Saturday, August 27, 2011

Misi Setitik Cahaya Di Aidilfitri

Assalamualaikum

Ini entry dari BA dalam Misi Setitik Cahaya Di Aidilfitri untuk Makcik Norlia yang mengidap penyakit Barah Payudara di Hospital Putrajaya.

Berikut adalah entry asalnya bagi yang tak pasti...

'.................masa mak nangis tu, makcik sebelah katil kebil2 tgk mak. dia palingkan muka dia ke tingkap. sungguh sesuatu kan. aku pun petang tu pi la bersalam dgn dia. makcik tu cakap dia tak kahwin. duduk kampung kat perak jaga mak dia yg dah tua. makcik ni dah tua okkk so aku tak tau mak dia tua cemana. dia tak kerja. takde duit nak bayar bil hospital yg beribu ribu ni. sakit sama macam mak. tp worst sbb dia biar selama 2 tahun dah. reason adalah sbb dia tak tau itu adalah kanser. sampai la dia takleh angkat langsung tangan dia ke atas. masa tu dia perasan. so adik dia antar la pi hospital.

dia kata MAKNA ada kasik dia RM150 setiap bulan. kebajikan masyarakat takde kasi dia apa2. adik beradik dia takleh nak dimintak tolong kecuali adik lelaki dia yg antar dia pi hospital ni. adik dia tu bagi pinjam enfon 3310 utk call apa2 hal. dia tak reti tekan. ina ajar dia cara dail pastu dia cakap la dgn sapa tah. pastu dia tanya macam mana nak tau bateri dah habis ke tak. kelam kabut dia pegang enfon tu. sbb itu la first time dia dpt pegang enfon.

yg paling kesian. takde sapa nak tunggu dia kat ward tu. dia susah hati tak leh bayar bil hospital sbb takde sapa blh dimintak tolong.............

makcik ni operate esok..............'

Wang yang kita dermakan ini adalah hasil pengumpulan dana kita dari dulu tu. Misi ini telah di persetujui oleh semua Havoc, dah Alhamdulillah, aku rasa misi ini berjaya.

Terima kasih kepada geng Havoc semua termasuk yang lama sebab dana ni yang kita kumpul dari dulu dan kita dah agihkan pada yang memerlukan dari masa ke semasa. Insya Allah moga moga apa yang kita kerjakan ini memberi menafaat kepada yang memerlukan.

Amin.

Sekian, Terima kasih.
Meng

***************************

aku dari rumah dah berdebar.

macamana nak bercakap dgn makcik tu.
macamana nak buat ayat skima.
macamana nak hulur duit.
masa bila nak ambik gambar.
last2 aku pikir lantakla apa nak jadi, misi kena teruskan.

maka berbekalkan kamera dlm beg, serta angpow yg dah siap dipeket aku pun menjadi drebar akak aku ke putrajayah. akak aku kena dengar aku ceramah pasal budak2 havoc yg baik hati nak sedekah kat makcik tu bagai. akak aku kagum okk. siap dia cerita kat suami dia, siap called mak mertua dia kat ipoh 

*ko mampu?*

mak mertua dia siap nangis pastu memanjat doa kesyukuran dlm talipon sambil berkata alhamdulillah rezeki orang tu, itulah bulan puasa ni ramai orang nak bersedekah bla bla bla bla bla 

*sambung selama 30 minit bercakap tanpa henti.*



maka kantoi lah baju raya aku dari jakel. hahahahaha. kedai yg mempunyai staf2 bangang. itu lain story. kita fokus pasal makcik tu skrg!!

bila aku sampai hospital, aku terus la menonong masuk bilik mak aku kan? tengok2 makcik tu dah takde kat sebelah katil. ahh sudahhhh. dah keluar ke? takkan cepat sgt keluarnya? luka dia dah baik kah? mak aku pulak time tu tido so takleh nak bertanya.

tengah2 aku kelam kabut mencari tu akak aku kata makcik tu dah pindah katil. dah tak duduk sebelah katil mak. pindah bilik sebelah sbb dokter senang nak nampak dia kalau dia duduk tepi pintu. aku tanya akak aku mana dia tau?

akak aku kata semalam dia tawaf satu wad carik makcik tu. nak tgk dia ok tak sbb baru lepas operation. last2 midnite baru dia jumpa makcik tu kat bilik lain.

ok. fine.

aku melangkah masuk dgn penuh gaya. tanya khabar makcik tu lebih kurang. aku kata nanti aku dtg balik kita sambung sembang. lepas tu aku keluar balik dan lari masuk bilik mak aku.

hahahahahaahahahahah.

sbb aku taktau macamana nak cakap pasal duit ni. kaget pulak rasanya. kita ni dahla tak sapa2 dgn dia. pastu tetiba hulur duit macam pemuda umno pulak kan? aku tak biasa buat kerja kebajikan macamni. risau la jugak tetiba makcik tu berdiri atas katil sambil menjerit 

'aku tak hingin duit kau! aku ada 15 guni duit dlm bank! semua duit aku kaler purple. aku saja jer berlakon susah!! berambus!!'

ia tidak berlaku ok kawan2. salah kan imaginasi aku yg melampau lampau bangangnya ni.

bila aku dah ready sikit, [yelah aku kan kena buat ucapan aluan bagai masa bagi duit tu kang.] baru aku masuk semula bilik makcik tu. pastu aku terus jadi wartawan bisu. ambik gambar keliling dia tanpa bercakap sepatah. akak aku jek yg sembang ngan dia.


