Friday, March 14, 2014

09 - Berkelana Merentas Sempadan : Shanghai - Yuyuan Garden | The Bund

Aku tak tau nak cakap apa.

Part of me aku rasa sedih gila. Tapi some part lagi aku fikir it is a sign.

Sign untuk lebih berhati hati. Jangan mudah percayakan orang. Jangan cepat mesra dengan orang time travel especially strangers.

Masa berjalan kaki ke arah Yuyuan Garden tu aku sendiri pun tak pasti mana aku nak tuju sebenarnya.

Aku hanya ikut kaki.

Kejap kejap aku teringat kes tadi buat aku terduduk.

Few times actually aku rasa tak boleh nak berjalan.

Aku duduk tepi jalan. Tarikh nafas. Beristighfar banyak banyak. Sesambil tu hisap rokok dan fikir.

Fikir Meng ! Fikir  !!!!

Westin Hotel.

Aku datang dengan hati yang bersih. I come clean.

Tak de niat jahat. Tak de niat nak tipu orang. Tak de perasaan nak ambik kesempatan ke apa. I just wanna see the place and enjoy every moment of it.

Tapi kenapa sampai jadi macam ni?

Puas aku fikir. Why? Why??

Memang aku sedih hilang CNY 500 macam tu je. Tapi bukan sebab duit sangat. Memang Yuan aku agak limited. Tapi aku ada currency lain lagi in case aku perlu tukar, tapi aku tak boleh terima kenapa macam ni jadi nya.

Bukan aku tak berhati hati, every detik every langkah aku rasa aku sentiasa alert. Especially bila travel solo macam ni. 

Memang awal awal tu aku agak tak boleh terima.

Setiap kali aku fikir aku rasa tak boleh nak berjalan. Menggigil kaki tangan. Then aku duduk. Tenangkan hati dan perasaan. Hisap rokok. 

Aku cari kekuatan diri. 

Perasaan ini tidak hilang macam tu saja. Tidak semudah itu.

Apakah ini karma? 

Aku percaya karma tapi aku lebih percaya pada Qada dan Qadar Tuhan. Mungkin dah nasib aku kena macam ni. Nasib baik macam ni, kalau aku kena pukul? Kena apa apa yang lebih teruk?

"Ya Allah... "

Puas aku istighfar. Cari kekuatan untuk menempuh waktu waktu seterusnya..

Jalan ke arah Yuyuan Garden

Persimpangan Old Shanghai

Yuyuan Garden area

Aku jalan kaki terus ke Yuyuan Garden.

Memang tak fikir apa. Main jalan je. Aku pun tak pasti aku betul betul berjalan ke arah Yuyuan Garden ke tidak. Dalam kepala otak aku masih dok bermain main dengan perasaan sendiri. 

Sampai aku weng sekejap. Macam macam dialog aku cakap pada diri sendiri. Salahkan diri sendiri kerana tak cukup berhati hati.

Sampai di area Yuyuan Garden tu orang ramai gila. Tapi aku dah tak ambik endah. Otak aku betul betul menerawang ke lain. Ke tempat tadi. Ke tempat ianya waktu mula mula ianya bemula Every step, every word, every single thing yang berlaku sejak tadi berputar putar balik dalam minda sendiri.

Bangunan bangunan di Old City, Shanghai

Orang yang ramai

Binaan lama

Sebelum nak sampai di area Yuyuan Garden ni memang ada banyak bangunan bangunan lama. Terdapat sebuah temple lama dinamakan Shanghai Town God's Temple yang agak popular.

Terdapat banyak jugak kedai kedai dan orang kat sini memang ramai gila gila !

Ada kawasan tasik dan jambatan, kedai kedai minuman, restaurant dan kedai menjual cenderamata.

Tapi bagi aku semua tu seolah olah terasa kosong !

Kawasan luar Yuyuan Garden

Tea house. Again???

Orang yang ramai

Statue

Bayangkan kalau jambatan tu runtuh.. punya la ramai yang basah

"Hi Meng. Apsal muka monyok jer? Baru lepas kena con ke??"

Kawasan luar Yuyuan Garden

Memang kawasan kat luar sebelum masuk Yuyuan Garden tu lebih happening daripada kawasan sebenar.

Ramai yang datang dan berkumpul di kawasan tu. Tapi attaraction tempat ni sebenarnya lebih kepada Yuyuan Garden cuma memang kat kawasan luar tu agak lebih happening dalam kawasan dalamnya.

Aku sendiri tak pasti nak masuk ke tak.

Otak aku memang tak leh nak menjana apa apa. Fikir fikir kejap, then aku rasa apa pun aku tak boleh nak buat kot dalam keadaan sekarang.

