Bersempena dengan hari Jumaat, kita slo-mo skit.
Salah satu binaan yang aku suka tengok adalah masjid !
Salah satu binaan yang aku suka tengok adalah masjid !
Masjid ni biasanya dibina sangat lawa lawa belaka especially di negara negara berpendudukan rata ratanya beragama Islam.
Dan di Malaysia antara masjid yang dah lama menjadi tarikan aku adalah Masjid Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur. Dulu ni la port aku solat Jumaat dan banyak kali jugak la aku pernah masuk masjid ni. Cuma belum berkesempatan nak ambik gambar.
Satu hari tu kebetulan, jadi snap je.
Cuma tak berjaya ambik gambar kat dalam.
Apa apa pun layan gambar sekitar Masjid Wilayah Persektuan Kuala Lumpur.
Masjid Wilayah Persekutuan terletak di atas tapak seluas 13.4 hektar di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Pembinaannya dimulakan pada 15 Mac 1996 dan siap pada 25 Oktober 2000.
Masjid ini berkeluasan kira-kira 47,000 meter persegi dan berkeupayaan menampung seramai 17,000 jemaah pada satu-satu masa.
Pembinaannya dimulakan pada 15 Mac 1996 dan siap pada 25 Oktober 2000.
Masjid ini berkeluasan kira-kira 47,000 meter persegi dan berkeupayaan menampung seramai 17,000 jemaah pada satu-satu masa.
Reka bentuk seni binanya adalah gabungan reka bentuk tradisi dari Malaysia dan Asia Barat. Pembukaan rasmi masjid ini disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 18 Februari 2005 bersamaan dengan 9 Muharam 1426.
Masjid ini mempunyai seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki
Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks MATRADE dan pejabat kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI)
Ramai artis artis yang kawin kat Masjid ni macam Siti Nurhaliza dan ..................... sapa ntah? Tu je yang aku tau. Hahaha. Tapi aku rasa macam ramai je...
Dan tak lupa, Datuk K !
Dan tak lupa, Datuk K !
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
setiap 2 minggu sekali aku akan sembahyang jumaat kat sini..maklum la dekat ngan opis aku, dekat x dekat la gak kann...hahahaha
ReplyDeleteBesarnya Mesjid ini. Seni arsitektur yang indah.. Subhanalloh..
ReplyDeleteCantikya masjid ni di waktu malam. Sejuk mata memandang...
ReplyDeleteMasjid juga menjadi objek wisata saya.
ReplyDeleteHb : 2 minggu lagi ko tak semayang ek???
ReplyDeletehahahaha kantoi..
Gunadi : besar juga tapi tak sebesar masjid Istiqlal di Jakarta sana..
ali : ya.. dalam dia pun sejuk... walaupun besar tapi sebab mcm atas bukit sikit, berangin....
MJL : sama la kita....