Pagi tu lepas tengok alms ceremony aku tak terus balik ke guesthouse sebaliknya aku ke Sg Mekong dulu usha usha kawasan tu buat kali terakhir sebelum aku berangkat meninggalkan pekan ni nanti menuju ke Phonsavan.
Pagi di Sg Mekong
Lepak lepak jap hisap rokok sambil minum kopi aku beli kat kedai runcit kat tepi jalan.
Duduk lebih kurang setengah jam then aku balik semula ke gusethouse aku untuk berkemas dan bersiap siap. Pick up akan datang ambik aku pukul 8 pagi nanti.
Antara bangunan lama yang di jadikan guesthouse di Luang Prabang ni
Balik bilik, mandi dan bersiap siap then aku ready kat bawah nak tunggu pick up.
Kat bawah tinggalan party disco dansa dia orang semalam yang masih belum di kemaskan.
Overall, aku OK je duduk Vanvisa Guesthouse ni walaupun ada pengalaman riuh rendah dia orang berparty semalam. Bagi aku walaupun guesthouse ni nampak macam buruk tapi basic kelengkapan semua OK. Harga pun agak murah lah memandangkan aku cari hostel pun agak last minit di sini.
Nak recommend sangat tu tak de lah sebab kalau booking awal banyak choice penginapan di Luang Prabang ni, tapi kalau dah tak de.. boleh je nak stay sini.
Vanvisa Guesthouse
Ban Vat That, Town Center,
Luang Prabang, Laos
Rate dia RM 64 per night.
Vanvisa Guesthouse
Ban Vat That, Town Center,
Luang Prabang, Laos
Rate dia RM 64 per night.
Pokok setawar di halaman guesthouse ni. Dulu kecik kecik ada letak dalam buku kasik makan korek pensel biar dia tumbuh?
Kolam ikan kecik
Pagi tu lepas settlekan semua bayaran penginapan 3 malam aku kat sini, aku tunggu pick up datang untuk minivan yang bakal membawa aku ke Phonsavan !
Janji pukul 8 pagi. Aku tunggu sampai dekat pukul 9 pagi tak muncul muncul. Cuak jugak aku takut dia orang terlupa nak pick up aku. Mintak tolong mamat kat guesthouse tu call then baru lah dia cakap pick up akan datang lewat sikit.
Pick up ambik aku depan guesthouse tu dan bawak aku ke minivan station. Minivan station ni depan bus station yang aku turun awal pagi waktu sampai di Luang Prabang ni. Sampai sampai kat situ dah banyak minivan menunggu.
Banyak minivan menanti.
Mini vans ni semua menuju ke destinasi masing masing. Semuanya tunggu di sini sebelum pick up pegi ambik penumpang yang nak bergerak ni di hotel dan hostel masing masing. Biasanya tambang dah siap sekali dengan pick up di hotel tu.
Jadi drebar pick up tadi bawak aku ke sini dan bagitau ada 2 vans yang bakal ke Phonsavan. Aku boleh pilih mana mana yang aku nak.
"Come here. Few empty seats available here"
Tegur seolah lelaki mat salleh separuh abad.
Dalam van tu ada beberapa penumpang yang lain rata ratanya warga asing.
Aku load barang aku kat seat je sebab beg aku kecik, Seat dalam van ada 3-1 so aku ambik single seat je supaya lebih selesa tak payah berhimpit himpit dengan orang lain nanti.
Van tu agak besar dan boleh memuatkan lebih daripada 12 orang kat bahagian belakang saja.
Sebab van belum bergerak, aku sempat gi toilet kejap
"I'll go to the restroom. Please let the driver know"
"Sure. Don't worry dear"
Aik !
Macam pelik je bunyi pakcik Mat Salleh tadi tu. Dia nampak friendly dan ceria jer. Dari tadik dok sengeh sengeh tengok aku. Aku senyum je la balik. Konon konon sama sama friendly.
Tak lama lepas tu van tu pun bergerak. Apparently penumpang tak penuh.
Kat depan driver dengan 2 orang local guys.
Kat belah belakang barisan pertama ada 3 sekawan. Sorang lelaki dan 2 pompuan. French tapi tak berapa pandai cakap English. Yang lelaki tu tak pandai langsung !
Barisan ke 2 kosong, cuma single seat tu Pakcik Mat Salleh tu lah then dia letak kaki kat seat kosong tu.
Barisan ke 3 ada 2 orang minah kat seat panjang. Sorang dari Spain dan sorang dari UK dan aku duduk kat single seat.
