Saturday, March 8, 2014

04 - Berkelana Merentas Sempadan : Suzhou - Tongli

Pagi hari ke dua di Shanghai ( literally hari ke 3 sebab flight bertolak malam kelmarin ) aku bangkit agak awal.

Siap siap nak keluar.

Now aku ada specific plan iaitu nak pegi ke Suzhou. Tempat ni came up dalam kepala otak aku masa aku usha Trip Advisor dan aku rasa aku nak cuba ke sana.

Apa ada kat sana? 

Berbekalkan print out Wikitravel Suzhou aku nak gi usha apa yang menarik di Suzhou ni.

Tapi malam tadi masa aku dok baca baca, agak menarik untuk aku try pegi ke Tongli. Tongli merupakan kawasan watertown yang menggambarkan pekan ancient Chinese dengan sungai etc terletak tak jauh dari Suzhou. So aku ingat nak pegi sekali harung je lah.

Nampak macam menarik. So aku dah study cemana nak ke sana dari Suzhou. Di Suzhou jugak ada beberapa tempat yang aku rasa aku boleh usha. Setakat nak lepak kat Shanghai semata mata rasa tak berbaloi. Lagipun aku ada 3 hari di sini, so aku boleh spend tengok Shanghai hari esoknya jer.

Breakfast pagi tu. Pisang baik untuk mengelakkan kaki cramp ! Kopi tu penting untuk berak.. tapi hari ke dua di Shanghai ni masih gagal berak

Dah siap siap tu menapak ke Metro dan ambik train Line 1 then tukar Line 2 ke Hongqiao Railway Station sekali lagi. Di sini la aku akan ambik Hi Speed train dari Shanghai ke Suzhou.

Tiket aku beli semalam over the kaunter je dengan harga CNY 79 return ! (RM 40). Aku siap siap beli tiket balik sebab takut tak de tiket nanti. Aku cuba ambik train petang nak malam dari Suzhou so aku pasti aku dapat cover apa yang sepatutnya dan tak terdampar lama lama di sana.

Train ke Suzhou pukul 9 pagi. 

Masa kat dalam subway tu, time tu kira peak hours. Orang agak ramai walaupun hari ni hari sabtu. 

Dalam subway tu sebab orang ramai so berpusu pusu lah jadi nya. Ada sekali tu, train tetiba stopped dan orang ramai, bertolak tolak dan aku berdiri je. Time tu nak pegang pada pemegang kat atas tu tapi tau apa jadi??

Hahahhaa.  ( gelak dulu sebelum tulis )..

Aku missed nak pegang benda alah tu dan aku tertumbuk muka minah ni sorang !

Hahahaha..

"I am so sorry !!!!"

Muka dia bengang je. Hahahah. Semalam hampir hampir nak kena tumbuk hari ni aku yang tumbuk muka orang.

Kesian minah tu dok gosok gosok muka. Rasanya macam kuat jugak la. Tapi tak sengaja okeh. Harapnya tak lebam muka.

Sampai kat Hongqioo Station tu keluar jap hisap rokok.

Aku sebenarnya lemas berada lama lama dalam train dan subway. Rasa macam tak leh bernafas tak tengok alam luar. Lepak kat luar ni rasa OK sikit. Tapi serious la bangunan railway station ni besar gila gila.!!!

Abis hisap rokok aku masuk untuk naik train ke Suzhou.

Hi Speed Train ke Suzhou

Nak naik train ni tak de la susah mana. Cuma pastikan platform yang betul dan paling penting, Hi Speed train dengan Subway train berbeza tempatnya. Keluar dari subway station kena naik ke atas dan follow sign ke Hi Speed train punya platform.  Biasanya hi speed train ni code dia start dengan huruf G.

Train dah nak bergerak. Jom !

Aku excited sebab nak naik hi speed train padahal pernah je naik masa di Guangzhou dulu tu.

Lebih excited sebab hari ni kira training la sebelum aku naik hi speed train ni ke Beijing lusa ! So nanti datang dah pandai sikit lah sebab train aku ke Beijing adalah first train pukul 7 pagi !!!.

Masalahnya masuk dalam train, kat tiket tu dah tulis car no berapa apa semua. Tapi seat aku tak der. Melilau lilau cari seat padahal memang tak der.

Dalam G train ke Suzhou. Train ni sebenarnya dari Shanghai ke Nanjing

Tu la bahananya kalau beli tiket last minit. Dia orang ni still jual tiket walaupun train penuh tapi seat memang tak de. So berdiri la jawabnya !!!!

