Saturday, November 19, 2016

TRAVELOKA NZ : Lake Tekapo

New Zealand memang popular sebagai sebuah negara yang mempunyai pemandangan semula jadi yang menakjubkan.

Salah satu landskap yang tidak patut dilepaskan ketika melawat New Zealand adalah Lake Tekapo.

Lake Tekapo

Lake Tekapo adalah tasik kedua terbesar di New Zealand.  Tasik ini mempunyai pandangan yang luar biasa yang penuh pemandangan gunung biru yang kelihatan dari jauh dan ditutupi dengan salji. Air tasik ini adalah cahaya kebiruan berwarna serta tanah rumput yang cantik serta warna yang menakjubkan.

Pada musim bunga, bunga Lupin menjadikan tempat ini lebih cantik. 

Lake Tekapo juga disenaraikan sebagai Sky Reserve Dark UNESCO iaitu tempat yang sempurna untuk melihat milkyway. 

Bersantai di tepi tasik sambil menikmati keindahan tasik adalah aktiviti yang paling best dilakukan oleh pengunjung. Sekitar tasik Tekapo terdapat banyak rumah penginapan bagi mereka yang ingin tinggal di sekitar Lake Tekapo ini. 

Selain terkenal dengan keindahan tasiknya, di Lake Tekapo ini juga terdapat patung anjing gembala dan legenda Gereja Good Shepherd yang perlu dilawati. Gereja ini terletak di atas bukit di tepi tasik dengan pemandangan yang cukup mempesonakan

Fajar pagi di Lake Tekapo

Mentari menyinari

Snowcapped mountain dengan tasik yang tenang

Tekapo Village

Tasik yang kebiruan

Dengan tasik yang tenang

Sungai mengalir ke Lake Tekapo

Lake Tekapo adalah yang kedua terbesar daripada tiga tasik kira-kira selari berjalan utara-selatan di sepanjang pinggir utara Lembangan Mackenzie di South Island, New Zealand (selain Lake Pukaki dan Tasik Ohau). Ia meliputi kawasan seluas 83 kilometer persegi (32 batu persegi), dan pada ketinggian 700 meter (2,300 kaki) di atas paras laut.

Sebuah balai cerap astronomi terletak di Mount John iaitu di utara bandar Alexandrina.

Lake Tekapo mempunyai seramai 369 penduduk dan merupakan salah satu daripada lima penempatan di kawasan jarang berpenghuni Mackenzie Basin

Church of the Good Shepherd

Berlatangbelakngkan Mt John

Dari sudut lain

Kebiruan

Halaman

Dari seberang

Pinggiran

Lake Tekapo

Jauh

Lake Tekapo

Masih dalam musim sejuk

Broze Statue Sheepdog  

Dari kejauhan

Lake Tekapo

Pohon mati

Kawasan sekitar

Lupins di Tekapo. Credit Google

Lupins di Tekapo. Credit Google

Bagi aku, kunjungan ke South Island tidak akan lengkap sekiranya tidak singgah atau bermalam di Lake Tekapo.

Keindahan tasik di sini memang memukau pandangan mata. Juga menjadi lokasi wajib bagi yang ingin menyaksikan keindahan alam semesta kerana di sini ianya dapat di lihat dengan jelas di sebabkan kurangnya pencemaran cahaya.

Kami singgah 2 kali di Lake Tekapo ni, tapi cuaca memang tak berapa mengizinkan. Masa balik cuaca betul betul sejuk dan esoknya kami di landa salji yang turun sejak malam.

Suram di Tekapo ketika senja

Santai melayan suasana

Lake Tekapo dengan keindahannya yang tersendiri

Sejuk yang mencengkam

Setenang air di tasik, tak setenang gelora di hati yang dalam

Frust juga. 

Untuk apa datang 2 kali ke sini kalau suasana dan keindahannya tak dapat di nikmati? 

Tapi aku maafkan Lake Tekapo, apa pun yang terjadi, punya hikmah dan nikmat yang tersendiri.



Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam bagai salju
Tidak sedingin kehangatan mu
Kau sengaja membina
Dinding pemisah diantara kita
Tak lagi bersemuka

Kekasih ku..
Kurasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku...
Tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...
Kemaafan... kemaafan... dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salji
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti terbuka kembali
Hatimu yang terkunci...

Kekasih ku..
Kurasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku...
Tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...
Kemaafan... kemaafan... dendam yang terindah...

14 comments :

  1. wah..the iconic church tu. bile la ada peluang nk shoot MW kat sini...huhuhu. cantek meng gambar niujilen neh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe Agip. Kita org pegi dulu... ambik puas puas.. then later kau pegi.. ambik cantik cantik okey !

      Delete
  2. View NZ memang mantop ! Jenuh aku menabung untuk ke sana !

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. terima kasih. tuah ayam nampak di kaki. tuah manusia siapa yang tahu..

      Delete
  4. Replies
    1. must visit. kalau gi NZ tak singgah sini, umpama belacan tanpa udang udang

      * mati la perumpamaan

      Picnic pun menarik kalau tak sejuk

      Delete
  5. Dah sampai lake tekapo time spring 2011 & summer 2014. Memang menawan view dia sampai rasa nk nanges..hihi. Cuma terkilan skit sbb tak berjodoh lagi nk tgk bunga lupins purple2 tue..huhu #alasanuntukpergilagi haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah.. dah time utk riki riki tiket ke sana tu...

      Delete
  6. cantiknya..bunga lupins kaler purple..summer or spring kot ada bunga ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...