Friday, April 22, 2016

Backpacking Laos : 17 - PSVN | Sepetang di Phonsavan

Merempit meninggalkan kawasan Plain of Jars site no 2 dan 3 menuju pulang ke Phonsavan.

Cuaca hampir petang. Matahari kejap kejap berlindung di balik awan. Memudahkan aku merempit dalam cuaca tak berapa panas macam ni. Tapi aku berharap ada sunset petang nanti.

Tu la misi aku lepas ni di Phonsavan ni.

Ada few places yang aku singgah yang aku belum sempat pegi di Phonsavan pagi tadi. Walaupun tempat tempat ni bukan la best sangat tapi ni la antara point of interest yang boleh di lawati di pekan Phonsavan ni.

Time merempit tu, aku masih lagi terpaku dengan scenery di kawasan ni.

Bukan hari hari aku dapat tengok view macam ni

Jadi aku agak teruja secara berlebihan

Masih menyinggah jugak la kalau spot lawa. Snappy skit skit sambil tazkirah diri sendiri supaya cepat sedar yang jangan buang masa lama sangat di sini. Hari pun macam nak hujan jer !

Jalan menuju ke simpang keluar sebelum ke arah Phonsavan.

Sebaik je sampai kat simpang aku terus je belok ke kanan menuju ke Phonsavan.

In all aku rasa jarak dari Phonsavan ke site no 2 dan 3 boleh mencecah lebih 20 KM. Belum kira pusing pusing kawasan di sana tadi. Susahnya aku perasan minyak motosikal aku pun makin kurang. Nasib baik la jugak pagi tadi minah tu silap isi penuh. Kalau aku isi 10.000 kips dah kena tuang dah ni.

Tapi kalau bawak motosikal ke site no 2/3 tu memang tak de petrol station tapi ada kedai kedai runcit yang jual minyak dalam botol tu. Boleh je la beli kat situ. Cuma harga mahal sikit lah.

Dah ikut jalan besar tu aku tak lengah lengah masa. Nak cepat je sampai ke pekan Phonsavan. Lagipun jalan raya dah start banyak kereta sikit dan berdebu debu. Kena hati hati sikit memandu walaupun kondisi jalan dah better sikit dari sebelum tadi.

Ada accident sewaktu aku melintas depan simpang ke Site no 1. So memang kena berhati hati.

Jalan menuju ke arah Phonsavan

Sampai kat simpang jalan aku memula nak tuju ke atas bukit tu. 

Konon nak tengok sunset kat sana. Tapi laluan tak jumpa. Siap ada sekali aku masuk jalan apa ntah tetiba ada lelaki kejar !

Hiks.

Rupanya aku masuk kem askar !!!

Muahahaha. Nasib tak kena tembak.

Cuaca semakin petang. Matahari sudah mula menyongsang.

Sebab tak jumpa laluan naik atas bukit tu, so aku ikut laluan sendiri.

Memula aku rasa nak terjah ke kawasan War Memorials. 

There are several War Memorials in Phonsavan that were constructed to commemorate the thousands of Pathet Lao soldiers who lost their lives during the Indochina Wars and to honour the Vietnamese soldiers who fought alongside them. Climb up the small hills and you will be rewarded with great views of the town and surrounding areas.

Aku just berpandukan peta yang aku dapat dari drebar van semalam tu. Ikut celah celah kawasan akhirnya aku sampai di atas bukit.

Kawasan Phonsavan War Memorials. Malangnya kawasan ni dah tutup.

Pakcik pun dah start menyapu. So aku usha dari luar je.

Tapi dari atas bukit ni boleh nampak pekan Phonsavan.

Pastu dari War Memorials tu aku nampak satu lagi bukit.

Kat sana ada Vietnam/Laos Friendship Memorial.

So aku nak tuju ke sana.

Pastu bila start start motosikal macam tak nak hidup pulak dah.

Sudah ! Apa dah jadi ni. Minyak memang nak abis tapi takkan dah abis? 

Tengok kiri kanan tak de orang pun kat situ. Ada pakcik tadi je tengah menyapu kat dalam. Kalau apa apa jadi, apa aku nak buat ni?

