Tuesday, November 22, 2016

Jom Makan : Williams Corner, Kelana Jaya (2016)

Salah satu port lepak abad ini untuk segenap lapisan masyarakat adalah Williams Corner di Kelana Jaya.

Muda. Belia. Tua dan ramai lagi yang pastinya pernah lepak kat sini. Dan boleh di katakan hampir sebegitu ramai orang mengetahu tentang kewujudan William Corner ni kecuali seorang yang aku kenal memang langsung tak de idea dan tak tau pasal tempat ni.

Mungkin sebab zaman muda muda tak berapa berpeleseran mana jadi agak ketinggalan dan macam katak di bawah pyrex tempurung jugak.

Tau tak orang tu sapa?

OR aku !

Tapi aku memang tak terkejut kalau dia tak tau sebab biasanya aku yang bawak dia makan kat luar dan semua kedai aku yang pilih. Agak lama tak berkunjung ke sini, last sekali dulu pun masa lepak lepak dengan GBS.

Jadi.. buat julung julung kalinya aku bawak OR ke sini. First time datang dia order ni....

Nasi Goreng Soft Shell Crab

Pastu dia ajak aku datang lagi. Kali ke 2, ketam tu abis, so dia order Nasi Goreng Sotong.

Tapi dia kata yang ni tak sesedap nasi goreng ketam hari tu.

Semeinggu lepas tu. Dia kerah lagi aku datang. Sebagai seorang lelaki yang baik hati dan budiman, aku turutkan saja kehendak dia.

Manjang dia mengidam nak makan nasi goreng ketam ni. Memang perut mengandung-i lemak ! 

Then terjah lagi.

Dia dapat habuan dia. Senyum sampai ke telinga. Padahal makan bukan habis pun. Kongsi dengan Princess.

Dan kali yang berikutnya. Order benda yang sama

Pendek kata dia kemaruk sampai setiap minggu kami pegi William dan dia order Nasi Goreng Ketam ni. Dan setiap kali tu aku ambik gambar untuk keep track sampai aku dah lost track

Sampai la satu tahap aku pulak yang naik bosan datang William ni. Dah jemu !

Menu aku sentiasa je bertukar tukar jugak lah sampai aku sendiri dah tak tau nak order apa.

Nasi Goreng Chicken Chop

Nasi Goreng Ayam Pandan

Dan kadang kadang dengan aku sekali order Nasi Goreng Ketam tu

Dan juga cheese Nan William yang mantap dan padu ni. Memang melekat lika pekat Nan Cheese dia ni

Pernah jugak aku makan Roti Canai jer

Dan lagi kalau aku buntu aku order desserts je. Ni creme brulee. Tak sedap sangat tapinya

Dan juga Lemon Cheesecake

Tapi at least menu aku berubah rubah jugak la kan? Jemu aku kalau nak order benda yang sama jer. Atas sebab kemaruk dan keinginan OR aku ni belum sampai ke kemuncak, aku dok simpan je gambar gambar makan kat William ni dan tak tau bila buleh buat entry nya.

Cuma ada satu kali hari tu kami ke Williams dan OR bertukar selera. Dia makan Nasi Arab.

Punya la banyak portion dia. Terpaksa jugak aku hulurkan bantuan perut nak habiskan

Dengan ayam rentung macam mangsa kebakaran jer

Maka lepas tu dia kembali kepada menu asal !

* sigh.

Tak tau la apa benda William ni dah letak dalam Nasi Goreng Ketam ni. Bagi aku memang la sedap nasi goreng ketam dia tapi tak de la aku kemaruk macam tiap tiap minggu nak kena makan.

Dah selalu sangat pegi kan, kalau pegi bukan makanan je, minuman kena order sekali. 

Nah. Layan gambar air minuman yang pernah di order.

Ribena Laichee. Favourite Princess dan Hero

Air Herba Laichee

Apple Asam Boi

Fresh Orange Longan dan Air Herba

Air Nenas Rambutan

Kembali kepada Air Herba

Kira lah dah berapa gelen air kedai William ni masuk dalam perut aku. Dah sampai tahap boleh membawa kepada gelora. Dah boleh dapat Anugerah Pelanggan Setia William Corner untuk tahun 2016 ni. Belum kira berapa banyak duit aku laburkan untuk William tahun ni saja? Sepinggan nasi goreng ketam tu RM 25. Air satu gelas besar tu RM 10. Kali kali.... boleh gi umrah tahun depan sekali lagi. Amin.............

Tapi bab makan aku tak komplain. Lagi lagi yang nak makan tu orang yang aku patut kasi makan. So dia nak makan, aku kasik jer.. Kalau gemok dan tak menawan nanti jangan salahkan aku kalau hubungan aku kembali mekar samaada dengan Neelofa ataupun Fazura.

* bunyi libasan rotan.. zap zap zap.

Dan layan sikit lagi gambar gambar di William Corner ni.

Selalu aku datang lewat malam lepas budak budak dah tidur.

Ini botol sos cili dan sos tomato. Kalau sesapa tak tau la....

