Wednesday, September 30, 2015

Jom Celebrate : Alexis Bistro, The Gardens Kuala Lumpur

Makan makan di Alexis Bistro bersempena dengan birthday IH.

Actually birthday dia jatuh seminggu awal dari tarikh kami celebrate ni. Tapi minggu tu dia busy jadi kami tangguhkan majlis ni dulu. Al maklumlah orang tengah di lamun asmara, kena kasi can. Bila dia free baru boleh get together dan lepak lepak, borak borak serta makan makan !

Kami sepakat berjumpa hari sabtu malam minggu. Sesuai untuk melepak lepak dan berfoya foya ala ala muda mudi.

Bila IH bilang dia free weekend tu, maka kami yang lain pun free free kan jadual kami. Malangnya CP tak dapat turut serta sebab dia lagi busy outstation ke sana ke mari.

So kiranya tak cukup korum lagi.

Tak pe lah. Majlis tetap kena diteruskan. Lokasi pertemuan adalah di Alexis, The Gardens Kuala Lumpur.

alexis - bistro & wine bar

Ngeri je nak gi lepak kat wine wine bar ni, tapi jangan risau. Alexis ni kiranya macam restoran biasa yang menyediakan pelbagai makanan dan yang sampingan sampingan yang tak berapa nak berkenaan tu. So abaikan yang tu.

IH ambik BW dan MH ambik aku. Kami bertemu di The Gardens je terus untuk dinner dinneran.

Aku sendiri dah lama tak jejak kan kaki ke The Gardens ni.

Alexis The Gardens.  

Established in 1995, Alexis offers some of the most pleasurable contemporary dining and entertainment experiences to be found in Kuala Lumpur. Few pioneers go on to become institutions – but with the support of our clientele the restaurants and bars of Alexis have done just that.
Many elements make the Alexis experience so special.

You'll find stylish, warm, award-winning interiors; inventive cuisine of the highest quality co-existing with superbly executed local delicacies; famously delicious home-made cakes; impeccable service; and the finest music in town.

But more than that, we think you'll find some very special places for you to be yourself.

We look forward to having you as our guest.

Kami tak de buat apa apa booking pun. Petang tu dah decide nak jumpa kat sini then kami walk in jer. Orang agak ramai, tapi seat mencukupi. Tak perlu menunggu lama.

Alexis The Gardens ni merupakan cawangan terbesar mereka setakat ini yang boleh memuatkan 160 orang pelanggan pada satu satu masa.

Sampai sampai tunggu sini kejap

Dan dan tu mamat tu bagi aku seat di smoking area. Macam tau tau je aku smoking !

Dah duduk tu, waiter datang bagi menu.

Check menu.

Ada makanan Italian, Mediterranean, Asian, Cakes, Tapas dan sebagainya.

Pilih la ikut selera tekak masing masing.

Sebab tujuan utama kami adalah nak celebrate birthday IH, maka dia kena gi pilih cake sendiri !

Di Alexis ni ada pelbagai jenis cakes yang tersedia. Tapi waiter tu kira OK la, dia siap warn aku mana satu yang ada wine dan mana yang tidak. Memudahkan kami nak buat pilihan.

Cakes

Kami order 1 pavlova dan satu lagi waitress tu recommend, Orange & Almond Cakes

Atas dasar tamak dan haloba menguasai diri, cakes tak de tunggu later later. Dan dan tu kami demand supaya di hantar ke meja !

* perut lapar berkeroncong sebenarnya.

Malangnya, meja yang kami duduk tu terlalu kecik untuk kami berempat dengan makanan dan minuman lagi, so kami mintak pindah ke meja yang lebih besar di area luar.

Memula duduk di meja kecik macam ni

Tapi lepas tu dengan muka tak malunya kami mintak pindah meja yang lebih luas. Siap ada sofa. Syok skit nak melepak.

Di Alexis ni juga ada private space untuk company yang nak buat dinner apa semua. Tapi yang ni rasanya kena booking dulu.

Tanpa membuang masa, dipersilakan masuk menu menu yang telah berjaya menggoda jiwa. Dengan segala hormatnya di persilakan !

Air dulu. Aku order strawberry shakes, IH order Vanilla Ice Ice baby Shake... BW dengan MH order fruit juices.

Pizza sebagai hidangan. Ni menu aku pilih. Al maklumlah .. warga Italy kena la piluh makanan yang serasi.. Nama dia Pollo. Not bad. Sedap jugak. Cuma portion dia macam banyak sangat. Nasib baik share share abis jugak.

BW order Roast Chicken Sandwich. Boleh tahan. Ada avocade dalam tu. Potong potong makan sikit sorang. 

Kalau dah nama Melayu kan, pegi mana mana pun tetap cari makanan yang dekat di hati. Ni makanan IH. Nasi Goreng Kerabu. Datang dengan ayam goreng yang rangup. Ayam tu sedap. Nasik dia kurang rasa kerabu nya.

Lagi tak boleh blah, MH order Vietnamese Beef Noodle. Macam mee sup biasa jer.

Datang pulak dengan ulam ulaman ni.

MH kata sedap jugak cuma tak de sambal hitam macam mee sup yang biasa kita makan. So kurang kick skit. Tapi kuah dia sedap dan bersari.

Kiranya makanan agak OK la jugak rasanya.

Dipersilakan masuk bawang merah dan bawang putih !

Pavlova Cakes. Aku tak minat sangat sebab manis. Tapi jamah jamah macam tu la. OK kot rasanya.. aku tak reti nak cakap

Orange & Almond Cakes. Datang dengan 1 sccop ice cream. 

