Tuesday, February 19, 2013

Trip Ber'Gangnam' Ke Korea Selatan : 11 : Nami Island - Sonata Pulau Cinta - Part 1

Pheweitttt !

Dah sampai ke entry untuk ke Nami Island.

Memang kalau ke Korea Selatan tapi tak pegi Nami Island, kira tak aci  lah. Ini adalah tempat wajib walau macamana sekali pun.

Mesti !

Oleh sebab kemestian ini lah, aku dengan BW dah bercadang hari ke 2 di Seoul ni, kami bakal ke Nami Island untuk melihat sendiri apa yang ada di sana dan feeling feeling menengok pulau yang begitu sinonym dengan ceritera Winter Sonata itu.

Walaupun aku tak tengok cerita tu, tapi aku tau Pulau Nami menjadi lokasi penting dan menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke Korea Selatan. Di tambah lagi dengan cerita IH yang berpeluang berkunjung ke Korea Selatan dengan Gadis Osaka pada tahun lepas jadi kami pun nak jugak la pegi usha.

Seperti yang di janjikan, pagi pagi tu aku dengan BW akan bertemu di tepi jalan tepat pukul 6 pagi !

Ni 6 pagi ni !! Orang jual surat khabar tepi jalan

Actually malam sebelumnya aku tak berapa lena tidur.

Kerengsaan.

Balik dari berjalan semalam, sampai kat capsule aku di Metro Sauna tu, aku duduk la surf internet pakai iPhone aku yang kecik lagi cute tu cemana cara cara nak pegi ke Nami Island. Bahana memang tak de langsung benda nak refer. Nasib baik la tempat aku duduk ni ada wi fi yang agak laju.

Tapi serious aku tak lena tidur.

Tak tau la kenapa. Mungkin sebab bila aku nak tidur tu, rasa macam tidur dalam bilik mayat je. Datang keinsafan dan diundang ketakutan dan ngeri. Kejap kejap aku rasa lemas. Lama jugak la berpusing pusing dalam tu, last sekali aku tidur tak tutup pintu capsule tu. Nganga. Lantak ler, sebab pakcik Jepun tu sorang je pun yang ada. Tu pun dia tidur belah hujung sana.

Ngeh Ngeh Ngeh.

Bangunan Metro SPA dengan 7 Eleven depan Chungmuro Station.

Sebenarnya  semalam ada cerita.

Balik dari berjalan tu, lepas surf surf apa yang patut, aku rasa nak mandi sebab badan melekit.  Dalam row capsul yang aku duduk tu cuma ada sorang je pakcik dari Jepun. Tapi dia duduk hujung sana sikit lah. Aku lalu pun nampak dia dok surf internet dalam bilik kecik dia tu.

So nak mandi, aku pun siap siap la bawak tuala dan short. ( Short dan tuala di bekalkan sebab orang nak bersauna kot, siap dengan bathrobe lagi )

Aku pegi toilet tengok tak de tempat mandi.

Masuk jamban tak de air pulak. Cemana nak  mandi kat situ?

Nak tak nak, aku pegi ke bahagian sauna sana, yang mana malam malam pun still ada ramai orang kat situ. Mostly pekerja dia lah. Siap ada massage apa semua.

Ada satu bahagian tu memang locker room. Pastu changing room. Ada massage room terbuka. Ada shower room pun terbuka. Ada sauna tertutup dan ada jazuci terbuka. Kira besar jugak la tempat ni macam satu floor bangunan dia ambik.

Nak di jadikan cerita, aku nak mandi so aku nampak ada shower area tu aku nak mandi la situ. Sebab terbuka so aku pun simpan tuala dan barang dalam locker then pakai short.

Elok je aku melangkah nak ke situ, tiba tiba ada staff situ tegur.

"Hey"

Pastu dia cakap Korea. Then tunjuk tunjuk seluar aku pakai.

"No ! No ! No !"

Sudah !

Tak aci pakai seluar ke?

"I just need to take shower"
"No. No. No"

Sekali lagi dia tunjuk short yang aku pakai.

Sudah. Memang confirm kena bogel.

* nanges

Then aku tengok keliling. Memang orang dalam tu semua bogel. Baik pakcik, baik budak remaja. Muda ke tua ke ada yang sedang basuh kain. Ada yang keluar masuk sauna. Ada yang dalam jacuzi.

