Saturday, August 31, 2013

Malaysia Tanah Tumpah Darah Ku

Indahnya Negaraku............ Malaysia. Tanah tumpah darah ku.








Bunga raya bunga kebangsaan
Merah menyala indah menawan
31 Ogos Hari Kemerdekaan
Mari kita jaga kedaulatan

Selamat Hari Kemerdekaan MALAYSIA yang ke 56.

Perhatikan gambar ni, apa yang korang nampak?




Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putera puteri sayang
Putera puteri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka
Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

Friday, August 30, 2013

Trip Mabuhay 14 : Angeles City - Leaving

OK. Ni part last trip ini.

Lepas balik dari bershoppingan tanpa batasan di SM Mall. Kocoh kocoh balik ke hotel, packing dan menyumbat segala yang boleh dalam beg dengan harapan dapat mengaburi mata orang kat airport nanti, maka aku pun check out terus.

Beg nampak je kecik tapi berat macam bawak sekoyan emas.

Plan aku memula nak ambik je tricycle ke Main Gate pastu dari sana naik Jeepney ke airport. Tapi kalau kira kira agak mahal di situ sebab naik tricycle tu sekali naik dah PHP200 pastu Jeepney lagi PHP150. Nasib baik la minah receptionist tu kira OK, dia cakap.

"Kenapa uols nak naik tricycle? Mahal okeh. Naik je la jeepney dari depan ni. Dia one way terus sampai ke Main Gate"

* macam tu konon konon dia cakap Melayu.

"Eh. Boleh ke??"

* macam tu jugak konon konon aku jawab dalam bahasa Ibunda.

Hahahaha.

So lepas dia bagitau macam tu, aku pun turun dan tunggu Jeepney depan Tune Hotel. Tak lama menanti lepas tu ada la Jeepney lalu.

Memang Jeepney ni one way jer dan harganya cuma PHP10 setiap orang.

Haaa. Jimat tu.

Sekitar jalanan di Angeles City. Siang siang memang sepi, tapi malam terus meriah carey

Papan tanda dan arah tuju

Tapi !

Sebenarnya jeepney tu tak de la sampai kat bas stop Main Gate tu, tapi stop yang lain. Memang banyak jeepney bertenggek kat situ. Sebab mamat driver tu pun berhenti, maka semua orang pun turun termasuk lah aku.

Abis tu cemana nak naik jeepney ke airport?

* macam tu ada suara suara garau bertanya menusuk ke telinga capang ku ini.

Station jeepney

Jangan risau !

Sebenarnya station jeepeny dengan Main Gate punya bus stop tu cuma accross jalan besar tu je. Jadi kena la menapak sikit. Kalau tengok memang boleh nampak Main Gate punya station tu seberang jalan je sebelah dengan SM Mall yang aku pegi tadi. Kalau tengok pun boleh nampak, cuma nak kena cross jalan je lah.

Jadi. Angkut la semua harta benda anda dan lap peluh jantan yang sudah mula menitis membasahi dahi dan pipi dek kerana cuaca yang panas dan pegi la ke Main Gate station tu.

Di sana ada jeepeny ke airport !

By the way, Main Gate adalah kawasan di mana di luar Clark Field yang banyak commercial building macam mall, hotel, bus station dan sebagainya. Bangunan bangunan ini hanya boleh di bina di luar kawasan airport saja jadi sebab tu la Main Gate ni menjadi tempat tumpuan utama.

"Bang ! Kasi lagu Aku Yang Tersakiti satuh ! Goreng kasik lebih"

Tak jauh pun. Tak de la sampai sakit kaki.

Nanti nampak ada station besar dan banyak jeepney jeepney menanti menunggu penumpang.

Then aku tanya tanya orang cemana nak gi airport, ada la tempat khas yang mana jeepney dari situ semua pegi ke airport. Tapi dia orang ni kadang kadang menyakitkan hati. Bila tanya je, semua macam tak tau. Endah tak endah parade je.

Tak kesian ke kat aku yang berpeluh bawak beg berat ni?

* muka mohon simpati

Jeepney ke airport

Lagi haru kalau ada ulat ulat yang sibuk la nak buat deal.

"You pay 700 Peso, driver can bring you to the airport now !"

Ek eleh. Motip la nak charge aku mahal mahal. Pastu sibuk la dia memujuk rayu. Kononnya, kalau aku bayar that much, jeepney tu tak de la tunggu orang lain. Jadi limo bawak aku sorang sorang.

"Kau ingat benda alah ni Hummer?????"

* malas nak layan.

Sakit hati kalau kita buat tak tau tapi di paksa paksa jugak. Aku cakap, aku still ada masa so aku boleh je tunggu orang lain. Tak perlu risau !

