Saturday, June 15, 2013

Tengok Wayang Lagi : MBO

Suka tengok wayang? Hantu wayang? Suka buat wayang?

Mana satu korang?

Aku memang suka tengok wayang dan selalu tak melepaskan peluang kalau ada cerita cerita best di panggung. Selalunya panggung yang menjadi pilihan adalah di GSC atau pun di TGV. Sekarang ni TGV pun ada IMAX untuk kepuasan menonton yang maxima. 

Tapi biasalah, tiket mahal sikit.

Baru baru ni bersempena dengan cuti sekolah dan ada banyak cerita best di wayang, maka aku pun pegi la tengok wayang. Tapi kali ni bukan di GSC ataupun di TGV, tapi di MBO.

No ! Bukan MBO yang jual buah tu. Ini MBO panggung wayang.

Dulu ada jugak aku dengar pasal MBO ni tapi biasanya wayang dia dekat kawasan kawasan luar bandar je. Tapi kini tidak lagi. Dia orang dah ada kat bandar bandar dah. Berlambak lambak pulak tu.

So hari ni aku nak bawak kita semua pegi tengok wayang di MBO !

Apa yang menarik, setting MBO ni boleh tahan lawa. Tak percaya? Tengok ni !

MBO Cinema. Ambik pakai iPhone jer

Entrance masuk


Ceria tak?


Colorful setting


Menuju ke cinema


Lagi...

Dan ini pulak di bahagian galleri luar.

Menarik gak aper.

Usha !






Ni dalam panggung. Cubaan nak ambik gambar dalam gelap gulita

OK. MBO yang aku kunjungi ni terletak di Citta Mall !

Tau mana? Dekat Jalan Airport Subang tu. 

Tau apa maksud Citta? Maknanya adalah City dalam bahasa Italy.

* terima kasih kerana menggunakan bahasa Ibunda ku.

Nah layan gambar di Citta Mall.

MBO di tingkat paling atas

Orang duduk kondo ni hari hari datang tengok wayang agaknya

Mall yang tak ada apa sangat kecuali tempat makan dan wayang

Tapi. aku rasa tiket di MBO ni agak mahal la banding dengan GSC atau TGV.

Kalau show cerita cerita baru, mau cecah RM14 per ticket. Mahal ler tu. Kalau premier aku tengok dekat RM21.

Bapak la mahal. Tapi orang memang tak ramai. Siap boleh bergolek golek dalam panggung tu kalau mahu.

So, aku usha cerita apa?



EPIC !

Ya lah. Nama pun cuti sekolah dan bawak anak anak, kena la usha cerita kartun walaupun aku bukan peminat cerita cerita jenis macam ni. Aku nak tengok cerita Star Trek, tapi terpaksa la mengalah.

Apa apa pun, menarik jugak cerita EPIC ni. Gambar yang lawa. OR suka sangat lah. Hero bosan. Tiga empat kali dia asyik tanya aku pukul berapa. Anak Dara si kecik tu suka je tengok wayang ni. Lagi lagi cerita macam ni walaupun tak faham benda.

Yang penting dia duduk diam dan tak meragam.

Apa apa pun, permaisuri dalam cerita ni adalah Beyonce ! Korang tahu?

Aku layan jugak la sampai abis cerita. Aku bagi 4/5. Not bad lah untuk bukan peminat kartun macam aku ni.

Dan lepas tu aku pegi usha jugak tengok cerita Star Trek Into Darkness. Pegi tak bawak budak budak. Hiks.


Aku punya expectation yang tinggi untuk cerita ni.

End up. Aku kecewa. Sebab aku rasa cerita dia mengarut gila. Ntah hapa hapa. Tapi CGI best lah cuma jalan cerita dan finishing macam tak boleh di terima akal.

Apa apa pun, aku enjoy dalam keterpaksaan. Aku bagi 3.5/5

Hahahaha.

Satu lagi aku dah usha cerita Now You See Me. 

OK. Tanpa meletakan harapan yang tinggi, aku tengok pun sebab IH cakap best, so aku pegi usha. Ternyata, tidak mengecewakan. Aku bagi 4/5. Cuma abis cerita tu aku rasa blur sekejap. Tak boleh menerima kenyataan.

Jadi, jangan canggung berbusana anggun, angkat punggung pegi ke panggung untuk tengok movie ni. Kot masih ada lagi. Tak pun cari je DVD nanti atau download online.

Anyway, nak usha cerita Man of Steel lepas ni. Kena tengok kat IMAX ni.

Hmmm. Excited.

Ya lah. Seram sejuk nak tunggu reaksi para peminat.

* rebah

Budak budak pun excited nak tengok Papa beraksi di layar blue ray ! * rebah sekali lagi

Enjoy weekenggggg !