Nak tak nak. Aku pun bukak seluar.

Hambik !!!!!!!!!!!!!!!

* mandi laju laju.

Then bila mandi tu aku tengok ala dia orang tak heran pun aku bogel. Jadi, aku pun dengan langkah berani, lepas tu pegi masuk bilik sauna. Bilik sauna dia agak besar. Panas jugak lah. Ada beberapa orang tengah duduk dalam tu. Aku masuk siap kever kever gede ni. Ada kerusi then aku duduk.  

Sebab segan, aku duduk pastu............

kepit la uols.......................

Malu lah aku.

Mamat mamat dalam tu perati je. Mungkin dia orang pelik aku ni orang apa. Ke dia orang usha aku bogel? Apa apa je la aku malas nak ambik port. Aku bogel dia orang bogel gak. Kalau aku punya berserabut, dia orang punya pun apa kurang nya. Dah macam sarang burung pun ader. Tweet. Tweet. Tweeeeet !

Kan??

Hahaha. Pastu aku macam nak tergelak sendiri. Rasa malu pada diri sendiri pun ada. Fikir fikir, kalau kat Malaysia ni, memang aku tak buat benda benda macam ni.

Agak dah berpeluh tu.

Jalan dengan kever gede lagi. Kepit kepit pastu masuk dalam Jacuzi.

Wah.. Hebat gila rasa. Main buih buih dalam tu. Lama gak la aku stay. Jacuzi dia besar gak, then ada mamat sebelah ajak borak borak. Tapi dia macam tak berapa reti nak cakap English aku pun malas nak layan mana.

Lepas tu baru la aku bilas dengan shower sekali lagi then keringkan diri then balik ke capsule untuk tido.

Begitu la pengalaman berbogel di Seoul.

Korang mampu menjadi tatapan umum sebegitu?

* nanges insaf tak nak booking last minit dah

Tapi pagi pagi aku mandi dah tak de orang, so aku berlari lari berbogelan tanpa pedoman. Staf staff dia masih tidur bergelimpangan. Dia orang tidur bersepah sepah je atas lantai.

Anyway, abis bab tu, pagi tu aku tunggu BW tepi jalan dan tak lama aku nampak dia kedek kedek datang.

Kami ambik train ke Jonggak Station pastu jalan ke Tapgol Park ada banyak bas bas kat situ. Salah satu daripada bas tu akan pegi ke Nami Island !

Shuttle bus ke Nami

Barang di ingat, cuma ada 1 trip je bas ni ke Nami hari hari iaitu pukul 9 pagi.

Jadi. Pastikan datang awal unless dah tempah tiket siap siap. 

Macam aku, nak call tak dapat dapat jadi gamble je pagi tu. Memang ada cara lain nak ke Nami, salah satunya ini lah. Lain lain mungkin naik train je.

Masa aku sampai, takde orang lagi. Tanya orang baru di tunjukkan bas ni. So tunggu kejap sampai la drebar datang then beli tiket siap siap kat situ.

First come first serve basis. So kalau lambat memang tak sempat la kalau bas dah penuh.

Masa aku tu, ada makcik Indon dengan anak dia, pastu ada la orang lain dan sekumpulan dalam 5 orang  budak budak pompuan Melayu.

Satu lagi, bas ni akan bertolak dari Insadong pukul 9 pagi dan hanya akan pulang ke Seoul dari Nami pukul 4 petang. Jadi nya, kalau tak nak tunggu, beli je tiket one way macam kita orang.

Sebab kami ada plan lain so fikir, tak de la nak berlama lama di Nami nanti.

Perjalanan lebih kurang 1 jam. Sebab mengantuk, aku tidur sepanjang jalan. Cuaca pun mendung mendung je.

Tambang adalah 7,500 Won per trip.

Sampai di tempat naik ferry ke Nami terus beli tiket. Tiket naik ferry dan ke Pulau Nami adalah sebanyak 10,000 Won lagi untuk pergi dan balik.

Beli tiket dan naik ferry di sini

Ferry ke Nami

Atas ferry. Actually tak de nampak orang sebab semua orang masuk dalam di tingkat bawah. Aku ni kan suka merayau, rupanya ferry ni 2 tingkat. Kena pusing baru boleh naik bahagian atas.

