Ada satu hari tu ada lah 'blogger' ni yang suka bakar bakar dia pegi makan kat kedai Cake Jalan Tiung !
Aku terpana jugak.
Sebelum ni pernah dengar jugak pasal Cake Jalan Tiung. Mati mati aku ingat kedai cake kat Jalan Tiung.
Tapi kat mana Jalan Tiung ni sebenarnya?
Nasib la aku tak gigih mencari. Rupanya nama kedai tu memang Cake Jalan Tiung !!!
Cake Jalan Tiung
Kebetulan masa tu birthday OR. Tapi sebab birthday dia jatuh hari bekerja so tak sempat la nak gi celebrate makan cake lagi. Bila sampai weekend tu baru la ajak OR dan budak budak gi try.
Betapa kuat penangan baca blog orang. Lagi lagi kalau kena bakar.. mendidih jerrr.....
Sebenarnya Kedai Cake Jalan Tiung ni terletak di Shah Alam. Bukan di Jalan Tiung seperti yang aku imagine. Tipah tertipu !
Jadi kat mana Cake Jalan Tiung ni? Jawapannya adalah di Shah Alam !!!!
Gigih kami ke Shah Alam
Dan sebenarnya Kedai Cake Jalan Tiung ni terletak di Seksyen 9 berdekatan dengan Hotel Concorde Shah Alam tu. Lebih tepat lagi, terletak di belakang bangunan Sunway sebelah Hotel Concorde tu.
Pusing pusing keliling, tanya Miss Waze, rupanya terletak di sini.
Kedainya terletak di mezzanine floor atas pada Ani Sup Utara.
Kena teropong teropong sikit maka nampak lah burung Tiung bertenggek
Aku ada baca dalam blog mana ntah, asalnya kedai ni tercipta.
Ada husband dengan wife ni. Husband dia suka makan desserts dan cake. So si wife pun belajar buat cake. Buat punya buat... dah pandai.. sedap pulak tu agaknya terus menjadi kegilaan.
Makanya beliau pun bukak lah kedai yang di namakan Cake Jalan Tiung ni.
Salah satu contoh, usaha pasti jaya !!! So kalau aku suka makan ayam, perlu kah OR bela ayam satu reban?
Tapi kedainya memang agak sulit nak di jumpai. Lagipun terletak bukan di ground floor macam cafe cafe lain. So kena pepandai cari pintu untuk naik ke atas.
Ada pintu masuk. Check kat tangga ada sign kecik di tampal. Maka betul la tu.
Naik tangga tu. Dekat mezzanine floor akan nampak sign Cake Jalan Tiung ni.
Nampak pintu kaca ada burung Tiung kaki panjang tengah menanti
Terpana kejap sebab dari bawah nampak macam tak de orang. Tapi bila kami sampai kat situ, naik atas tengok orang penuh.
Semua meja ada pelanggan. Masing masing duduk dan menikmati keenakan kek di sini sambil lepak dan berborak borak.
Layan gambar dan setting dalam kedai ni.
Nasib baik jugak la kami tak menunggu lama sebab ada orang nak blah time tu.
Dapat meja. Lepak kat meja
Ada kaunter dan boleh beratur dan pilih cake yang dikehendaki. Awas ya.. gadis gadis tu bukan untuk di jual !
Tapi barang diingat, cake cake di sini jenisnya berubah setiap hari. Ada pilihan menu kek dan hari hari tertentu di sini di pamerkan.
Bagi yang gemarkan coffee. Pun boleh menikmatinya di sini.
Anak anak aku tetiba excited nak burung burung ni daripada cake. Tapi burung burung origami ni bukan la untuk di jual sebaliknya untuk hiasan semata. Nasib la dia orag tak mengaruk balik rumah suruh aku buat burung burung macam tu.
Jadi order je la cake cake nya.
Pilihan cake yang ada
Ini juga
Yang menariknya.. air masak ada di sediakan secara percuma dengan konsep layan diri.
Sebab aku kalau makan cake tak leh pegi dengan coffee. Memula terasa nak minum air masak jer lah. Tapi terpana pulak dengan air tapir yang 'blogger' tu tempek kat blog dia tu.