Ini sewaktu kunjungan kami yang agak lewat. Dah tak de orang

Atau time orang dah pun berkurangan

Tapi ada jugak time orang masih beramai ramai melepak di sini

Atau time kedai pun dah nak di cuci sebab nak tutup

Atau memang tinggal aku je yang jadi pelanggan

Satu lagi

Dan sebab dah selalu pegi makan kat sini, aku dah boleh akses ke dapur William dah. Guna toilet kat dapur sebab yang satu lagi tu selalu penuh.

Ni menu menu yang ada di William Corner ni.

See? Banyak lagi tu kan? Bukan ada Nasi Goreng Ketam tu jer....

Tapi... yang itu jugak la yang dia nak.

Katanya jiwanya luhur setia. Setia pada yang satu. 

Abis yang suka tukar tukar menu ni? Heartbreaker?



Look Out [x3]

Where It's At
I Know Karmas Comin To Pay Me Back
I Hurt The Sweetest Thang That's On The Map
I Broke Her Heart In 30 Seconds Flat
In 30 Seconds Flat

Now How Did I
Just How Did I Become That Kind Of Guy
To Look At Girl And Lie Right In The Eye
My Momma Told Me Willy That Ain't Right
Boy Now That Ain't Right

I'm S S S Sorry
I'm S S S Sorry
I Didn't Mean To Break Your Heart [x2]
I'm S S S Sorry
I'm S S S Sorry
I Didn't Mean To Break Ya
B B B B Break It Baby
Look Baby
I'm A Heartbreaker [x6]
I'm A Heart
A H H H H I'm A Heart
A H H H I'm A

Where She Go
I Got Some Things I Gotta Let Her Know
To Fix The Love Now It's Impossible
But Baby Baby If We Take It Slow
If We Take It Slow
We Can Make It Work
We Just Can't Throw The Love Down In The Dirt
You Probly Thinkin I'm A F**Kin Jerk
Cause The Way I Let You Down It Made You Hurt
I Didn't Mean To Make You Hurt

I'm S S S Sorry
I'm S S S Sorry
I Didn't Mean To Break Your Heart [x2]
I'm S S S Sorry
I'm S S S Sorry
I Didn't Mean To Break Ya
B B B B Break It Baby
Look Baby
I'm A Heartbreaker [x6]
I'm A Heart
A H H H H I'm A Heart
A H H H I'm a

Break It Down
Let's Break It Down [roughly x15]

So So So Sorry
So So So Sorry
A La La La
La La La La
La La La La

I'm S S S Sorry
I'm S S S Sorry
I Didn't Mean To Break Your Heart [x2]
I'm S S S Sorry
I'm S S S Sorry
I Didn't Mean To Break Ya
B B B B Break It Baby
Look Baby
I'm A Heartbreaker [x6]
I'm A Heart
A H H H H I'm A Heart
A H H H I'm a

Williams Corner  
3-1, Ground Floor Plaza Mayang,
Jalan SS26/4, Taman Mayang Jaya
47301 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia


Aku harap kunjungan aku ke William Corner untuk baki tahun ni dah tak sekerap tu lagi.

16 comments :

  1. mcm2 ada kt sini ya..nasi Arab pun ada jg..tapi nasi goreng chicken chop tu mcm sedap walopun byk kicap..

    ingatkan Princess nk dpt adik td..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan banyak. menu cipta sendiri... style mamak tapi harga macam chilis. hiks.

      tapi makan puas hati !

      memang dia bersungut nak baby.. ingat mcm beli kat kedai agak nya

      Delete
  2. Errr... Aku tok tahu pun pasa Williams ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa.. satu lagi contoh katak di bawah pyrex.

      hahaha.. x wajib tau pun. cuma ni salah satu port pilihan lepak remaja muda mudi.

      Delete
    2. Erkkk.. aku sudah tidak muda mudi kah

      Delete
    3. tak muda mudi dah... muda belia jer...

      Delete
  3. hahahah.. siap ada koleksi william...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selalu sgt bertenggek kat situ. sampai waiter situ dah tau nak order apa

      Delete
  4. Amboiiii...nak skandal dgn artis jewww....laa...william ni mcm resto mamak je ke...tp rega mcm nak setanding chillis dah...(tarik nafas)

    ReplyDelete
    Replies
    1. artis match dgn artis je la..... lumrah alam begitu cik yati. kau kena accept tu. hahahahah

      harga mahal skit la tapi kalau share oke kot sebab portion dia mcm nak makan kenduri

      Delete
  5. Hahaha..Meng nk scandal ngan retis lawa jer 😂😂😂

    Berapa byk kali ko sebut nasi goreng ketam dlm ini entry..aku baca pon dh naik ngidam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. aku dgr nasi goreng ketam pun dah mual mual rasanya...

      skrg dah stop. dia dah tak kemaruk dah datang sini. so hubungan aku dgn william ni dah semakin renggang. terpaksa beralih kasih dgn artis artis jelita semula...

      hi nora danish !

      Delete
  6. oiii aku pon dok tau pasal William ni....ahoyyyy!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pilih.. nak pyrex ke nak tempurung.

      duk bawah tu !

      hahahah. tak penting pun nak tau. tapi now aku dah bagitau.. kau dah tau. so apa lagi? pegi la lepak !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...