Thursday, August 4, 2011

Kuching Miaw Miaw - Ep 2

Tanpa berfikir panjang, tak mandi dan tak tukar baju. Aku cuma solat sekejap dan basuh muka kasik kesegaran menyelubungi diri, capai camera dan siap siap...

Gerak gerak gerak khas.........................

Keluar dari hotel aku tak tau ke mana arah nak di tuju. Ada bell boy situ, aku tanya dia.

"How far from here to Waterfront"
"Walking?"
"Yup"
"15 minutes Sir"

Oh. 15 minit tu kira jauh jugak lah. Mati. Dalam otak aku cuma fikir perjalanan yang bakal aku tempuh untuk esok kalau ke Bako. Aku dah riki tempat naik bas dia jauh ke town sana. Kalau aku nak gerak pagi pagi hari merasa la aku koma tepi jalan dulu.

Tak pe. Hari ni adalah hari berjalan jalan di kawasan persekitaran. 

Semua dah ready. Dan agenda aku paling utama adalah nak pegi beli Kek Lapis !

Menapak la aku ni dengan gigihnya. 

Tapi ! Sebenarnya tak jauh mana pun uols. Keji je dia orang kencing aku. Aku rasa tak sampai 10 minit aku dah boleh sampai ke Waterfront tu. Ke aku berjalan laju??

Tapi on the way tu, aku nampak la statue Kucing tu. Teruja kejap.

Aku nak ambik gambar kat situ. Tapi ramai pulak orang. Sudahnya aku tukang ambik gambar dia orang. Bukan sorang ! 5 orang !!!

"Mari Mari ! Saya adalah juru gambar tak bergaji anda"

Siap ada couple mat salleh suruh ambik gambar mereka. Tapi dia punya over, dia siap suruh aku pegi melintas jalan supaya gambar mereka nampak penuh.

Siot je.

Tapi tak pe. Abang kan baik.

"Do you want me to take ur photo?"
"No thanks"

Biasalah, aku dah tak teruja nak ambik gambar sendiri. Sedih uols tengok gambar abang dalam keadaan badan berbadak ni. Macam tetiba ada lembu pose tengah bandar pulak nanti.

* nanges.


Lepas pada statue kucing ni, cross jalan sikit... taraaaaaaaaaaa 

Terus aku dah sampai kat waterfront sebenarnya. Tak de lah jauh sangat pun. Peluh jantan pun tak sempat terpercik lagi. 

Pastu mana hala aku nak tuju?

Aku nampak ada bot penambang kat situ, tapi macam ada banyak jetty dia sebenarnya. So aku pun tak pasti cemana aku nak pegi Kampung Grisek tempat nak beli Kek Lapir Dayang Salhah tu.

"Kak. Kak. Saya nak pegi beli Kek Lapis di mana ya?"

Kakak tu baik hati. Dia tunjuk jari dia, maksudnya aku kena naik bot jugak la. Sama dengan dia. Dia baru balik kerja kot.

"Rumahnya di sana tu sebelum ada pembinaan"
"Jalan terus je?"
"Ya"
"Saya kena naik bot ni?"
"Ya"
"Berapa tambah Kak?"
"50 sen"
"Owh. Terima kasih"

50 sen je tambang. Macam seram je bunyi. Kalau aku lah jadi pembawak sampan tu, tambang murah murah macam tu, aku dengan niat jahat terbalikkan sampan tu. Kalau tak, bayar mahal sikit !

Tapi, jaraknya tak de lah jauh pun. Aku rasa kalau jalan kaki tak sampai 30 langkah dah boleh cross sungai tu, so bayangkan lah sampan tu cuma bergerak satu hala je. Tak jauh mana. Minyak pun macam tak guna.

Kenapa dia tak buat jambatan ek? Ke aku tak tau???





Bot agak penuh !

Tapi sebab perjalanan tak jauh mana pun, jadi tak terasa apa. Takut pun tak. Selamat je lah semuanya. Sedar tak sedar, 30 kali kelip mata.. tara !

Dah sampai ke seberang.