Sebab aku buat muka keras, pastu ramai pulak yang dah start masuk jeepney ni, kira dah penuh so jeepney boleh la jalan. Tapi tetap la mamat ulat tu nak ketuk aku suruh bayar 300 Peso. Aku buat bodo je. Aku bayar macam orang lain, 150 Peso. Bayar terus kat drebar. Kalau bayar kat dia, nanti dia songlap duit tu dan bayar harga yang sama je pada drebar tu.

Bongok !

Sampai di airport terus ada scene. Ada sapa ntah sakit. Turun turun flight then ambulance menunggu. 

Terus macam drama sikit. Tapi aku malas nak usha. Tengok dari jauh jer.

Mungkinkah ada orang terberanak dalam flight?

Puas menunggu, aku konon konon nak pegi la beli mango shake lagi.

* kemaruk tak abis.

Duit pun ada lagi saki baki dengan duit yang aku tinggal untuk bayar airport tax, so aku pun pegi usha kat kedai kedai tu. Beli mango shake, pastu nampak sedap pulak biskut.

Aku memang spare ngam ngam 600 Peso untuk airport tax. So yang balance tak banyak tu la aku buat beli mango shake tu.

"How much this one?"

Cuba cuba bertanya. Tengok cookies tu menarik la pulak. 

"200 peso"

Aku kira kira duit baki.

"Oh.. nevermind.. I dont have enough"
"How much you have?"
"70 peso"
"Ok. Nevernind, You can have it. I pay for you"

Hahahaha.

Nak tergelak lak aku. Baik betul minah tu. Then dia bagi aku cookies tu satu beg kecik dan top up the rest. 

"Salamat Po'"

Aku blah dengan senyuman di wajah. Hahaha. Boleh la makan cookies sambil minum mango shake.

Tunggu punya tunggu, then flight pun dah ready. Masuk boarding room.

Panggilan terakhir

Masa aku gi kaunter check in, dia kata sebab aku dah web check in, so tak payah beratur. Masuk je terus boarding room.

Dia tak de lak timbang beg aku. So terselamat ! Kalau kena bayar memang aku kena pakai USD lah. Sebab tu je yang aku ada untuk spare in case apa apa berlaku.

Sebelum nak boarding, bayar airport tax. Ntah kenapa, instead of 600 Peso, dia cuma mintak 450 Peso je. Hah ! Jadi aku ada lagi berbaki 150 peso !

150 peso lebih kurang RM10.

Ada lagi duit spare. 

Pastu memunggu panggilan masuk ke flight, aku lepak lepak jap. Bila di panggil dan orang mula beratur, terasa teringin pulak nak beli donut. At least boleh makan dalam flight nanti.

Aku pegi kedai donut tu. Kira kira dengan duit yang ada, aku order 3 ketul donut. Pastu aku bagi duit kat dia dan dia bagi balance. 

"How much this one?'

Aku tanya dia harga sebotol air mineral yang banyak banyak dia letak atas kaunter cashier tu. Then dia sebut harga, aku kira kira duit aku, alamak ! Tak cukup pulak.

"How much you have?"

Aku bagi semua duit aku, tapi memang tak cukup la dalam 50 peso macam tu.

"Take it, It is OK"

Haaaaaaaaaaaaa?

Sekali lagi. Dah macam pengemis lak aku ni jadi nya. Hidup dengan belas ehsan orang. Hahaha. Tapi aku tak sengaja dan tak de niat pun. Dah time tu tengok duit tak cukup dan budak kedai donut tu baik hati pulak belanja aku air mineral satu botol.

Maka.. begitu la. Dengan beg berat, donut 3 ketul, air mineral 1 botol aku masuk ke flight. Ambik seat dan lepak lepak menunggu nak take off.

Majalah 3sixty. Shanghai... next? Hmmmm

Take off. Bye bye Angeles City

Melayan perasaan sendiri

Flight agak penuh tapi kat belakang tu ada few seat kosong, jadi aku pun memang ambik seat belakang dan tak de orang kat sebelah. Pastu ramai la yang datang duduk kat seat seat kosong tu.

* regangkan kaki tak bagi orang duduk, kalau boleh nak tabur donut kat seat ujung supaya tak de orang datang duduk.

Apa lagi, pose pose kacak la kat 3 kerusi.

Tak de apa nak di buat. Layan perasaan dan layan sunset dari atas flight.

Keemas emasan

I believe I can fly

Awan gemawan membentuk 3 patung budha mengadap matahari jatuh

Silau mata

Mentari mula menghilang

Flight aku selamat sampai dan mendarat dengan jaya nya.

"Terima kasih abang pilot ! Jangan berSMS, bertwitter dan berfacebook ketika memandu"

Keluar dari airport, then macam biasa, beli rokok pastu keluar.

