Saturday, August 11, 2012

04 - Melengkor Di Angkor - Siem Reap - Ta Prohm

Selain dari Bayon, kami juga melawat beberapa kuil tinggalan lain di kawasan Angkor Thom tersebut.

Tempat tu besar. So berjalan kaki dari satu kuil ke kuil yang lain adalah agak meletihkan. Walaupun cuaca tak panas tapi dengan mengantuknya, dengan mood stress dengan kamera, semuanya macam tak berapa syiok.

Apa apa pun, ni gambar gambar di beberapa kuil yang sempat aku ambik di sekitar Angkor Thom.

Tak ramai orang sini


Dan kuil ni tak boleh masuk. Ada sign danger

Semut semut je yang banyak

 Tapi kawasan tetap tenang dan mendamaikan

Tinggalan lama ancient Hindu

Dan ada beberapa lagi kuil lain yang kami singgah lepas tu, mostly yang kecik kecik. Aku dah keletihan dan tak berdaya saing. So aku serahkan tugasan ambik gambar pada BW.

"Pegi ambik. I kasik 10 minit"

Begitu aku jadi cikgu tak bertauliah.

Pastu BW pegi melilau. Bukan jauh pun, dia tu penakut. Dia jalan jalan depan aku je sebab kuil kuil ni mostly tak de orang dah agak sunyi.

Pastu dia balik. Aku check.

"Reject. Reject. Senget. Tak OK yang ni"

Abis gambar dia aku delete.

Hahhahaha.

Pompuan tu bengang lepas tu.

Kuil kuil kecik tempat orang dulu dulu bermeditasi




Ada pakcik penjaga setiap kuil

Di setiap tempat yang kami singgah tu ada jugak kedai kedai yang menjual baju bajan dan cenderamata. Boleh la nak usha, aku pun tak tengok.

Tapi yang penting, air tebu dia adalah addictive. Sedap. Dia tebu tapi rasa oren oren sikit.

Keje BW adalah beli air tebu di setiap tempat yang ada jual.

Beli lah barangan buatan Cambodia



Akhirnya kami sampai ke destinasi kami yang terakhir untuk hari itu.

Hari pun dah tengahari. Tak panas tapi badan berpeluh peluh jugak la kehulu ke hilir. 

Tempat terakhir ini adalah tempat yang aku memang nanti nanti kan. Tempat apa tau?? Ta Prohm nama dia atau lebih dikenali sebarang tempat Lara Croft !

Yezza...

* buat somersault berputar dan landing dengan gaya kodok.

Tengok peta dulu.


Ta Phrom terletak 1 km jauhnya dari Angkor Thom.

Ta Phrom merupakan kuil yang di bina dan asalnya di panggil Rajavihara. Terletak di timur Angkor Thom dan di pinggir selatan Baray Timur, ia telah diasaskan oleh Raja Khmer Jayavarman VII sebagai biara Buddha Mahayana dan tempat pengajian lama.

Tidak seperti kebanyakan kuil Angkorian, Ta Prohm telah ditinggalkan sehingga menjadi kombinasi fotogenik dan atmosfera pokok pokok yang tumbuh daripada runtuhan dan persekitaran hutan lama dan kini menjadi popular kepada pelawat.

Nak masuk tak perlu bayar sebab pakai pass yang sedia ada. Tapi dekat gate tu ada penjaga so tunjuk je pass dengan muka baru bangun tidur tu.

Rizal bagitau kami, suruh masuk entrance ni nanti dia tunggu di entrance sebelah lagi.

"If you come back here, you will not find me"
"OK. I know"

Jalan masuk dari entrance ke arah kuil. Boleh tahan nak kena menapak

Di pertengahan jalan, ada orang main muzik tradisi Khmer. BW bising dia kata, asal dia lalu orang tu tak main. Bila dia jalan je orang tu baru main. Aku rasa dia takut BW naik sheikh dan menari situ kot.

Alat alat ini juga di jual

 Dah sampai di Ta Prohm

Pintu masuk kuil yang dah nak roboh

Tempat ni agak tricky skit.

Kalau masuk, nak jumpa jalan keluar payah. Lagipun sebab keja keje restoration masih di jalankan so banyak detour kat dalam ni. Dan pokok pokok kat sini memang besar gedabak !

Kalau compare dengan peha aku memang kalah teruk.

Tak percaya.

Tengok ni.




Dan sebenarnya pokok pokok yang besar ni lah yang menjadi daya tarikan tempat ini.

Pokok pokok ini tumbuh sampai hampir memusnahkan kuil kuil ni. Ada yang dah pecah dan retak dek kerana akar yang mencengkam kuat.


Pokok pokok yang super besar

Akar yang melilit dinding kuil


Orang pun agak ramai kat sini



Tunggu q nak ambik gambar



Dah hampir pecah dan musnah

Besar tak?




Tau tak? Sebelum kuil ini di temui, kawasan ini adalah kawasan hutan belantara. 

Kuil ini telah di tinggalkan sekian lama sampai pokok pokok ni tumbuh dengan rakus dan ganas.


Kami berada lebih kurang sejam lebih di sini. Keluar ikut entrance lain. Orang pun ramai. Laluan agak sempit. 

Kena menapak lagi ke entrance tu then baru la nampak Rizal menunggu.

Ada jugak makcik makcik ni melepak. Semua peniaga lah yang meniaga macam macam benda. Tapi paling ramai adalah kanak kanak !

Let's gossip uols....

"Where you go?"

Rizal tanya aku.

"Go back to the hotel. I need to sleep"

Memang penat, letih dan mengantuk. Sampai bilik aku tak tau apa terus buat aksi Lara Croft atas katil terkoma terus sampai la ke petang.

Fuh.

Tapi Ta Prohm ni worth to see and visit.

bersambung.......

1 comment :

  1. rindunyer kat kuil2 sana *motip?* serius best sgt gi explore sume kuil2 ni, mmg amazing! ramai gak ek org masa ko gi ni. masa aku gi, siap leh amik gambar boxing kat dlm ring tu hahaha!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...