Salam satu Malaysia semua.
Mukadimah resepi hari ini ialah:
Suasana kantin! Ko nampak kawah tu besar mana? Byk ikan bilis nak goreng hari ni okeh. Haha.
Ye. Yang tertonggeng berbaju biru itu adalah assistant kita pada hari ini. Beliau akan menyediakan bahan2 masakan dan tugas iols adalah……
MAKAN!!
Oh yer. Ada kekosongan bahagian ketua tukang masak. Sila hantar resume jika berbakat dlm masak memasak. Syarat keahlian adalah:
a. Tidak muda. Kadar utk mendapat surat cinta dari budak sekolah yang baru baligh adalah tinggi. Eh ko jgn memain. Budak sekarang tingkatan dua dah pregnant. Ko mampu bersaing? So anda mestilah berumur.
b. Mendapat suntikan kancing gigi dan kancing suasa dari klinik kesihatan mengandung.
c. Memiliki tudung lilit 5 lapis seperti yang dipakai oleh hijabista zaman skrg. Kalau ada yang 8 tingkat kaler rainbow adalah diutamakan. Penting masa nak senduk lauk kat para pelajar. Biar budak2 tu terpukau dgn keaslian fesyen korang.
Berminat?
Sila pos resume anda ke sekolah jenis kebangsaan orang asli berhampiran rumah anda. Hahah.
Kita mulakan dgn resepi sambal ikan bilis.
Bahan-bahan adalah:
a. Ikan bilis suka hati nak banyak mana.
b. Bawang dan lada suka hati ko la nak cirit menyembur ke tidak.
c. Pati ikan bilis.
d. Bawang potong bulat utk hiasan.
Bawang ngan lada tadi ko blender ataupun tumbuk guna lesung. Eh suka hati ko la nak buat cemana pun.
Goreng ikan bilis garing2. Jangan sampai hangus sudeh.
Goreng barang yang korang blend tadi. Dah nak garing sikit letak satu sudu pati ikan bilis ittew. Takyah garam sbb ikan bilis tu dah masin. Tak taula kalau ikan bilis kat rumah korang rasa manis stroberi ke apa. tapi biasanya masin la kan?
Dah garing, kaler pun dah cantik masuk ikan bilis tadi. Kalau nak berak busuk letak la petai.
Rupa bila dah siap buruk tapi kalau dah start makan takleh berenti. Sumpah aku tak tipu. 3 pinggan pun mampu okk. Gerenti garu kepala sbb berpeluh masa makan tu.
Resepi seterusnya, tak digalakkan buat kat kantin sekolah sbb dijamin menjadi perebutan sesama pekerja kantin. Hasil dia sedap. Ko dah start makan ko takleh stop. Ujung-ujung ko gemuk sorang2.
*rebah sebelah oven*
Ini dia resepi M&M Cookies Monster.
b. 200 gram brown sugar.
c. 400 gram tepung gandum.
d. Sebijik telur.
e. 1 sudu kecik baking soda.
f. 3 sudu besar coco powder.
g. Chocolate chips eh gasak ko la nak byk mana.
h. Badam cincang suka hati korang laaaaaaa.
i. M&M dan segala hiasan yang korang nak feeling2 nanti.
a. Mentega + brown sugar – pukul sampai la kembang.
b. Masuk pulak telur sebijik.
a. Masuk tepung dgn baking soda tadi. Masuk sikit-sikit.
b. Pastu curah coco powder pulak.
Ko Nampak dah bertukar kaler dan tekstur tu? Bila ko pegang tu pun feeling gebu semacam. Haaa tu maknanya kejap lagi cookies korang nak menjadi la tu. Letak la chocolate chips ngan badam tu sebanyak mana korang suka. Aku suka banyak so segantang aku letak. Puas hati bila makan.
Saat ditunggu sudah tiba. Jeng jeng jeng. Buat bentuk bulat-bulat sesuka hati saiz apa. Letak la M&M tadi. Ni sbb utk anak makcik kantin yang makan so besar la sikit utk nampak cantekkkk. Bakar la kat dlm oven selama 15 minit bersama suhu 160C.
Ini budak 3 tahun yang gentel. Hahahahahahaha nak gelak jap aku.
*kembang tekak*
Tadaaaaaaaaaaaa.
Sebab aku banyak masa free maka aku buat 3 saiz. Saiz besar, saiz kecik dan saiz takde M&Ms.
Dah. Apa lagi yang korang bersidai kat sini? Pegi mop lantai kantin sekarang!!!
dap nyerrrrrrrr!
ReplyDeleteustajah biqqiah pandai masak aper???
ReplyDeletenak panggil temuduga masterchoi ke? mak temah tak kisah kalo nak oper ustajah biqqiah! dia boleh masak ayam goreng kunyit, siap tapau mat rock blkg jalan tengah tu uiiii!
ReplyDelete