Tuesday, August 20, 2013

Trip Mabuhay 06 : Boracay - Accommodation

Kalau nak cakap pasal accommodation di Boracay memang tak de masalah !


Pilih je, nak yang murah? Yang mahal? Yang tepi pantai? Semua ada. Pendek kata, hotel/hostel/apartment di Boracay ni memang berlambak lambak.

Dah namanya destinasi pelancongan.

Tapi membuat pemilihan untuk penginapan tu juga penting di Boracay ni. Satu lagi, kalau boleh book la awal awal sikit sebab harga dia cepat benar naik.

Sewaktu aku decide nak pegi Boracay ni, aku usha usha jugak la hotel yang aku nak duduk. Banyak memang banyak dan tempat pun merata rata. Jadinya, kalau nak pilih penginapan, fikir dulu.

Nak yang tenang tenang?

Nak yang beach resort?

Nak yang dekat dengan tempat happening?

Semua tu penting ! Sebab, penginapan seumpama ini akan berbeza harganya. Kalau nak yang 5 star pun ada. Nak yang murah murah pun ada.

Ni sikit tips.

Map Boracay

Kalau nak tengok sunrise, stay dekat Bulabog Beach. Tapi kat sini pantai dia kurang cantik.  Choices resort agak banyak dari yang mahal ke yang murah.

Kalau nak tengok sunset pulak, duduk la dekat White Beach. Lebih banyak penginapan di situ. Dan di White Beach lah sebenarnya tumpuan utama yang menjadi daya penarik di Boracay ni. Tapi ! Harga hotel di kawasan White Beach ni memang agak mahal. Yang Manoc Manoc tu mainly kawasan penempatan local di sini.

Aku ambik penginapan malam pertama di Bulabog Beach ni semata mata sebab aku nak tengok sunrise. Dan aku ambik yang paling murah aku jumpa sebab aku fikir, aku sampai Boracay pukul 10 malam jadi aku tak de masa sangat, cuma mahukan tempat untuk bermalam saja.

Malam ke dua, aku cari tempat lain pulak di White Beach, sekadar nak rasa feel nya duduk di kawasan tumpuan di Boracay ni.

Ini penginapan aku di malam pertama. Banana Saging Guesthouse.

Saging tu maksudnya Banana dalam bahasa Tagalog. Memula aku ingat dia nak eja sagging....

Waktu sampai, bagitau kat tour operator Southwest tu nama tempat penginapan kita dan dia akan hantar ( kalau ambik pakej door to door lah). Sebab aku sampai pun pukul 10 malam, kalau nak cari agak pening jugak sebab resort resort kat sini semuanya dekat dekat. Crammed gila. Kalau silap pandang memang tak nampak.

Tapi ada something berlaku malam tu.

Waktu aku sampai di penginapan ni, aku masuk la cari reception dia. Rupanya pondok kecik je. Ada beberapa orang mat salleh tengah main internet dan sorang awek Pinoy.

Bila aku sampai, aku berdiri dan dia pandang aku. Muka keji gila. Pastu dia cakap Phillippines dengan aku. Macam biasalah, mesti dia ingat aku Pinoy.

Aku diam je. Sebab aku tak faham. Last sekali dia tinggi suara. Macam siot je.

"I didn't understand what you have just said and please talk to me nicely !"

Aku pun naik angin jugak. 

"Do you have a reservation?"
"Yes I do !"

Macam nak bertekak pulak aku dengan dia. Muka dia tak puas hati je. Aku dah la penat. Mengantuk lagi ! Ada jugak minah ni kena cekik dengan aku karang ! Then dia check check terus dia bagi kunci. Ada mamat lain la tunjukkan bilik kat aku. Kalau dia yang tunjuk bilik tu, aku tangkap, gulung dalam kelambu pastu campak ke bawah. Tak pun aku kepit dia kat pintu. 

Hish.

Aku lempang baru tau. Langsung tak mesra alam.

Bilik kat Banana Saging ni aku ambik dengan harga RM50 per nite yang aku book 3 hari sebelum sampai ke Boracay ni. Agak murah dan antara yang murah yang aku jumpa. Memang aku saja nak ambik yang paling murah aku jumpa sebab nak lelap kan mata je pun.