OR dah menunggu. Siap dah beli air kopi tongkat Ali Cafe bagi memudahkan proses pencernaan. Standard la aku kalau travel berak sure tak puas, balik rumah baru boleh berak dengan inzal !


Selamat la sampai di rumah. Alhamdulillah, maka berakhir lah trip ke Pinatubo dan Boracay ini.

Budget aku untuk trip ni, abis jugak la RM1000 tak termasuk flight dengan hotel. Banyak aku abis sebab bayar trip ke Pinatubo tu. Yang lain lain belanja belanja biasa je. Shopping kat SM Mall tu pun pakai Debit Card jer. Rasanya RM1000 tu cukup kot or may be banyak lebih jugak tu kalau sesapa nak buat budgetary ke Boracay/Pinatubo ni. Apa apa pun, depends la, belanja ikut kemampuan dan kepentingan.

Secara pukul rata, aku rasa Boracay memang WAJIB lah pegi bagi yang cintakan pantai dan lautan. Pinatubo pun OK bagi yang suka kan adventure dan gunung ganang.

At least aku berpuas hati dapat jejak di kedua dua tempat ni walaupun separa kojol nak mendaki hari tu. Apa apa pun, mental kena kuat walaupun physical memang out dan tak berapa nak fit. Kadang kadang kita fikir je tak boleh, tapi actually, boleh lagi. Sekali sekala kena push diri kita to the max.

Hidup hanya sekali, penuhi la dengan benda benda yang boleh di kenang dan buat kita tersenyum riang !

Maraming salamat po.

Tamat !

Thursday, August 29, 2013

Trip Mabuhay 13 : Angeles City - SM Mall Clark

Untuk journey dari Boracay balik ke Kalibo refer SINI.

Perjalanan dari Kalibo menuju ke Clark Airport semuanya lancar. Sepanjang penerbangan aku dok ralit tengok ribuan pulau pulau di sekitar perairan yang membentuk negara Filipina ni.

Bayangkan ada lebih 7000 ribu pulau semuanya sudah tentu la salah satunya perlu jadi yang terbaik. Jadi sah lah Boracay memang terpilih di antara ribuan pulau pulau di sini.

Flight pun tak de la penuh so aku pose pose menawan je kat belakang. Sedar sedar pesawat sudah mula berlegar legar di ruang udara Angeles City.

Layan beberapa view yang sempat di ambik.

Angeles City

Approaching Clark Airport

Sebaik saja keluar dari terminal ketibaan, aku terus je berjalan menuju ke tempat Jeepney. Kalau kat Clark Airport ni, tempat jeepney ni biasanya hujung sekali. Kena jalan kaki ikut gajah menyusu tu sampai hujung hujung nanti nampak la jeepney bertenggek kat situ.

Tunggu dah naik !

Jeepyney menanti

Barang di ingat, Jeepney ni hanya akan membawa ke main gate saja, tapi sebelum sampai main gate Clark Airport tu, boleh la singgah di SM City Mall Clark.  

Aku tak de benda nak rush, hari pun masih siang lagi, so aku bercadang nak pegi usha dulu apa ada di SM Mall Clark ni.

Naik jeepney dengan bayaran 150 peso, nanti bagitau je then driver akan stop dekat SM Mall. Yang haru nya kalau naik jeepyney ni kalau kita naik dengan beg beg dan dia orang ni selagi boleh muat dia orang akan paksa orang orang naik. Mula la rasa berhimpit himpit dalam ni.

Nasib lah tak berapa lama. Sedar sedar dah sampai.

Ini lah dia, SM City Clark !

SM Mall, Clark

Pemandangan bahagian depan Mall

SM Mall Clark ni terletak betul betul berhadapan dengan main road. Kalau ke depan sikit akan sampai ke Main Gate. Clark Airport ni kan macam dalam satu kawasan tersendiri dan merupakan bekas kawasan ketenteraan Amerika suatu ketika dulu. Jadi dalam kawasan Clark Field tu memang dia reserved untuk kawasan airport dan kem kem tentera jer. Maka, tiada bangunan bangunan commercial di bina di dalam kawasan tu. 

Yang ada semua di kawasan luar pada Clark Field ini sendiri.

Masuk ke SM Mall, macam biasalah kalau mall dia Filipina ni kena check apa semua siap scan scan. Macam nak naik flight je. Tapi tu semua security purposes so tak perlu nak complain banyak. Buat biasa biasa jer.

Aku merayau satu mall nak cari makanan sebab aku lapar !!

Jenuh aku jalan. Agak besar dalam mall ni. Satu persatu kedai aku masuk especially restaurant restaurant yang ada. Tengok menu, kot kot yang ada boleh di makan. Darurat ni sebab dah lapar gila.

