Wednesday, February 10, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 07 : Ruifang > Shifen Scenic Area

Aku perasan minah tu  ala ala macam nak menyorok dari aku sebab dia ingat aku nak marah dia.

Aku memang la tengah marah tapi tak de keje aku nak gi marah dia. Aku cuma nak bagitau dia yang dia salah bagi info kat aku. So kalau dia tak sure, next time baik jangan cuba cuba membijak !

Tapi maybe riak muka aku nampak bengang dan mencuka tapi tak pe lah slow slow nanti mood aku akan reda sendiri.

Aku pegi dekat board tadi tu dan check balik the next bus ke Shifen akan sampai pukul 4.50 petang. Lama lagi sebab sekarang pun belum pukul 4 petang. Ada dekat sejam jugak tu nak kena tunggu !

"Where you go?"

Pakcik rongak bertanya. Maybe dia concern sebab aku berwajah pelik dari yang lain lain yang sedang tunggu bas kat bus stop tu.

"Shifen Waterfall"
"Shifen? You go train. 4.05 train to Shifen. Bus 4.50"

Beria-ria dia suruh aku naik train. Sekali pandang macam muka Hamid Gurkha pun ada cuma versi cerah sikit.

Dan dia macam tak puas hati bila aku tak berganjak dari bus stop depan train station tu. Berkali kali dia pandang aku dah suruh aku pegi naik train. Aku malas nak layan sangat sebab dok ingat minah tadi beriya nak tolong aku pun akhirnya buat aku rasa tertipu. Dan muka pakcik Hamid Gurkha Taiwan ni pun sama jugak macam so so je buleh di percayai, tapi asal aku bertentang mata dengan dia je, dia suruh aku gi naik train ! Sesuatu jugak pakcik tu.. siap hafal jadual train tu.

Sudahnya aku blah masuk train station dan cuba riki riki cemana nak ke Shifen naik train.

Ruifang Train Station

Kat dalam train station tu rupanya ada Visitor Information Center.

Kalau aku tau, dari tadi dah aku gi jenguk. So aku tanya sorang minah kat situ dan dia pun syorkan suruh aku naik train. Tapi dia kata kalau naik train, kena menapak 30 minit baru sampai ke area waterfall. Kalau naik bas kena jalan kaki 15 minit dari bus stop.

Berbelah bagi gak aku. 30 minit nak kena menapak tu macam jauh jugak. Lagipun minah tu bagitau area waterfall tu tutup pukul 5.30 petang. Aku tak pasti sempat ke tidak nak sampai ke sana !

Last sekali, aku akur. Aku beli train tiket dari Ruifang ke Shifen. Tambangnya TWD 19/RM 2.50. Naik train rupanya lebih murah dari naik bas di Taiwan ni.

Minah tu siap bagi aku peta.

Tepat pada masanya, train sampai dan aku boarded train tu ke Shifen.

Dalam train. First time jumpa awek Taiwan yang cun. Tapi muka plastik skit

Lebih kurang 30 minit train bergerak meninggalkan Ruifang Main Station, akhirnya train berhenti di station Shifen.

Dah sampai di Shifen

Waktu kat Shifen station ni aku perasan banyak lantern di nyalakan dan dilepaskan di udara. Tapi sebab hari masih siang, tak berapa nampak lagi.

Aku tak buang banyak masa kat sini sebab aku kena bergegas ke area Shifen Waterfall.

Tadi dalam train boleh nampak area tu kat tepi laluan keretapi, tapi sebab tak boleh berhenti so tengok je lah. Aku dah bajet macam jauh jugak nak jalan kaki ke sana. Tapi terpaksa.

Pantas !

Kat Station Shifen ni ramai orang berkumpul dan menerbangkan lantern

Kat Shifen ni pun ada Old Street jugak macam di Juifen, tapi kat sini kawasannya lebih kepada sekitar rel keretapi je, bukan di kawasan berbukit bukit macam di Jiufen tadi.

Tapi suasana kat Shifen ni not bad jugak. Lawa pun lawa.

Sedap je tengok orang jual sotong goreng ni. Isk !

Ada jambatan gantung

Just usha usha macam tu jer

Aku terpaksa tanya orang cemana nak pegi ke air terjun tu. Nasib ada sorang mamat ni tunjuk jalan. Tapi setakat tunjuk je lah.

Aku doa doa kot dia nak tolong hantar.

Berangan je la lebih.

So sebab orang tak nak tolong hantar, aku jalan sendiri je lah. Ikut langkah kaki. Berpandukan sign board yang ada.

Panduan arah.

Dengan masa yang ada, aku bergegas melangkah. Tak boleh buang masa.

Kena bergerak dengan langkah komando.

Baris !