Eh, ada buaya ke tidak sungai tu ek? Aku pun tak tau. Tapi hiruk pikuk manusia memang sibuk kat situ aku rasa buaya pun tak tenang nak mencari mangsa. Baik la dia pose pose pi lepak tempat jauh jauh sikit. Lagipun ramai yang cross tu yang bekerja. Kalau buaya ngap, terngap dengan handphone ke handbeg ke. Terus ke radiation. How?

Hahahaha.

So bila dah cross tu, macam ada tempat makan baru di bukak. Pavement dia tu macam tengah di buat, so jalan agak bercelaru sikit. Dengan bantuan kakak yang sama, aku melangkah mencari rumah Kek Lapis tu. Tapi tepi jalan tu memang bersepah orang jual. Cuma orang kata beli kat rumah dia sendiri, so aku pun cuba lah. Tak jauh pun.

Sambil sambil menapak tu, perhatikan sekeliling, tengok apa yang menarik dan snappy !






Dekat je kedai kek lapis tu dari jetty.

Kiri kanan memang ramai orang melepak di bahu jalan dan tepi sungai tu. Memang agak meriah. 

Dan sampai kat rumah Dayang Salhah ni memang kelihatan ramai orang bekerumun. Memang orang prefer beli kek lapis kat rumah dia sendiri lah kot. Tapi memang banyak choice. Depan rumah dia siap ada jual jualan benda benda lain jugak seperti ikan dan sebagainya. Belum kira orang orang yang menunggu, budak budak yang berlari.

Dan dalam rumah dia tu memang kek lapis penuh atas para. Bersusun susun.

Paling best, ada jugak kek lapis ni yang boleh kita rasa.

Aku ni, tak reti membeli. Aku pegi ni pun sebab orang kirim. Tu pun aku dah siap tanya nak jenis apa. Aku adalah rasa yang dia bagi tu, tapi macam semua sama je. Tekak aku ni kan pelik sikit. Cuma Tasya bagitau Kek Masam Manis yang sedap, so aku belasah beli yang tu je lah.

Aku kalau boleh memang nak beli banyak. Tapi aku fikir, aku tak ambik luggage. Dan aku lepas ni nak gi berjalan jalan, how? Takkan aku nak heret dengan beg camera nya lagi, camera lagi, nasib lah tak de tripod. Pastu sedar sedar, bawak kek lapis sama?

How??

* nanges makan kek lapis sambil ambik gambar.

Sudahnya aku beli 3 je. Mudah. Muat muat aku sumbat dalam beg camera dan aku silang kat bahu. Kamera aku pegang je kat tangan. 

Tak payah aku nak pening pening kepala dah nak bawak banyak banyak plastik di tangan ! Cukup je la beli 3 tu pastu bagi bagikan lah sama rata pada sesiapa yang mahu. Lagipun kunjungan aku ni bukan nak bershopping shoppingan !

Settle semuanya, aku patah balik ke jetty tepi sungai tu dan cross semula ke sebelah asal tempat aku datang tadi.

Puas hati. Misi mendapatkan Kek Lapis adalah berjaya !!!


Cuaca pun dah agak senja masa tu. So aku dah ready je nak snappy snappy.

Dari situ aku terus je berjalan menyusuri Waterfront tu. Di bahu tempat berjalan kaki tu memang banyak orang jual jual cenderamata. Aku pun tak lepaskan peluang.

Beli siap siap !

"Magnet ni berapa?"
"4 Sepuluh"

Oh ! Agak murah. So aku pun apa lagi, shopping terus untuk kawan kawan. Aku beli RM30 ringgit.

Pastu jalan jalan lagi. Memang ramai la orang berjual. Secara haram ada. Secara halal dengan gerai gerai yang  betul pun ada.

Teruja tengok brader tu punya gerai, aku tanya lagi.

"Magnet ni berapa?"
"5 Sepuluh ringgit"

* koma.

Rasa nak campak kamera dengan kek lapis ke tanah dan terus terjun dalam sungai. Makan lah aku buaya ! Aku kecewa..............

Tapi tak pe lah. 4 Sepuluh pun dah kira murah ler jugak kan?