Aku beli je la tiket dan masuk dalam since aku dah sampai.

Harga tiket CNY 30


Baca ni.

Yuyuan Garden is a famous classical garden located in Anren Jie, Shanghai. It was finished in 1577 by a government officer of the Ming Dynasty (1368-1644) named Pan Yunduan. Yu in Chinese means pleasing and satisfying, and this garden was specially built for Pan's parents as a place for them to enjoy a tranquil and happy time in their old age.

In the 400 years of existence, Yuyuan Garden had undergone many changes. During the late Ming Dynasty, it became very dilapidated with the decline of Pan's family. In 1760, some rich merchants bought it and spent more than 20 years reconstructing the buildings. During the Opium War of the 19th century, it was severely damaged. The garden you see today is the result of a five year restoration project which began in 1956. It was open to the public in September, 1961.

Yuyuan Garden occupies an area of 20,000 square meters (about five acres). However, the small size is not a representative of the attractions of the garden. The pavilions, halls, rockeries, ponds and cloisters all have unique characteristics. There are six main scenic areas here: Sansui Hall, Wanhua Chamber, Dianchun Hall, Huijing Hall, Yuhua Hall and the Inner Garden. Each area features several scenic spots within its borders.

Ticket masuk

Entrance

Seriously aku cakap aku masuk dalam ni tapi aku tak rasa aku berada di mana mana tempat yang exciting pun.

Semua benda dalam tu langsung tak boleh trigger my interest. Aku rasa dull dan kosong. Otak aku masih jauh. Masih ntah ke mana mana.

Aku just jalan dan pusing pusing dalam tu.

Tanpa sebarang perasaan !!!

Entrance gate dalam setiap section

Small pond with gold fish

Gate gate kecik dalam Yuyuan garden

Dragon roof

Famous Jade Rock - Di khabarkan jade rock tersebut adalah untuk Imperial Palace di Beijing tapi bot yang membawanya karam di Shanghai

Dalam Yuyuan Garden.

Tak tau la nak cakap cun sangat ke tempat ni or tidak. Nak kena pegi ke tidak. Aku tak leh jawab sebab aku pun tak enjoying myself time ni. Maybe sebab benda benda yang tak abis abis lagi aku fikir.

Tapi kalau compared to Classical Gardens di Suzhou kelmarin memang kat Suzhou tu lebih lawa lagi dari tempat ni. Anyway, since kalau dah kat Shanghai... tak de salahnya nak datang sini dan tengok sendiri.

Aku tak lama kat sini. Dah buntu kepala otak.

Pusing pusing seround dan terus blah. Keluar.

Lalu kat kedai kedai ni lagi. Orang memang ramai

Banyak FM di jual. Dia orang ni memang macam kenal orang Malaysia. Asal nampak je terus cakap '"Murah. Murah !!" sah la aku buat tak layan je

Persimpangan di Old City Shanghai

Keluar dari sini aku terus melangkah menuju ke The Bund.

Memang ada access terus ke tepi riverfront. Just follow the crowd sebab ramai yang either datang dari sana atau menuju ke arah sana.

Aku jalan je lah. Malas nak explore lebih lebih dah area ni.

Fuyou Rd. Ada masjid rasanya kat kawasan ni.

Jalan ke arah The Bund

Masa tengah berjalan ni aku nampak orang Malaysia.

Boleh kenal la sebab ada pompuan pompuan pakai tudung. Tapi aku buat tak layan je lah. Malas nak bermesra mesra mana. Mood tak berapa baik. Tapi kalau mood elok pun aku tak de la friendly mana nak tegur tegur orang ni kecuali kalau dah berdepan betul betul.

Akhirnya aku sampai jugak kat riverfront dekat area The Bund tu.

Suasananya memang tidak berubah macam waktu aku ke sini semalam. Orang masih ramai. Cuma cuaca je mendung. Seolah olah meratapi kesedihan hati sendiri....

Huk Huk.

Ferry 

Riverfront

Oriental Tower Shanghai

Skyline Pudong

2 menara tertinggi di Shanghai. Yang tengah bina tu bakal menjadi ke dua tertinggi di dunia.

Custom House, The Bund

Aku dah tak tau nak buat apa.

Tengok orang ramai ramai aku jadi kosong.

Tengok Pudong dan menara pencakar langit yang banyak tu buat aku hilang keseronokkan.

Semuanya berubah. Aku harap ianya cepat hilang. Tapi masih tak pegi jauh. Aku just lepak kat tepi sungai tu je sebelum aku decide nak naik ferry cross dari Puxi ke Pudong.