tak mampu bangun. blh duduk jek.


saja nak bagi korang insaf. itu adalah air dari kedua2 tetek yg telah dibuang. bila botol tu penuh, nurse akan sukat dan buang. pastu letak balik. sehinggalah menjadik beberapa liter baru dikira sembuh. tapi masih takleh keluar wad lagi.

akhirnya masa dah time. aku pun gagahkan diri cakap kat makcik tu,

'makcik, saya dgn kawan2 saya ada la kumpul duit sikit nak bantu makcik ni.'

makcik kelip2 mata tanda blur.

pastu aku eksplen la yg kita semua ikhlas nak tolong dia. bla bla bla. makcik tu diam lama gila. aku rasa nak lari dah time tu. kenapakah makcik diam? say something pls.

aku buat bodo jek keluar angpow dari beg. hulur kat dia.


ko tgk muka dia tau dia tgh semacam kan? macam sedih ada. macam nak nangis ada.

maka aku terus la bertindak sbg pom pom girl kat situ utk menceriakan suasana. aku terus kata makcik saya nak ambik gambar makcik bukak sampul raya tu. makcik posing2 sikit.

makcik tu gelak.

dia kata eh kenapa laaa nak ambik gambar org tua selekeh macamni.

ada aku kisah?

terus jek suruh dia pose2 victoria beckham.


paksa makcik bukak. sbb aku nak ambik gambar!



makcik senyum sikit kat saya ni makcik. saya nak tunjuk gambar ni kat kawan2 saya tu semua.

aku rasa makcik tu sebenarnya sedih gila. tapi akak aku dgn aku jenuhla menceriakan suasana sampai dia gelak semula. masa aku nak balik tu dia kata:

'BA, cakap dgn kawan2 semua terima kasih banyak2 tolong makcik. kirim salam dgn semua kawan2 tu. duit ni makcik nak buat bayar bil hospital.'

percayalah masa dia cakap tu dang! terus menusuk ke kalbu aku ni. tang dia cakap kirim salam kat kawan2 tu terus aku rasa macam mesti kawan havoc aku gembira kalau tau. akak aku pun heran macamana la konsep berkawan kita kat sini. aku tak la cerita details sbb tu akak aku tu blur2 jek. ye la ramai berpuluh2 orang tapi blh jek share duit nak bagi kat stranger bagai.

itu semua orang takyah tau. ini secret mission okeh. *tolak pilu jatuh dlm loji taik*

so korang semua. terima kasih sbb setuju nak donate bagi makcik ni. nampak simple tapi percayalah korang dah membantu banyakkkkk dgn sumbangan ni. dia takde duit langsung nak bayar bil. taula putrajayah tu hospital berbayar bagai swasta melainkan ko org gomen. takde bil seringgit macam HKL tu semua ok. semua main ribu2. mmg makcik tu bersyukur dgn rezeki tak disangka2 bulan ramadhan ni.

sedih.

akhir kata, dgn aktiviti macam ni, kita semua lebih bersatu dan bekerjasama dimasa akan datang. rajin2lah melepak di komen supaya kita lebih rasa macam adik beradik.

gambar last ni adalah khas utk abang saad yg kusayang. *lariiii*


no. katil makcik!

Thanks to Havoc !


Di sekitar suria yang menyinar
Hadirnya mendung meliput cahaya
Di sebalik senyum tawa riang
Timbul tangis hiba di fajar mulia

Kekosongan melanda diriku
Bak sembilu menyayat di kalbu
Mengenang nasib diri sebatang kara
Mengharungi cabaran berliku

Takbir menusuk jiwa ku
Terkenangkan kisah-kisah lalu
Keinsafan menghantui diri
Berkekalan 'kan ku ulang kembali

Sepatah doa mengiring diri
Setitik cahaya untuk meniti
Pedoman buat di hari muka
Moga ketenangan teman yang setia
Aishah - Setitis Cahaya Di Aidilfitri

9 comments :

  1. insaf! terus rasa nak kawen tamoh idup sebatang kara..

    sayu je tgk muka makcik tu...

    ReplyDelete
  2. err... bila buat kutipan duit nih ??? tak tahu pun.....

    sedihnya tgk makcik nih..... lagi sedih tgk ada havoc lama and havoc baru eh ??? sape ahli havoc baru?? hu huh

    waaa..... meg tak masuk korum lah nih ????sedihnya...

    semoga Allah panjangkan umur makcik nih dan semoga sihat seperti sediakala...same goes to ur mum BA...

    sedih sedih.... :(

    ReplyDelete
  3. meg.. dana ni yang kumpul dulu la... ni duit uols juga..

    ReplyDelete
  4. merajuk jugak nih cikdu.....nape havoc jd mcm nih huh ape salah kami uhu huhuh......

    tak ape lah..nanti kalo ada ape2 aktibiti just let us know ya.....

    dok kelik kampung ??? selamat hari raya maaf zahir batin ya cikdu....

    mesti CPI pun terkedu bace huhuhu

    ReplyDelete
  5. tahniah meng..sungguh suci murni kerja2 geng havoc tuh..besar pahala tuh weyy..slamat hri rya

    ReplyDelete
  6. tq AJ...

    nanti kau join ya. kita nak buat misi ke somalia.

    kau jadi jurukamera..

    ada berannn?

    ReplyDelete
  7. boleh meng..tp make sure ada bullet proof jacket kot..hiks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...