Jadi aku pun nak cuba.
Ada 2 jenis air yang ada. Air Tapir dan Air Osman !
Nampak tak. Belah kiri Air Tapping Tapir. Belah kanan Air Osman-thaus. Dua dua nya air soda berperisa. Tapi Air Osman tu tak berapa sedap compared to Air Tapir ! Harga agak mahal jugak. RM 10 sebotol.
Kami minum air saja dah dekat RM 40 !
Insap.
Now turn kek kek datang membuat kemunculan. Sebab aku pun tak tau nak order kek apa, jadi OR belasah je apa apa yang ada kat kaunter tu.
Di persilakan masuk kek kek diiringi kicauan burung Tiung bernyanyi riang !
Ni Princess punya. Chocolate apa ntah. Sedap jugak. Chocolate dia agak moist dan enak. Tapi Princess tu, bila nak je lebih.. makannya tak abis ! Nasib ada abang yang kuat makan.
Ni Hero punya. Aku pun tak tau nama kek ni. Tapi bagi aku terlebih manis.
Dan ni pun aku tak tau apa nama dia. OR yang order dan dia yang makan. Kena curah susu kot atas dia.
Dan atas recomendation 'blogger' tersebut. Aku pun try lah cookies ni. Dah order, celup celup, makan satu sorang. Memang sedap cookies dia !
Hidangan minum petang sambil celebrate birthday OR.
Hero yang abiskan kek ni
Overall bagi aku cake dia memang sedap lah. Tapi kek being cake. Sweet... sedap.. lemak berkrim sama macam cake cake lain dan di tempat lain pun mungkin sama sedapnya.
Cuma aku bukan la terror bab cake ni. Bagi aku, sedap di makan.. OK je lah. Kalau nak cerita pasal texture, moist ke tidak... gebu gebas apa semua tu... aku tak pandai.
Tapi bagi aku sedap la di makan. Tapi kalau next time nak datang semata mata nak makan cake di sini macam tak la kot. Anyway aku suka concept dia.. jual cake je.. so tak de nak makan benda benda lain dah.
Harga cake range from RM 12 and above. Aku lupa nak check resit hari tu tapi setakat makan cake macam ni pun dah boleh cecah RM 100. Bikin aku istighfar jugak la berkali kali.
Recommend ke tak? Yes ! Aku recommend. Tapi aku nak repeat tu.. rasanya tak la kot !
Recommend ke tak? Yes ! Aku recommend. Tapi aku nak repeat tu.. rasanya tak la kot !
Anyway.. boleh dicuba kalau berdekatan dengan area ni.
Dengar cerita dia orang pun ambik order bagi yang nak menempah kek tapi sebab ramai sangat orang yang tempah, so kena booking seawal mungkin lah kot untuk mereka siapkan. Mungkin sebab sedap sungguh sungguh kot tu yang ramai orang tempah !
Selain daripada jual cake, ada jugak gallery barang barang kelengkapan dapur seperti pinggan mangkuk dan benda benda yang turut di jual di sini.
Boleh layan kat sudut gallery kat dinding kedai cake ni.
Untuk dipamer dan dijual
Boleh beli kalau berkenan
Piring burung Tiung !
Kami lepak tak lama. Abis makan terus je blah.
Lagipun aku rengsa sebab tak leh nak hisap rokok. Not for smokers !
FB : Cake Jalan Tiung
Jadi lepas abis makan kami pun blah. Kiranya tercapai jugak la celebrate birthday OR di sini !
Waktu perniagaan.
Sebenarnya waktu kami pegi makan kat sini, masih bulan Syawal. So ada banyak open house. So lepas makan cake ni pegi open house orang pulak satu per satu.
Pegi memeriahkan suasana je makan dah surrender sebab dah kenyang !
Abis gi open house. Ingat balik rumah dan boleh berehat, tapi ada lagi satu open house rumah Princess. Tak nak makan kang kecik hati. Nak tak nak terpaksa la jamu selera apa yang ada.
Balik rumah, Princess didatangi roh open house. Terus main masak masak sorang sorang diri dan paksa aku makan lagi !
