Thursday, August 9, 2012

13 MasterChoi Selebriti Ramadhan - Perenang Negara - Koktel Ribena

Harlowww...harlowww...harlowww..

apa khabar semuaaa?

hari ini giliran saya alex lim kang kang @perenang negara untuk menyediakan menu berbuka puaserrr.oleh kerana itu saya telah memilih untuk mengongsikan resepi minuman saya iaitu Koktel Ribena.


memang semujadinya saya memilih minuman oleh sebab kerana saya ialah perenang negara yang bergelumang dengan air.tetapi untuk pengetahuan kamu semua, sebenarnya dapur saya telah tidak berasap tiga tahunnya kerana gas kehabisan pon. natijahnya selama ini saya hanya memasak di kedai sahaja.ada orang yang lainnya pula setelah sekian beberapa tahun gas memasaknya tamat.baiklah, membalikkan kepada cerita tugasan iaitu membikin minuman Koktel Ribena...

Bahan-bahannya adalah seperti berikut;

Bahan A:

Ribena (apa-apa pon perisanya)
Koktel buah-buahan
Kiub Ais

Bahan B:

Tiada pon bahan B..hahaha..okeh..tiada lawak ponnn


Langkah yang pertamanya ialah memasukkan kiub ais ke dalam gelas mengikut kadar kesukaan kamu. Boleh sepenuh gelas atau separuh gelas. Kemudian masukkan Ribena ikut secukup rasanya.


Seterusnyalah dengan menuangkan air kosong atau air sejuk (chilled water) ke dalam gelas dan jumlah yang dicadangkannya ialah hingga memenuhkan 3 /4 gelasnya.


Langkah yang pengakhirannya ialah memasukkan koktel buah-buahan ke dalam gelas dan bolehlah dihidangkan kepada diri kamu atau tetamunya.


Akhir kata,berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,barulah jumpa doktor di kemudian.Terima kasih nyaponnnn...

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...