Dan barisan belakang sekali cuma ada 2 orang minah salleh jugak. Sorang dari US dan sorang lagi macam pengkid dari Ireland.
Kami bergerak meninggalkan Luang Prabang menuju ke destinasi yang sama hari ini iaitu Phonsavan.
Seawal perjalanan meninggalkan Luang Prabang, van mula mendaki kawasan berbukit. View memang lawa dengan pemandangan gunung ganang.
Bukit bukau dan gunung ganang
Jalan raya agak sempit dan berliku liku merentasi kawasan pergunungan Laos. Maka sebab itu lah perjalanan dari Luang Prabang ke Phonsavan hanya dibenarkan pada waktu siang saja.
Seawal awal perjalanan Pakcik Mat Salleh tu sibuk la berborak. Dia duduk depan aku, rela dia pusing nak ajak aku berbual. Macam macam dia tanya. Naik muak lak aku nak layan. Aku syak pakcik ni ala ala pondan. Tak tau lah dia cuba cuba nak bermesra dengan aku ke apa, tapi aku rengsa !
Van berhenti di kawasan berbukit dan berkabus. Aku pun tak pasti kawasan mana. Masing masing nak kencing.
Aku nak kencing gak, tapi tak jumpa toilet. Last sekali aku sembur je tepi jalan. Nasib kawasan berkabus so orang tak perasan.
Tengah kencing tu, aku pusing, Pakcik Pondan tu kat belakang !
Siol je. Buat terkejut je.
Aku blah dulu balik ke van. Tunggu yang lain lain. Lama jugak la berhenti kat situ sebab dia orang tak jumpa jalan balik ke tempat van menunggu.
Kawasan tempat van berhenti
Sebab geng geng pompuan tu macam lama gila gi guna toilet so aku lepak kat luar hisap rokok. Tengah hisap rokok, Pakcik Pondan muncul lagi.
"I bought you drink. Hope you like it"
Motip !!!?
Dia hulur aku nescafe dalam tin. Tu memang favourite aku ! Dan sejuk sejuk macam ni dapat kena kopi memang la best. So aku tak jadi nak tolak pelawaan Pakcik Pondan tu. So aku hisap rokok dengan dia dan borak borak. Banyak pulak dia tanya. Macam macam soalan. Aku berdoa cepat la van ni jalan !
Naik van, duduk je dia siap pusing belakang. Dan sepantas tu aku pejam mata konon konon buat buat terlena ! Ahahahaha.
Few hours lepas tu van berhenti di satu kawasan ni. Konon nak berhenti lunch. Time tu dah dekat tengahari.
Kampung di perjalanan menuju ke Phonsavan
Aku just turun dan usha kawasan. Ada jambatan, sungai dan rumah rumah kampung
Usha penduduk tempatan
Budak budak
Dok perati kawasan dan usha usha, aku perasan kampung ni banyak gila babi !
Merata rata babi berkeliaran. Kanan babi, kiri babi. Ada single ada yang beranak pinak.... meriah betul kehidupan di kampung ni. Babi lagi banyak pada anjing !!!
Ada restoran tepi jalan kat sini, tapi tak de pun yang singgah makan. Minah minah serombongan dengan aku ada yang turun minum je.
Aku berkeliaran dan Pakcik Pondan pun tak abis abis ikut sama nak ambik gambar. Tapi asal dia dekat je aku blah. Asal aku blah je dia ikut. Isk... Baling tahik baru tau.
Sampai lah van bergerak semula. Letih jugak nak berlakon tidur je, sudahnya aku terpaksa layan dia borak. Tapi borak ramai ramai lah kat belakang tu. Macam macam hal lah dia orang bercerita, aku layan layan macam tu je.
Tengah van bergerak mendaki kawasan berbukit tiba tiba drebar memandu perlahan. Dia berhenti dan usha. Tengok tengok tayar van kami pancit !!!
Tayar belakang pancit !
Kawasan tepi bukit bukau macam ni. Tak de penempatan. Kenderaan pun cuma sekali sekala je lalu lalang
Dan bermula lah igauan ngeri kami semua.
Mula mula drebar nak tukar tayar. So dia berusaha keluarkan tayar spare kat bawah van tu. Ambik masa jugak. Then nak tukar tayar yang pancit tu.
Semua yang ada dok borak sesama sendiri je. Yang bertungkus lumus cuma drebar bas dengan sorang mamat French yang tak reti cakap English tu. Pakcik Pondan dengan cerita dia riuh rendah tepi jalan bersembang.
