Salam Merdeka !
Negara ku yang tercinta
Hidup maju bangsa
Dalam banyak banyak lagu patriotik aku suka satu lagu ni. Benar benar bagi semangat bila dengar. Dan lagu ni ada sejarahnya dalam hidup aku.
Aku pernah perform lagu ni masa sambutan Hari Kemerdekaan masa aku form 2 ke 3 tak ingat dah. Ingat lagi Cikgu Cina datang kat sekolah agama aku suruh nyanyi. Aku cakap tak nak ! Dia paksa paksa jugak.
Cikgu Cina tu mata juling. Dia marah siap cekak cekak pinggang. Pastu suka ketuk kepala orang sambil menjerit dengan pelat.
"Botoh !!"
Dia nak sebut bodoh la tu. Mata pandang orang lain, tapi ketuk kepala aku !
Banyak kali aku kena ketuk dengan recorder sebab tak reti main. Dan banyak kali aku skodeng dia dalam kelas muzik sebab dia suka pakai skirt. Buat buat pensel jatuh, pastu skodeng nampak spender.
Last sekali aku termakan pujuk. Dan hari yang di nantikan, tanggal 31 Ogos tu aku kena nyanyi. Berderau darah nyanyi depan Pakcik James kat stadium.
Berbekalkan semangat dan suara lemak cili padi aku menyanyi lupa diri.
Dan ini la lagu nya... Akan aku ingat liriknya sampai mati.
Negara ku yang tercinta
Aku megah anak bumi Malaysia
Ku junjung tinggi harapan
Aman makmur maju dan berjaya
Negara ku yang tercinta
Indah permai bumi nan bertuah
Akan ku jaga dan bela
Abadi selama lama
Bersatu kita teguh
Bercerai mesti kita runtuh
Bangkitkanlah hidupkanlah
Semangat kebangsaan
Kekalkanlah kedaulatan
Negara Malaysia tercinta
Negara Malaysia tercinta
Hidup maju bangsa
Kekal selama
Allah Pelihara kita
Dan cari lagu ni kat mana mana tak jumpa pulak.
SELAMAT HARI MERDEKA
I have been to every corner of the world. Still, Malaysia I love for real.
Aku bangga menjadi Anak Malaysia !
IH terlibat dengan perbarisan esok !
* koma.
"Kau jadi Pandelela Rinong ke bawak bendera?"
"Aku jadi mascot"
* pengsan bangun pengsan bangun pengsan semula.
Jangan lupa saksikan IH esok di acara perarakan hari Merdeka berbaris dengan jet pejuang !
Selamat bercuti uols !
IH terlibat dengan perbarisan esok !
* koma.
"Kau jadi Pandelela Rinong ke bawak bendera?"
"Aku jadi mascot"
* pengsan bangun pengsan bangun pengsan semula.
Jangan lupa saksikan IH esok di acara perarakan hari Merdeka berbaris dengan jet pejuang !
Selamat bercuti uols !
mane nk download lagu ni bro?
ReplyDeleteHeh?
ReplyDeleteAku pun tak tau. Tak jumpa jumpa. Nak aku nyanyikan ke?
Hahaha.
* ambik mic tarik key Haziq AF
Lagu Patriotik: Negaraku yang tercinta. http://www.penerangan.gov.my/sabah/index.php/bm/muat-turun/lagu-patriotik
ReplyDeleteLagu no: 33
Pencipta: Dato Hj Abdul Jalil Hj Ariffin.
Beliau telah meninggal dunia di Johor Bahru pada April 2014 di JB.
Pada awal 2014, semasa beliau sedang sakit anak beliau telah memberi tahu tentang blog ini dan juga komen saudara2 terhadap lagu ciptaan nya yang pada mulanya dinanyikan oleh Roy.
Beliau tersenyum lebar mendengar berita ini. Terima kasih
FT : tumpang terharu.
ReplyDeleteInnalillah. Semoga ruh arwah di cucuri rahmat.
salam utk keluarga.
betul bro...lagu ni best giler...teringat zaman² kecik dulu..mana nak dapat lagu ni bro...cari x jmp la
ReplyDeletemeh aku nyanyi kan nak??
Delete* ketuk ketuk mic
Tak payah cari lagi, saya dah upload kat youtube
Deletehttps://www.youtube.com/watch?v=Dtb92SKP_NE