Tempat dia OK, tepi pantai di Bulabog Beach tu, tapi bila tengok bilik.........

Hah kau ! Siap berkelambu.

Dah lah tingkat 3. Bangunan tu semuanya kayu. Naik tangga macam nak roboh bunyi nya. Apa apa pun, toilet dia agak bersih jadi aku tak kisah sangat. Ada kipas dan perkakasan dalam tu semuanya di perbuat daripada buluh.

Tapi tak kisah lah. Aku OK jer.

Ada la meja meja kecik 

Yang penting bilik air bersih

Ada macam rumah pelacuran? Hahaha

Hah. Ni je la bilik dia

Dapat bilik pun dah bersyukur sebab aku book last minit nak cari yang murah pun dah tak de. Sampai bilik, konon nak mandi dan solat apa semua, tapi sebab panas aku nak keringkan peluh, duduk baring depan kipas tu....

Dan dan tu aku terlelap. Sudahnya aku terlelap terus sampai pagi tido atas lantai tu jer. Tak de masuk masuk kelambu pun.

Sedar sedar pukul 5 pagi !

Sebab aku dah set nak gi ambik gambar sunset, aku terus bangun dan ke pantai. Siap siapkan diri apa yang patut terus ke pantai. Banana Saging ni memang tepi pantai pun cuma bilik aku tu masuk ke dalam sikit. Kena jalan dalam 20 meter.

Sunrise tak berapa menarik.

Boracay - Mentari Merah Di Ufuk Timur

Personally aku rasa, OK je kalau nak menginap di sini sebab murah plus tepi pantai. Tapi ianya terletak di Bulabog Beach lah. Kawasan yang kurang meriah sikit.

Di sepanjang Bulabog Beach ni pun ada penginapan lain, kena rajin rajin usha lah.

Macam aku cakap, pilih je mana yang anda suka !

Banana Saging

Ini la bilik aku. Loteng tu yang dekat bumbung !!

Itu la penginapan malam pertama aku di Boracay.

So, kalau nak sunrise, nak relax sikit, Bulabog Beach adalah tempat penginapan yang sesuai.

Tapi kalau nak tempat yang happening, pilih la White Beach. Macam penginapan aku di malam ke dua.

Sebab aku tak nak stay lama lama di Banana Saging tu, pagi tu lepas bangkit, dalam pukul 9 macam tu aku terus check out. Bawak beg dan dengan hati yang rawan pegi ke penginapan malam ke 2 di White Beach. Aku memang nak ambik penginapan malam ke 2 di White Beach sebab nak yang happening sikit.

Tapi dekat White Beach ni pun ada kawasan kawasan dia jugak. 

White Beach ni pantai dia agak panjang, jadi di bahagi kan kepada 3 bahagian iaitu Boat Station 1, Boat Station 2 dan Boat Station 3.

Tengok balik peta ni

Boat Station 1 terletak di bahagian paling utara White Beach. Ada banyak beach front resort. Boat Station 1 ni less crowded dan sunyi sikit lah. Macam ni senang cakap. Lagi ke atas dari Boat Station 2 tu, lagi sunyi ! Sama jugak dengan Boat Station 3. Lagi ke selatan, lagi sunyi kawasannya.

Boat Station 2 pulak adalah kawasan tengah tengah. Di sini la banyak kedai kedai, banyak bar dan restaurant dan ada jugak resort resort. Tapi kawasan ni lah paling meriah dan paling bising ! Jadi kalau nak tenang tenang, jangan la duduk di area Boat Station 2 ni. Apa apa pun, jarak dari satu Boat Station ke Boat Station yang lain tak de la jauh pun. Jalan kaki pun boleh sampai. Tapi, resort resort di White Beach ni semuanya agak mahal la compared to Bulabog Beach.

Penginapan aku di malam ke dua adalah di Boat Station 3 tapi tak de la ke bawah sangat. Kira dekat dekat lagi dengan Boat Station 2. 