Dah tugas sebagai juru gambar tak bertauliah bermula.





Sampai kat port hujung tu aku lepak kejap.

Matahari pun macam dah nak terbenam. Aku nak tunggu momen momen lebih cantik untuk snappy. Beli air tin dan duduk tepi sungai tu sambil hisap rokok dan melayan perasaan.

Ramai jugak yang berdatingan. Mesti semua orang keji tengok aku je yang sendirian. 

Tak pe lah. Aku tak kisah. Aku OK je. Malah aku prefer sorang sorang macam ni. Di sini lah aku boleh mencari damai. Cuma agak kecewa tak dapat jumpa Fasha Sandha. Tak de rezeki nak buat cemana.  Dia dah sampai KL pun dia SMS aku lagi menyampaikan rasa kecewa dia tak dapat spend masa dengan aku.

Aku tak kisah. Tak de apa. Ada dia dan tanpa dia, aku akan tetap berjalan !

Lepak beberapa ketika di situ sambil tengok map di tangan. 

Hajat hati aku memang nak pegi tengok tempat bas ke Bako yang bakal aku naik esok. So at least kalau aku dah tahu tempat dia senang lah. Cuma bila fikir balik, kalau pagi pagi aku nak menapak tu, agak jauh jugak lah. 

Aku kena fikir solusi lain !

Sambil sambil tu layan perasaan.




Lepas pada tu aku menapak lagi.

Kali ni aku menyusuri jalan jalan kecik di bandar Kuching mencari apa yang menarik. 

Banyak kedai kedai dah pun tutup. Then aku jumpa lah pasar dan station bas tu tempat nak naik bas. Cuma keadaan petang tu dah sedikit sunyi. So aku berjalan je menyusuri jalan raya di kotaraya Kuching tu dan ambik gambar sambil melihat apa apa yang menarik di situ.






Abis jugak la satu pusingan kat town tu aku berjalan. 

Main ikut kaki je, so tak sedar aku dah sampai ke Waterfront semula. So apa lagi, terus lah aku mengayakan pose pose snappy terbaik untuk ambik shot shot yang lebih mengujakan.

Keadaan di Waterfront menjelang malam tambah meriah. Orang makin ramai. Ramai jugak yang datang dengan kamera masing masing untuk ambik gambar.

Hiruk pikuk manusia memecah kesunyian kota tebing sungai tersebut.

Teruja aku tengok orang ramai ramai begitu.





Dan aku terus melangkah menyusuri Waterfront tu sampai ke status Kuching tu semula dan akhirnya sampai ke bilik. Sekali lagi masa kat statue Kuching tu aku kena ambik gambar orang. Ramai betul orang kat situ !

Hah.

Penat jugak merayau satu petang.

Tapi at least aku puas hati aku dapat ambik gambar yang best best di Kota Kuching ini.

Esok perjalanan masih panjang !

Masih banyak yang perlu aku jelajah di kota bumi Kenyalang ini.








Sampai sampai bilik aku flat.

Mandi dan berehat rehat. Dapat mandi segar tubuh badan.

bersambung....

7 comments :

  1. kat kuching ada mandi kucing tak ??? * soalan x relevant* hahhaa>>>

    lawanya gambo2......... :)

    ReplyDelete
  2. p hari tu tak berani naik sampai, takut karam. kek lapis Mira actually lagi sedap dr dayang salhah..

    ReplyDelete
  3. ye cikdu >>>salah soalan huhuh :)

    ReplyDelete
  4. Mira Cake House..kedai dia kecik je, kalau naik perahu tu, location dia dekat dengan tebing sungai sebelah kanan kalau nak mengahla ke dayang salhah (ada deretan bangunan kedai di tabing sungai tu)..kek dia lagi fresh dan sedap.kawan kita orng kuching sendiri yang rekomen kedai tu.

    ReplyDelete
  5. Masih mahu komen ;)

    Ada jambatan untuk pergi kedai kek lapis semua. siap ada tol lagi. cumanya jalan dia jauh dan berbelit sedikit berbanding naik penambang. kena kuatkan semangat aje. haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...