Hidangan open house rumah Princess
Tengok je. Aci buat buat berselera.
Open house rumah Princess tu aku tak lalu nak makan. Satu sebab kenyang. Kedua sebab makanan tak berapa nak menyelerakan !
Hahahaha.
Tapi kena jugak la minum air supaya tuan rumah tak kecik hati !
Anyway... blogger yang racun aku pegi makan kat Cake Jalan Tiung ni tak lain dan tak bukan. Host Abadi JJCM : Wanderlust DJ
Aku tujukan lagu Burung Tiung yang legend masa zaman aku sekolah dulu !
Aku burung, burung tiong berperi,
Riang di dalam sangkar ku ini,
Suaraku seperti manusia,
Menegur dan bertanya siapa,
Aku burung, burung tiong,
Sungguh pandai berperi,
Aku burung, burung tiong,
Sungguh pandai menyanyi……
Masa kitorang gi tu, kekonon ko kat Kuantan kan. Ke memang kat situ. Hahaha. Aku hantu kek sebab tu kalau turun KL nanti si DJ ajak gi sini lagi, aku on je. Cookies tu sedap kan. Pojaan kitorang gak haritu.
ReplyDeleteya loh. masa tu aku otw ke kuantan... lawatan hari raya... cookie tu memang sedap. kek biasa biasa je bagi aku
Deletepunya strategic punya kedai ....
ReplyDeleteheheheh sebab org suka kot duduk celah mana pun orang cari kedai nya
DeleteOK nanti aku pun nak terjah gak.
ReplyDeleteNampak Ani Sup Utara kat bawah tu. So makan bihun sup kenyang2.
Disudahi pencuci mulut Cake Jalan Tiung.
Maceh Meng bagi idea :D
sama sama.. aku kalau tengok nama kau mesti teringat sasana kijang.
Deletetak terpegi2 lagi ni. nak try embun menitis !
kek mmg kene minum ngan kopi la abg meng....
ReplyDeleteoh no. me no like. rasa tekak ketat je lepas tu
Deletekami ritu memusing gak lar nk cari pintu nk naik..signboard dia kecik cinonet
ReplyDeleteCake dia sedap tapi insap gak lar pas tgk resit..hahaha *masaorderlupadiri hihiks
tu la.. mahal sikit la... standard kek starbuck pun baru 7.90 ek
Deletemasa kitaorang pegi takde plak air Osman tu.. kalau tak sebab si DJ, saya pun tak sampai lagi sini gamaknya..
ReplyDeletetu la.. tetiba ada air osman tu. tu yang nak try. rupanya tak sedap mana
DeleteAir branded gitu hahahahahahhahaaa tapi cuma nama ajer tak berapa nak commercial !
ReplyDeleteSuka baca Meng and DJ punya review, sampai terbawak bawak ke mimpi terliur !!! Hahahhahaa
hehehehe... aku tetap tak leh lawan hos jjcm abadi... dia lagi pukul rata. hehehe
DeleteFollow IG dia..hehari terliur tgk kek2 dia pamerkan.. tapi nak pegi sampai ke Shah Alam mmg tak gigih lagi. Nak cakap ke asben nak g Shah Alam dari KL nih semata makan kek?? Takuitttt... dah la tak berapa expert area Shah Alam..sesat ke barat satu hal juga tu.
ReplyDeleteTggu la kot mmg mengidam sok sok.. heheee :D
heheh tunggu dia bukak cawangan.kat kl la kot. sementara tu gi hadam kek kek area kl dulu la.. banyak gak la yang sedap kot
Deleteyezaaa kuar gak review ko kannn...hahahaha!meng lagu tu zaman skola aku pun ada tauuu...kita rakan sebaya lahh ni...hahahaha!
ReplyDeletekita rakan tak berapa sebaya sangat aku rasa.. hahahahaa tapi lagu tu memang legend
DeleteMemang sedap eh kek dia...bos saya nie sibuk suh order kek jalan tiung nie...
ReplyDeletesedap la kot.... dan banyak choices.... bos dah teringin tu kena la beli kan...
Delete