Cafe di jetty

Selain dari naik ferry, boleh jugak naik flying fox ni. Aku tak sure harga dia tapi rasanya mahal jugak la. Nanti terbang terus sampai di Pulau Nami

Pulau Nami kelihatan di tengah tengah sungai. Tak de la jauh mana pun.

Ferry berulang alik dari jetty ke Pulau Nami

Welcome to Nami Island

Sebenarnya Pulau Nami ini di bangunkan sebagai satu pusat seni dan kebudayaan. Banyak acara kesenian di langsungkan di sini yang menarik perhatian umum sehingga lah menjadi lokasi Winter Sonata dan seterusnya bertukar menjadi pulau pelancongan di luar kota Seoul.

Pulau Nami di jadikan tempat lebih harmoni dan damai untuk manusia bersatu dengan alam. Naik ferry lebih kurang 5 minit je. Bila sampai memang boleh nampak ada burung kasawari, arnab, tupai, itik dan macam macam binatang yang jenis jenis macam tu bersepah sepah kat sini. 

Di sini juga tempat artis artis mempamerkan hasil seni mereka  dan berkongsi dengan orang awam mengenai seni dan budaya masing masing. Ada banyak galeri dan tempat tempat memaparkan hasil seni di keseluruhan pulau ni.

Tapi apa yang menarik perhatian di sini adalah pokok pokok yang di jaga rapi dan menjadikan suasana yang sangat berbeza dengan kawasan kawasan lain di Korea Selatan ini.

Moh. Jalan jalan.

Hasil seni dari botol botol kaca dan air pancur

Ada keretapi dan deretan pokok pokok ru

Daun daun kuning di tabur di jalanan

Burung kasawari dan tupai berkeliaran 

Tasik dan suasana mendamaikan

Beberapa hasil seni dan perhiasan taman. Tempayan atas tu tong sampah

Tupai dan laluan daun daun kuning. Tupai tupai ni selamba je tak berapa takut dengan orang. Mungkin dah biasa, tapi kalau tangkap mencicit jugak la dia lari.

Selamat Datang. Indonesia - Malaysia - Singapura

Boleh tahan la ramai orang. Ini dari arah jetty ke tengah tengah pulau Nami

Hasil seni dalam bentuk gambar dan fotography

Di kiri kanan terdapat taman taman dan beberapa kedai makan dan kedai cenderamata

Tasik tasik yang menghiasi Pulau Nami. Khusus untuk pasangan bercinta

Sebab cuaca sejuk, ada unggun api untuk memanaskan badan

Ada basikal dan beca untuk di sewa mengelilingi Pulau Nami ini

Sebab pulau Cinta, tong sampah pun bentuk love. Bawah tu tak faham apa benda

Ada orang jual kuih pau. BW yang beli


Kedai kedai menjual cenderamata. Sebab IH pesan suruh carikan FM yang dia nak. Gigih kita orang masuk setiap kedai mencari. Nan hado !

Ni semua actually part of seni. Sebab  aku buta seni, aku agak tak ambik pot

Dan ini la hasil peninggalan dari cerita Winter Sonata

Belum abis lagi jalan satu pulau Nami ni.

Walaupun pulau ni tak besar mana. Tapi ada banyak tarikan.

Tapi sesuatu yang menarik mengenai Pulau Nami ini. 

Adalah di percayai bahawa jika seseorang mengambil walaupun satu batu dari Pulau Nami, ianya akan membawa nasib malang kepada pengambil tersebut !

Jadi awas !!! Jangan merompak.

Jeng Jeng Jeng............

bersambung..........

22 comments :

  1. Meng...xkan ko mandi bogel sekali jek malam tu...abes pagi ko x mandi?? Best gak mandi bogel kan?? Kekeke...

    ReplyDelete
  2. Kalo xder org pun kena mandi togel jugak kah?

    ReplyDelete
  3. sebab dah siap siap berbogel dari locker room

    ReplyDelete
  4. untuk ke nama island ni kita kena spend 1 day ke?? beapa ari supermeng kt sana??

    ReplyDelete
  5. bestnyeeee..saya pegi last year musim bunga, tapi mase gi nami aritu naik train tak naik bas ni :)

    ReplyDelete
  6. menggggg! ko berdosa mengggg! berdosaaaaa! bertaubatlah kamuuuuu! cepat solat taubat!