13 comments :

  1. TGV utk cite baru RM16. kalo lama skit RM14. GSC pn sama je. so, harga adalah sama ye abg meng. kikiki

    ReplyDelete
  2. just realised i am in your blogroll. thanks yah.

    kadang masuk gak blog you baca pun tak penah lak click rata2. ari nih ter-rajin lak.

    thanks again :)

    ReplyDelete
  3. SM,
    saya pon suka tgk wayang kat sini, tak ramai..mahal sikit, tp seat luas berbanding tgv or gsc. tp orang kata popcorn dia tak sedap

    ReplyDelete
  4. TGV one utama mcm pelik sket rega tiket die... lagik dekat dengan screen, lagik murah tiket tu... aritu tengok Startrek , seat 6@7 row dari blakang, dapat RM10 jah...

    MBO Kepong rasenye murah sket tiket ...

    ReplyDelete
  5. KO ADA ANAK DARA MENG??? YA ALLAHHHH BARU AKU TAU...

    anyway, aku baru je sembang ngan sekupang, meng ni tak keje ke malam ni (konon ko keje kat wayang la sbb filem ko tgh keluar) hahaha! untung la glamer belakon dlm layar perak!

    p/s: ok, aku dah dpt "barang" tu. yg lawaknyer, kena pi collect kat bangi. skali bukak, mcm kotak beracun plak! serbuk2 putih tu menyorokkan 5 FM yg SANGAT aku suka :) tx a lot meng. aku nak kasi kat ko plak, bleh guna alamat pengirim tu tak?

    ReplyDelete
  6. Aku baru tgk filem after earth smlm...igt nak tgk citer ko arini la meng...hehe

    ReplyDelete
  7. HF : benarkah begitu? bukan biasa tgv dgn gsc tu dlm 11 ringgit je ke? ke tu sebab aku beli online? ntoh.

    LR : sama sama... hari tu nak tgk ur entry to myanmar.. apa apa pun thanks for sharing.

    DZ : memang pop corn dia tak sedap dan jajan dia adalah limited..

    owk?

    ReplyDelete
  8. AZ : tu la tu.. rasa nya around tu ler harga dia. tapi x tau ler.

    Biq : bukan aku dah preview ke anak dara aku ni skit hari tu. saja tunggu beso skit.. baru leh expose.

    anyway brg tu selamat kah? bagus la..

    kalau nak balas.. boleh je. boleh pakai alamat tu.. jangan lupa kirim emas sekati, berlian sekoyan dan saki baki wang asing sekali..

    hahahaa

    * aku masih berdebar menanti reaksi peminat dan masih belum pegi menonton lakonan sendiri di pawagam

    rebah.

    ReplyDelete
  9. mmg aritu aku pasan masa HB dgn JG dok sibuk ko ada anak dara, tapi aku cam ingat diorang ni main2 sbb ye la, diorang kan gile *matila claim org gile* hahaha! rupanya betul ko ada anak dara! alahai comelnyer ko ada sepasang :)

    ha brg slamat sampai, siap terkinja2 korek tunggang kot2 ada lagi sorok2 dlm tu kahkahkah! ada aku amik gambar ha. plg suka sbb sume tempat tu tak penah pegi lagi kecuali yg satu tu :) seb baik tak beli sama bentuk!

    ha sekupang la suh balas, dok korek saki baki apa barang kain kuning jampi serapah mak esah semata2 nak kasi kat ko :D nak2 sume tempat ko dah pegi. hmm...moga2 sistem barter ni berterusan la hendaknya, sila meterai perjanjian ye hahaha...

    aku tak pi tgk lagi ni lakonan ko, ramai dok cakap biasa2 jer...plg tak blh blah, ramai kata, sampai skang spender merah ko tu still takde lubang. slalu spender ada lubang, maklum la, mudah...ha dah camne tu! hampeh!

    ReplyDelete
  10. Biq :

    Aku x sabar sabar nak buat komentasi pasal movie lakonan aku tu.. hahaha. nanti la.. rajin rajin skit.

    wehh kalau xde x perlu nak balas balas.. next time je bebila ada tempat lain baru la bagi.. motip bersusah payah sebegitu rupa. anyway thenfksss

    ( kasik efek terpercik air liur skit )

    ReplyDelete
  11. BAHAHAHAHAHA ok effect air liur tu mmg sampai kat laptop screen aku ni! hahahahaha!

    takpe, kalo pi mana2 aku akan masukkan nama ko dlm list calon mendapat FM aku jugak :) ko jgn lupakan aku dgn sekupang ye mekashehhhh...

    aku pun nak gak antar kotak beracun kat ko sambil dipenuhi kertas2 yg telah di shred kan, tapi aku tambah bedak wangi HAHAHAHA!

    HB lah yg plg gile...terbayang dah kalo kita sume lepak kedai makan, sume nganga tgk dia cakap...bkn teruja, tapi pasal mcm apa kena dah budak ni hahaha pfft!

    ReplyDelete
  12. terima kasih. nanti aku spare jugak FM utk mak esah kalau pi memana...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...