Kalau ke Suzhou ni OK lagi sebab tak jauh mana, kalau ke Beijing? Tak meraung nak berdiri sampai 5 jam? Silap silap tercirit.

Hahaha. Aku rasa kalau Beijing memang dia tak jual kot kalau dah penuh. Ni Suzhou ni kira OK lagi sebab jarak perjalanan walaupun 110 kilometer tapi memakan masa cuma 25 minit !

Nasib aku agak baik la sebab aku dapat car no 1 dan hujung tu dekat compartment between cars tu ada seat. Ada 2 seats, so ada sorang mamat ni duduk. So aku tanya dia cemana nak tengok seat no aku. Dia tengok tiket aku dan tunjuk isyarat tangan kata tak der.

Baru la aku faham. Aku tak ada seat rupanya.. Cis !

Ni mamat dalam train sama dengan aku

Mamat ni kira OK la. Sedaya upaya dia nak tolong aku tapi dia tak pandai cakap English !!

Dan caranya cuma satu. Pakai translation kat hp dia tu. Jenuh la dia nak taip dan jenuh la aku nak menjawab. 

'Where are you going?'

Tu dia taip.

"Suzhou"

Aku jawab. Kali ni sebutan dah betul ! Kalau tak mau aku kena gelak lagi. Then cuba cuba la borak. Dia cakap English tapi lebih banyak pandang ke langit cuba nak bercakap. Last sekali dia give up.

"Where are you going?"

Aku tanya dia. Aku rasa dia agak faham.

"Wuxi"

Dia jawab.

"OK.. is it far?"

Tunjuk isyarat tangan. 

"Suzhou.... Wuxi"

OK. Aku faham. Dia cakap lepas Suzhou tu terus station Wuxi. Kira tak jauh mana.

'Where are you from?'

Tu dia taip.

"Malaysia.. You know?"
"Malay-shia?"
"Yes...."

Dia angguk angguk.

Macam itik dengan angsa. Tapi still la boleh nak faham. 

Then ada lagi la dia nak tanya tapi tak jadi sebab dia tak reti nak tanya. Nak pakai translator kat phone tu pun macam lambat jer.

Sambil sambil tu aku dok layan view kat luar.

View dari Shanghai ke Suzhou

'Are you here for business or travel?'

Tu soalan dia lagi. Dia tunjuk je phone dia kat aku.

"Travel"

Aku jawab. Ntah dia faham ntah tidak. Tapi dia angguk kira faham la tu.

Tak sempat borak lama sebab train pun tak lama mana sampai lah dia alert aku dah nak sampai kat Suzhou. Aku pun siap siap nak turun.

Sebelum aku keluar dari train tu, tetiba dia bersuara.

"Have a nice journey...... Hope to see you again"

Aku terkesima. Nak tergelak pun ada sebab dia bercakap sebijik sebijik.

"You said it right ! Brilliant !!!"

Then dia tunjuk skrin hp dia kat aku.. Memang tu lah ayat yang dia taip kat phone dia guna translator tu.

"Ha Ha Ha..... Thank you..."

Senyum sorang sorang aku di buatnya. Gigih dia nak bercakap English dengan aku.

Suzhou Railway Station

Sama jugak Suzhou ni mempunyai railway stations yang banyak. Tapi kalau naik Hi Speed train dari Shanghai akan berhenti di Suzhou Railway Station ni.

Keluar dari station ni aku follow sign. Dalam google based aku study semalamnya dia kata kalau nak ke Tongli, follow je ke North Bus Station.

Tapi aku bagitau..

Abaikan semua sign sign tu..... Just keluar dari station ni then pegi ke belah kiri.

Aku dah bagi details cemana dari Suzhou to Tongli

Bus station tu memang ada 2. Kiri dan kanan. Bukan North and South. Kanan untuk city bus around Suzhou dan kiri long distance bus termasuk ke Tongli. Jenuh aku ke kanan dulu then termanggu manggu cari tiket kaunter tak jumpa. Tanya few orang baru la tau sebenarnya memang salah.

So pegi ke station bus yang satu lagi tu dan kat situ di bahagian bawah ada kaunter tiket.

Beli tiket di situ.

Kaunter tiket.

Masalah lagi. Pekerja kaunter tak pandai cakap English.

"Tongli"

Sebut kena betul. Dan lepas tu dia akan tunjuk kertas. Kertas tu in English bagitau, kalau nak beli tiket ke Tongli boleh beli tiket nak masuk ke Watertown terus. Siap semua sekali pakej CNY 88 ( RM 44). CNY 8 tu sebenarnya untuk kos bus one way dan CNY 80 untuk masuk Tongli Watertown tu. 