    HAHAHAHA!

    cantiknyer dedaunan kering tu. ko tak lambung2 ke meng?

    BW tu apa sume dia blasah hahaha! sedap ke? aku cuba kentang rebus bakar, sumpah sedap!

    ReplyDelete
  7. Kentang rebus bakar jumpa kat mana? tak jumpa carik pon!

    Ade makan sotong bakar? SEDAPSSS sgt...

    FJ teringin nak pergi merasa ONSEN and hmm sauna ni tapi tak berpeluang... nak pergi tengok je best sgt ke.. hahah...sbb tgk dlm tv mcm best jah?? in reality tatau la pulak mcm gini jadiknye... hayoo.

    doakan jumpa onsen kat japan nnt...

    ReplyDelete
  8. ehh Meng, dorang x pelik ke tgk ko punya lain dari dorang punya?? ihikss..

    ReplyDelete
  9. zila : Motip kau nak berlama lama. pegi kol 9, kol 3 balik la. bukan ada apa pun di sana.

    CekLala : ya. Naik train pun 1 option, kita org memang redah je try bus ni, kalau x dpt naik memang kena naik train ler.

    Biq : Dah tobat tak nak duduk capsule mcm ni dah.. kentang? aku x jumpa pun, kalau jumpa pun mesti aku x makan. Aku nak nasik !!

    * high five dgn Pak Ein

    FJ : Pompuan punya sauna pun ada. tapi entrance lain, tak leh la aku nak imagine kalau pompuan gaya2 semua mcm ni...

    HB : aku rasa dia org pelik jugak kot. hahahahaa

    ReplyDelete
  10. teringat kenangan sendiri di jimjilbam. ngeh ngeh ngeh...

    ReplyDelete
  11. aku maybe kena g korea bln 4 ni tp officio duty la..xdpt la merasa pengalaman 'menarik sgtt' mcm ko ni tdo kt dlm bilik mayat..hiks

    *nangess

    ReplyDelete
  12. HF : kau seronok ya...

    AJ : huntong la.....

    ReplyDelete
  13. Tringat jugak cerita henry di jijimblang aka saunaaaa hahaaahah sengalll henry fox

    ReplyDelete
  14. hoi biqque..nak berjalan harus kena rasa semua..tak sedap kita ludah la balik..agak2 bleh telan..kita telan je..pengalaman idup gak tu..syukur dan redha apa yg ada jer

    ReplyDelete
  15. meng ko xde jumpa sculpture mcm kt bawah ni ke masa kat Nami island..

    http://www.danarif.com/blog/wp-content/uploads/2012/05/lough.jpg

    Sculpture mcm tu kan kegemaran kite (eh?)..opss ke kegemaran HB? ;p

    ReplyDelete
  16. FJ, ada tgk kat tv, cam menarik je, bleh pakai towel jah! kalo kena vogel, ko pasrah jer la, amik yg private kolam ye. pi masa winter la try tgk hahaha!

    meng, kentang rebus bakar tu kat tepi wharf feri before gi nami. sedap. *pandang pak ein*

    BW, hahahaha! ok la tu, dpt merasa sume makanan local ye dok? ya Allah teringat nyer takoyaki kat jepun! sedap!

    ReplyDelete
  17. AJ : yang tu ada jugak. aku malu nak ambik. kalau HB mesti suka punya.

    Biq : kalau mcm tu, FJ kat tepi perigi buta pun mampu... hahahhaa..

    ReplyDelete
  18. Rasanya dia bg towel ler kak biq
    Tapi towel kecik la. Cukup la tuh. huhuh
    Nak merasa nih. Lagipon fomfuan semua. Hahaha. And japanese semuaaa... tak heran pon dorg gaknyer.

    Bang meng tepi perigi buta adalah bahaya okeh. Keluar mambang tanah satgi keke

    ReplyDelete
  19. wahh wahhh suke AJ ngan Meng ngata aku suke sculpture cam tu...errr yg real punya xde ke?? ihikkk...

    ReplyDelete
  20. part 'terpaksa' bogel tu kelakar + terlampau sangat...hehehhe...

    ReplyDelete
  21. Lawak gile part ko mandi bulat tu...... Hahahahahahahaaaaa.... Sumpah seraammmmmmm...!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...