Relaks Relaks. Jangan panik !

Hisap rokok lu sebatang. Then aku cuba start balik semula. Heh...

Boleh hidup pun.

Wayang je tadi tu................... 

Tapi sebab cuak jugak minyak memang nak abis,. Aku turun balik bukit ni dan keluar ke jalan besar dan cari station minyak.

Merempit memintas binatang binatang peliharaan dis ini

Nasib tak jauh. Tapi biasalah pekerja dia tak reti English. 

Aku terpaksa bagi duit cukup cukup. Aku isi 5,000 kip je sebab dah nak pulangkan motosikal ni lepas ni.

Dah isi minyak aku terus patah balik panjat bukit tadi. Kali ni ke memorial atas bukit tadi yang aku memang plan nak pegi.

Kawasan atas bukit. Bawah kawasan penempatan penduduk

Vietnam/Laos Friendship Memorial yang menjadi simbolik persahabatan di antara negara Laos dan Vietnam

Sekali lagi kawasan ni tak leh masuk sebab gate dah tutup

So aku lepak je atas bukit tu tunggu sunset.

Tapi aku rasa sangat tak puas hati dengan port yang aku duduk tu. Sebab matahari akan berada balik bukit depan aku tu so aku tak rasa aku akan dapat sunset yang bagus petang ni.

Tak boleh jadi ni !

Aku kena ushakan sesuatu. Cari port yang lebih bagus dari ni !

Misi aku tetap nak pegi resort atas bukit yang aku nampak tadi tu, tapi aku tak jumpa jalan ke sana.  

Start motosikal, aku merempit semula ke jalan besar dan ikut laluan ke arah yang aku lalu tadi. Aku siap usha bukit bukit yang ada dan bajet kalau aku panjat bukit bukit tu cemana?

Tak de keje dan gigih melampau di tempat orang !

Nak panjat bukit tu konon kononnya

Malangnya tu semua angan angan je sebab tiba tiba hujan turun dengan lebat. Aku terpaksa cari tempat untuk berlindung dek kebasahan.

Berlindung kat station bas. Station bus Utara yang terletak on the way ke Plain of Jars tadi tu.

Lama jugak hujan turun. Kejap kejap lebat kejap kejap berhenti.

Last sekali bila dah reda sikit baru la aku beredar. Usha usha kawasan cari jalan dan akhirnya aku jumpa jalan nak naik ke resort atas bukit tadi tu.

Agak curam jugak nak sampai ke atas. Nama resort ni Phou Padeng Resort

Ni view kat atas bukit tu. Rupanya resort tu belum di buka tapi ada restoran yang menempatkan area untuk orang minum minum sambil layan sunset. Tapi aku tak lepak kat situ lah.

Pusing pusing kawasan tu aku nampak orang jogging, then aku nampak macam ada laluan panjat bukit kat sebelah kawasan resort ni. Aku pun daki.

Fuh ! Spot memang cun mencanak. 


Pepokok



Happy aku tiba tiba dapat view macam ni dari sini. 


Resort di bahagian lereng bukit

So aku menunggu matahari terbenam di ufuk barat di Phonsavan ni.

Malangnya awan mendung berarak menutup segala sinar cahaya petang tu.

Cis !
Kecewa !

Aku tak dapat sunset lawa di Luang Prabang. Besar harapan aku dapat tengok di Phonsavan. Malangnya semuanya gagal belaka.

Ini je la cahaya yang ada sebelum semuanya menghilang di balik awan.

Petang yang suram di Phonsavan

Senja di Phonsavan

Pasrah ! 

Memang tak de rezeki lah. 

Dah jumpa port cun, sunset pulak tak menjadi. Aku duduk tunggu la kat atas bukit tu. Tapi aku tau aku tak leh lama sebab jam dah nak dekat pukul 6 malam. Kol 6 aku kena pulangkan motosikal yang aku sewa seharian hari ni.

Akur dengan keadaaan dan fitrah alam. Kadang kadang matahari memang gagal memancarkan sinaran petang.

Sesapa yang sampai ke Phonsavan silalah usha dari sini. Lawa kawasan dia nampak keseluruhan pekan Phonsavan.