Advise aku, beli je terus kat sini sebab kalau beli tiket tu kat entrance nanti harga dia adalah CNY 100 !!

"What time does the bus leave?"

Dia tunjuk jam. Pastu tunjuk jari ke bawah. 

Maksud dia...... NOW !!!

Terus aku meluru masuk ke departure hall.

Tiket watertown

Sebab bas memang dah nak bergerak so aku terus ke platform dan naik bas. 

Rasanya bas agak banyak dalam satu hari setiap 45 minit. Tapi aku tak leh buang masa. Memang plan aku nak terus ke Tongli dulu then baru balik ke Suzhou semula dah usha kawasan ni nanti.

Perjalanan dalam bas kira kira 45 minit ke Tongli.

Duduk je la lepak dalam bas layan perasaan.

Plate dia : Ahdooi....

Bas akan terus ke Bus Station Tongli.

Sampai tu then turun lah. 

Station Bus Tongli

Tapi aku sendiri tak tau mana nak tuju lepas tu.

Ada nampak mamat mamat Chinese ni aku tanya dia orang, rupanya dia orang pun tak tau. Pelawat macam aku jugak lah. 

Tapi follow je crowd sebab mostly orang datang ke Tongli ni adalah untuk ke watertown tu.

Actually keluar dari Bus Station Tongli tu, ke kiri then jalan terus dalam 50 meter akan nampak satu bangunan ni. Sini lah ada jual tiket ke watertown tu. Tapi since aku dah ada tiket so aku tak beli lah. Cuma aku nak naik pedicab dari sini.

Kaunter ticket

Nak naik pedicab ni kena bayar CNY 5. Beli tiket kat kaunter yang sama. 

Boleh jalan kaki dari sini ke watertown tu tapi advise aku.. JANGAN !!!

Nampak macam dekat tapi sebenarnya jauh jugak. Kalau naik pedicab tu dalam 10 minit jugak lah. Apa sangat lah RM2.50 tapi tak de la penat kena jalan kaki. Pekan Tongli tu pun bukan ada apa apa. Banyak kedai kedai biasa jer.

Pedicab membawa ke watertown

Sampai kat sini nanti driver pedicab tu bagitau dah sampai. Turun je dan follow crowd sampai ke entrance nak masuk ke watertown. Nanti ada banyak kedai kedai kayu yang macam antik antik sikit dan jual macam macam benda terutamanya cenderamata.

Jangan risau, tak de penawaran jam rolex, massage mahupun sex di sini.

Kedai kedai

Nanti sampai kat entrance tu dia orang check tiket dan bermulalah perjalanan masuk ke Tongli Watertown.

Tongli Watertown ni macam pekan purba yang masih mengekalkan keaslian dan kehidupan zaman kuno dahulu kala. Agak menarik jugak la tempat ni sebenarnya tapi orang agak ramai !!!

Layan gambar gambar di sekitar watertown ni.

Jambatan dan sungai

Deretan kedai kedai

Kucing tu merenung jauh

Ada bot boleh di naiki. Feeling feeling macam kat Venice

Ni tempat tiket nak naik gondola

Harga untuk gondola tu agak mahal kalau untuk single lah, pusing pusing canal tu around 30 minutes. Kalau group boleh sewa 1 gondola untuk 4 orang. Rasa harganya dalam CNY 100 satu bot. Masa kat situ ada gak nampak group yang tak cukup orang. Tapi aku nak gi mengendeng, tanya tanya..dia tak faham.

Pastu nampak mat salleh ni, tengok dia macam nak naik. Bila aku ajak share.. dia kata CNY 100 untuk 2 orang tu mahal.

OK lah. Kedekut la tu !

Tak moh sudah. Aku pun tak moh lah.

* merajuk......

Nanti gondola tu pusing pusing sambil pakcik tu nyanyi lagu Cina. Sebijik la macam kat Venice tu cuma lagu pakcik ni tak de la lalalalala sangat. Ada la bunyi walaupun tak berapa nak faham.

Sebab tak jadi naik gondola. Aku pusing pusing je dalam kawasan ni.

Sememangnya berada di kawasan Tongli ini membawa perasaan kita jauh dari zaman sekarang. Semuanya seolah olah berpatah balik ke suasana yang damai dan tenteram.

Tetiba terasa sangat oldies.



Chances are 'cause I wear a silly grin
The moment you come into view,
Chances are you think that I'm in love with you.
Just because my composure sort of slips
The moment that your lips meet mine,
Chances are you think my heart's your Valentine.

In the magic of moonlight,
When I sigh, "Hold me close, dear,"
Chances are you believe the stars
That fill the skies are in my eyes.

