Tuesday, June 13, 2017

Jejak Bumi Parsi : 13 - YAZD to ISFAHAN

Nekad untuk ke Isfahan.

Kiranya tak sampai 24 jam pun aku kat Yazd ni.  Tapi aku memang tak de plan khusus dan perancangan, so aku ready je to move in move out as and when aku rasa perlu untuk bergerak !

Tapi bagus jugak gerak awal dari sini so aku ada lebih masa nak explore Isfahan nanti.

Terminal bas Yazd ni memang agak jauh skit dari area Jame Mosque tu

Kawasan Yazd yang kering

Sampai terminal bus Yazd

Aku terus masuk dalam cari tiket. Banyak pulak ulat ulat yang kejar. Buat bodo je.

Cari kaunter tiket ke Isfahan. Ada banyak kaunter tapi tak de yang bus VIP. Mamat kaunter tu sibuk paksa aku beli tiket biasa. 

Nasib ulat yang mengekor tadi tu masih ada dekat aku.

"VIP bus? Isfahan?"
"Yes"

Pastu dia tarik aku. Aku memula tak nak ikut tapi dia tarik tarik lagi. Pastu berlari.. dan paksa aku lari sama. Rupanya dia tahan bas yang baru je nak gerak keluar.

"VIP ? Isfahan ?"
"But I dont have ticket"

Dia bagi isyarat tangan suruh aku naik je. Dia borak something dengan konduktor bus. Konduktor tu suruh aku naik. Bas pun dah slow slow bergerak.

"But I need to go to the toilet"

Then mamat konduktor suruh aku turun balik. Tapi ulat tu suruh aku naik balik semula. Eh pening lah aku jadi nya.

"Toilet ....."

Aku faham maksud dia.

Bas dah nak jalan, kau tahan je kencing tu nanti bas ni berhenti kau kencing lah puas puas !!!!

Macam tu.

Aku bayar tiket kat dia je. 200.000 rial (RM 26). Aku tak tau lah berapa ulat tu dapat tapi aku berterima kasih kat ulat tu sebab permudahkan urusan aku.

Dan aku akhirnya berada dalam bas menuju Isfahan. Mudah sangat je rasanya sampai terus dapat naik bas. Bas pun selesa.

Rasa lega

Layan sunset di perjalanan

Bye bye Yazd

Dan akhirnya malam berganti siang

Sejujurnya aku agak terkesan pasal kes di Meybod dan drebar tu. Ntah kenapa rasa macam tak puas hati dan terbawak bawak je. Kalau nak ikut, bayar pun RM 20 je tak de la mahal pun. Cuma tu lah. Aku rasa tak puas hati. Bertongkol tongkol dalam hati. Dengan dia rushing nak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain buat aku rasa macam terjerat jer.

Sebab aku expect semua orang baik. Tak kan ada orang ambik kesempatan kot. Tapi aku lupa... manusia ni penilaiannya berbeza !

Sebenarnya salah aku gak lah. Aku yang suka fikir bukan bukan. Suka biarkan benda negative masuk dalam kepala otak. Patut aku fikir yang baik baik je. Yang positif je. Travel ni nak seronok, bukan nak cari masalah. Kalau ada masalah, hadapi dengan tenang. 

Dan biarkan rasa redha memainkan peranannya !



Tuhan tolonglah bukakan
Cinta dan kasih dalam hidupku
Waktu kan menyepi
Kian pergi membawaku
Saat ternantiku akan rahmat-Mu

Ku imbasi jalan yang berliku
Penuh gelap bisa dan harusku takutkan
Merantai jiwaku
Berat hatiku menanggung
Usah biar hidupku tuk hanyut lagi

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku
Terangi dengan cahaya hikmah-Mu

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku
Terangi dengan cahaya hikmah-Mu
Terangi dengan cahaya hikmah-Mu

Tahan kencing sampai aku terlelap.

Tak lama lepas tu konduktor bas tu kejut aku.

"Toilet ?"

Fuh ! Cepat cepat bangun dan berlari aku turun. Pastu tak tau tolet kat mana. Rupanya basement kedai.

Ah lega.. Akhirnya..... 

Aku pun tak pasti bas ni berhenti kat mana tapi lega dapat kencing. Bas stop tak lama, perjalanan diteruskan lagi selepas tu.

Masa dalam bas tu aku perasan minah Iran ni asyik pusing toleh kat aku. Pelik jugak memula. Bila aku pandang dia cepat cepat dia toleh ke lain. Aku syak dia just musykil tengok foreigner kot. Ke aku yang perasan lelebih?

