Friday, August 19, 2011

Cerita Seram Di Serambi

Aku ada cerita seram !

Jeng Jong Jeng....


Mengenai Atuk aku.

Atuk aku tu kan sakit. Sakit dah lama. Kami suspect dia sakit tua la sebab dia dah tua. Tapi dia tak boleh bergerak. Terbaring je atas katil. Memang tak boleh nak buat apa langsung la. Tapi makan boleh. Hisap rokok pun boleh.

Baru baru ni kan Atuk aku tu macam nazak sekejap kan. 

So Pakcik James dan Makcik Mona serta pakcik makcik aku yang lain semua balik la ke kampung halaman nuh melihat. 

Atuk aku ni dalam macam tu masih kelakar lagi okeh. Dia asyik nak makan sate je. Pastu nak hisap rokok Dunhill yang mahal mahal. Rokok Saat dia tak mahu ! Pastu dia kan silau mata, tak nak pakai spek mata RM 10 beli kat uptown ! Dia nak pakai Rayban original sepupu aku punya.

Nak tak nak terpaksa la sepupu aku tu korban kan spek mata hitam dia tu.

Tup tup masa mak aku balik baru ni, Atuk aku tu dah lemah. Pastu panggil orang baca Yasin semua kan kat rumah tu. Pastu ada lah Ustaz mana datang, tetiba tiba dia masuk rumah terus dia bersuara.

"Amboi !! Besar nya !!!"

Semua orang dalam rumah tu terdiam.

Pastu riki punya riki, rupanya ada lembaga hitam yang besar duduk atas bahu atuk aku tu. Pastut la atuk aku tu tak boleh bergerak, asyik sakit bahu je, rupanya memang ada benda bertenggek kat bahu dia. 

So pakcik makcik aku riki la dia tanya, Atuk aku tu ada pakai apa apa ke tidak. Atuk aku kata dia tak de bela apa apa pun.

Pastu Ustaz tu riki riki, rupanya, lembaga tu menompang atas badan dia dah lama. Sejak dia muda lagi, lembaga tu orang buang kat laut so ntah cemana, dia jumpa Atuk aku kot, sebab Atuk aku tu dulu nelayan so dia menumpang la sampai sekarang.

Dan ada kisah lebih mengerikan lagi.

Makcik aku ada duduk dengan Atuk aku kat rumah tu.

Satu hari tu Makcik aku bangun nak kencing, dia pernah terdengar suara berbisik dari bilik atuk aku bagitau dia cakap kat dia.

"Aku nak kau ! Aku nak kau !"

Makcik aku tu cuak lah. Tapi tak de la fikir yang lain lain.

Rupanya lembaga tu nak menumpang duduk atas Makcik aku tu pulak.

Eii. Ngeri tak uols?

So berkat perubatan Ustaz tu, lembaga tu dah di tangkap dan di buang. Aku tak tau la cemana dia buang. Tup tup kau tau, Atuk aku kembali sihat ! Dan boleh naik basikal 7 eleven dia tu kelling kampung ! Padahal aku rasa dah more than 4 years dia terlantar atas katil tu.

Kita orang tak suspect apa apa kan, ingat dia memang sakit tua. Rupanya ada penunggu yang menunggu di situ.

OK. Dah abis cerita hantu yang seram seram sejuk. Ngeri tak? Ngeri tak?

4 comments :

  1. takutnyaaaaaaaaa eiiiiiiiiiiiiiii :)

    ReplyDelete
  2. saya kueh raya tunjuk jer cikdu.....nak biskut raya mcm tahun lepas kaaaa?????

    yg coklat sama cheese tart ittew???

    ReplyDelete
  3. xpe lah meg. thanks.. tahun ni abang raya di osaka..

    makan sushi jer

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...