Tengok tengok mostly ada babi babi, buat aku rasa macam turn off terus. 

Pusing punya pusing, last sekali jumpa Pizza Hut. Padahal Pizza Hut tu awal awal masuk dekat entrance tu jer, tapi konon nak cari kedai lain dulu. Dah last resort, ni je aku rasa yang OK, so aku pun duduk lalu order makanan.

Sesi makan dengan lahap sebab lapar tahap dewa !

Cheese apa benda ntah

 Olio Carbonara with Shrimp

Jadi lah. Janji kenyang.

Dah kenyang tu hari pun dah nak senja. Aku fikir nak tuju ke Tune Hotel je sebab memang aku dah book penginapan malam terakhir kat situ. 

Hari tu sampai duduk situ, nak balik pun duduk situ jugak. Masalahnya aku tak pasti kat mana letaknya Tune Hotel tu sebab hari tu sampai dah subuh subuh, pastu dari Pinatubo tu terus ke airport, tak sempat nak usha.

Ingat nak jalan kaki jer, tapi tak nampak pulak sign Tune Hotel tu. Tanya orang orang semua macam tak tau.

Motip tak tau Tune Hotel? Tony Fernandez kenal? Toni Braxton?

SM Mall di kala senja

Keluar dari mall tu, aku nak cari tricycle. Last resort la sebab dah tak de idea cemana nak pegi. 

Tak lama aku berdiri, ada je yang tanya. Kiranya macam teksi lah, ada penjaga dan cakap je nak ke mana nanti dia orang akan carikan tricycle yang berlambak lambak tunggu kat tepi tu.

Cakap je nak pegi mana !

Deretan tricycle menunggu giliran

Lagi hampeh, tambang tricycle ni agak mahal jugak la. Sekali naik 200 Peso. Memang dia hantar sampai ke Tune Hotel tapi macam mahal ler. 

Apa apa pun, aku memang tak de choice lain. Nak naik jeepney nak kena menapak dulu sampai ke main gate pastu tukar jeepney lain pulak sebab jeepney ni biasanya one way je dia bergerak.

Rupa rupanya Tune Hotel tu tak de la jauh mana pun, cuma ianya terletak di jalan lain along this main road jugak. Kalau memang tau tempat aku rela je nak berjalan kaki, tapi tak pe lah. Redha je lah.

Sampai sampai kat Tune Hotel dah gelap pun.

Proses yang sama. Check in dan terus dapat bilik.

Depan Tune Hotel. Punya la berselirat

Buleh kena radiasi kalau duduk lama lama kat sini

Sampai bilik aku konon konon nak baring kejap.

Tup tup, terlena terus.

Fuh. Sedap nya. Masa tu dalam pukul 7 petang kot. Bila aku sedar tu, dah pukul 3 pagi !!!!

Alamak !

Tengok kat luar, nampak signage ni.

Hotel Savannah

Hotel Savannah ni kat sebelah Tune Hotel. Ada banyak hotel jugak along this road tapi kawasan ni memang tak de la commercial mana sebab jalan dia kecik jer. Untuk pengetahuan, kebanyakkan nama nama hotel, nama jalan dan nama tempat  di Angeles City ini banyak menggunakan nama nama tempat yang berasal dari US. Sebabnya, dulu kan kem askar US sini, so dia orang suka suka ler bubuh nama. Macam Hotel Savannah tu, Savvanah adalah nama tempat di Georgia. Tak rasa pulak ni Savannah di Bromo. Kot kan?

Nasib baik la masa aku check in tu, ada borak dengan minah kat reception dia kata, dekat bawah Savannah Hotel tu ada 7 eleven. Tu yang aku teringat masa terjaga tu, rasa dahaga kasih dan sayang, terus aku turun dan jalan kaki ke sana. Beli air.

Minum air dengan lahap.

Balik bilik, mandi manda kejap then baru la sambung tidur semula sampai ke subuh.

Subuh subuh aku terjaga lagi. Tengok kat luar dah cerah. Rasa macam nak tengok sunrise since aku rasa Tune Hotel ni antara bangunan agak tinggi di Angeles City ni. So aku pun usha cemana nak tengok. Masa tu bilik aku di tingkat 5. Aku naik lif sampai tingkat atas sekali. Tingkat 10.

Tapi agak ngeri la sebab floor atas atas tu semua tak de orang duduk. Gelap semacam je. Lif pulak berbunyi bunyi macam hapa jer.

Kental kan jiwa jugak la. Cari tingkap yang nampak view sunrise, akhirnya aku melepak kat situ sambil layan hisap rokok.