Tengah syok syok membuta tetiba bas berhenti. Aku tak sedar bas berhenti tapi aku sedar bila ada orang kejut dan suruh semua passengers bas turun.

Tak pasti apa yang berlaku tapi ada polis bawak anjing check dalam bas. Kami semua di minta turun semasa polis buat check up tu. Sempat lah aku merokok jap.

Mungkin disebabkan jarak perjalanan yang tak berapa jauh, bas ni tak berhenti kat mana mana untuk singgah makan ke apa.

5 jam melangut dalam bas, akhirnya lewat pukul 9 lebih bas mula memasuki kawasan Isfahan. Aku sebenarya tak pasti bas ni berhenti kat mana sebab dari pembacaan aku ada few terminal bus jugak kat Isfahan ni. Dan aku pun tak de booking mana mana hotel lagi so aku akan decide lepas betul betul sampai nanti ke mana aku nak pegi, di mana aku nak bermalam malam ni.

Akhirnya bas berhenti di kawasan terminal. Aku yakin tu port terakhir. Bas berhenti di Terminal Kaveh.

Sebab aku tak tau mana nak tuju tapi based on offline map yang aku ada, banyak nya hotel terletak di area jalan utama di Isfahan ni iaitu Charbagh-e Paieen St dan jalan ni adalah jalan yang sama di mana terminal Kaveh ni terletak. Cuma kalau nak menapak tu macam jauh lebih kurang 3 KM. So aku riki riki teksi sebab dah malam bas pun tak der.

Riki riki teksi

Memula aku tanya suruh dia hantar ke Amir Kabir Hostel dia nak 150000 rial. Aku rasa macam mahal untuk 3 KM. Lebih kurang harga tiket dari Yazd tadi jer.

Aku fikir nak gerak ke Amir Kabir tu dulu since nama hostel tu keluar dalam offfline map tu. Aku nak try riki situ dulu, kalau tak de buleh cari yang tempat tempat kat area dia.

Lama gak aku dan tak leh buat keputusan. Abis 2 batang rokok. Fikir fikir balik. Nak nego ke cemana?

Boleh pulak ada drama kat terminal bus tu malam malam buta. Aku tak pasti apa benda tapi dengar macam orang bergaduh siap nangis nangis lagi. Aku malas nak gi usha. Tapi ramai gak orang berkerumun. Aku assumed salah sorang sedih sebab nak kena tinggal ! Ahaks.

Last sekali aku gi try tanya teksi lain pulak. 3 kali tanya, paling murah 100000 rial. Still aku berkeras tak nak. Tak lama tu ada sorang pakcik ni datang. Dia tanya berapa aku nak.

Aku cakap 50000 rial. Dia kata tak buleh. Then nego nego.. last sekali 80000 rial. (RM 10)

Okey dah tu. Aku setuju !

Dia drive bawak aku sampai ke Amir Kabir Hostel tu.

Tak lama mana pun. Tak sampai 10 minit dah sampai. Malam jalan tak jem tapi kalau menapak memang payah gak sebab ada jalan rentas highway.

Masa aku sampai kat Amir Kabir Hostel ni, ada 2 orang pakcik kat front desk. Aku tanya pasal bilik dia kata ada.

"You want private or dorm?"
"How much private and dorm"

Dorm USD 10. Private USD 25 per nite. Aku kata nak tengok bilik dulu so pakcik sorang lagi bawak tengok dorm dulu. Masuk masuk tengok dorm tu bersepah sepah. Ada mamat mat salleh 2 orang duduk dalam tu. Ada 1 single bed tapi penuh dengan barang dia orang.

Then aku decided duduk private je lah. Tapi aku usha jugak dulu bilik private nya.

Bilik private ada 3 katil. Tak luas mana dan terletak di bahagian atas. Yang penting depan toilet.

Aku pilih private tapi aku nego sikit harga dengan pakcik kat front desk tu. Aku rasa dia lah owner kot. Since aku cakap aku sampai dah malam dan aku cuma stay semalam je so aku mintak discount. Memula dia macam berat gak, last sekali dia bagi USD 20. Diskaun USD 5. OK la tu.

Settle dengan bilik aku turun semula dan tanya dia tempat makan. Aku lapar. Dia tunjuk kedai across jalan.

Kedai yang kaler kuning tu. Restaurant dia kena turun ke basement. Tapi aku turun dia kata dah tutup !

Aduh ! Gimana ni? 

Aku kelaparan. Last makan nasi dengan lauk terung yang tak berapa sedap tu jer. Tu pun tak abis. Tengok kedai banyak dah tutup. Yang masih bukak pun kedai kedai jual kasut dan peralatan sukan.

