Thursday, November 24, 2016

Jom Kunyah : Nasi Ayam Goreng Kunyit Warisan Opah, Jln Semarak KL

Sapa kata aku tak reti makan kat gerai?

* laraskan senapang patah untuk menembak

Tak de pun...  Aku je tu yang perasan. Tapi kali ni lain skit. Asyik makan kat tempat berdinding, kali ni edisi jom makan kat warung atau gerai tepi jalan.

Tempatnya? Di Jalan Semarak, KL !

Gerainya?

Nasi Ayam Goreng Kunyit Warisan Opah.

Hari tu sebenarnya masih awal. Aku ada kerja sikit kat area tu. Memula tak nak makan sebab awal lagi, tapi bila tanya tanya, katanya macam dah ready.

So apa lagi.

"Kak ! Nasi Ayam Goreng Kunyit Warisan Opah kasi 2 ! Makan sini. Air sekali !"

* begitu arahan

Perut pun sebenarnya macam kelaparan sebab pagi tak sarapan.

Warungnya simple jer. Macam kat pasar malam. Tapi aku rasa kakak berdua ni memang hari hari niaga kat sini. Ni memang port dia.

Nak senang, loksinya berdepan dengan Menara Celcom tu je

So apa yang menarik kat sini?

Sudah tentu lah Ayam Goreng Kunyit Warisan dari Opah. Opah mana tu aku tak tau. Opah kakak kakak ni kot.

Ada 2 orang kakak bertungkus lumus menyediakan makanan. 

Nampak macam ayam nya baru nak di goreng. Tak pe lah. Aku lepak jap menunggu sambil bersembang dengan member.

Biasanya orang tapau kot, tapi ada few meja di sediakan bagi yang nak dine in ! Dine in tu !!

Kuali pun baru nak di panaskan

Air turut di jual. Air free refill !

Kakak sedang bertungkus lumus

Menunggu kakak tu goreng ayam kejap dan tak lama lepas tu.

Tada.......... mempersilakan................

Nasi ayam goreng kunyit warisan opah. Di datangkan dengan tambahan telur mata bersalut kicap pekat manis dan sambal untuk halwa rasa. Boleh tahan jugak pedas sambal akak ni.

Member aku konon diet. Mintak nasi separuh. Poyo je tu............ !

Ha Ha Ha.. Betapa senang hati beta........... Beta kenyang !

Cemana nak describe rasa dia?

Nasi ada sambal pedas pedas sikit. Ayam goreng kunyit makan panas panas dan garing. Ummph !

Sesapa pun pasti tak tolak !

Kosnya pun murah dan mampu-makan. Kos makan campur air untuk 2 orang, RM 16 ! Air refill berkali kali sebab kepedasannya agak tidak terperi ( untuk orang Hitaly macam aku ni ).

So kalau kebetulan berada di kawasan ni, boleh cuba. Bantu lah peniaga peniaga kecil macam kakak kakak ni. Selain sedap dan harga murah kakak berdua ni pun baik melayan.

Katanya di buka juga untuk tempahan !

Tapi nak nombor untuk menempah sila masuk bawah meja ! Ha Ha Ha....

Selamat mencuba !

Untuk panjangkan entry ni, kita berhibur dengan satu lagu................ Yuna boleh? 

Maybe Yuna boleh ajak Usher lepak lepak pekena nasi ni. 

"Usher.. mung tau dok Opah tu mende?"
"Opah? Oppa Gangnam Style?"
"No... Not that Opah.. Grandmother.. Tau dok?"
"Dog?"
"Ah.. Dok reti baser mung. Doh mung nok tra dok Nasi Ayam Goreng Kunyit Warisan Opah?"

Mesti Usher jawab.

"Nok !"
"Doh kalu nok meh ah turung"
"I'll be coming down, down, down, down, down, down down down down......"

* lari laju laju takut labah labah gigit kat leher !



[Verse 1 - Yuna:]
You call me on a lazy afternoon
Asking me what I'm up to, let's find something to do
Baby I'd be down, down, down, down, down,
Down down down down.
You know I'd be down, down, down, down, down,
Down down down down.

[Verse 2 - Yuna:]
I see you arriving in your car.
Jet black mercedes, built in the 70's
Classic like you and me
I'll be coming down, down, down, down, down,
Down down down down.
I'll be coming down, down, down, down, down,
Down down down down.

[Chorus - Yuna:]
I feel a little rush
I think I've got a little crush on you
I hope it's not too much
But boy when I'm with you I hear it
My heart is singing
La la la la la la...
La la la la la la...

[Verse 3 - Usher:]
Honestly you shouldn't waste time no more
Cause all these little boys you're chasing did
They break your heart?
I know you've been down, down, down, down, down,
Down down down down.
I won't let you down, down, down, down, down,
Down down down down.

[Chorus - Yuna & Usher:]
I feel a little rush
I think I've got a little crush on you
I hope it's not too much
But girl when I'm with you I hear it
My heart is singing
La la la la la la...
La la la la la la...

[Bridge - Yuna & Usher:]
I wonder if you feel the same
I see it in the way that you behave around me
And I can tell
What we have is different from anyone else
Cause you stop doing what you doing
When I call you come up to me running
And I would do same for you
So tell me that you feel it too

[Chorus - Yuna & Usher:]
I feel a little rush
I think I've got a little crush on you
I hope it's not too much
But boy when I'm with you I hear it
My heart is singing
La la la la la la...
La la la la la la...

[Outro - Yuna & Usher:]
Think I've got a crush, baby
Feel a little rush baby
Think I've got a crush, baby
Feel a little rush baby

10 comments :

  1. sambal nasi ayam ni memang pedas giler..kt tmpat lain pun mcm tu jg..selalu beli kat sebelah Coliseum & Odeon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua satu geng ke? warisan opah ni? ooo ingat kan ada kat sini jer...

      sambal pedas tapi tu yang kick... pastu jatuh sedih

      * makan sampai berair mata

      Delete
  2. hebat strategi opah, suruh cucu muda beliye jaga kedai !

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. yup.. simple tapi menyelerakan....

      kegemaran semua orang !

      Delete
  4. Semalam lalu jalan Semarak baru perasan ada gerai ni. Selama ni lalu ulang alik tak pernah nak usha apa ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak yang berdua tu sihat lagi kan? ke dah berubah penampilan ala ala Beyonce sebab ramai org gi serbu kedai dia?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...