Thursday, August 6, 2015

Mimpi Yang Semporna - 04 : Sepetang Di Pulau Mabul

Plan kami petang ni adalah nak usha sunset di Pulau Mabul ni.

Rata rata yang kata sunset dia lawa, jadi kami pun tak nak lah melepaskan peluang keemasan Benson & Hedges seperti ini. Cuma, sunset view point bukan la di kawasan resort resort mewah ni sebab kawasan ni belah timur. Kalau matahari terbit baru la umphhh kat sini.

Jadi, kami bergegas menuju ke belah barat dengan harapan dapat tengok sunset hari ni.

Sambil sambil tu layan gegambar yang sempat di snap dalam meredah kampung kampung warga Bajau Laut di Mabul ni.

SMART resort. Pantai pun bersih dan terjaga

Dari belah bawah kami terpaksa memasuki satu lagi kawasan penempatan di Pulau Mabul ni.

Layan gambaq.

Sekolah rendah. Sapa jadi cikgu kat sini mesti rasa tandus gila....

Syok je sekolah tepi laut

Rumah rumah mereka. Belah sini agak pack juga tapi kebanyakkan rumah mereka di bina di atas air juga tak macam di sebelah resort aku duduk tu

"Hai Uncle Meng.... dah besar nanti saya nak jadi Artis AF. Boleh tak?"

"Saya nak jadi pelakon.....  Ada gaya tak macam ni? Bang Meng, saya dengan anak Che Ta sapa lagi comey???"

"Pusing pusing... ada orang nak ambik gambar kita !"

Dialog busuk mereka.

"Kau kata kau nak berak kan? Kau berak la sini, aku cover"
"Alaaa.. kau la berak dulu. Kau pun nak berak jugak tadi kau cakap kan?"
"Jom kita berak sama sama nak?. Kau pandai sana, aku pandang sini.. bontot kasik berlaga... baru ada feel"

Hahahaha.

Survival untuk terus hidup

Yang penting, masih mampu pose pose cantik walaupun tak berapa cantik !

"Hello Supermeng Malaya.... ada datang bawak jajan tak kat iols?"

"Akak sampingan je jual jual ikan bakar ni. Tak nak try ke? Most of the time akak berhias sebab nak tunggu orang pinang akak. Akak dah bosan duduk Mabul ni chuolsss !"

Dalam kehidupan lampau baju hitam tu adalah Tegar - Aku yang dulu bukan lah yang sekarang.

Aktiviti riadah para remaja di waktu petang

"Malam ni agak agak kita nak skodeng rumah sapa?"

Seronok jugak tengok kehidupan mereka di sini. 

Memang budak budak paling ramai. Tengok macam kesian tapi bila fikir fikir, dia orang membesar dengan baik di sini. Tak de gadjet dan benda benda yang melaghakan. Hidup sederhana. Hati gembira !!

Makcik Pakcik pun petang petang melepak lepak sesama mereka. Yang muda dengan hal masing masing. Yang awek awek macam pagi petang siang malam membasuh. Tunggu nak kena pinang jugak la tu. 

Itu la secebis kisah warga Bajau Laut di Mabul ni. 

Apa yang pasti, dia orang hidup dengan aman dan damai di sini. Mungkin banyak limitation dan kemudahan tak sepertimana kita di kota ni, tapi mereka nampak happy dan hidup bermasyarakat dengan baik sekali. Itu lah pentingnya bersyukur !

Dekat kawasan penempatan ni jugak ada masjid, maknanya ada yang beragama Islam di sini.

Rumah penduduk dan penginapan di atas air

Hari menjelang petang, memula kami cari cari jugak port untuk tengok sunset di kawasan ni, tapi sebab tempatnya terhalang dengan rumah rumah penduduk yang terbina di tepi pantai tu kami cari area lain yang lebih santai.

Pulau Mabul ni saiz dia tak de la begitu besar, so kalau nak pusing, 30 minit or less dah boleh khatam.

Senja yang tak berapa nak ada

Tapi tak jumpa kawasan lapang. Kalau ada pun dah didirikan resort penginapan.

Sudahnya kami hampir berpusing semula ke belah resort kami. Nasib baik jumpa port cantik ada jetty. Harap harap ada sunset kelihatan nanti.

Jumpa port cun

Berjalan sampai hujung. Tapi jetty tak berapa elok.

Kami lepak lepak kat jetty tu menunggu senja.

Sambil tu dok makan dan borak borak menanti matahari terbenam.

Malangnya awan mendung menutupi cahaya matahari petang itu dan tiada rezeki untuk menyaksikan sunset yang hebat di sini.

Sungguh kecewa !

Ini je yang ada....

Sampai hati Mabul tak memberi keindahan petang yang kami ingini.

Pasrah dan redha je lah. 

Ingat keyword hari ni ? BERSYUKUR !!!

Terbayang bayang wajah 2 beradik yang menumpang kami makan tengahari tadi. 

Bila fikir memang sedih. Tak semua manusia ni beruntung dalam dunia ni. Dan kalau kita sendiri pun, tak pernah rasa cukup dan berpuas hati. 

Aku redha tiada sunset di Mabul hari ni !

Sudahnya lepak je la sampai nak malam.

Syok jugak la lepak lepak kat situ borak borak sesama sendiri.

