Wednesday, November 9, 2016

Jom Layan : Bayu Senja Di Muara

Sepetang melayan bayu senja di muara......

Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya adalah untuk menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah apabila kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha untuk mencapai jaya

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.

Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari…

Kita patut berkorban supaya orang lain juga dapat merasai kemanisan hidup

Tutuplah mata perlahan lahan dan rasakanlah kehadiran cinta merasuk dada, Dan kita akan terbuai melalui keindahan yang di hasilkannya

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal

Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah. Kita harus cekal mengharungi.

Jarak adalah penguat hubungan kita agar terus saling percaya dan selalu setia.

Cinta datang dengan pengorbanan yang akan memberikan petunjuk siapa diri kita yang sebenarnya

Ketika satu pintu tertutup maka akan ada pintu lainnya yang terbuka. Ertinya selalu ada jalan bagi setiap kesulitan yang menaungi kehidupan

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah pertama

Kasih sayang adalah keindahan jiwa bukan kecantikan rupa

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Mencintai bukan sekedar perasaan. Ia lebih kepada tindakan pengorbanan

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya tidak lagi kembali singgah ke pelabuhannya

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang yang sama

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini

Cinta mampu membangun jambatan yang menghubungkan dua jiwa insan yang berbeza

Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti. Jadi teruskan bermimpi

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan

Percayalah; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok

Cinta dapat memberikan dan menciptakan kehidupan, sedangkan benci mengakibatkan kebencian dan penghancuran.

Cinta untuk hidup. Hidup untuk terus mencinta. 



Bukan untuk yang pertama
Ku rasakan cinta yang menghilang
Bukan untuk yang pertama
Ku rasakan rindu yang menggebu

Dan ku berharap
Semua ini takkan berakhir lagi

Aku akan selalu berada dekatmu
Takkan pernah ku jauh
Dan semoga selalu bersemi di hati
Cinta yang terakhir

Semalam ku memimpikan
Berdua mengarungi samudera
Saling berbagi bahagia
Dan berjanji untuk setia

Dan ku berharap
Semua ini takkan berakhir lagi

Aku akan selalu berada dekatmu
Takkan pernah ku jauh
Dan semoga selalu bersemi di hati
Cinta yang terakhir

Aku akan selalu berada dekatmu
Takkan pernah ku jauh
Dan semoga selalu bersemi di hati
Cinta yang terakhir

Aku akan selalu berada dekatmu
Takkan pernah ku jauh
Dan semoga selalu bersemi di hati
Cinta yang terakhir

6 comments :

  1. Ayat2 yg puitis dan menyentuh hati, perasaan & akal... Keep up the good work Supermeng!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kebetulan je hari tu pegi lawa.

      kdg kdg dua tiga kali pegi. hampess....

      pasrah je lah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...