Monday, August 6, 2012

10 MasterChoi Selebriti Ramadhan - Pegawai Sains - SotoM SunbaP KentaM

Hello hello assalamualaikum!

Apa kabar kamoo semua?oke kah???yang belakang tu kenapa mcm mengantuk?semalam letih terawih ke letih kena landak???*ops*

Oke kali ini anda bersama saya, saintis gila gila-gila akan berkongsi resipi ilham saya bersama rakan-rakan sekalian.


Saya dapat resipi ni semasa menjalankan saya menjalankan sexperimen ketika bertugas di makmal sekolah ****** dulu. Hahaha ok ok aku tipu..motip korang buntang mata aje kalo aku citer benda dalam kain kann..x sesuai taw..puasa x ni ha???

Ok tanpa membuang masa berikut adalah radas yang diperlukan untuk eksperimen ini:

1. Landas cincang
2. Pisau tajam
3. Periuk tanah (periuk biasa atau kuali pun boleh aje nk guna bikar pun boleh tapi yg saiz 1 liter..kelalang kon kelalang bontot bulat, tabung uji tabung didih semua x sesuai, buret pipet semua simpan..ko pegang burit buat apa tu Saad-on..x de kene mengene dlm eksperimen kali ni)
4. Penunu 2 tungku...nk guna penunu Bunsen pun boleh tapi make sure ada tungku atau kaki retort.. kaki ketot x aci.
5. Kayu uji..tau ke kayu uji tu apa Pondan Lorong??bukan Ujie.com mau pun Uji Rashit okeh!kayu uji tu lidi la..lidi.

Ok skrg mari kita lihat bahan-bahannya bodynya pula.

1. 5 ekor Onychoteuthis banksii atau nama saintifiknya Sutong Ttupak.

2. 4 bijik Ipomoea Batatas atau nama saintifiknya Ubie Ketangg. Kalo korang nk guna spesis dari genus lain atau spesis lain aku x jamin resipi ni menjadi..Motip ko cuba nk guna spesis Pongo Pygmaeus plak Meng???itu spesis terancam..lagi pun sebagai org islam kita haram makan tu!

3. Piper Nigrum atau nama saintisnya lade ittang.

4. Sedikit Natrium Klorida kontang

5. Sedikit oregano (optional)

6. Sedikit basil (optional)

7. Bawang dicincang dan sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk sebatian pula adalah seperti berikut

1. Cendawan butang
2. Kicap masin cap kipas udaM.korang nk guna cap lain lantak lah korang
3. Piper Nigrum
4. Tepung gandum
5. Hidrogen Dioksida …air la cik biqque (bik??*koma*)..motip ko ternganga gitu??

Kaedah penyediaan :

1. Bersihkan Sutong tu dan buang kulit dot2 tu.bagi dia togel dan putih seperti dalam rajah 1

Rajah 1: Sotong togel

2. Basuh kentang dan rebus skali dengan kulitnya(rujuk rajah 2).Bila sudah masak burung nyanyi saja tentu sedap makan~~~

…dah! Dah! melalut..bila sudah masak terus masukkan dlm air sejuk bagi memudahkan kulitnya ditanggalkan.Bila kentang dah bogel sila lecekkan smpai le’ik..ko tau le’ik tu apa Saad-on??? (rujuk rajah 

3). Oh ya bila dah le’ik ni gaul dgn garam , oregano,lada itam dan basil tadi.

Rajah 2 : Rebus kentang

Rajah 3 : Kentang yang dah le’ik dan siap digaul.

3. Masukkan kentang yg dah siap lecek tu dalam sarung tube..gunting hujungnya dan picit kentang ke dalam sotong yang dah togel tadi(rujuk rajah 4). Korang nk guna spatula untuk proses ni pun boleh…nak guna straw pun boleh..eh chopstick pun x de hal...yang penting sotong ini semua disumbat dengan kentang lecek..bila dah sumbat tu jgn lupa nk tutup lobangnya..kang meleleh keluar kentang tu..makanya sila cemat ujung sotong tu dengan kayu uji a.k.a lidi tadi..(rujuk rajah 5)

Rajah 4 : Ko mampu snap pic cenggini kt dapo meng??

Rajah 5 : Sotong sumbat dan dicemat dengan lidi

4. Bila dah susun sotong tu cantik dlm bekas Memasak korang, masukkan air sama paras dgn sotong dan sedikit garam lalu nyalakan api sederhana selama 5 minit atau separuh masak, kemudian angkat dan toskan.Berisihkan radas dan letak semula atas api.

5. Letakkan 1 sudu butter dlm periuk korang dan tumis bawang. Masukkan tepung gandum bila bawang dah wangi, kacau sebati pastu masukkan air.bila mula mereneh masukkan kicap, sedikit garam, lada hitam dan oregano. Last skali masukkan cendawan butang.

6. Bila dah mula nk mendidih masukkan semula sotong tadi sehingga mendidih. Angkat dan bolehlah dihidangkan. Jangan lupa tutup api dapur plak kak limah oi.