Aku?
Eh. Jangan tuduh tuduh abang tak membantu. Walaupun cabut dan ketatkan skrew tapi abang membanting tulang berpeluh ketiak sama sama dengan mamat French dan drebar tu. Abis kotor tangan dan kasar jari jemari. Nanti sampai Phonsavan dah tak berseri !
Boleh pulak 2 ekor mamat Laos yang duduk depan dengan drebar tu berpeluk tubuh semata !
"Eh. korang ni dah kenapa? Tak de rasa nak bergotong royong kah?"
Haram.
Dan Pakcik Pondan terus meriah bersembang dengan awek awek yang lain tepi jalan tu.
Pakcik Pondan dan gadis gadis caucasian bergossipan. Harapkan mamat French seluar pendek tu je membantu
Dekat 45 minit jugak kami tersadai di bahu jalan tu.
Akhirnya berjaya meneruskan perjalanan.
"Do you have place to stay tonite in Phonsavan?"
"Yes I do"
"Oh. Where is it?"
"Errrrr... I dont remember the place, but yeah I have made a booking"
"Yes I do"
"Oh. Where is it?"
"Errrrr... I dont remember the place, but yeah I have made a booking"
Cubaan Pakcik Pondan gagal.
Aku tak de lah fikir bukan bukan. Aku rasa he was just trying to be friendly je cuma kalau banyak sangat sembang aku memang bosan nak layan !
So lepas tu aku buat buat busy melayan view.
Aku tak de lah fikir bukan bukan. Aku rasa he was just trying to be friendly je cuma kalau banyak sangat sembang aku memang bosan nak layan !
So lepas tu aku buat buat busy melayan view.
Dari pandangan
Dan sudut mata
Kau seakan mahu menyatakan sesuatu
Bukan tak mahu
Beri cintaku
Tapi adakah benar diriku yang kau mahu
Jangan buat aku keliru
Hey kau
Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu
Hey kau
Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku
Aku pasti hidup akan jadi indah
Andai kau nyatakan apa yang kau rasa
Aku juga punya rasa sama sepertimu
Andai benar kau mahu cinta itu
Hey kau
Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu
Pemandangan sewaktu menghampiri kawasan Phonsavan
Sebenarnya kami dah nak sampai ke Phonsavan.
Hari pun dah hampir gelap dan menjelang malam. Van bergerak menyusuri pekan Phonsavan menuju ke destinasi terakhir di station bus Phonsavan.
Sebaik je sampai, aku turun van dan aku perasan ada sorang mamat ni pegang kertas dengan nama aku tertera di situ.
Oh !! Kau lah penyelamat ku. Bawa lah daku pergi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Van tiba di Phonsavan
Aku tak tau pun ada arrangement pick up aku kat bus station ni. Aku booking guest house kat sini pun semalam masa aku decide lepas beli tiket ke sini. Tapi since dia dah tunggu, aku ikut je lah.
Dia datang dengan van dan pick up aku sorang je.
Sebab nak lari dari Pakcik Pondan tadi so cepat cepat aku ikut mamat tu ke van. Dia lak musykil aku sorang sorang. Lagi musykil tengok beg aku seketul je dan nampak ringan !
"How far from here to the hotel?"
"Quite far"
Van bergerak meninggalkan kawasan bus station Phonsavan. Keluar ke jalan besar then jalan sikit, masuk simpang dan ola. Penginapan aku !!!! Tak jauh mana pun.
NamChai Guesthouse
Sampai je aku terus di beri bilik. Sebenarnya mamat yang pick up aku kat station bus tadi tu adalah agent pelancongan. So dia deal dengan orang hostel ni, dia pick up aku kat station bus then dia akan promote pakej pakej yang ada untuk travel di sekitar Phonsavan ni. Cerdik gak dia.
Dia bagi aku check in bilik dulu then dia tunggu aku kat bawah untuk terangkan apa pakej pakej yang ada di Phonsavan ni.
Bilik penginapan aku berharga RM 53 semalam. Kira OK lah ni
Pemandangan dari bilik nampak jalan utama di Phonsavan. Station bus depan tu jer pun dan kedai kedai semuanya kat jalan utama tu,
Ni alamat penginapan aku di Phonsavan.
Namchai Guesthouse
Ban Phonesavanh. Navieng Road
Phonsavan, Laos
Recommend jugak la kalau mencari penginapan nanti di sini !