Aku memang nak ambik beach front resort dan memang tak nak jauh dari Boat Station 2.

Resort tu nama dia Calypso Dive Resort !

Gazebo di Calypso Dive Resort

Welcome drink

Memang jauh beza la resort di Banana Saging dengan resort di Calypso Dive ni. Sini aku di sambut dengan layanan istimewa. Lagi best, aku sampai pukul 10 tu dah siap boleh check in.

Hah !

Ada welcome drink. Ada breakfast. Ada wifi. Kira cukup lah. Lebih menarik, betul betul tepi pantai !

Keinzalan pemandangan yang terlampau

Waktu aku sampai terus di beri bilik, dan masuk bilik tengok tengok........

Wah !

"Cleopatra !!! Cepat sediakan buah anggur sebakul.... dan gosok belakang Beta. Badan Beta gatal gatal semalaman tidur di tempat murahan"

Hak Hak Hak...








Bilik yang sangat besar. Katil cukup best. Suasana yang best. Pendek kata memang best lah. Pemilihan resort yang sangat tepat ! Siap ada balkoni walaupun tak nampak apa apa.

Tapi. hahaha. Harga pun boleh tahan lah. Regenya RM300 satu malam. 

 * rebah tepi pokok kelapa

Tu pun sebab aku book last minit kot. Tapi tak pe lah. Sekali sekala. Memang aku plan nak memanjakan diri lagi lagi last day di Boracay ni. Dan ini resort beach front paling murah yang aku jumpa !!!!!. Kan aku cakap resort di White Beach ni memang mahal mahal belaka.

So mana nak cari resort yang murah murah? Jawapannya ada. Banyak penginapan di kawasan Main Street in between Bulabog Beach dan White Beach dan lorong lorong di sekitar Boracay ni, tapi tempat tempat tu semua agak sempit dan memang bukan beach front.

Jadi pilih la mana yang di sukai

Restaurant tempat breakfast

Sambil makan sambil menyaksikan keindahan alam, Time ni lah rasa best jer sebab orang lalu lalang tengok kita makan terasa mewah je. Selalu kan kita je tengok orang makan kat tempat best best macam ni. So terasa diri ini mewah sekejap ! Hahahaha

Beach front bar

Lagi tempat istirehat depan resort

Dan resort ni ada pantainya tersendiri. Walaupun share dengan orang lain tapi payung payung ni boleh la nak lepak lepak feeling feeling sun tan

Resort aku duduk ni sebenarnya dive center, so memang ramai orang pegi diving dari sini

Suasana di waktu malam

Pintu nak masuk bilik

Hiasan di dinding

Siapa kata Dunhill dan Marlboro tak mampu bersatu?

Breakfast

Set breakfast

Restaurant

Swimming pool

Cuma ada hal jugak berlaku di sini. Time aku sampai, aku cuba nak mintak password wifi kat pekerja restaurant ni, so aku mintak password dan duduk kat situ. Sempat la dapat password nya. Then waitress dia datang nak ambik order. 

"No. I am not ordering anything"

Sebab aku bukan lapar pun. Then dia blah. Dan dan tu, tetiba aku tak leh access internet dah. Cilabi betul ! Mesti dia ingat aku saja nak pedajal mintak password wifi dan tak nak order makanan.

"Weh ! Aku menginap sini lah. Muka aku tak nampak muka orang kaya kah????"

Pastu aku tanya dia buat tak tau je. Aku rasa dia saja tutup Wi Fi router. Cis.

Coverage phone dekat White Beach sangat lemah. Tak de service, tapi pagi tu masa aku kat Bulabog ada ler pulak boleh la nak hantar SMS kat OR. Ikut nasib lah kot.

Layan Sunset White Beach

So... ada lagi tempat tempat lain kalau nak menginap di Boracay ni. Pantai pantai yang lebih isolated macam di Diniwid Beach tu pun ada resort. Tapi memang agak jauh sikit. Tapi jangan risau, mana mana pun kita stay, senang je nak bergerak di sini. Naik je tricycle yang berlambak lambak di jalanan tu. Kalau tambang dari Boat Station 3 ke Boat Station 1 lebih kurang 10 Peso sahaja. Kalau malas nak berjalan lah.

