Wednesday, August 8, 2012

12 MasterChoi Selebriti Ramadhan - Ahli Bina Badan - Daging Campak Campak & Kuih Sagu

Ye adik-adik habang hakak semua.. kali ni tiba la plak giliran iols untuk ruang MasterChoi.. sebagai ahli bina badan iols akan buat resepi campak2 aja.. sebab tubuh perkasa kan. Silap silap tong gas pun main angkat dengan jari jer.

Senang gilos.. budak tadika pun boleh buat.. ooppsss.. .. inilah dia resepi Rendang Daging Campak-campak..!!

Bahan utama is daging.. kalu uols nk buat rendang ayam, silalah sediakan ayam.. nak rendang badak, sediakan daging badak.. hak ni je yg bezakan rendang apa yg uols buat.. nak pakai kerang pun buleh.


Bahan lain.. serai 4 btg, halia 3 ruas, lengkuas 3 ruas, gula merah, gula kabung, bawang beso sebijik, bawang putih 4 ulas & kerisik.. senang kan bahan2 dia… ekekeke..


Then uols potong la daging tu kecik2.. kalu beso2 kang jadik kerutuk la plak.. lagi satu nk cepat empuk.. tak de la lama sgt bertenggek tepi dapur.. hik.


Lengkuas, halia, serai, bawang merah & bawang putih kasik potong kecik supaya senang nak blender.. zaman moden ni susah nak jumpe batu giling.. so, blender je la..


Bahan tu semua kita kisar halus.. jgn lupa masukkan sket cili kering yang dah direbus. Sket je bubuh.. kalu bubuh byk, merasa la rendang uols jadi tumis pedas.. panjang je muncung orang yg mkn nnt..


Semua bahan kisar tadi ditumis dengan sesenduk minyak.. biar naik bau.. then campak je daging tadi.. kasi empuk sket.. masukkan gula kabung, gula merah, garam & kerisik.. rendang ni biarlah dia kearah manis2 sket.. bila dh hampir kering, masukkan daun kunyit yang dimayam..



Hasilnya… Rendang Daging Campak2.. hahhaha.. sorry.. dh mengelas baru ingat nk snap pic.. lupa la nak snap awal2.. muahahah…


Sebagai pencuci mulut.. kita buat kuih yg paling senang di alam semesta ni.. Kuih Sagu.. bahan2nya cam ni..

Sagu kecik molek ni sepeket..



Daun pandan.. gula.. 2 cawan besar air & kelapa parut..


Mula2.. panaskan air.. then masukkan gula secukup rasa.. jgn korang curah sekilo gula tu plak.. kang ada yang sawan diabetic lepas makan kuih ni.. then basuh sagu tu dlm tapis, then masukkan dlm air + gula tu tadi.. jgn lupa daun pandan tu jugak..


Kacau sampai sagu tu masak.. nak tahu dia masak ke tak, tengok sagu tu jadik translucent dan tak bermata lagi sagunya.. dah masak, uols masukkan dlm bekas dan sejukkan.. bila dan sejuk, boleh potong kecik2, gaul dengan kelapa yang dah dimasukkan dengan sedikit garam. 

Hidangkan.. tapi iols is the sorry, pasal kuih yg siap tak sempat snap.. lupa jugak nak snap uols.. muahahah..

OK. Dah siap masak. nak pegi sambung bina badan. jiran suruh alih tandas mudah alih letak belakang rumah, semalam kata nak letak depan pintu dapur jer.

selamat memasak.

3 comments :

  1. duluuuuuu ....

    kuij tu mesti ada setiap kali berbuka puasa ...
    kira macam kuih wajib ada

    ReplyDelete
  2. betul pB..

    kalau kena gaya memang sodap

    ReplyDelete
  3. sedapnyer dagiM! tapi abg tu tlg angkut tandas mudah alih plak, terus potoM!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...