Baris bergerak dengan pantas.... Ke kenan..... hayun !

1..2..1...2..1..

Eh.

Nampak macam lawa.

Snappy jap

Jalan lagi. Fuh. Dah start berpeluh ni.

Snappy lagi. Nampak penanda ni ingat macam dah nak sampai.

Rupanya jauh lagi !

Hampir 20 minit, aku sampai di Visitor Infomation Center. Gi usha kejap nak tanya kot kena bayar ke apa, tapi dah tutup !

Rupa rupanya nak masuk area ni free jer. Yahoo.

Boleh pulak lepas tu aku silap jalan ! Entrance bukan ikut sini !

Alamak !

Masa tu aku tengok ramai orang dah mula keluar dari area ni. Aku jalan je terus buat tak pedulik. Pak guard pun dah start nak tutup pintu masuk.

Tengok jam. 5.15 petang.

Hah. tutup pukul 5.30 petang. Masih kah ada masa?

Masa aku berjalan tu ada satu geng geng budak budak muda belia pun baru sampai jugak. Dia orang lagi la dengan beg apa semua macam dari hostel jer.

Kawasan air terjun Shifen ni agak besar jugak. Tapi ada laluan khas di sediakan so kena ikut laluan tu je lah. Yang peliknya, bunyi air terjun macam dah terlepas tapi air terjun nya tak nampak nampak lagi.

Macam kena pusing satu kawasan. Jauh pulak tu. Dan dalam kawasan Shifen Scenic Area ni boleh dengar train lalu. Laluan train yang aku lalui tadi dari Ruifang memang melintasi kawasan Shifen waterfall ni tapi tak boleh nak turun kat sini sebab tak de train station.

Ikut laluan yang betul

Tapi laluan tu memang jauh !

Kalau ada banyak masa memang sempat la nak jalan slow slow ambik masa, tapi kalau macam aku ni, memang dah kira masa kecemasan. Budak budak 1 group tu pun berjalan bukan main punya laju.

Semuanya against time. Kena cepat dan pantas. Aku pun, kalau ada orang tertonggeng sebelah memang tak de masa nak tolong dah. Bangun sendiri ! Aku nak cepat. Biarlah dituduh sombong pun.

Aku siap pelik jumpa sorang mamat ni berjalan dalam area waterfall ni tarik beg macam kat airport. Tapi sebab nak cepat punya pasal, aku malas nak fikir dia dari planet mana dan kenapa bawak bagasi tarik macam tu.

Semua orang menuju ke sign yang ada tunjuk arah ke view point pertama. 

Just follow je laluan tu sampai la jalan menuruni bukit dan akhirnya sampai di view point pertama.

Wow. Terkesima rama rama kejap aku dengan pandangan pertama air terjun Shifen ni

Dari viewpoint pertama aku bergerak ke view point ke 2.

Pak guard dah mula bising bising. Aku syak dia bagitau yang tempat ni akan di tutup so kami kena beredar.

Cepat cepat ke view point ke 2

Lagi jelas di sini. Ada kawasan tempat istirehat dan mengadap air terjun ni

Tapi masing masing tak boleh nak buat apa. Cuma boleh jamu mata dan ambik ambik gambar secepat mungkin. Nak setting camera pun dah tak dan.

Main petik jer.

Shifen Waterfall

Shifen Waterfall (Chinese: 十分大瀑布; pinyin: Shífēn Dà Pùbù) is a scenic waterfall located in Pingxi District, New Taipei City, Taiwan, on the upper reaches of the Keelung River. The falls' total height is 20 metres (66 ft) and 40 metres (130 ft) in width, making it the broadest waterfall in Taiwan. It is a cascade waterfall in which the water flows in one direction and the rock is sloped in the opposite. 

Tapi seriously Shifen waterfall ni bagi aku sangat lawa. Cuma aku tak sempat nak berlama lama jer.

Lepas pada view point ke 2 tu, ada laluan naik bukit bertangga. Dan tangga tu agak steep.

Tangga naik bukit

Sebenarnya kalau ikut laluan yang telah di tetapkan ni, laluannya kira one day dari masuk sampai la keluar dari kawasan air terjun ni.

Tapi ramai yang datang sama dengan aku tadi patah balik ikut jalan kami datang tadi. Maybe sebab tak sanggup tengok nak daki tangga tu. Tapi kalau patah balik pun kena daki bukit jugak lah.

Nasib baik la aku tergerak hati nak panjat je tangga tu sebab laluan tu memang membawa ke jalan keluar tapi dengan jarak yang lebih dekat berbanding kalau patah balik ikut arah sampai tadi.

So jangan patah balik !

Lepas mendaki anak anak tangga tu akan sampai ke view point ke 3.