Subuh hari

Ini main road dari Clark Airport menuju ke Main Gate

Bangunan bangunan sebelah Tune Hotel Angeles City

Kiri tu main road. Ke depan sikit akan jumpa SM Mall Clark dengan Main Gate. Jalan Tune Hotel ni memang yang kanan bersebelahan dengan main road tapi tak boleh cross macam tu je.

Mentari muncul lagi

Mount Arayat

Mentari makin meninggi

OK. Dah. Cukup !

Bunyi lif tu serius menjadi satu igauan ngeri. 

Dengan gelapnya, buat aku tak boleh nak stay lama lama. Macam macam gambaran menusuk di minda.  Terbayang hantu Juon. Penanggal atau Pontianak bercakap Tagalog ker.

* mati la kalau dia buat buat tanya, aku tak layan sebab tak faham.

Cepat cepat aku turun ke bilik dan sambung tidur.

Pastu pagi tak pagi aku terjaga lagi. Dah tak tau nak buat apa. Kebosanan melanda diri. Nak pegi airport memang lama lagi sebab flight balik ke KL pukul 4.30 petang. Masih banyak masa. Nak merayau tak tau nak gi mana.

Nasib baik la wi fi Tune Hotel ni agak OK. So boleh la aku online. Tapi online dengan phone bosan jugak. Tu yang aku download Candy Crush dan bermula la aku jadi gila main game tu.

* gelak besar

Aku salahkan kebosanan di Angeles City ni sebagai pemangkin aku main game tu. Nasib lah sekarang dah stop main.

Erk.

Tak cukup dengan kebosanan tu, aku tidur bangun tidur bangun membuang masa. Penat jugak sebenarnya. Sakit sakit badan baru terasa.

Bosan tak? Susun duit syiling

Haru nya jugak, Tune Hotel ni, check out dia awal. Pukul 11. So pukul 11 dah nak kena halau keluar. Tapi kalau nak extend boleh je, kena bayar 200 Peso setiap 1 jam tambahan.

Sebab cuaca panas, dan aku pun tak tau nak ke mana, dengan duit Peso pun macam ada lagi, so aku stay je lah sejam dua lagi.

Pun bosan jugak !

Tup tup dalam pukul 12 macam tu, aku terfikir, baik la aku pegi SM Mall tu semula dan jalan jalan di sana.

Tanpa berfikir panjang, aku turun dan naik tricycle terus ke SM Mall lagi.

Tricycle membawa ku pergi

Dalam mall

Mall ni boleh tahan la besar.

Kalau semalam aku datang aku cuma aim nak cari tempat makan je so aku tak de la merayau mana. Kali ni merayau tanpa arah tujuan. Nampak yang menarik then usha. Tapi aku tau aku tak de banyak masa sebab nak check out dari Tune Hotel pukul 2 petang nanti. 

Tup tup aku masuk SM Mall tu tengok ada sales !

Fuh. Dari tak de plan nak beli apa, aku terus jadi gila sekejap. Dari tak suka shopping, tetiba shopping masuk dalam list yang buat aku jadi mental tetiba.

Murah siak.

Dekat SM Mall ni, kalau tengok baju baju especially t shirt memang murah. Rata rata harga dalam 200 Peso ( RM14 ) Kain memang elok elok. So apa lagi, aku borong la beli untuk orang tu, orang ni, daripada tak beli apa apa terus beli macam orang gila. Paling best beli underwear. Kain lawa lawa, design macam aussiebum, harga murah giler !

Kau mampu pegi Filipina borong seluar dalam?

Sudahnya memang penuh tangan. Nampak pulak ada Kultura Philippines, siap ada FM apa semua, bertambah mental la aku kejap. Cari baju budak budak, beli kan barang untuk OR, pastu lagi terkesima bila tengok bahagian perfume.

2 brand kegilaan aku di kala remaja dulu ! Tetiba rasa kembali ke alam remajah !

Terus sambar. Lagipun perfume aku guna untuk travel dah abis. So aku beli la yang 50ml ni untuk bekalan travel kelak. Boleh tahan la murah. 1 botol tu cuma RM60 jer. 

Pastu terus di serang gila bershopping bertubi tubi.

Sempat lagi aku ambik tu ambik ni bayar then memang dah tak berapa nak ada masa, aku terus ambik tricycle balik ke Tune Hotel dan packing. Nasib la dekat je pun.

Daripada beg aku ringan, now dah macam bawak batu bata. Selagi ada ruang aku sumbat. Mati la kalau kena excess luggage ni karang.

Tawakal dan berdoa, tapi aku gembira tetiba sebab kali ni aku travel dan bawak cenderamata untuk semua orang. Selalunya jangan harap la... aku pegi dan balik lenggang kangkung semata mata. Abis abis pun ada FM tapi kali ni, dah macam shopping raya...

