Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014 : Azam Yang Gagal

Dah abis tahun 2014.

Dah tercapaikah azam dan impian tahun ni?

Esok, kita semua akan melangkah ke tahun baru 2015. Seperti biasa, semakin hampir dengan tahun baru, semakin ramai orang yang mula menyenaraikan azam tahun baru mereka. 

Tapi bagaimana dengan azam tahun ini? Adakah semuanya telah selesai? Seperti kebanyakan orang, mana-mana azam tahun ini yang masih belum selesai pastinya akan dibawa ke tahun hadapan. Perasan tak?


Persoalannya, kenapa azam tahun baru bagi 95% orang di dunia hanya sekadar satu senarai yang tidak bermakna?

Berikut adalah sebab-sebabnya:

1. Kita membuat terlalu banyak azam pada satu-satu masa

Dalam hal ini, memang tidak boleh salahkan sesiapa. Semangat berkobar-kobar dalam diri ketika menyenaraikan azam tahun baru menyebabkan kita menyenaraikan terlalu banyak azam, yang mana kadang-kadang agak mustahil untuk dicapai. Tetapi ketika itu, segalanya tampak mudah dan tidak mustahil kerana semangat untuk berubah kepada yang “lebih baik” mengatasi segalanya. Benar, semua orang pun mahu menjadi lebih baik bukan? Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang kepada keupayaan kita untuk melakukan segala yang disenaraikan.

2. Kita hanya sekadar menulis tetapi tidak bekerja keras untuk benar-benar mencapainya

Berhenti merokok? Mula bersenam? Makan secara sihat? Lebih keseimbangan dalam hidup? Secara dasar, azam-azam ini bunyinya memang bagus jika kita lakukan. Tetapi adakah kita benar-benar mahukan kesemuanya? Atau sekadar menulisnya bagi memenuhi segenap ruang yang ada pada permukaan kertas? Malangnya, semangat berkobar-kobar ketika menyenaraikan azam tahun baru semakin lama semakin layu. Atau mungkin juga kita berasa azam yang ingin dicapai itu tidak sukar yang hanya memerlukan sedikit usaha. Walaupun begitu, azam tetap tidak boleh dicapai tanpa usaha yang sungguh-sungguh.

3. Kita tidak mulakannya dengan segera, sebaliknya berlengah-lengah

Selepas menyenaraikan azam tahun baru, kita sememangnya tidak mahu terus ‘jump’ atau mulakannya serta-merta. Sebaliknya, kita biarkan masa menentukan sama ada kita bersedia atau tidak. Selalunya, kita akan tunggu ‘the perfect moment’ untuk memulakan sesuatu. Betul tak? Dan akhirnya, sampai ke sudah masa itu tidak muncul. Kita pun mula menyalahkan keadaan sekeliling atau masa kerana tidak mengizinkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang sepatutnya kita lakukan. Ya, masa yang salah, bukan kita yang salah. Cuba tanya semula diri kita, bilakah ‘the perfect moment’ itu sebenarnya?

4. Kita terikut-ikut. Apa yang orang lain senaraikan, itu juga yang kita nak.

Ini antara perkara yang paling biasa terjadi. Orang lain nak kahwin, kita pun nak kahwin. Orang lain nak beli kereta baru, kita pun nak beli kereta baru. Orang lain nak kumpul RM20 ribu setahun, kita pun nak kumpul RM20 ribu setahun. Kita terlalu sibukkan perihal orang lain sehingga perihal sendiri tidak terjaga. Ya, mungkin bagus jika kita ikut jejak langkah rakan-rakan kita yang mahu menyimpan lebih banyak wang demi masa hadapan. Tetapi lihat semula dan tanyakan pada diri sendiri adakah jumlah yang disasarkan itu realistik dan boleh dicapai. Sekiranya jumlah itu terlalu besar, bukan sahaja kita rasa mustahil, malah pasti sangat sukar untuk kita memulakannya. Jadi, lebih baik untuk tidak terikut-ikut dengan orang lain.

5. Kita tidak bersedia untuk gagal ketika cuba untuk mencapainya

Antara persoalan yang selalu bermain di fikiran sebelum kita mula untuk melakukan sesuatu ialah, “Bagaimana kalau aku gagal? Apa yang patut aku buat selepas itu?”. Takut pada kegagalan itu sememangnya lumrah manusia yang tak dapat kita elakkan. Selagi minda kita terperangkap dengan persoalan sebegini, selagi itulah kita akan rasa takut untuk mencuba sesuatu kerana kita tidak bersedia untuk gagal. Dan akhirnya, kita tetap akan gagal kerana langsung tidak mencuba. Jadi dari sini, mungkin sesetengah kita merasakan, “Kalau aku buat pun aku gagal, lebih baik aku tak payah buat terus. Sama je.” Maka sebab itulah 95% orang di dunia ini tidak bersusah payah untuk mencapai azam yang sudah dicatat.

