Lega.
Tu je lah yang boleh aku katakan bila aku pasti aku dah sampai ke tempat yang aku patut tuju.
Lepak kat atas sekejap menikmati keindahan alam. Betapa besar nikmat Tuhan bagi. Keindahan alam seperti ini dan nikmat mata dan pancaindera untuk aku merasai keindahan serupa ini.
Insaf sekejap.
Dari atas tebing tu nak turun ke pantai memang masalah jugak.
Memang cerun dia mencanak naik lebih kurang 80 degree. Tapi nasib baik la sebab turun kan. Pastu ada tali dan sebagainya. Boleh je kalau datang dari arah ni naik bot dan panjat bukit ni, tapi memang muntah darah lah aku rasa. Lagi steep pada yang aku naik tadi.
Tapi keindahan memang tak terkata cantiknya.
Aku puas hati. Walaupun aku terpaksa berjalan jauh, sekurang kurangnya aku rasa setimpal dengan penat lelah.
Turun ke pantai, mat salleh dua orang tadi dah siap siap baru nak mandi. Dia orang pun baru sampai sebenarnya.
"You made it !"
Dia orang menjerit. Aku senyum je lah. Pastu ada beberapa puak anak cina dok mandi manda tengah berseronok seronok. Memang tak de orang lah kat pantai tu. Best kan dapat pantai tu untuk diri sendiri walaupun untuk sehari.
Air dia memang superb. Memang cantik la tempat tu. Tak tergambar dengan kata kata.
Pakcik bot memang dah sedia menanti. Dari dia nampak aku tadi dia dah lambai lambai tangan.
"Nak rehat dulu??"
Dia menjerit. Aku angguk.
Aku ambik pot tepi batu tu dah melepak kat situ hilangkan penat. Memang penat.
Dekat setengah jam aku duduk melepak kat situ menikmati keindahan alam. Pakcik tu tunggu kat bot sampai lah aku bagi dia signal dan aku ingat nak harung je air tu sampai ke bot.
"Tak apa. Tak apa. Tunggu di situ. Nanti basah"
Dia tahu aku malas nak berbasah kot. Lagipun aku pegang camera semua. Dia datang ke arah aku. Siap terpaksa berkayuh lagi. Baik pakcik ni.
"Sudah?"
"Hah. Pakcik. Penat. Saya rasa mahu pengsan"
Dia gelak gelak.
"Ambik ni air"
Dia siap bagi aku air mineral sebotol. Lega. Sayang pakcik ni. Rasa nak peluk je. Hiks. Memang aku perlukan air.
"So boleh bergerak ya?"
Aku angguk. Ambik pot dalam bot tu. Rasa lega tak terkira dapat minum air dan dapat naik bot. Sekurang kurangnya aku pasti, perjalanan aku pulang tak de lah sesiksa tadi.
Dari pantai Pandan Kecil tu kami bergerak ke sebelah bukit tu di mana di situ lah terletaknya Seastack tu.
Dari jauh dah kelihatan dan aku tambah teruja.
Puas !
Sea stack ni lah mercu tanda Bako. Mana mana kalau orang sebut Bako, itu lah signature dia. Gembira di hati aku dapat tengok dengan mata sendiri.
"Tak pe. Pakcik berhenti"
Pakcik tu baik betul. Kejap dia berhenti pastu aku dok snap lagi. Pastu dia pusing kayuh slow slow batu tu dan aku ambik lagi.
"Pakcik, ke sana sikit boleh"
"Boleh"
Dia ikut je apa arahan aku. Hiks. Memang terbaekkk pakcik nih !
Puas bergambar kat situ, pakcik tu bawak aku ke batu lain pulak.
Selain dari batu berbentuk kapal tu ada beberapa lagi batu bertenggek kat situ. Ada yang berupa macam kepala kuda laut dan juga singa !!!
Tu lah keajaiban alam semulajadi !
Tak syak lagi kenapa Bako di wartakan sebagai Taman Negara kerana ianya menyimpan misteri tersendiri.
Pakcik tu cerita kat aku, dulu dulu. Ada sorang orang alim ni bertapa di batu tu lah. Sampai dia mati. Dan masa dia mati, ada tanda dia tulis nama Allah dengan jari dia je kat batu tu.
Wallahuallam.
Aku ambik masa beberapa ketika sebelum meminta pakcik tu bergerak meninggalkan Bako dan pulang ke pengkalan.
Cuaca indah. Hati aku puas.
Bot menyusuri Laut Cina Selatan sebelum memintas masuk ke Sungai Bako. Kelihatan Gunung Santubong dari kejauhan.
"Pakcik ! Sini ada...?"
Aku tak berani nak sebut. Aku tunjuk dengan tangan je.
"Apa? Buaya?"
Cabul kan mulut pakcik ni. Sebut kuat kuat.
Cabul kan mulut pakcik ni. Sebut kuat kuat.
"Ada. Di sana ada satu..."