Perbincangan : aku rasa resipi ni mudah sangat lah.oh ya..kentang yg dalam sootong ni bila da siap masak rasa dia macam telur sotong..tekstur juga hampis sama..sangat manis dan sedap.

Kesimpulan : enak untuk dimakan pada bila-bila masa.

Aha ini lah rupa hidangan ini....dipersilakan masok..


Pesanan penaja : Bila nk makan hati2 dengan lidi tu...sape2 yg trakea, atau esofagus mahu pun diafragma nya bocor atau terkena hepatitis B atau bronkitis sebab telan lidi tajam adalah bukan dibawah tanggungjawab tuan punya resipi ini..

Harap maklum.

OK para penonton..sekarang aku akan berkongsi resipi air yg special…why its special?suka ati lah kan acik nak kata dia special ke tak…kali ni kita akan menggunakan kaedah grill kukus panggang grill kukus panggang grill kukus panggang..kukusss!! *mati la gila*

Korang teruja nak tau air apa yg special nau smpai guna 3 kaedah ini?ayuh kita mulakan!

Radas :

1. Cerek elektrik. Korang nk guna cerek biasa atau heater coil pun suka ati korang lah.yang penting safety ferst!
2. 2 biji cawan yg sama isipadu.Tapi kalo mata korang adalah terer korang nk guna tempurung kelapa vs bikar pun aiman x kisah.kalo rumah korang ada buret dan pipet pun afdal senang nk sukat..tapi make sure korang ada kaki retort!
3. 1 biji gelas yg cun untuk tujuan hidangan
4. Sudu,garfu dan straw

Bahan-bahan:

1. 2 sudu besar jus oren sunquick yang dlm botol tu.bukan yg korang perah
2. 1 sudu besar susu pekat manis jenamapasukahatikorang!
3. 4 biji longan.nak lebih pun x de masalah
4. Ais
5. Air paip bertapis.Nak guna air sungai pun silakanlah
Kaedah penyediaan:
1. Panaskan air sehingga mendidih
2. Sementara air nak mendidih tu, 1 cawan tadi masukkan 2 sudu jus oren sunquick, 1 lagi cawan masukkan susu pekat sebanyak 1 sudu makan (rujuk rajah 1)

Rajah 1

3. Bila air sudah mendidih, tuangkan ke dalam cawan2 tadi dengan sukatan separuh untuk setiap bekas.dalam kes ini cawan yg aku guna isipadunya lebih kurang 400ml..jadi tuang air panas kira-kira 200ml setiap cawan. Kemudian kacau setiap isi cawan tersebut sehingga jadi seperti rajah 2.

Rajah 2

4. Dengan penuh keberanian dan kepantasan, tuang susu panas yang disediakan tadi ke dalam cawan berisi oren panas dan kacau dengan pantas menggunakan garfu. Lihat rajah 3.

Rajah 3

5. Kacau-kacau sehingga sebati. Sambil kacau sambil zikir, bismillah walhamdulillah (haha mcm chef tv hijrah) Kemudian amik gelas tinggi dan sediakan longan serta ais.Kemudian tuangkan oren campur susu tadi ke dalam gelas yg ada longan. Hiaskan dengan sudu untuk cedok longan beserta straw. Rujuk Rajah 4.

Rajah 4

Voila! Inilah hasil akhirnya. Longan dok belah bawah x nampak la pulok.


Selamat menchobaaa~~

7 comments :

  1. owh pegawai sains..nak tanye bole?
    guna tepung gandum eh,klu guna tepung jagum bole tak?
    nape kacau air tu guna garphu, klu guna pisao xbole ke?
    hahahahha

    ReplyDelete
  2. oh ada soalan rupanya..

    kalo guna tepung jagung hasilnya lebih pekat..begitu juga dengan tepung ubi atau tepung kanji sbb kategori tepung yg tersebut itu adalah thickening agent.

    good question pasal y guna garfu..tujuannya ialah bagi mempercepatkan proses emulsifikasi..boleh guna sudu atau pisau..tapi kalo bancuhan dah smpai 600ml misalnya mmg ketara kesannya...kalo nak bancuh dlm bancuhan yg banyak dinasihatkan guna whisker.

    ReplyDelete
  3. ngerinya tengok sotong nya lidi.. takut jahanam organ organ dalaman i tercocok lidi penyapu tue.. ehhhh

    ReplyDelete
  4. tu bagus guna lidi yg besar muahahaha..jelas di mata..kang pakai stapler mau tertelan..langsung menguatkan tulang dan gigi sbb tertelan zat besi miahahaha

    ReplyDelete
  5. KAHKAHKAHKAH KERAS PANKREAS AKU GELAK TAK BENTI BACA ENTRY NI! KO GILE KE HAPE SUME SAINTIFIK KUAR! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

    HAHAHAHAHAHAHAHA!

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

    ReplyDelete
  6. yang ni antara peserta masterchoi yang menyerlah setakat ni la..hahahaa.

    ReplyDelete
  7. sian sotom kna sunbap...takde telot kasi telot tipu. tapi baguih2, ada rasa cam dlm lab sains.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...