Fuh. ! Kalau tak de duit jangan masuk mall ni. Tapi kalau nak cari barang, YES ! Sediakan je wang secukupnya....

bersambung...............

Wednesday, August 28, 2013

Trip Mabuhay 12 : Boracay - Island Hopping

Satu satunya aktiviti yang aku buat semasa di Boracay tak termasuk jalan jalan tanpa tujuan dan ambik gambar adalah island hopping !

* bunyi cengkerik sahut sahutan.

Hahaha.

Tu pun, aku rasa aku join island hopping ni by accident. Bukan accident apa pun. Malam tu aku merayap dekat area Boat Station 2 tu tengok suasana malam di Boracay then ada la mamat ni tegur.

"Island hopping Sir?"

Ntah cemana. Selalu aku buat bodo je kalau orang tegur tegur ni. Lagi lagi kalau tegur aku pastu cakap tagalog. Sah sah la aku buat tak reti je. Tapi mamat dekat mamat berdua ni, aku terberhenti. Maybe saja la aku nak usha usha kot. Tup tup aku tanya dia.

"How much?"
"3000 Peso"
"Too expensive"
"How much you want Sir?"
"I dont know. 1000 Peso?"

Aku suka suki je main belasah. Pastu dia setuju dengan 1000. Terus aku terjerat percintaan.

* letak kepala atas bahu Siti Nurhaliza

Then borak borak sikit, pastu aku tanya dia.

"But I have to leave by 10 o clock tomorrow"
"No problem sir. We can go as early as 5 am. It will take 3 hours"

Bla bla bla dia cakap lagi, pastu aku terus terkesima rama. Sebab aku fikir, duit ada balance dan aku tak de apa nak buat dah plus OK jugak kalau aku pegi island hopping kalau betul betul sempat.

"Where do you stay? Which hotel?"
"Calypso"
"OK. I will wait for you at 6 am tomorrow"
"OK"

Dah.

Tu jer. Pastu aku terus blah. Dua tiga langkah tu aku realized, 1000 Peso? Mak aiii. Mahal tu ! Dekat RM 80 !

Terus datang penyesalan. Nak pegi cancel dah segan. Duit memang cukup tapi tu lah. Worth it ke aku nak bayar banyak tu for island hopping?

Aku di serang rasa bersalah mencurah curah. Apa benda la aku fikir sampai aku boleh agree tadi? Hmmmm. Aku jalan jalan lagi ronda ronda waktu malam di kawasan Boat Station 2 tu tapi otak aku dok menimbal balik.

Perlu? Atau tak perlu?

Seperti yang di bagitau, harga tu adalah untuk 1 boat. Makanya sebab aku nak pegi awal pagi, tak de la orang lain yang nak join pun sebab biasanya dia start around 8 am !

Berperang dengan perasaan sendiri. Puas aku pujuk diri sendiri. Akhirnya, tawakkal je lah. Aku bukan datang sini hari hari. ( tapi dalam hati tetap ada rasa menyesal jugak lah sikit sikit )

Sampai balik ke bilik hotel aku masih belum boleh menerima hakikat, cemana aku boleh setuju. Isk. Tapi malam tu aku tidur dengan lena atas tilam empuk.

Pagi pagi aku bangkit dan bersiap. Mengalahkan nelayan nak pegi ke laut ni !

Keluar ke depan hotel tengok mamat tu dah siap sedia menunggu !

Hening pagi

Bangka menanti

Suasana di White Beach masih lengang di pagi hari

Selamat pagi Boracay

Seawal 6 pagi dah ada yang mandi

Memula aku tak tau nak expect apa pun. Ingat macam pegi island hopping biasa biasa je. Tapi bila mamat tu tanya nak snorkelling ke tak? Then aku fikir.

Why not? Since aku pun berpakaian ala ala boleh je nak basah. Jadi aku pun bersetuju.

Pegi sewa kelengkapan snorkelling dengan harga 100 Peso. Siap beli roti lagi nak bagi ikan ikan makan. Kau mampu subuh subuh sapie turun ke laut nak bagi ikan makan?

Aku mampu ! Tapi dengan taik mata masih berkeledek lagi la...

Untung la ikan ikan hari ni.

Roti macam ni aku pun boleh makan sama

Mamat yang datang ambik aku kat depan hotel tu sibuk la check bot dia sebelum berlepas. OK jugak mamat tu. Boleh la cakap English sepatah dua. Tapi aku tak expect aku sorang je yang nak gi snorkelling pagi ni. Tapi rupa rupanya, memang harga dia charge aku tu adalah harga 1 bot !

Erkk.

