Friday, October 16, 2020

Masjid SRI SENDAYAN

 Masjid Sri Sendayan.

Salah satu misi terancang yang aku nak buat masa trip ke PD tempoh hari adalah nak singgah di Masjid ni. 

Dah lama teringin. Kali ni pastikan jadi !

On the way balik dari PD singgah ke Bandar Sri Sendayan untuk melawat kawasan.

Terletak kira-kira 10 kilometer dari Seremban ini dibina pada tahun 2015, diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.

Memasuki kawasan masjid tersedia kawasan parking untuk pengunjung yang datang.

Dan dari kawasan parking tersebut sudah kelihatan binaan masjid tersergam dengan kubah berwarna putih dengan reka bentuk binaan seperti Taj Mahal di India.

Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid

Memasuki compound masjid terdapat beberapa kemudahan tersedia untuk para jemaah.

Cari toilet dulu.

Selain terdapat ruang untuk wuduk, di bahagian laman masjid juga di bina kawasan khas bagi yang nak ambik wuduk.

Tarikan utama Masjid Sri Sendayan yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara.

Terletak dalam kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah) sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.

Ayuh masuk ke bangunan utama.

Sebaik memasuki ruang pertama, senibina masjid ni mirip macam Masjid Nabawi di Madinah.

Dengan ruang berbumbung kaca, dapat di lihat puncak menara masjid dari dewan sebelah luar masjid ini. Ruang tambahan untuk jemaah solat ini disediakan dengan kipas gergasi berbilah emas untuk memberi keselesaan.

Seterusnya adalah ruang solat utama yang dipisahkan dengan pintu kayu berukiran seni yang sangat details dan menarik.

Bahagian ini merupakan dewan solat ke dua yang dengan kemudahan aircond.

Disebabkan covid, hanya ruangan ini dibuka untuk jemaah solat.

Ruang solat utama masjid Sri Sendayan ini terletak di bahagian paling hadapan namun di tutup semasa aku datang.

Bahagian dewan utama ni memang nampak lagi grand. Katanya kebanyakan seni bina itu ditempah khas dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar.

Jadi lah hanya boleh intai ikut pintu kaca jer.

Sememangnya masjid Sri Sendayan ni indah luar dan dalam. Patutlah keunikan hasil seni bina masjid ini membuatkan ia menerima beberapa gelaran daripada orang ramai termasuk Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.

Disamping kemudahan untuk para jemaah beribadah, masjid itu turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.

Pembinaan Masjid Sri Sendayan ini sedikit sebanyak menjadi tarikan kepada pembangunan di Bandar Sri Sendayan dan banyak pembangunan di persekitaran turut sama berkembang.

Selain masjid ini, terdapat sebuah lagi masjid yang di bina dari konsep wakaf seperti ini oleh penyumbang yang sama iaitu Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012. Ada rezeki aku ke sana nanti.

Bagi yang belum sampai ke masjid Sri Sendayan ni, pergi lah. Dan saksikan binaan masjid yang indah yang boleh dibanggakan.

Semoga masjid ini memberi banyak manfaat kepada semua dan kemudahan digunapakai sebaiknya.

Masjid SRI SENDAYAN
Bandar Sri Sendayan
71950 Seremban,
Negeri Sembilan.

fb : /mssns.19/

Selamat berkunjung !

5 comments :

  1. Cantik & kemas aje macam Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bkt Jelutong...tp dkt Bkt Jelutong kawasan nya kecil aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ... sebab sendayan kawasan baru kot. banyak area kosong lagi. bukit jelutong tu kawasan dah limited. tapi both masjid lawa

      Delete
  2. nice shot meng, insyaallah ada rezeki boleh pergi :)

    ReplyDelete
  3. Hebat, semoga berpanjangan pahala pewakafnya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...