Thursday, August 25, 2011

Misi Menukar Duit Syiling

Hari tu kat opis, IG ajak keluar cepat cepat takut nanti Kuman dengan Boss aku tu nampak dia orang nak mengekor.

Tup tup keluar parking.

"Hello. Ooooo Korang lari dari aku ya?"
"Eh. Tak de. Mana ada. Kau kat mana? Tak nampak pun"
"Aku kat parking tadi, aku suluh beam kat kau. Kau buat derk je. Kau memang nak lari dari aku kan?"
"Eh serious beb tak tahu. Kita orang tak perasan"

Tu semua adalah dialog busuk menyelamatkan diri semata mata.

Malas la ajak dia orang tu kang dia orang banyak cekadak.

Kami nak pegi bank sebab nak tukar duit syiling si IG. Misi ni dah gagal hari sebelumnya sebab kat CIMB kena buat sebelum jam 12 tengahari je dan cuma boleh tukar hari hari tertentu. Maybank pulak mesin kira dia rosak !

Ni hah, berbungkus bungkus duit syiling di persilakan masuk................


Ha.. Duit IG nak tukar.

Sebenarnya duit ni dalam beg. Beg laptop sandang tu. So memang berat lah nak bawak.

Berat gila. Serious nak angkat semput semput jadinya. Kalau perampok nak merompak mahu fikir dua tiga kali.

Kalau aku dengan IG, berderai dulu ketawa baru boleh nak angkut ke hulu ke hilir tu. Sebab nak tarik nafas lah apa lah. Semalam sebelum tu pegi 2 bank, letih angkut je. So hari ni, dia berenti dulu tunggu dalam kereta, aku keluar tanya bank tu ada mesin kira ke tak then baru suruh dia parking dan masuk.

Hari ini urusan adalah berjaya time square !

Kami pegi ke Maybank.

Ada mamat yang agak kacak. Nampak tu muka dia. Nama dia Zulkifli Khan. Pelakon kah?

"Ada apa Encik?"

Dia tanya aku.

"Saya nak tukar syiling ni, masuk akaun saya"
"Mana syiling nya?"
"Ada"

Then aku pusing IG tengah terhegeh hegeh bawak duit tu. Kembang kembang hidung. Dipersilakan masuk pembawa wang............... !

Pastu sampai kat kaunter kami nak serahkan kat mamat ni lah.


"Berat beg ni. Kena angkat dua tangan"

IG bagitau mamat ni. Dia pose pose angkat dengan satu tangan je.

"Boleh je ni. OK je. OK je"

Huk ala. Poyo gila mamat tu. Siap buat demo kat kita orang dia angkat sebelah tangan. Sudah sudah merah padam gak muka dia. Keji ! Tahu la dia tough tak macam kita orang, tapi motip nak berlagak dengan kami yang tak tough ni? 

* nanges tepi mesin ATM


Pastu mamat tu kata tak leh kira time tu. Dia nanti dia call bagitau. 

Fine !

Kami keluar dari Maybank sempat mengumpat dulu mamat ni beberapa karung. Motip nak berlagak dengan kami yang artis antarabangsa ni.

* mati la...

So selesai la sudah misi tukar duit syiling tu. Then on the way lepas tu mamat ni call cakap dia dah kira, duit dah bank in dalam akaun aku. Jumlahnya tak banyak mana pun. RM 522.90 jer.

Tengokkan berat macam berjuta juta. Korang dah tukar duit syiling kah?

9 comments :

  1. kenapakah kena tukar syiling meng? arahankah? xtau crita pn..hiks

    ReplyDelete
  2. bukan la.. member aku kehabisan duit, so dia nak pegi tukar duit syiling dia yg berlambak tu

    ReplyDelete
  3. aku pon baru nak tukar duit syiling ni..tapi tak tau cmne nak buat..since dah baca blog ko no, dapatla secupak ilmu untuk digunakan..hehe

    ReplyDelete
  4. apa laga..

    cargass la tukar.

    kalau ada lebihan kasik sama aku

    ReplyDelete
  5. Memang die lah pelakon sembilu watak syamsul jadi suami watie.

    ReplyDelete
  6. kenal aje ko ya....

    at least dia ada keje tetap..

    ReplyDelete
  7. Mana tmpt area kota bharu nk tukar syiling euro

    ReplyDelete
    Replies
    1. CIMB atau Maybank should be boleh. cawangan ibu negeri

      Delete
  8. Mamat tu mmg poyo gile dan berlagak, keje maybank ttdi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...