Perlu ke aku makan bola tennis?

Then aku jalan jalan je tengok cahaya yang terang. Dalam 500 meter nampak ada satu kedai buka. Ah.. lega.

Macam fast food je. Jual sandwich dan makanan ringan

Tengok tengok menu, aku order chicken sandwich. Tak de pelanggan lain dalam tu.

Mamat kedai tu tak reti sangat English, tapi faham lah satu dua perkataan.

" I want Chicken Sandwich... and french fries"

Aku baca kat menu je. Tapi fries dengan sandwich tu meal asing asing. Nampak tak aku haloba dan terasa nak makan banyak?

"Here?"
"Yes. Having here"
"Bangladesh?"

Oh !

Terluka terus jiwa.... Ada ke dia ingat aku orang Bangladesh.

"No. Malaysia"
"Oh..."

Dia angguk angguk. 

Then dia sibuk memasak dan aku tunggu kat meja. Then ada customer masuk. Sebab kedai tu sempit, aku keluar jap hisap rokok. Cuaca agak sejuk di luar tapi tak sesejuk cuaca di Yazd.

Masa aku kat luar lepak tu, ada sekumpulan budak budak remaja Iranian dalam 4 orang masuk ke dalam kedai tu. Then aku masuk semula dan duduk kat satu meja.

Dia orang dah pandnag pandang aku. Aku buat biasa je lah. Then makanan pun sampai.

Habuan malam tu. Makan sampai ke titisan mayonis terakhir

Fries tiba menjadikan makan malam aku ala ala gala dinner.....  ! Nom Nom Nom...

Budak budak berempat tu ada kat meja depan tengah makan jugak.

Aku just makan cepat cepat dan abis tu siap siap nak bergerak balik hostel. Masa nak bayar tu mamat kedai tu geleng kepala as such dia bagitau aku tak payah bayar. Then dia tunjuk budak budak tu which aku assume budak budak tu yang bayarkan meals aku.

Belum sempat aku nak cakap apa apa, salah sorang daripada mereka bersuara.

"Good night.... Bye bye !"

Hahaha. Nak tergelak lak. Maybe tu je kot yang dia orang tau tapi still nak communicate jugak.

"Thank you"

Aku terharu sebab budak budak tu belanja aku ! Tak de la budak budak mana. Peringkat remaja ke belia.

Sebelum aku keluar dari kedai tu, semua empat empat orang tu cakap...

"Bye bye.. Good night !"

Hahaha. Tu je kot yang dia orang tahu. Tak pe lah. Syukur ada orang belanja dan aku rasa sangat welcoming. Terus mood emo di Yazd terganti dengan perasaan happy di Isfahan ni !

Balik semula ke hostel dan mandi buat apa yang patut.

Dan bermula lah aksi aksi di ranjang penuh berahi. Cubaan meniduri diri sendiri........... 

Esok nak pusing pusing Isfahan.... 

Tak sabar. Lagi lagi dengan nama timang timangan Isfahan ni sendiri. "Half of the world". Pastinya aku expect banyak yang menarik di sini.............

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

bersambung......................

18 comments :

  1. HAHAHAHAHA Bangladesh HAHAHAHAHA
    Ingat td nk join komen sal travel ni boleh blaja psl mcm2 ragam manusia tp smpi part tu xleh thn gelak
    HAHAHAHAHAHAHA
    Ampun Meng

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi amboi amboi...... ni bangladesh belah belah pergunungan tau ! mata biru...

      Delete
  2. untung la ada org belanja.. hahahha

    ReplyDelete
  3. Muka ko jambu kut Meng, tu pasal diorang belanja ;-)

    ReplyDelete
  4. sonoknyeee, macam macam tempat pergiii

    ReplyDelete
  5. aku ingatkan depa yang nak pau kau meng.
    rupanya depa belanja. *buruk sangka kau normaya di bulan yang mulia ini

    ReplyDelete
  6. Meng, knape tak usha awek Iran dalam bus tu?
    Aku rasa dia ingat ko artis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak usha jugak.. lawa. tapi sembang kencang... tak tidur pun dok borak dgn drebar

      Delete
  7. Bangladesh?? Hahaha..adoi sorry Meng hihiks..pape pon syukur ada org blanja malam tue kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... tak kenal ke org bangladesh cemana.. kurang2 aku tak tengik

      Delete
  8. Ko musafir time tu meng...besar pahala bdk2 tu dpt...dah ler ko tgh kebulur time tu kan....

    ReplyDelete
  9. Dalam hati berhangin bagai, dapat rezeki di malam hari. Berkat disangka Bangladesh kot Meng 🔪

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...