Dia tunding jari buat aku jadi seriau. Kalau la apa apa jadi, buaya tu makan aku dengan handphone handphone aku, abis lah terkena radiasi !
Padan muka kau buaya ! So jangan makan aku. Nanti kau kena cancer !
Akhirnya bot selamat berlabuh semula.
Tengok gambar bot last tu. Kerusi dia kerusi lama rumah Makcik Mona okeh.
Mak aku derma kat sini kah?? Hiks.
Mati la sapa naik terus terbabas tak de airbag tercampak dalam sungai kena ngap buaya. Takut.....
Sampai kat jetty, aku buat pembayaran kat pakcik tu. Macam yang kami plan lah. Harga tiket one way RM47 x 2 dan harga dia ambik kau dekat Teluk Pandan Kecil tu tambah RM35.
Rezeki pakcik tu. Yang penting dia baik dan ikut je kerenah aku. Terima kasih pakcik !!
Dari jetty tu aku kena fikir cemana nak balik ke hotel pulak.
Tengah aku mengelamun hisap rokok tiba tiba ada satu mamat ni tegur.
"Mahu balik ke Kuching?"
"Ya"
"Mahu kereta?"
"Huh?"
"Saya hantar kan mahu?""Berapa?"
"Hmmm RM40"
"Tak nak lah. Mahal"
Pastu dia pujuk pujuk aku balik semula, then aku berkeras tak nak.
Aku duduk lepak mengelamun sekejap then dia lalu lalang depan aku tak sudah sudah, akhirnya aku buat deal dengan dia.
Aku suruh dia hantar aku ke Semenggoh Wildlife Park !
Semenggoh ni adalah kawasan hutan di mana, Orang Utan yang asalnya dulu sakit dan yatim piatu, di bela. Tapi tidak di bela dalam sangkar ke apa. Dia di lepaskan ke dalam hutan. Cuma di bagi makan je. Aku rasa memang menarik nak tengok sebab Orang Utan ni semua liar. Bukan yang jenis kita boleh peluk peluk tu.
"RM100"
"Ah. Mahal"
Akhirnya aku nego dengan dia, dan aku bayar dia RM60 !
Dan dia bersetuju. Benarnya dia pakai kereta kakak dia je. Siot je mamat tu. Tapi nak cari duit lebih punya pasal. Sanggup ni.
So aku tak fikir panjang. Aku rasa idea yang baik untuk jimat masa walaupun aku terpaksa bayar lebih sikit.
Dari Bako dia memandu MyVi dan hantar aku terus ke Semenggoh. Semenggoh ni terletak di the other side of Kuching, tapi kami tak masuk town, dia ikut jalan short cut dan terus je ke sana. Jimat masa.
Kami kena cepat sebab sesi bagi makan kat Orang Utan adalah pukul 4.30 petang !
Jadi terkocoh kocoh la dia memandu. Nasib lah dia terror.
Mamat ni, nama dia Ishak. Dia sebenarnya guide kat Bako. Dia kata dia ada nampak aku kat Bako tadi masa kat Park Office tu, tapi aku lah tak perasan dia. Aku cerita kat dia aku bagai nak mati kat atas tu dia gelak gelakkan aku je.
Best jugak borak borak dengan dia. Yang tak tahan tu, dia tanya aku.
"Abang kenal Salma?"
"Salma mana?""Yang menang Mentor 5 tu"
"Oh. Tau lah tapi tak kenal"
"Saya minat Shiha"
"Haaa?"
"Di sini, mana rumah artis artis?"
Aku tanya dia pulak.
"Hafiz tu semua tinggal di Petra Jaya"
"Camelia""Oh.. itu rumah dia besar bang.. di Petra Jaya juga"
"Dayang Nurfaezah?"
"Dayang tu dulu, dia asalnya di kampung. Tinggal dekat Bako. Tapi biasa lah lepas jadi artis sudah pindah ke Kuching"
Apa???
Dayang Nurfaezah dari Bako???
* koma.
Motip la kau Dayang, feeling feeling Beyonce padahal dulu duduk kat ceruk Kampung Bako sajork !!
Dan Ishak memandu terus ke Semenggoh Wildlife Park.
Tempat dia hutan lah. Nak masuk kena bayar RM3. Tapi aku cakap Ishak tu tourist guide aku, so dia tak perlu bayar.
Memang ramai la orang yang keluar masuk nak pegi tengok. Masa ni nampak lak makcik makcik dengan mengahnya jalan masuk hutan dengan baju kurung bagai. Abang masa tu dah fit sikit, laju je lah. Tapi kalau melepasi makcik makcik tu, siap nafas nafas dia orang boleh dengar.
Hiks.
Rasaain !!
Tapi dalam tu rupanya dah ramai orang menunggu.
Dia macam ada satu pelantar dalam hutan tu untuk tengok Orang Utan keluar dari hutan dan makan. Memang banyak la time tu dia orang tengah makan. Makan pisang dan sebagainya.