Patut la aku rasa macam mahal. Kalau pegi ramai ramai mungkin la murah kot. Tapi tak pe lah. Nak menyesal pun tak guna. Aku tak de banyak masa so tak boleh nak join dengan orang lain ramai ramai. Bot pun dah nak bergerak. At least, ada la aktiviti yang aku sempat buat sebelum aku blah dari Boracay nanti.

Bot bangka tu bergerak meninggalkan Boat Station 3 dan mula menuju ke selatan. Itu arah kami bermula untuk keliling Pulau Boracay ini.

Bot mula bergerak

Yang lagi aku rasa ntah hapa hapa, mamat tu siap bawak kawan kawan dia lagi. Maybe untuk meramaikan majlis.

Jadi.........

Aku ada bodyguard !! Mamat yang ambik kat hotel tu pakai baju putih ni. Lupa nak tanya nama

So tak kisah lah. Dia orang buat hal dia orang, aku pun sibuk melayan perasaan.

Taik mata pun masih melekat lagi, dah siap siap turun ke laut ni.

Boleh dapat anugerah cemerlang ni !

Haa ini baru bot betul nak gi ke laut kot

Batu batu membentuk pulau pulau kecil di sekitar Boracay

Crocodile Island

Sampai dekat Crocodile Island ni, bot ni pun berhenti.

Aku pun relaks je lah. Tak de lah expect apa, rupa rupanya mamat tu cakap.

"You can snorkel here"
"Here?"

Dia angguk.

Wah.. Memang betul dapat anugerah. Pagi pagi aku rela hati turun ke laut. Tapi bukan untuk tangkap ikan, cuma nak menengok ikan.

Dia orang lepak kat atas bot. Perhatikan aku. Aku pose pose sorang sorang snorkelling kat area tu. Memula ada 1 bot bawak penumpang snorkel sama. Tapi lepas tu dah tak de. Maybe dia orang lagi awal pada aku lah tu kot.

Turun ke laut tak de la sejuk mana walaupun pukul 6 lebih. Cuaca dah terang benderang. Tapi OK lah, tak de la panas sebab masih pagi.

Mula mula turun, aku dok usha usha lah. Mamat tu dok baling baling roti tu supaya ikan datang kat aku. Tengok tengok ikan belang yang biasa biasa tu je. So aku agak hampa.

Mana ikan ikan lain?

Tidak kah mereka gembira menantikan kehadhirOn aku di pagi ini?


Agak bosan jugak lah memula. Lebih lebih lagi bila aku tengok banyak karang karangan yang mati. Ikan ikan pun jenis biasa biasa je. Tak de yang special mana.

Lagi haru aku cari nemo tak jumpa.

Motip kalau tak de nemo, tak gah okeh !

Selama lama ni aku snorkel, tak pernah tak jumpa nemo. Takkan kat Boracay ni tak de nemo?

"Nemo............  Hoi, di mana kau berada?????"

Pusing pusing keliling bot, aku dengar la suara dia orang kat atas tu berborak borak, aku cuba lari jauh sikit, tetiba aku nampak segerombolan nemo yang besar besar.

Serious besar !

Tak pernah aku jumpa nemo sebesar tu. Memula fikir jugak, betul ke tu Nemo. Nemo ke badak air ni???Ada la sebesar tapak tangan. Selalu kan nampak yang kecik kecik tu je? Aku jadi excited. Mungkin  di situ la lubuk nya, bukan sekor dua, tapi bila aku kira ada more than 14 ekor nemo sedang melepak dan bergossip riang sesama mereka celah celah coral coral dia tu.

Fuh.

Baru aku rasa excited terlebih. Now baru aku rasa best. Terus aku pose pose Dora.

"Hello Nemos... big Dora is coming !!!!"

Then lepas lepas tu banyak jugak lah ikan ikan lain yang aku nampak. Ada jugak yang pelik pelik, tapi sebab nemo tu banyak dan besar, dia orang lah yang lebih mencuit hati aku ni.

Mencuit hati? Ya ke?

Apa apa pun, aku habiskan sekitar 45 minit je snorkelling kat situ sebelum aku bagi sign, aku dah nak naik.

Lepas tu kami pun bergerak semula.

Actually, nama je island hopping, tapi sebenarnyanya pusing keliling pulau Boracay ni jer.

Apa apa pun, aku rasa interesting jugak, sebab semalam aku dah jalan ikut darat, tapi kali ni pusing satu pulau. So aku boleh tengok dari arah laut pulak dan melihat bentuk muka bumi Boracay ini sendiri.

Yok. Kita bergerak.

Ha.. tak payah pegi Guilin. Sini pun ada gajah menyudu

Melintasi kawasan Bulabog Beach

Ni nama nya monkey rock. Ada rupa monkey jugak tu kan?