Malangnya Orange & Almiond Cakes tu tak sedap ! Cakes dia relai dan tak gebu. Aku siap speku dengan IH yang waitress tu saja recommend aku cake ni sebab dia nak habiskan stok kek yang tak sedap !

Ahaks...

Kalau dah nama tekak Melayu. Order pizza pun nak kena ada sos jugak. Hiks. Nasib lah aku ni Italy celup.

Habuan makan untuk kami ber empat.

Alhamdulillah mengenyangkan. Food dia pun not bad la bagi aku. Service pun OK. Waiter dia menjalankan tugas dengan baik. 

Kedai bersih. Ambience OK. Orang pun tak berapa pack. Pendek kata... kira OK lah. Aku recommend untuk sesapa mencuba kalau nak merasa.

Lagi satu aku suka, Alexis ni walaupun letaknya dalam Mall the Gardens tapi ada smoking section ! Tak payah la aku nak lari jauh jauh nak merokok.

Tapi kena merokok kat bar dia orang lah.

Apa apa pun, tujuan asal nak celebrasi birthday IH terlaksana. Sebenarnya perancangan awal nak gi karaoke lepas tu, tapi MH ada hal awal pagi esoknya so plan terbatal.  Dah lama tak melontarkan suara kodok secara beramai ramai, tapi tak de rezeki tak pe lah. Lagi pun dah tua tua ni, nak tarik key Mus May pun awal awal lagi dah rasa pancit !

Next time jer.

Di Alexis ni juga ada live peformance mainly jazz performance dari artis ternama tempatan maupun antarabangsa. Kalau tengok poster tu, Atilia dan Mak dia bakal buat show nanti. Tapi aku pun tak pasti bila.

Kos makan semua semua tu adalah RM 241.35 which bagi aku OK sekali sekala time nak celebrate birthday kawan kawan ni. 

Bukan selalu pun  kami dapat bertemu sua !

Alexis Bistro
Lot f209 1st Floor
The Gardens
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
T +603 2287 2281

To be exact, lokasinya terletak di tingkat 1 bawah Red Box, The Gardens.

Refer website mereka : Alexis Bistro - The Gardens



Adakah waktu yang tak berbatas
Untukku merasa bahagia
Saat saat aku jatuh cinta
Saatku terbang jauh ke sana

Selalu denganmu
Kasihku selamanya
Selalu denganmu
Cintaku bersama
Kaulah matahari
Dalam hidupku
Dan kaulah cahaya bulan
Dimalamku
Hadirmu selalu akan ku tunggu
Cintamu selalu akan ku rindu
Dan tiada lagi batas ruang waktu

Tahukah kau diriku tak sanggup hidup
Bilaku jauh darimu ku ingin dipelukanmu
Ohh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini
Hanya untukmu selalu setia
selama-lamanya ooohhhh

Kaulah matahari
Dalam hidupku
Dan kaulah cahaya bulan
Dimalamku
Hadirmu selalu akan ku tunggu
Cintamu selalu akan ku rindu
Dan tiada lagi batas ruang waktu

Ohhhh

Tahu kah kau diriku tak sanggup hidup
Bilaku jauh darimu ku ingin dipelukanmu selalu
Ohh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini
Hanya untukmu selalu setia
selama-lamanya ohhhh

Tahukah kau diriku tak sanggup hidup
Bilaku jauh darimu ku ingin dipelukan mu
Ohh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini
Hanya untukmu selalu setia
selama-lamanya ohhhh

10 comments :

  1. Alahai sedap2 nya semua food kat sini.... Terus lapar. Terliur seri tau uncle meng. Mcmana nak study ni.

    ReplyDelete
  2. itu menu ke...ingatkan kertas kerja ofis tadi..hahaha..begitu tersusun rapi..

    birthday boy berjiwa Melayu, pengiring semua berjiwa international...tapi pizza tu nmpk sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la menu kertas besar gedabak.. dah jadi pelapik meja dah.

      Birthday boy memang mcm tu.. selera tekak memang Malaya abis ! Pizza tu sedap. portion je besar. Boleh share

      Delete
  3. Meng;

    Zaman saya muda muda dulu, kalau tak silap ada satu tempat nama Alexis gak, tapi kat Bangsar. Kira tempat tuh macam tempat org duduk duduk makan makan sambil speaking speaking ler ... kalau I datang ngan berbahsa melayu lama siap berpantun pelbagai, memang ala ala menjadi perhatian ler ...

    Tengok makanan dia memang terliur !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alexis masih ada sampai skrg. Dulu je kat Bangsar je. skrg dah ada few cawangan...

      Kalau gi makan berpantun memang la org pandang. Tapi kalau pakai tag pekerja Dewan Bahasa Pustaka tak pe kot. Heheheh...

      Delete
  4. Aku pnh pi sini dlu nk celebrate besday bapak aku. Awal2 smpi dah dia bising ngn anak2 sbb nmpk pkataan wine tuh...sobsss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa.. Pastu apa jadi?

      Mesti bapak kau tak berani nak order kan? Kalau OR aku mesti order air tin je.

      Delete
    2. Order je lps pjgggggg adik aku berceramah...kahkahkah...lg lps tu dia tgk rmai pelanggan melayu...tp pngajaran lps tu aku xbwk dh le mak abh aku tmpt cmni...hahaha!

      Delete
    3. hahaha... nasib baik.. lagi pun resto resto mcm alexis ni tak sesuai utk warga warga veteran kot.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...