Wednesday, August 24, 2011

Buka Puasa Di Rumah Captain Planet

Hah !

Layankan gambar ni sampai meleleh air liur.

Sila pakai kanta cembung sesapa yang rasa rabun ayam.

* mati la tak sedar dirit.





Kau tengok la tu CP punya keje.

Sebab tu la dia tak bagi kami datang awal. Dia sibuk menyediakan makanan dengan orang rumah dia. Banyak pulak tu. Macam makan kat hotel. Pilih je. Menu pelbagai bentuk dan rupa.

Menu menu di persilakan masuk.

Bendi rebus dengan jering.
Keropok pun ada.
Sambal udang petai.
Sayur campur
Ayam masak merah
Taugeh masak lemak
Kerabu sotong
Daging goreng kering
Ikan goreng
Pucuk ketereh makan dengan budu
Cheese cake sebagai pencuci mulut.

Air ada beberapa jenis jugak. Nenas dan juga sirap berudu.


Kami cuma bawak tembikai je. Tu pun IH beli masa dia tunggu kami buat kemunculan. Biasalah IH on time. Aku tunggu MH datang culik aku dulu. BW pose pose make up yang lama.

'Kau pegi la cemolot dengan BW dulu. Kita orang on the way'
'Baik lah aku berzikir'

Tu SMS aku dengan IH time dia contact dan tanya aku kat mana.

Lawak sungguh.

Jalan tak berapa jem. Lepas MH sampai aku terus je ke rumah BW dan jumpa mereka di sana. Then terus je culik dia orang ke rumah CP.

Sampai on time. Sedang molek lah waktu dah nak berbuka. Keluarga CP ada dengan adik dan kawan kawan adik dia dan kami GBS. Tak de la ramai sangat tapi tengok pada lauk pauk tu.

* koma.

Tu pun CP dok mengoreng ikan lagi kat dapur dengan Orang Rumah dia.

Memang layanan first class lah. Makan dengan kenyang !

Lepas makan sesi solat berjemaah pulak. Tinggal BW dengan orang rumah CP kat bawah berkemas dan kami yang lain lain solat ramai ramai di atas.


Kami GBS ni lama tak berjumpa. Lepas solat tu mula la ambik port depan rumah then berborak sakan. Macam macam la cerita di kongsi bersama dengan gelak ketawa macam nak roboh buaian yang ada. Tapi tak boleh lama lah. Kami ada agenda penting.

CP dan keluarga pegi Terawikh di masjid berdekatan.

Kami ber empat yang lain. Berkaraoke di The Garden !

Hiks.

5 comments :

  1. supermen, pucuk ketereh tu daun tenggek burung ek??

    ReplyDelete
  2. motip kau cakap jepun..

    mana aku tau. org panggil cam tu aku sebut cam tu ler..

    dia macam daun gajus. pucuk gajus bukan pucuk gorjes... !

    ReplyDelete
  3. btw abang orang putih, tak makan daun daun ni semua okeh..

    * runnnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  4. Yes pucuk ketereh tu pucuk gajus tapi bukan tenggek burung.

    Pucuk ketereh daun die ada tone purple sikit pastu tak runcing(hujung bulat). Tenggek burung lebih kurang macam daun mangga sikit runcing2 hujungnya.

    Sedapnya pucuk ketereh and pucuk pena. By the way pucuk gajus terkenal dengan antioksidan yg sangat tinggi dan menyahtoksid sebanyak 98 peratus. Dimakan untuk awet muda dan menyegarkan badan.

    ReplyDelete
  5. matila korang ni citer pasal alien. hapah aku tak paham.


    BA

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...