Wednesday, August 17, 2011

Tugasan Ramadhan 2011 - Daging Masak Kicap oleh Kekabu

Disclaimer: Chepp kekabu tidak bertanggungjawab di atas ape jua sebarang kemungkinan yang mungkin akan mengganggu gugat sistem pencernaan rakan-rakan havoc ado atas resepi ini. Walaubagaimanapun, sekiranya rakan-rakan dapat menghayati rancangan ketuk-ketuk ramadhan kita pada kali ini, nescaya kenikmatan masakan rakan-rakan akan berganda-ganda rasanya. SEKIAN. Selamat Mencuba!!!

Daging masak kicap.

Sediakan bahan-bahan berikut.
1.Bunga cengkih
2.Bunga lawang
3.Kayu manis
4.lada hitam
5.Halia
6.Bawang merah(kecik dan besar) Besarrr punye nak buat hiasan.
7.bawang putih
8.kicap
9.Daging lembu.

Cara

1. Rebus daging dengan air biasa. Masa rebus, nak daging lebih terasa kekicapan nya..sila masukkan kicap sedikit. Terpulang nak pakai kicap pekat atau kicap lemak manis atau masin. Ikut kesedapan tekak.



2. Bahan-bahan berikut haruslah ditumbuk . Lada hitam, halia sebesar ibu jari, bawang putih dan bawang merah.


3.Setelah daging cukup empuk boleh la start memasak.Oh yaa...mengikut petua orang tua-tua , nak bagi daging cukup empuk masukkan daun betik muda.


4.So, dah ready? Mari memasak.

I. Tumis bahan tumbuk dengan minyak api sederhana.


II. masukkan bahan bunga-bunga yang disebutkan awal tadi. Harap maklum ye..bukan bunge ros, tahi ayam ,daisy dan yang seumpama dengannya.


Yess!! Bunga itu. bersama kayu tersebut.

III. Sampai la naik bau-bauan di dalam kuali itu naik, masukkan daging dan air rebus daging tadi sedikit. Jangan jirus terus ye, masuk sedikit demi sedikit.


IV. Lepas tu, masukkan kentang goreng , kicap dan air. Itu, kalau nak banyak kuah. Kalau tak nak, tak payah letak banyak-banyak air. Kalau nak rasa masam sedikit, boleh la ditambah asam keping. Kalau tak nak masam. Tak perlu letak. Oh ye, Kalau nak kuah banyak tadi kan, pakai air asam jawa pun boleh. Kemudiam masukkan garam secukup rasa. Pak aji pun boleh kalau nak letak.(ajinomoto)


Dan ini lah hasilnya….Taraaaa….


Haa..tu hiasan bawang tu..pakai bawang besar. 

Selamat Mencuba!!

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...