Monday, October 26, 2020

#traveldalamnegara : Perkelahan Keluarga di Lubuk Manggis, Sg CONGKAK

Kisah percutian keluarga di Lubuk Manggis.

Agak jarang jarang sekali aku nak join kalau ada aktiviti cam nih tak tau la sebab apa, malas pun ada jugak agaknya tapi bila anak buah aku ajak, last minit aku bagi kata putus dan bersetuju. Maybe sebab lama tak gi travel mana mana, rasa dungu jer.

"So, here I come !!!!!!!!!!!!!!!!!!!"



Aku tanya gak dia orang nak gi mana tapi tak berapa nak fikir pun kat mana etc. Since dia orang sendiri pernah datang dan berpiknik di sini so aku yakin boleh main ikut je.

Perjalanan bermula awal pagi dan kami berderu deru 4 buah kereta ke lokasi yang telah mereka decided.


Ah ! Lalu Sungai Gabai kah? Aku ada cerita mistik di kawasan tu. Tidak !!!!!! 

Memang aku tak mau dah jejak ke sana lagi. At least buat masa ni dan aku tau lokasi perkelahan kami bukan lah di Sungai Gabai nun.

Jalan agak jem di pagi hari. Ramai orang berbasikal.






Dari suasana dan keadaan jalanraya yang sebusy busy nya hingga lah jadi lengang, akhirnya kami tiba di lokasi di tuju. Air Terjun Lubuk Manggis di Sungai Congkak, Hulu Langat.

Frankly aku sendiri tak pernah tau pasal port ni tapi belah belah Hulu Langat tu memang banyak sungai dan port port boleh santai santai dan berkelah kelah.





Sampai di tempat yang ingin di tuju dan terus parking kereta di kawasan yang di sediakan. Boleh je nak parking tepi tepi jalan pun.

Aku rasa kami gerak dah awal pagi, sampai sini dah ramai orang rupanya. Terkagum kejap aku dengan semangat manusia ni kadang kadangnya. Kenapa lah aku tak serajin macam tu?



Dah sampai di kawasan perkelahan Lubuk Manggis. 

Aku rasa tempat ni tempat private atau di bangunkan oleh tuan punya tanah kot. Sebab ada facilities siap sedia di bina dan memang dah jadi port perkhemahan dan perkelahan.

Kehadiran kami di sambut oleh Pak Belang ni.



Ajet ajet mengerunkan, padahal pakai loceng. Puiii !

Mengesel je kejenya. Kurang kasih sayang lah tu.

Malas aku nak melayan. Time untuk bersatu dengan alam semulajadi.














Di kawasan tepian air terjun ni tersedia pondok pondok kayu. 

Kalau nak duduk kat pondok pondok ni ada bayaran di kenakan tapi aku tak ingat sebab semua urusan adik aku yang uruskan. Aku datang bawak bikini je. Eh. Tapi aku dengar adik aku cakap nak datang sini kena book siap siap, nanti sampai buat bayaran. Harga satu pondok tu tak mahal mana pun dalam RM 20-30 kot. Kalau nak berkelah tanpa pondok bayaran lagi murah lah.

Pondok jenis sapa cepat dia dapat. So kena la datang cecepat. 

Ayuh layan lagi kawasan sekitar di sini.





Tengah aku merayap rayap tu tetiba ada mata yang memandang !


Aik? Jeles la tu.... !





Deru sungai yang mengalih di penuhi dengan manusia yang sedang mandi manda. Suasana yang riang dan nyaman. Sesekali terdengar gelak ketawa.

Memang bahagia dan meriangkan. Masing masing sedang berseronok seronok-an.





Dan di lokasi port yang telah kami pilih, persiapan sedang sibuk di jalankan untuk menyediakan makanan dan habuan perut.

Kami buat acara BBQ dan bakar bakar di sini. Ramai jugak yang buat benda yang sama. Baru lah nampak picnic kan?











Masing masing ada tugasan masing masing. 

Tugas melangut dan melantak tanpa memberi pertolongan pun ada. Mostly aku lah tu ! Hiks.

Dah siap makan acara mandi manda di tepian sungai. Kesejukkan air menyegarkan. Cuma kawasan berbatu batu memang tak betah nak buat acara renang kuak lentang dan sebagainya.

Ala ala je lah.

* baru nak tunjuk skill Jeffrey Ong di sini.









Mandi sampai kecut, lepak lepak dan sembang sembang pastu sambung lagi dengan acara makan. Kali ni menu tengahari pulak.





Dah abis makan ada yang sambung mandi dan ada yang busy jadi Cinderella kemas barang dan settlekan urusan cuci mencuci.

Then urusan bersiap nak gerak pulang sebab hari dah nak petang. Takut hujan.

Makan aiskerim dulu. Laku keras pakcik aiskerim tu di serbu.


Siap untuk bergerak pulang. Mata pun dah layu dan kelayuan.





Rasa jauh lak perjalanan nak balik.

Nasib baik jumpa Erra Fazira senyum tepi jalan.


Nanti kita gi berkelah ya Erra? Kita berdua jer. Piknik tepi kolam renang nak?

Ah. Fokus fokus dengan pemanduan. Tak sabar nak sampai rumah nak berenang atas ranjang. Sakit badan.


Tapi masing masing seronok dan puas dapat mandi manda di Air Terjun Lubuk Manggis ni.

Nanti nanti boleh datang lagi bawak baju mandi kaler lebih striking supaya menjadi tumpuan pengunjung yang lain.

Sekali sekala artis antarabangsa turun padang, OOTD mesti kena meletup walaupun tubuh badan sama besar dengan bongkah batu. Hahaha.

3 comments :

  1. Aritu ada mmber ajak pi sini. Sjk2 border tutup ni, kemain kreatif n rajin rakyat malaysia explore dlm negara kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la kalau tak org malaysia asyik nak gi obersea jer...

      Delete
  2. badan sebesar bongkah batu takper lg jgn orang datang landing atas badan sbb ingat memang bongkah batu dah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...