Ada sepasukan abang abang Esscom nak memulakan tugas memantau sempadan negara

Pergilah berjuang wahai perwira ku.... Kekanda di medan perang. Adinda bertiga ni makan kacang atas jeti sambil bersenang lenang

* sambung makan kacang.

Bila hari dah agak gelap, kami pun balik ke resort.

Salah satu resort sederhana mewah di Mabul ni. Borneo Divers Mabul Resort

Jetty dia

Balik bilik, mandi dan bersiap siap semula untuk dinner.

Dinner di lobby

Juadah makan malam. 

Memang pakej kami termasuk 3 kali makan sehari plus free flow minum petang. 

Makanan dia not bad lah. Cuma sebab orang agak ramai so cepat abis. Tapi dia orang replenish jugak lah. Cuma kadang kadang maybe sebab dah abis ayam contohnya, so dia tukar dengan daging.

Janji kenyang sudah lah.

Malam tu kami lepak lepak di common hall di bahagian atas bangunan 2 tingkat tu. Kat situ ada tempat melepak sambil minum minum.

Cuma wifi agak slow jugak. Biasalah kalau kat pulau ni, mana mana pun wifi tak kuat. Line pun kejap kejap putus.

Redha je lah.. Sekali sekala terputus hubungan dengan dunia cyber OK je lah kot. Lagipun objektif datang ke sini nak berehat rehat, jadi gunakan peluang yang ada sebaik baiknya.

Tempat rehat

Gambar gambar penyu di dinding

Masing masing melepak dan berbual bual

Kami lepak lepak kejap di sini. Wifi pun tak berapa OK. Sudahnya kami gi pantai dan lepak lepak kat tepi pantai.

Tepi pantai coverage phone OK sikit so masing masing baru la boleh bernafas semula.

Lepak sampai jauh malam di temani desiran ombak dan angin bayu berpuput tak berapa nak lembut.



Menari-nari kita trus menari meski hujan rintik turun
Menari .. bersama alunan angin malam berpelukan
Denganmu berbagi senyuman, denganmu ooh

Melayang-layang kita trus melayang meski langit tanpa bintang
Mendayu-dayu suara daun yang berjatuhan bermesraan
Denganmu mengisi lamunan, denganmu ooh

Oh lihat kita bertaburan bunga-bunga
Kupu-kupu saling menyapa mengejar cinta
Terbang bersama ke sana, menari-nari asmara

Berjalan-jalan memecah genangan jejak air rintik hujan
Bergandeng tangan berdua nyanyikan lagu cinta nostalgia
Denganmu menggapai khayalan, denganmu ooh

Denganmu mengisi lamunan
Denganmu menggapai khayalan
Denganmu oh bahagia

Oh lihat kita bertaburan bunga-bunga
Kupu-kupu saling menyapa mengejar cinta
Terbang bersama ke sana (terbang bersama ke sana)
Menari di atas sana (menari di atas sana)
Melantunkan lagu cinta (melantunkan lagu cinta)
Menari-nari asmara (menari-nari asmara)

Waktu untuk tidur.

Kol 12 balik bilik, sambung lepak lepak di bilik sampai tertidur.

Habis hari pertama di Mabul. Esok menanti dengan rasa excited di hati !

Aku tak sedar pukul berapa aku terlelap, tapi antara kami bertiga. aku yang hanyut dulu..............

Goodnite Mabul !

bersambung................

20 comments :

  1. Meng ...

    Ikan bakar tuh dia ada kasi cicah caicahnya tak? Sebab kalau di Labuan ker KK ker macam dia orang tak tau apa itu air asam belacan gitu !!!

    Seronok gak baca kisah putaran kehidupan kaaann ... heheheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, pernah p sana, depa part bakar2 ni xdak cicah mcm kita, tp cicah dia guna dakwat hitam sotong kot coz mmg hitam bebenau skali dgn tangan2 hitam. X sanggup nak mkn bl tgk coz lain mcm dr kicap.

      Delete
    2. Tak perasan la En Ghaz. sebab tak beli pun... satay pun ada jual.
      kita org cari goreng pisang sebenarnya tapi tak de pulak.

      Delete
  2. Kakak ikan bakar tu korang pinangkanlah utk IH ! Selesai masalah tak? *panaskan arang

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak buleh... IH dah ada penganti... ex crew lagi. makcik tu kena lebih vogue utk terus bersaing di persada

      Delete
  3. Bila uncle meng nk dive in dalam laut ni?

    ReplyDelete
  4. meng, amenda mcm rig/oil platform nun kat hujung2 tempat korang santai2 tengok sunset tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tu penginapan.. mahal jugak situ. nama dia

      seaventures dive center.

      boleh stay situ dan jugak dive kat situ....

      Delete
  5. Meng ...

    Tukar lagu ker? Hahahhahaa (Nampak benar skodeng blog nih ulang kali kan )

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. terperasan ek.

      lagu asal tu mcm sedih bebeno

      Delete
  6. wajah-wajah palau....besar nanti cantik tu.

    ReplyDelete
  7. yakin halal eh makanan diorg tu? igt nak amik course diving kat scuba junkie ni. tgk review kat tripadvisor macam ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Halal. Owner dia Melayu dari Negeri Sembilan. Pekerja dia pun ramai Melayu. cuma ada dua tige ketul je kokesen yang sesat

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...