Harloww !
Minggu lepas aku dan OR telah pegi berbuka puasa di Bagan Lalang.
Idea buka puasa ni aku lah yang buat. Macam biasalah. Dia nak masak tapi aku cakap bukak kat luar je. Teringin nak makan seafood. Jadi setelah meriki tempat dan membuat booking, akhirnya kami meninggalkan rumah untuk ke Bagan Lalang bagi berbuka puasa di sana.
Perjalanan macam biasa. Tak berapa jem dan kami sampai sekitar jam 5 petang. Masih boleh berjalan jalan dan berkeliaran sambil menghirup udara segar di pesisir Selat Melaka itu.
Layan gambar.
Sinaran petang
Budak tak puasa seronok main layang layang. Kalau hari weekend memang dia cari alasan tak nak puasa
Ramai juga yang mengambil peluang bersiar di Bagan Lalang
Lepak lepak main main tepi pantai sebelum kami bergerak ke kedai yang telah di book di HM Sri Bagan.
Aku dah called siap siap sebelum keluar rumah, tapi kami belum order makanan. Dia kata kena sampai pukul 6 untuk pilih bahan yang kami mahu. Kalau lewat nanti takut tak sempat di masak.
Kami meninggalkan pantai dan terus ke tempat berbuka puasa tu.
Layan gambar kawasan sekitar restoran tersebut.
Berlatar belakangkan Selat Melaka
Sesi membakar sedang giat dijalankan
Udang, Ketam, Ikan semua ada
Ketak Ketam Separa Gemuk Menjadi Pilihan
Lala pun ada. Aku teringin nak try pepahat
Restoran terapung
Lepas order pastu tak tau nak buat apa.
Hari masih awal lagi. Jadi kami pun pegi semula ke pantai dan lepak lepak tepi pantai. Hero main kat taman permainan kanak kanak dan aku sibuk nak menunggu sunset.
Ni semua hasil tembakan di Bagan Lalang.
Lepas tu acara kemuncak !
Apa lagi kalau bukan makan.
Kami berbuka puasa di restoran tadi. Terletak di tempat kawasan paling hujung di Bagan Lalang. Agak ramai jugak orang, tapi sebab dah booking so tak risau.
Sedang elok kami sampai je, makanan pun tiba dan waktu berbuka pun bermula.
Makan dengan kenyang.
Ini gambar gambar.
Pepahat masak cili. Memang tak boleh masuk tekak aku benda alah ni.
Ketam Masam Manis
Sotong Goreng Tepung
Udang Butter
Suasana di Restoran
Gambar makanan tu gegar sebab aku ala ala parkinson nak ambik gambar sebab segan.
Nak kata sedap sangat tu, tak de lah. Kalau nak compare di Bagan Lalang tu rasanya Senandung Semalam dengan Bayu Malam tu sedap lagi kot.
Dan di sini aku rasa agak pricey. Semua makanan tu plus air fresh orange asam boi satu jug. Hero minum Milo 2 gelas. Kuih Muih dan buah buah percuma. Kos semua sekali RM168.00.
Boleh tahan mahal la kan?
Tapi may be kita orang ambik portion banyak. So bungkus buat balik dan buat bekalan sahur.
Apa apa pun perut kenyang.
To date aku rasa, the best Seafood still di Jeram Ikan Bakar. Tapi tempat tu service pulak slow gila babun. Kata OR paling best di Senandung Semalam tu, then Muara Klang no 2 pastu Jeram no 3.
Boleh la kalau sesiapa nak mencuba kat tempat ni. Ni alamat dan contact untuk booking.
Restoran Terapung H.M Sri Bagan Sdn Bhd
Pantai Bagan Lalang, Sepang.
03 3141 2896.
Mohd Hafizi Hashim (013 338 5887)
Nak call ni memang mencabar skit, kena call banyak kali.
Dah. Apa apa pun, jangan lupa dahulukan berbuka dengan kurma.
* berbisik di telinga Meg Rose.
"Yusof Tayooooooooooooooooob ~~~~~~~~~~~~"
Yup Senandung Malam laa paling best kat bagan lalang ni...lagi2 kalo makan sotong celup tepung & pepahat masam manis telur dia..perghh...ni yg tak tahan ni...haish!hahahaha
ReplyDeleteblm pnh lg ke bagan lalang..huhu
ReplyDeletepegi ler chekgu. dekat jer.
ReplyDeletepepahat tu mcm x sedap jer.. ke org tu salah masak. keras skit
cikduuuuuuuuuu taaiyobbbbbbbbbb
ReplyDeleteiklan nih paling menyampahhhhhhhhhhhh huhuh :)