Memang kalau kita muka tak berapa mewah, nak lepak kat resort sendiri pun ada orang question. Macam tak percaya je kot. Ya lah. May be resort and facilities meant for guest, aku dok baring baring kat kerusi tepi pantai pun dua tiga kali pekerja dia datang tanya. Aku tunjuk kunci bilik baru mereka percaya. Tapi layan gak la borak lepas tu dengan dia orang. Dia orang ni baik baik sebenarnya. Lagi lagi kalau tahu kita dari Malaysia. Tak de masalah pun. Boleh layan borak lagi.

Cuma tu lah, procedure biasa dia orang nak pastikan hanya guest je yang boleh guna facilities yang ada. Nak buat cemana, muka tak mewah, pakaian pun compang camping selalu di salah erti kan. Aku pun dah pasrah bab bab ni. Padahal bukan mewah mana pun.

Kalau  betul nak lebih mewah, boleh duduk macam kat Shangrila tu yang ada private resort tersendiri. Confirm tak de orang kacau.

OK. Yang tu aku memang tak mampu................. tapi aku check jugak, harga satu malam di Shang tu RM1,300. Tu bilik paling murah tu. Kalau solo traveler duduk tempat macam tu, mesti orang akan kata ......

"Kau boleh tak jangan jadi gila kat sini?"

bersambung..............

11 comments :

  1. Banana Saging..siap ada kelambu, banyak nyamuk kot..

    ReplyDelete
  2. Resort yg ko duduk tu bape rate dia meng? Mcm best jek tgk..hehehe

    Mungkin ko kena celup rambut jadi kaler pepel atau grey baru dorang igt ko org kaya kot...hehe

    ReplyDelete
  3. Nohas : agaknya la sebab ada ubat nyamuk.. tapi sebab aku tido tak sedar diri... maybe nyamuk dah bermaharajalela isap darah aku tak sedar..

    HB : dlm 300... tu pun sebab last minit, biasa rate dia around 200 jer

    ReplyDelete
  4. meng,

    blog aku xupdate the latest post ko...ptt aku igt ko xsmbg lg cite smlm...

    bestnye tgk bilik hotel tu..kesian ko slalu jd mgsa keadaan..

    ko kene pakai spender supermen kt luar br org xunderestimate ko nih..

    ReplyDelete
  5. ntoh la DATT. Aku rasa blogspot pening banyak sgt aku punya scheduled entry...

    hhahaa

    ReplyDelete
  6. uihhhhh tak mesra alam reception tu ek? so far aku kat sana mmg sume org ramah mesra gitew...

    kelas ko bilik kelambu bertukar mewah! hahaha!

    ReplyDelete
  7. Biq : tak mewah sebab tak de anggur..

    kena baring kat kerusi cleopatra sambil makan anggur baru rasa mewah...

    dia org di sana OK je kan? muka je ketat2 skit tapi baik..

    ReplyDelete
  8. ooooh tahap mewah ko kena ada kusi cleo siap gantung buah anggur ek? hahahaha! firaun sgt!! hahahaha!

    aah, aku agak terkezut part tu la...sbb aku mmg tanak pi filipina atas sebab2 ala ko pun tau kot...tapi bila dah pi skali, aku rasa not that bad la...and amazingly diorang ramah. OR MAYBE sbb boracay la...if aku gi clark or manila, baru hamik hobat kot...hahaha!

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum bro...nk tny...modal ko gi situ brape ye...pastu hotel yg ko last duduk tu mmg mahal ke...sbb tahun ni aku pegi sana...insha allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.

      Modal tu tak ingat la. Rasanya RM 1000 cukup kot untuk ground. Kalau ramai boleh share cost.

      Hotel aku duduk tu rasanya dekat RM 200 lebih. Tak de la mahal mana. Tapi mahal jugak la utk backpackers. Kalau cuti2 family OK kot. No worries berlambak hotel kat sana. pilih je ikut kemampuan.

      Have fun in Boracay !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...