Tiba di satu kawasan. Mamat tu tetiba bagitau aku.

"Fruit bad"

Dia tunjuk. Aku dengar dia sebut 'bad as of 'Badrul' so aku macam muskil. Tapi dengar bunyi riuh rendah kat atas bukit tu.

"Fruit? Bad?"
"Yes. Fruit bad"
"You mean fruit bat?"
"Yes. Fruit bad"

OK. Baru aku faham. Dia nak cakap fruit bat. Tu pun sebab bila aku perhatikan betul betul.

Hah.

Aku memula ingat pokok kapas !

Tapi tu la bila perhatikan betul betul baru lah perasan. Rupanya ini la keluang !

Tau Keluang Man tu?? 

Hah ni la. Bukan Kelawar tapi keluang sebab benda ni makan buah ! Tu yang di panggil fruit bat.

Tapi memang kedengaran bunyi riuh rendah. Mamat tu cakap, bunyi tu sebab monyet kacau dia orang ni. ( orang laa ) So dia orang lari lah. Tapi tak de la nampak sangat, mungkin sebab banyak pokok pokok.

Ni satu lagi gambar.

Banyak ni. Sepanjang panjang tebing

Lepas abis kawasan keluang ni, then airnya lebih tenang dan damai.

Masa tu excited tengok air laut yang sangat lawa dan menawan kalbu. Ada macam banyak gua gua kecil kat tepi tepi tu, tapi tak de la dia bawak aku dekat dekat, so just layan je lah.

Air dah macam air tasik je

Lautan sepi

Tak lama lepas tu, boat mula menghampiri pantai yang memutih. Aku ingat pantai tu sebab semalam aku datang sini. Ini la Puka Beach

Mamat tu stop boat dia kat situ, dia kata aku boleh turun dan mandi kat sini.

Since semalam aku datang tapi tak berkesempatan nak berenang renang pose pose dugong. Maka hari ni, apa lagi, hilangkan gian dengan air yang best.

Aku pun mula la berenang renang dengan riang.

Eh. Sebelum tu, mamat tu bawak aku ke gua ni. Nama nya Puka Cave.

Tu lubang masuk ke dalam gua

Pasir memutih dari depan Puka Cave

Di belah dalam.

Ni dalam gua. Tak de lah menarik mana pun. Gelap gulita jer.

Malas nak layan duduk dalam gua tu lama lama. Tak de la besar pun, then aku keluar untuk aksi aksi ikan todak dan cuba bermanja manja di gigi air.

Ya areeeba !

Boleh tahan dalam air dia ni walaupun nampak cetek jer

Ada je orang lain yang mandi sama

Air dia memang terbaik !!!

Adalah dekat setengah jam aku bergodak godak mandi kat sini sebelum aku bagi sign untuk bergerak.

Takut nak mandi lama lama. Kang lagi lama duduk sini, lagi lama aku nak sampai hotel. Takut nanti terlepas nak balik ke Kalibo pulak. Ikutkan hati memang rasa tak puas. Kalau boleh extend memang aku nak extend, tapi mengenangkan tiket nak balik dah mahal. Jadi redha je lah.

At least dah sampai dan dah dapat mengecapi nikmat Ilahi di sini.

Dayung .... dayung sampan...

Kawasan berbatu batu. Bagi yang suka cliff diving, boleh try ke Ariel's Point. Boleh terjun tiruk 

Dan ini la Shangri La. Private resort dengan private beach. Siap ada private boat dari Cataclan

Shangrila Boracay. The world's best resort in the world's most beautiful island. What do you expect?

Ni ada resort resort lain di kawasan tepi tepi bukit

Macam ni pun ada

Ni di kawasan atas bukit

Ni dah sampai di kawasan White Beach semula

Dan sampai depan resort balik semula. Orang pun dah mula ramai memenuhi pantai untuk sesi mandi manda

Tu lah apa yang dapat di ikuti sepanjang island hopping di Boracay ni. Nak kata best sangat tu tak de lah, but rasa fun juga. At least aku tengok sendiri dan rasa sendiri dan sempat la beraktiviti di sini.

Kalau ber masa dan suka snorkel, boleh cuba. Tak rugi mana. Lagi pun alang alang dah sampai, redah je lah.

Lepas abis island hopping, aku balik ke resort. Abis pusing pulau Boracay ni. Sempat breakfast pastu siap siap sebelum pick up datang nak hantar balik ke airport Kalibo.

* menangis peluk pokok kelapa tak nak balik................

Nyata, hatiku terjerat percintaan di Boracay............ huhuhuhuh



Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaanmu

Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya

Aku telah jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaanmu

Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya

Serious rasa tak puas lagi !

bersambung....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...