Tuesday, August 14, 2012

07 - Melengkor Di Angkor - Siem Reap - Seam Reap

Oleh sebab hari hujan, maka banyak perancangan kami sewaktu di Siem Reap tergendala.

Nak pegi tengok sunset di Tonle Sap Lake pun tak jadi. Dan hari ke dua pun hujan jugak, nak pegi Pha Bhakeng pun terkandas.

Tak de rezeki.

* nanges keluar airmata duyung

Apa apa pun, kami habiskan masa selain daripada melawat Angkor Archaeological Park tu dengan berjalan jalan di sekeliling Siem Reap.

Apa ada di pekan kecil ni? Tak de apa sangat. Pekan Siem Reap pun tak de apa yang menarik sangat kecuali tempat untuk penginapan, makan dan juga membeli belah.

Nak round satu pekan ni pun mudah je. Tak de la sesat kot. Boleh jalan kaki, boleh jugak naik basikal atau pun Tuk Tuk berlambak je dengan harga sekitar USD1 satu destinasi yang dekat.

Kita orang naik basikal sebab hostel bagi free basikal rental. Kayuh la basikal sampai lenguh lenguh punggung jadinya.

Kejap kejap aku toleh belakang BW ilang. Rupanya dia pose pose willy. Boleh?

Hahahaha. Tak de lah. Dia tu bawak berhati hati, aku ni je suka suka hati.

Percaya tak ni pekan Siem Reap??? Roundabout tu. Ni dekat area Old Market

Jualan di Old Market. Old Market ni kira pasar kering dan pasar basah

Beras apa???????

Dia tengah bergambar ni, nak bubuh dalam facebook

Apa pun aku tak tau

Kalau nak tengok peta pekan Siem Reap.

Hah. Ini dia.


Di sebelah kawasan Old Market ada Pub Street.

Kawasan ni kiranya banyak pub pub, restoran dan cafe cafe dengan memang penuh dengan mat salleh. Tempat yang menarik untuk jalan petang petang tengok orang, atau lepak lepak minum di cafe cafe terbuka.



Tuk Tuk batman

Deretan kedai kedai

Di sini la ada Aspara Dance free setiap 7.30 malam di tingkat atas

Tetingkap

Cafe cafe terbuka

Jambatan ke new market


Pub street., Malam malam memang happening

Free Apsara Show

Wine & Cocktails

Persembahan kebudayaan di tengah tengah jalan

Fish massage pun ada. Siap ada sign 'NO PIRANHA !'

Lukisan agong

Kedai menjual cenderamata dan sebagainya

Boleh sewa basikal juga

Gaya dan aksi 

Masa aku dengan BW jalan jalan keliling pekan naik basikal, tetiba tengok ramai orang.

Pastu mula la kita orang jadi busy body.

"Apa tu?"

BW tanya aku.

"Ntah. Jap nak check. U jaga basikal I ni"

BW pose pose tepi jalan dengan muka berpeluh.

Aku turun pegi usha. Apa kena ramai orang. Bersorak sorak. Ingat tomoi ke apa. Rupanya, main bola tampar !

Tapi tak tahan tengok aksi penonton yang tak boleh masuk ni. Macam macam hal dia orang ni.

Atas pokok

Sempat gak lolos ambik gambar

Atas motosikal pun jadi

Panjat pagar !

Atas tembok billboard pun boleh. Asal nampak

Pastu kita orang merayau di kawasan jauh sikit. 

Ada Royal Palace. Tempat kediaman raja Cambodia tapi tertutup tempat dia. Ada beberapa kuil, taman dan kawasan kawasan lain di persekitaran. Ramai gak local mengambil angin petang bersiar siar dan kita pun sama menyebok.

Dah bosan tak tau nak buat apa.

Cuaca yang mal mal kuch

Angkor National Museum. Masa kami sampai dah petang, dah tutup

Ini perjalanan ke airport

Seam Reap International Airport

Airport dia lawa. Smoking room dia best gila

Pesawat mula meninggalkan Siem Reap. Tonle Sap dari udara

Terbang pulang

Susah nak nampak kapal terbang dari kapal terbang kecuali di airport, ni nampak sikit

Secara keseluruhannya, trip ke Siem Reap ni ada OK dan tak OK.

Yang OK dapat tengok Angkor dengan mata kepala sendiri. Tak OK sebab cuaca memang tak menyebelahi kami. Sudahnya duduk kat hostel je. Nasib la hostel best. Tu yang BW bising kat aku bila dia tengok muka aku bosan.

"Apsal bila u pegi sorang tempat OK je, bila Akak pegi tempat bosan je"

Kannn.

Nak keji aku lah tu.

Budget pun sekitar RM600 seorang termasuk shopping dan sebagainya. Kalau tak shopping, memang tak abis duit.

Apa apa pun, tempat tak penting sangat, pengalaman tu yang penting. Kurang kurang dapat tengok tempat orang. Bak kata pepatah Cambodia.... 'jauh perjalanan, luas pemandangan.......... abis wang....'

Kami sampai di LCCT pukul 11.30. Adik aku ambik. Lambat pulak tu dia sampai, dari LCCT balik rumah tukar baju terus aku masuk opis sebab ada hal nak kena settle kan.

Gigih tak ??

TAMAT.

11 comments :

  1. nasib baik la korang nye trip KL - PP-Siem rap - KL...

    boring eh....nyesal rembat tiket promo aritu :)

    ReplyDelete
  2. oi emy kau kena pegi la siem reap tu...

    best

    dok gitu biqque?

    ReplyDelete
  3. nak pergi la siem reap.. kena carik gu dulu.. kalu takdop gu, tokleh p.. gittew

    ReplyDelete
  4. ye, sila pegi siem reap. lebih seronoT berbanding phnom penh :)

    ReplyDelete
  5. mmg nak g siem rap...tp salah beli tiket...

    kl - PP - siem rap - PP - KL...kene tempuh lg perjalanan ke PP tu wawawa

    ReplyDelete
  6. elok benar la tu.

    sediakan yoko yoko utk sapu di bahagian yang mengalami kerengsaan nanti

    ReplyDelete
  7. aku g hujung April last year.. siem reap best gak, tapi yg x best orang2 kat sana tu macam kasar sikit la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasar kenapa? bercakap ke?

      faham ke? hahahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...