Guess you feel you'll always be
The one and only one for me
And, if you think you could,
Well, chances are your chances are awfully good.

Chances are you believe the stars
That fill the skies are in my eyes.

Guess you feel you'll always be
The one and only one for me
And, if you think you could,
Well, chances are your chances are awfully good.
The chances are, your chances are...awfully good.

Canal dan gondola di Tongli

Tiket yang ada tu boleh masuk ke almost 10 spots dalam Tongli Watertown ni. Tapi tempat tempat tu tak de la menarik mana. Ada la aku masuk few tempat tapi memang tak menarik. Ada macam muzium muzium dan penerangan pasal Tongli dan sapa sapa ntah.

Ni antara yang aku sempat jenguk.

Tak tau la sapa.

Sebab orang ramai dan tak menarik aku cepat cepat je keluar balik dan merayau ke tempat lain.

Tapi kalau nak tengok bangunan bangunan zaman kuno memang menarik la tempat ni. Ada few places macam kedai makan masih mengekalkan cara cara pembuatan tradisi.

Ini tak berapa tradisi tapi aku terliur tengok ketam tu......

Tapi bangunan memang lama lama lah. Dari stylenya, materials dan juga seni seninya.

Tempat ni dah macam theme park sebenarnya tapi authentic lagi dan masih ada orang yang tinggal dalam kawasan ni cuma rumah dia orang agak terlindung sikit tapi most of the area memang style lama lama lagi.

Pintu...

Dinding, tingkap dan motosikal kaler pink !

Jalan pusing pusing kat dalam area ni. Insya Allah tak sesat sebab banyak sign. Agak luas jugak dan agak complicated sebab jalan dan lorongnya agak tricky. Boleh je nak jalan jalan buang masa dalam ni tapi aku fikir aku tak leh lama sebab aku nak jalan jalan kat Suzhou jugak lepas ni.

Setengah hari sedang elok la kot. Tapi awas, bila rombongan rombongan sampai tempat ni dah memang ramai gila umat manusia.

Apek ni dengan cormorant yang di gunakan untuk tangkap ikan. Aku pernah tengok ni kat Guilin dulu.

Area Tongli Watertown tepi tepi tu banyak kedai makan

Kedai kedai menjual cenderamata

Bangunan bangunan lama

Waktu seakan akan terhenti di sini....

Gondola

Ada jugak yang ambik gambar wedding. " Hati hati Cik Salmah kang jatuh dalam sungai kang..."

Tingkap tingkap lama

Menarik gak la ni

Style eh rumah rumah macam ni....

Berjalan lebih kurang dalam kawasan ni then aku rasa dah cukup. Tapi aku tak blah lagi, cuma nak pegi usha satu tempat dalam kawasan yang sama tapi nak masuk tempat tu kena bayar lain.

Oh by the way.. ada kedai makan dan tempat lepak jugak di sini. Hotel pun ada. Kalau masuk lepas pukul 6 kawasan ni free je. Boleh nak overnight and usha kawasan ni time malam. Dengar cerita macam menarik jugak lah. 

Tapi ada sesuatu yang lebih menarik di sini.

bersambung..............

9 comments :

  1. Smpi hati ko x amik gamba laki Cik Salmaj yg tgh pose2 wedding tu...

    ReplyDelete
  2. terus terbyg filem p ramlee, seniman bujang lapuk part gmbr cik salmah tu

    ReplyDelete
  3. Ahahaha tertumbuk org plak sib baik x terpelok
    Jm rasa ada 3 kali perkataan gila kat sini mmg ramai betoi tu
    Teringin nk ke china lagi tp mslah bahasa jadi kekangan

    ReplyDelete
  4. Gabar kat area kedai tu macam dalam filem kungfu china la hahaaa best nyer...

    Gondola tu .. apaboleh buat xde rezeki nak naik sabar je la kan..

    tangkap ikantu ? macam mne ek?

    ReplyDelete
  5. Amir : aku x nampak si sazali.. nampak salmah ni jer..

    PM : ramai org ambik wedding photo sini...

    JM : belajar dulu mandarin la.. x pun bawak translator jer.

    susah susah jugak tapi ok je.. cabaran tu..



    ReplyDelete
  6. TT : burung tu akan tangkap ikan bagi pihak tuan dia. dia tak makan.. tapi bagi kat tuan..

    MKL : salmah mana tu

    ReplyDelete
  7. beh kurang mcm Zhouzhuang water town kan....ker sama??? (xpenah sampai br nak usha2 info ni..:)

    ReplyDelete
  8. nanie : yup lebih kurang jer....

    cuma tongli ni besar sikit kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...