Shifen waterfall

Pandangan ke bawah. Ada kolam dan juga tempat istirehat

Aku pun tak sure boleh mandi ke tidak kat sini

Tapi tempatnya memang di jaga rapi

Pandangan dari view point ke 3

Kat kawasan view point ke 3 tu buleh tengok air terjun ni dari atas. Tapi ada tengah dia buat renovation kat area tu so tak boleh nak pegi dekat.

Usha dari jauh jer.

Kat area ni jugak ada toilet, restoran dan tempat rehat tapi tempat tempat ni dah nak tutup sebab hari pun dah petang.

Pak guard pun dah start bunyi bunyikan wisel suruh semua orang keluar.

Kedai kedai di dalam kawasan view point 3

Dan dari situ jalan terus menuju keluar dari kawasan Shifen Scenic Area ni

Hari pun dah petang. Tak elok lah aku merayap senja senja ni. Kang kena sorok dengan bunian kang

Ada kawasan sungai dan air mengalir

Ada juga taman taman kecil di laluan keluar dari kawasan ni

Letih kejar masa sebab kena halau.

Nasib baik nak keluar tu ada kedai jual air. Beli air sebotol. Dapat minum air sejuk terus rasa segar. Fuh. Lega selesai bertarung dengan masa.

Air aloe vera dengan lemon

Sebaik saja keluar dari exit area tu aku jadi bengong kejap. Sebabnya aku tak tau aku kat mana !

Ada teksi menanti kat situ, puak puak yang keluar sama dengan aku tadi semua pakat pakat naik teksi tu maybe balik ke train station. Aku tak de geng terpaksa la jalan kaki.

Tak per. Slow slow.

Jalan tanpa tujuan

Aku pun tak pasti arah mana aku tuju. Tapi tu je jalan yang ada dan aku rasa tu lah jalan keluarnya.

10 minit menapak baru la aku pasti yang laluan Shifen Scenic Area ni memang sehala. Aku masuk tadi ikut jalan lain dan keluar ni ikut jalan lain. Tembus tembus dekat papan tanda yang aku berhenti ambik gambar memula tadi. 

Jauh jugak la tu.

So tips untuk yang datang ke Shifen Scenic Area ni, kalau dah masuk, jangan patah balik ! Ikut je laluan dia tu nanti akan membawa ke jalan keluar jugak.

Jalan yang lurus dan benar. Jalan yang di redhai !

Dan semestinya view di jalanannya penuh dengan keindahan. Sesuai dengan namanya Shifen Scenic Area !

Tempat ni, highly recommended untuk di kunjungi !

Tengah berjalan di jalan yang sunyi dan kelam, tetiba rasa betis nak cramp ! 

Aduh ! Auh duh duh duh duh duh........



Adanya engkau disampingku
Hilanglah jarak dan waktu
Kekasih perjalan ini
Terlalu mengasyikkan
Segala yang aku lihat
Bak memberi syafaat

Setiap kata pujian semata
Kepadamu jua
Tiap langkah ku meyakinkan
Akan kebenarannya

Sedarlah aku dari mimpi
Yang memesongkan realiti
Terlerai sudah syak wasangka
Yang mengusut di hati
Sebelum ini kulihat keegoan
Yang bermaharajalela

Sebelum ini aku sangka keburukkan semata
Rupanya itu hanya satu dugaan
Kita tak bias lari dari kenyataan

Namun demikian sudah suratan
Teserlah kebenaran kepadamu kasih
Sebenarnya jalan keindahan

Sedarlah aku dari mimpi
Yang memesongkan realiti
Terlerai sudah syak wasangka
Yang mengusut di hati... ini

bersambung...........

12 comments :

  1. ko biar betik jalan sensorang kat jalan sunyi camtu...berani ko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku tau sorang2 takut jugak. tapi dah kat situ baru aku sedar aku sorang2... belasah je lah..

      Delete
  2. Replies
    1. lawa.. tapi tak dan nak bermesra dgn alam... sentuh air pun tak sempat

      Delete
  3. Replies
    1. tu lah. tak sia sia aku bertarung dgn masa... kalau air terjun mcm kat sogo mau aku nangis kat situ sepanjang jalan keluar

      Delete
  4. Mmg xleh mandi situ?

    Aaa.... Cramp lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. buleh kot kat bira bira tu. tapi dok dang nak mandi... hari dah petang sgt kang keluar bunian pulak

      Delete
  5. salam. saya baru pergi ke sini 2 hari lepas. masuk ikut jalan yg u keluar ni. main tipu sikit la sebab kejap je dah jumpa air terjun tu. tapi view tak best sgt lah sebb dari atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      oh.. kalau ikut laluan betul tu memang jauh kena pusing. x pe la janji dah sampai la tu kira oke la tu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...