Wednesday, August 26, 2015

03 - Weekend StayCation Special - Lexis Hibiscus, Port Dickson - Room

Tengok pulak kamar nya..

Bilik penginapan di sini disediakan mengikut jenis jenis tertentu. 

Water chalets yang terletak di atas air meliputi bilik bilik seperti Executive Pool Villa ( Di bahagian daun dan kelopak bunga yang terbawah ), Premium Pool Villa ( di kelopak bunga bahagian atas ), Panorama Sea Villa (mengadap laut lepas), Panorama Pool Villa ( mengadap air pancut di tengah tengah laut ) dan juga Skypool Villa (di bangunan tower). 

Selain itu terdapat juga Royal Villa, Imperial Villa dan Presidential Villa.

Kesemua jenis villa villa ini berbeza mengikut saiz lantai dan pemandangannya. Sudah tentu harga pun berbeza beza dari yang paling murah sehingga la mahal mencanak.

Semuanya terpulang kepada keselesaan dan bajet setiap individu.

Lexis Hibiscus Port Dickson

Ruang legar resort

Setiap villa yang ada di sini menyediakan 2 king size beds, mini pool dan jugak steam room. Terdapat jugak glass panel dan bilik mandi yang luas.


Plan vila villa nya. Aku punya bilik paling murah terletak di bahagian daun. Lagi ke atas lagi mahal la kot. Cuma nasib baik aku tak mengadap tower.. so mengadap ke kelopak OK sikit la privacynya

Executive Villa mengadap tower

Villa villa nya

Ada juga sky pool villa dekat tower 

Pool setiap villa

Tower building. Untuk ke villa villa ada buggy disediakan. Kena queue je lah

Panduan arah.

Barang barang akan diangkutkan. Yang ni siap bawak periuk belanga

Buggy yang ada untuk membawa tetamu ke villa masing masing

Laluan ke bilik

Kamar kami

Kat lantai bilik

Dalam bilik ada 2 kings size beds

Tilam yang empuk. Bantal pun OK

Tepi katil

LCD TV. Bilik agak luas juga

Atas meja

Kopi teh. Ada kettle dan mini fridge

Closet

Toiletries

Bahagian ke toilet

Kat bawah ada glass panel see thru

Ruang ke bilik air dan verandah

Pool

Ruang verandah dekat pool

Steam room

Saiz pool yang kecik

View mengadap villa villa lain

Lexis Hibiscus Port Dickson

Overall bilik dia besar dan mencukupi untuk accomodate up to 4 orang or small family. Bilik bersih. Kelengkapan OK. Condition pun agak baru dan masih elok.

Pool memang kecik. Setakat nak berendam rendam OK lah. Tapi ada steam room tu a big advantage bagi yang nak bersauna-rama. 

Kalau boleh ambik villa yang mengadap laut atau di bahagian kelopak ( Premium Water Challet ) untuk lebih privacy tapi harga mahal sikit lah.

Tidak seperti di Grand Lexis, bilik bilik di sini tidak menyediakan microwave atau kelengkapan dan peralatan dapur.

Apa apa pun... sesuai kalau nak bersantai dan bermalas malas di sini. Suasana yang nyaman dan keseluruhan resort yang menarik.

Cuma.. sebaiknya tunggu semua siap lah, facilities pun semua dah complete mungkin menjadikannya lebih menarik.

Sesuai kalau nak lepak lepak berasmara-donut especially yang tengah berbulan madu.



Asmara ini yang hanyutkan kita
Asamar ini yang hanyutkan aku
Biar seribu kali ku ucapkan
Tak kan goyah
Kebenaran
Tiada ku duga
Tiada ku pinta
Semuanya berlalu
Sebegitu saja
Dan kini ku disiksa dalam api ini
Sungguh aku telah mengerti

Takkan ku berlari
Salah kan sesuatu
Agar tak dihantui
Oleh dosa dosa ku
Yang semangnya mudah untuk ku lepaskan
Seandainya ku katakan

Asmara ini yang hanyutkan kita
Asamara ini yang hanyutkan aku
Biar seribu kali ku ucapkan
Takkan goyah oh kebenaran
Asmara ini yang hanyutkan kita
Asamara ini yang hanyutkan aku
Walaupun seabad ku pertahankan
Takkan goyah
Ohh.. Kebenaran

Inilah balasan untuk yang bersalah
Pedihnya kurasakan dan hanya berserah
Cukup dengan sekali
Aku mengotori cinta kita
Hancur sudah
Hancur kini

bersambung..............

10 comments :

  1. Asrama itu dulu lagu fav saya walaupun suara fazley hampeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah...asrama pun asrama lah.....teringat JM waktu jumpa budak iternship di Airport Bangkok..then tanya dia..adik nk ke mana balik ASMARA...heheheh....ASRAMA lah...ni apa kes Abe MKL ni

      Delete
    2. Haaa bila JM nak abis sambung citer kembara solo ke bangkok tu?

      Delete
  2. Replies
    1. Best la.. tapi kalau asyik grand lexis bosan jugak. Kena gi tempat lain pulak

      Delete
  3. booking bilik paling murah tapi besar gile!!! ada try google hotel ni terus diam je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh mcm mcm la JM ni.... usha je kot kot la ada promotion ke.. ajak kawan kawan tong tong ramai ramai murah skit...

      Delete
    2. kalau ramai sgt dah jadi parti...x de lah suasana romatika de amor heheheeh

      Delete
    3. Tak nak ramai ramai duduk dalam jamban je la..... gerenti senyap sunyi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...