak racun kau repeat NZ ni. so bersedialah !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...