Aku turun jumpa mamat tadi tu dan dia start promote aku macam macam. Dan seperti biasa, kebanyakkan pelancong yang datang ke Phonsavan ni akan ke Plain of Jars, so dia promot pakej dia kat aku.
Mahal lak tu.
Since aku sorang, dia offer 700,000 kip kalau pegi semua site Plain of Jars tu. Tapi kalau nak pegi Site no 1 je harga 500,000 kip. Then dia kata dia try carikkan orang lain so boleh share nanti so aku bayar 200,000 kip.
Mahal tu. 200,000 kip / RM 104 !
Last sekali aku bagitau dia, aku plan nak naik basikal or motosikal jer. Frust jugak la dia tapi nak buat cemana? Aku tak de banyak wang nak laburkan kat dia.
Sempat aku tanya dia kat mana Nisha Restaurant yang aku dah riki riki dan aku tau ada kat Phonsavan ni. Nasib baik dia tau ! So dia tunjuk kat peta so aku gi cari sendiri je lepas tu.
So lepas tu aku merayap mencari makananan di pekan Phonsavan ni.
Jalan utama di Phonsavan. Lengang jer
5 minit je berjalan dari simpang tu aku jumpa Nisha Restaurant di sini !
Walaupun sedikit bengang dengan Nisha kat Luang Prabang sebab tak nak kongsi info dengan aku pasal Nazim dan buat aku tercari cari macam orang gila kat sana tapi di sini lah ianya satu satu restoran halal yang ada !
Buku menu. Harga makanan murah sikit dari harga di Nisha Luang Prabang
Aku pekena Chicken Beryani.. Sedap tak terperi !!
Lime lassi !
Alhamdulillah. Kenyang makan. Harga dalam 40,000 kip gak la dengan air. (RM20). Kenyang dan girang !
Balik ke hostel sempat singgah beli roti. Budak jual roti ni berasal dari Vietnam. Sungguh sungguh ajak aku sembang.
Ingat layan depa bersembang dapat la roti free. Haram ! Suruh beli banyak banyak lagi ada. Aku beli untuk makan breakfast esok pagi.
Cari tiket balik ke Vientiane untuk malam esok kat kisok tepi tepi jalan tu then singgah kat mini market sebelum balik bilik dan terus membuta.
Cuaca hujan pulak malam tu buat suasana sejuk terasa. Bukak kipas pun rasa menggigil time nak tidur. Akhirnya lena jugak malam tu di Phonsavan ni.
Tak sabar menanti hari esok !
Aku excited walaupun aku tak tau cemana aku nak laksanakan rancangan aku menjelajah ke Plain of Jars di sini. Tempat yang menjadi penyebab utama orang datang ke Phonsavan. Tempat yang kelak menjadi satu lagi kawasan yang akan diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Aku excited walaupun aku tak tau cemana aku nak laksanakan rancangan aku menjelajah ke Plain of Jars di sini. Tempat yang menjadi penyebab utama orang datang ke Phonsavan. Tempat yang kelak menjadi satu lagi kawasan yang akan diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
bersambung..............................
Akhirnya dpt mkn sedap
ReplyDeletetu lah... kenyang.. butta perut.
Deletekelakar la pulak baca pasal pakcik pondan tu...memang saya terpaksa berfikiran negatif hahaha....
ReplyDeletemacam mencabar jugak la perjalan ke phonsavan nih
ahahah. masalahnya nak lari.. asyik terjumpa je dia....
Deletebinawe betul.. memang mencabar fizikal dan minda
Wow! Hehehe
ReplyDeletehahahaha
DeleteNasib ko masih jaga kesucian ko nyah...hik
ReplyDeleteof chosssssssssssss
Deletehihihi......pakcik pondan
ReplyDeletebaik org nya. bersopan santun. hahahaha
DeleteHuhuhuhuhu..... Rimas ya amat dgn gangguan pk cik pon tu .....# bolayan.... Cian uncle meng
ReplyDeletehahaha.. tu la.. 8 jam dlm van rasa mcm 8 tahun... rengsa
DeleteAbang meng, brp lama paling lama di daratan atas benda bergerak? hiks rengsa kannn
ReplyDeleteketapi??? 34 jam transmongolia... bernanah punggung
DeleteAda juga singgah bakery budak Vietnam tu,mmg taktik melariskan jualan. Friendly lepas tu dari 1 terbeli sampai 3 ketul bun. Eve
ReplyDeletehahahah.. moga mereka maju jaya.....
Delete