Beli tiket ferry dengan harga CNY 2

Orang ramai atas ferry tapi aku masih rasa endah tak endah dengan suasananya.

Aku masih rasa kosong dan bersedih.

Tak tau nak cakap kat sapa. Nak bercerita pada sapa. Jarang sekali aku SMS OR time time siang bila aku travel. Biasanya aku cuma akan SMS dia waktu malam sebelum tidur. Aku akan bagitau dia apa aku dah buat akan buat dan bertanya khabar. Kira sehari sekali je aku SMS dia kalau time travel ni.

Tapi saat tu aku betul betul perlukan dia. 

Aku text dia.

'Yang. Saya x OK. semalam xleh tido sakit gigi, pastu tadi sy kena scammed. Terbang RM250. Hari ni tak berapa best tapi saya selamat. Awak jgn risau sgt. Doakan yang baik2 je ya'

Tak lama lepas tu dia balas.

'Kesiannya. Saya doakan awak x apa2. Jaga diri dan barang2 yg awak bawak Yang. Risau saya'

Tu je ubatnya...



Ku adalah manusia
Yang paling beruntung memiliki kamu

Kau tiada habisnya 
Menyayangi aku sepenuh hati mu

Cinta yang luar biasa
Ku serahkan pada dirimu

Kau lah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya 
Ku kan berjanji seumur hidupku 
Takkan lelah mendampingimu

Dan SMS dia buat aku rasa lega.

bersambung...............

12 comments :

  1. macam terasa-rasa aku kat situ..
    kalau aku kat situ mmg aku hulur henpon suh ko tepon OR..kasik lega skit.

    langkah yang bijak Mr Meng!

    dah sudah-sudah berduka..
    jom minum teh? eh.

    ReplyDelete
  2. Kasihannya meng. Hafi terasa kosong. Allah ada. Kakitravwl doa agar meng dah ok ... Penulisan awak bjaya menghidupkan suasana. Boleh le menulis skrip drama.

    ReplyDelete
  3. Kesian ko Meng... tapi tu laaa... dugaan. Tapi ko selamat dan diberikan kesihatan yang baik tu pun dah kira ok. (Dalam dok bersedih, gambo ko tetap cun lah)

    ReplyDelete
  4. huhu.. aku pun sama rasa sedih meng.
    takpelah, benda pun dah jadi, nak buat macam mana kan.
    so next time kau akan lebih berhati2.
    jangan merajuk untuk terus mengembara dan berkelana ya!

    ReplyDelete
  5. Klau jm pun mengamuk stress dan x senang duduk dan hati x tenteram mana x nya klau teguk 7 jenis tea d suruh byr beribu yuan gila ke hapa ehhh jm pulak lebih emo neh sah2 mood semua ke laut pastu still perlu byr byk tu 500 yuan

    Tapi x pe ingat je begini ada hikmah dgn apa yg berlaku dan boleh jd pedoman kpd kwn2 yg lain.

    ReplyDelete
  6. Dalam hati ada taman...relax meng... Semua tu utk igtkan ko jgn terlalu percaya kat org kat tempat org...ada hikmah tu.. Apa pun keep travelling hehe...

    ReplyDelete
  7. NanaT : masa ni tak berani nak minum teh sebab takut sakit gigi..

    gigi sensitipppp..

    MKL : tak leh la tulis drama, tulis cerita doraemon ok la kot.

    Ali : masa ni gambo ambik tanpa perasaan..

    main snappy je..

    ReplyDelete
  8. Mya : pengalaman berharga tu. kalau tak kena tak sedar diri sangat.

    lepas ni kena lebih berhati2 lagi.

    insya allah.. tak serik nak travel lagi. masih berkobar kobar lagi.. cuma bajet je la selalu kureng. so kena tahan diri.

    HB : betul tu.. betul..

    JM : btol tu JM. ada hikmahnya.. masa tu marah dan nak amok la..

    dah lama ni dah redha dah.

    ReplyDelete
  9. takperlah..duit terbang memang hati sakit tapi alhamdulliah kamu selamat

    ReplyDelete
  10. kak Ina : alhamdulillah. selamat....

    ReplyDelete
  11. Kesiannye abg Meng.sye tengok gambar pun rasa best walaupun cantik..bangunan merah minum teh tu tempat RunningMan shooting..

    Nasib baik ade OR tempat mengadu...kalau sye,mengadu dengan mak ayah agaknye diorang suruh balik terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kalu kena balik terus lagi naya. xpe la... belajar dr kesilapan. moga2 x kena scam lg

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...