Yang bestnya, ada sekor tu, besar gila. Nama dia Limah !
Dari belakang macam hantu Kak Limah !
Tapi very the pemalas.
Lepas makan terus terbongkang tidur. Bukan nak bangun pose pose sebab orang ramai tengah menunggu ambik gambar dia orang dari pelantar ni hah.
Tapi kalau tengok di persekitaran memang banyak la kaum kaum mereka bergayutan atas pokok.
Ada yang dengan anak. Ada yang solo molo dan ada jugak yang pose pose termenung.
Orang Utan ni semua jenis liar, so mereka tak boleh di dekati. Dia orang boleh jadi defensive dan boleh menyerang !
Tapi dalam banyak banyak Orang Utan tu, ada sekor ni sangat lah friendly.
Dia bergayut dari atas pastu turun berani dia datang dekat dekat orang ramai kat pelantar ni.
Siap pose pose lagi.
Orang ramai apa lagi lah menjerit jerit. Tapi sebenarnya larangan dia situ adalah tak boleh buat bising ! Ramai jugak yang datang dengan camera pelbagai jenis. Setakat kamera aku yang boleh zoom 200 meter tu apa lah sangat. Dia orang punya gedabak gedabak lagi, macam nak tercucuh hidung jer.
Dan ini lah yang friendly tu. Nama apa pun tak tahu. Lama pulang tu dia datang dekat. Siap bagi pose paling mengancam untuk orang ambik gambar dia.
Aku tak berada lama dalam hutan tu sebab orang pun makin ramai.
Bersesak sesak. Dengan macam macam bau dan berpeluh semuanya. Ya lah dah nak kena trekking jugak nak masuk dalam tu mesti la berpeluh. Kalau yang ada anak kecik tu memang kena dokong la dengan mak ayah mereka.
Satu hal pulak.
So on the way keluar, Ishak tunggu aku kat luar.
Rupanya kat belah luar tu ada Orang Utan jugak tengah pose pose makan di situ.
Ni hah. Nama dia Richie !
Dia tengah pose pose bergayutan dengan anak dia sambil makan.
Bersantai gamaknya. Anak dia cute, duduk bergayut ke sana ke mari tapi last last balik jugak kat bapak dia.
Dan, Richie ni adalah raja segala Orang Utan kat sini. Bak kata orang kat situ. Richie ni macam pailang lah. Dia ketua. Kalau dia makan, yang lain memang tak kacau. Kalau dia berjalan, yang lain bertempiaran lari. Memang dia garang.
Ramai jugak la orang dok tengok Richie ni dok melepak lepak kat situ.
Tiba tiba Richie ni penat melepak agaknya, dia terus terjun dan bergerak ke arah orang ramai. Terus je pengawal taman tu bagi tau semua.
"Lari ! Bagi laluan kat dia !!"
Dan bertempiran semua orang lari.
Padahal Richie tu cool je. Jalan dengan anak dia buat tak tahu.
Tapi memang sebab dia jenis liar kan, dia tak suka orang ganggu dia. Mungkin dia pernah cederakan orang. Tak boleh di halang halang dia ni.
Sempat lah Richie dengan anak dia bagi pose terakhir paling seksi dia untuk aku sebelum dia lari masuk ke hutan !
Puas berada di situ, aku ajak Ishak bergerak.
Dari Semenggoh,. Ishak terus hantar aku ke hotel.
Dia kena cepat, kakak dia telefon nak guna kereta ! Hiks.
Bagus gak la ada dia ni, boleh layan aku borak borak. Sekurang kurangnya aku berjaya melaksanakan misi melawat ke Semenggoh.
Sapa sapa nak guna dia di Kuching untuk transport dan guide di Bako boleh mintak nombor dia. Ada dia bagi hari tu, mana ntah aku letak. May be ada dalam beg camera.
Sampai hotel aku kelaparan !
Aku tanya receptionist, dia suruh aku berjalan ke sebelah Hotel Liwah. Situ ada restoran nama dia Cilipepper.
Dan aku order Nasik Goreng Sambal dengan Lemon Chicken. Air Teh O Ais Laichi.
Yang penting, inzal uols !!!!!!!!!
Portion dia banyak gila. Dan paling hebat, harga aku makan tu berjumlah RM12.50 sajork.
* koma.
Gila murah. Dah lah banyak. Aku makan pun tak abis. Sedap pulak tu. So aku recommended sapa ke Kuching boleh try makan di sini. Dia macam kopitiam jugak tapi ada jugak masakan panas. Letak dia sebelah 360Xpress tu betul betul sebelah Hotel Liwah.
Liwah ! Bukan Liwat !
Pulang ke hotel aku terus terbongkang !
Keletihan. Ingat nak jalan jalan town tengok sunset lagi sekali, tapi dah tak larat lah. Rasa nak pengsan tak hilang lagi.
bersambung.
No comments :
Post a Comment