6. Kita berhenti sebelum sampai ke garisan penamat

Berbeza pula untuk hal ini. Kita dah cuba tetapi berhenti di pertengahan jalan. Kenapa agaknya? Adakah kerana ia membosankan? Adakah kerana kita berputus asa? Mungkin juga. Ia bergantung kepada tahap ketahanan seseorang sebenarnya. Mungkin kita dah cuba sedaya upaya tetapi masih tidak membuahkan hasil. Mungkin juga kita berhenti percaya bahawa kita mampu melakukannya selepas beberapa percubaaan yang gagal. Oleh itu, kita membuat keputusan untuk berhenti di tengah jalan. Rugi kan? Tetapi sekurang-kurangnya, individu dalam kategori ini masih berani untuk mencuba, lebih baik daripada tidak mencuba langsung.

7. Kita tidak ada motivasi atau komitmen

Kita selalu mempunyai azam yang tidak membawa apa-apa makna dan cuba menjadikannya satu kenyataan. Masalahnya, azam yang kekurangan asas makna dan kaitan peribadi inilah yang akan menghabiskan tenaga kita. Pada awalnya, pasti kita ada sedikit motivasi yang membawa kita untuk memulakan sesuatu. Namun begitu, motivasi itu tidak pernah kekal. Apa yang kita perlukan sebenarnya ialah sesuatu yang lebih asas, lebih utama dan lebih penting kepada kita. Itulah satu-satunya cara untuk mendapatkan ‘booster’ yang akan menolak kita ke hadapan, memberi keyakinan di dalam diri kita dan memastikan motivasi dan komitmen yang berterusan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Jadi, adakah perlu untuk seseorang mempunyai azam tahun baru? Ia semua bergantung kepada diri kita sendiri. Sama ada kita mahu mencapainya atau tidak, segalanya terletak dalam genggaman tangan kita. Apa-apa pun, selamat maju jaya!

Sumber : Harian Blogger

Bagi aku sendiri tahun 2014 tak de la apa apa yang membanggakan. Aku memang jarang set azam azam ni sebab aku tau capability diri aku yang hangat hangat tahik ayam ni.

So aku jalani hidup seperti adanya. Ada yang mendatang aku tempuh sewajarnya. Redha. Pasrah. Tabah dan bersyukur.

Apa apa pun, hari ni hari terakhir 2014. Alhamdulillah. Kita masih di sini.



Lenaku di buai bayangan seribu bintang
Kasih tertumpah di bingkai awan
Demi kemilau sang mentari
Yang tak bisa mengerti

Biar ku titipkan keperihan pelayaran
Hingga terdaya ku melafazkan
Salju sebening kasihku
Kepadamu oh kekasih

Inginku buktikan keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki sepenuhnya nirwanaku

Oh Pedihnya Terpanah arjunamu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora sindiran asmaramu
Di pelantar rindu yang menghempas
Namun kerana tulusmu
Masih mampu ku berdiri
Demi Naluri yang sama
Kita masih di sini

Inginku buktikan keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki sepenuhnya nirwanaku
Demi kasih dan cinta ku
Aku masih di sini

Lirik oleh Azam Dungun. Azam jugak la...

15 comments :

  1. Meng ...

    Mula mula baca ...

    ANJAT KITE !!!!!!!

    Last last baru ler tau, di petik dari sumber ... ingatkan hasil nukilan Meng tadi !!!

    Apa apa pun, muga Tahun 2015 nih membawa Rahmat dan Rezeki yang berlimpah ruah serta Allah memberikan kesihatan yang elok buat Meng dan Keluarga ...

    ReplyDelete
  2. Apa azam untuk 2015 nnti? kemanakah bakal kaki akan melangkah?

    ReplyDelete
  3. ya betol tu bang, sy sendiri takmau berazam sangat dahhh...

    keep writing yaa, sy suka baca..

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru Abg Meng :-) azam tak tercapai tu..JM salah seorang daripadanya...jadi tahun 2015 ni ada satu je Azam..x nk byk2..azam nak kahwin hohohoh

    ReplyDelete
  5. Happy New Year!!. May ur dream will comes true for 2015 :)

    my azam setiap tahun carry forward... kahwin..huhuhu...

    Enjoy your holiday... :)

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baru Meng!
    Walapon jarang komen, tapi aku tetap menjadi pembaca setia blog mung!

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru Meng. Semoga 2015 memberikan sesuatu yang lebih dari sebelumnya. 'Bersedia untuk gagal ketika memasang azam, kerana manusia selalu lebih bersemangat ketika bangun dari kegagalan.'

    ReplyDelete
  8. Azam aku senang je..jgn berazam sbb xkan tertunai pon kakahkahkah...

    ReplyDelete
  9. Ghaz: muahahahaa..

    x rajin lagi nak mengarang mcm ni..kena perah otak mcm perah santan..


    Radin : tak tau lagi.. tak de plan. dlm otak je. nanti check tiket murah boleh la..

    tapi maybe tempat2 yang belum di jejak lagi sebelum ni la kot.



    ZF : terima kasih..

    ReplyDelete
  10. CC : thank you.. utk kau juga.


    Watie : thanks.. azam dlm hati je.. tapi jgn expect lelebih kang x berjaya.. kecewa melara..


    JM : thank u. insya allah. sampai la jodohnya tu..


    Ezu : insya allah.. nanti aku doakan..


    Ali : thank u. selamat tahun baru to mung jugok..

    ReplyDelete
  11. Nohas : thanks


    MKL : thanks


    BK : thanks.. yea yea.. betul tu...


    HB : kau pun betul jugak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...