Jauh lagi langkah aku hari ni. Pukul 8 nanti aku akan bergerak meninggalkan Phonsavan untuk kembali ke Vientiane. Last leg aku untuk trip ni sebelum flight balik ke Malaysia lusa.

Tak daya dah aku menunggu.  

Aku blah turun dari bukit tu. Tak perlu nak sedih sedih ah. Banyak lagi perkara menanti. Aku kena teruskan perjalanan ni demi hari esok !



Ku rasakan pedihnya bagai tusuk sembilu
Pabila kau melangkah tinggalkan ku lagi

Ku pandang bayanganmu antara rimbun pilu
Tersentak naluriku apakah salahku

Kini ku susuri setiap liku
Mencerminkan diri menatap silam ku

Yang menjelma hanya janji
Yang kau lafaz tak terkota
Namun masih ku percaya terlaksana

Tapi bila engkau mengulangi
Ku tanya diriku lagi
Mestikah kau terus ku sayangi
Sedangku kian tersia

Ku rasakan pedihnya bagai melupakan diri mu
Tapi ku tak peduli demi hari esok

Sedang elok aku turun dari bukit Phou Chan tu hujan turun dengan lebat !

Basah kuyup waktu aku sampai dan pulangkan motosikal. Minah kedai tu pun tak tanya banyak. Dia check lebih kurang, pulangkan passport aku dan aku ambik beg yang aku tumpang kat kedai dia.

Then aku blah jalan kaki ke Nisha.

Lapar ! Satu hari tak makan ni.

Nisha Restaurant. Masa untuk melantak !

Menu untuk malam tu. Nasi putih dengan Ayam Masak Chilli. Sedap !!

Waktu aku sampai dan duduk dan order, tetiba Minah Spain dan UK yang naik van dengan aku tu masuk dan nak dinner kat situ. Memang kat Phonsavan ni kurang pelancong lagi, jadi possibility untuk terserempak dengan orang yang sama adalah tinggi.

Dia orang tegur aku dulu dan kami borak borak. Cerita pasal mana aku pegi hari ni bla bla bla. 

Dia orang ajak aku duduk sekali kat dalam tapi aku nak duduk kat luar je sebab nak merokok. Sampai makanan aku makan sampai abis dan lepak kejap sebelum aku gi lepak kat meja dia orang dan borak borak. Lagi pun hujan lebat lagi so aku malas nak gerak ke nak naik bas. 

Tengah borak borak tu, tiba tiba Pakcik Pondan muncul sekali lagi. Siap berpayung bagai. 

Nampak aku terus tanya banyak banyak. Bosan betul. Bila dia ada, dah tentu lah asyik dia je nak bersembang. Sudahnya aku mintak diri sebab bas aku bergerak kol 8 nanti.

"I'll pay for your dinner"
"Thanks.. I've already paid"

Sweet la sangat tu nak belanja aku tu. Gi belanja minah minah tu pun tak per sebab dia orang kena con bayar mahal giler ambik guide ke Plain of Jars siang tadi. Dah la pegi satu site je pun. Jeles dia orang aku pegi semua site. Dia orang tak tau nak patah pinggang aku hari ni naik motosikal merempit satu hari.

Hujan mula redha, aku beredar dari Nisha Restaurant menuju ke kedai pakcik yang aku beli tiket sleepers bas dari Phonsavan ke Vientiane malam ni. Dah janji aku akan tunggu di situ.

Dalam pala otak aku dah bersedia. Harap harap bas aku tak macam masa aku naik dari Vang Vieng ke LP tempoh hari. 

Dan aku kena siap siap fizikal dan mental menahan jarak perjalanan 10 jam dari Phonsavan ke Vientiane nanti.  

bersambung..................

10 comments :

  1. untungla pakcik pondan nak belanja..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hahahha. phonsavan kecik sgt.. pusing2 jumpa org yang sama je

      Delete
  3. Replies
    1. hahahah. kesian kat diri sendiri lagi.. x larat nak melarikan diri

      Delete
  4. Gigih sungguh laaa uncle ni... Smpai jmpa uncle ponn tu blik... ##oohhhh noooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh nak lari... ahaks..... jodoh kuat

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...