Friday, April 15, 2016

Backpacking Laos : 11 - LP | Berbasikal di Luang Prabang

Misi berbasikal di Luang Prabang.

Konon nak kayuh basikal tapi basikalnya tak der.

Aku sebenarnya lapar time tu. Lepas keluar dari melawat Wat Xieng Thong tu aku cuba cuba masuk cafe cafe yang banyak tepi jalan besar di Luang Prabang tu, konon nak makan kat situ tapi tengok menu merapu rapu je. Makan roti dengan salad tapi harga macam makan steak je. Mahal gila. Tak boleh nak bajet have have.

Sudahnya tak jadi.

Nasib waiter tu tak marah ke apa sebab aku dah siap duduk dan mintak menu.

"Eh.. tak jadi makan ke ?"
"Hmmm. tak jadi lah. I tak biasa la makanan makanan murah macam ni. Standard I makanan harga mahal mahal dari ni"

* matilah kena pelempang.

Dah tak tau nak tuju ke mana, aku pusing pusing kawasan belah sungai satu lagi.

Old City Luang Prabang ni disempadani oleh 2 buah sungai. Sungai Mekong dan juga Sungai Nam Khan. Bezanya Sungai Mekong lebih besar dan aku dah berkali kali lalu kat sebelah sana sejak semalam lagi. Cuma yang belah satu lagi ni iaitu Nam Khan River aku belum gi usha lagi.

Usha la kejap.

Nam Khan River

Nam Khan River ni lebih kecik saiznya tapi di tepi tepi tebing sungai tu ada banyak jugak port lepak dan ada restaurant untuk orang duduk minum dan makan. Tapi kebanyakkannya belum di buka lagi. Di seberang sana lebih kepada kawasan pertanian penduduk tempatan.

Ada beberapa jambatan buluh di bina untuk menyeberang tetapi nak seberang jambatan ni ada bayaran minima di kenakan.

Cafe dan restoran di sepanjang jalan di tepi Nam Khan River

Tengah aku lepak lepak kat tepi sungai tu tiba tiba ada sorang pak guard ni datang. Dia tunjuk tunjuk perut.

Lapar kah?

Aku buat tak pedulik je memula. Tapi rupanya dia nak mintak rokok ! Apa la mintak rokok tunjuk perut !

Dapat sebatang rokok dia duduk layan sebelah aku. Nak borak dia tak reti nak bercakap. Sudahnya diam je lah.

Pak Guard pau rokok

Aku merangka apa lagi nak buat di Luang Prabang ni sebenarnya. Rasanya area Old City ni semua aku dah jejak. Kalau nak jalan jauh jauh sikit kena ada basikal.

Masalahnya aku tak jumpa basikal yang aku nak. Ada berlambak sebenarnya kedai yang bagi sewa basikal tapi semuanya macam mahal. Aku cheapskate skit.

Sebab dah agak mati kutu, akhirnya aku redha je la pegi ke kiosk kat jalan besar dan sewa basikal di situ. Harga 20,000 kip untuk sehari. Sebab aku sewa tu pun dah dekat pukul 3 petang jadi aku kena pulangkan by pukul 6 petang tu. Macam rugi je pulak. Tapi dia baik hati bagi aku pulangkan lewat sikit. Elok gak, so aku ada basikal untuk memburu sunset petang nanti !

Nak sewa basikal kena bagi passport. Biasa lah tu. 

Akhirnya..................... basikal tua....

Dah ada basikal ni apa lagi? Jom la kita mengayuh dan keluarkan peluh. Sambil sambil tu boleh tuju area jauh jauh sikit dari Old City ni.

Tempat pertama yang aku tuju adalah mencari Nazim Restaurant !

Aku kan lapar.

Sebab semalam aku tak jumpa Nazim ni dan cuma jumpa Nisha je, so aku plan hari ni aku nak gi makan kat Nazim lah.

Atas maklumat yang aku dah cari kat internet aku pun pegi la ke lokasi yang dibagitau. Pusing pusing jalan yang sama dua tiga kali tapi batang hidung Nazim pun tak de. Ni kan pulak signage restoran dia.

Lama aku cari. Dua tiga kali aku lalu jalan yang sama. Setiap inci kedai aku periksa. Tak der !

Siap patah balik ke Tourist Info Center kat pekan Luang Prabang tu dan tanya staff kat situ, dia orang pun bagi direction yang tak tentu hala. Rupanya dia orang pun tak tau agaknya sebab direction dia bagi tu pegi ke Nisha Restaurant.

Nisha Restaurant. 3/4 kali gak aku dok lalu lalang depan Nisha ni

Sepatutnya Nisha dan Nazim ni tak jauh mana tempatnya, tapi sebab tak jumpa. Pusing pusing kat situ jugak aku jadi mati akal.

Aku siap pegi tanya staff Nisha Restaurant tu kat mana Nazim Restaurant. 

"Sorry I dont know"

Bengang ! Takkan la dia tak tau? Ada dua je Muslim food kat Luang Prabang ni, takkan dia tak kenal competitor dia? Marah betul aku. Kot ya pun aku tak nak makan kat tempat dia, takkan nak kongsi info pun kemut jugak? 

Sungguh aku marah !

Kalau aku tak makan kat Nisha ni pun takkan miskinnya dia orang, tapi mereka sepatutnya tolong aku yang kehilangan arah tujuan ni !!!

* macam la depa kesah pun kan?

Sebab tak jumpa jumpa jugak Nazim tu, maka aku KIV dulu bab makan. Hari pun dah hampir petang, so aku plan ni ronda ronda dulu melawat kawasan di sekitar Luang Prabang ni.

Map Luang Prabang. Souce from : Blog Muncity

Sebab tak de specific destinasi yang aku nak pegi pun, so aku just kayuh basikal je ikut laluan utama di Luang Prabang ni.

Nasib baik la kebanyakkan tempat tempat yang boleh di lawati di Luang Prabang ni terletak di laluan utama jadi tak susah nak cari, kalau ronda ronda pun pasti terjumpa.

Tempat pertama. Singgah di Monument Du President Souphanouvong

Tak de apa sini kecuali kawasan lapang dengan statue bekas president pertama Lao yang juga di kenali sebagai The Red Prince.

The Red Prince adalah nama samaran yang diberikan kepada Prince Souphanouvon, anak raja terakhir Laos. Beliau juga adalah pemimpin boneka Parti Revolusi Rakyat Lao dan kemudianya apabila mereka merampas kuasa telah dijadikan sebagai Presiden pertama Laos.

Ambik gambar lebih kurang dari atas basikal je then aku bergerak.

Kat belakang area taman statue tu aku nampak kawasan UXO Lao Information Centre.


UXO Lao Information Centre di Luang Prabang

UXO bermaksud Unexplode Ordnance atau ordnance yang tidak meletup.

UXO Lao ini merupakan pengendali bom kebangsaan yang berfungsi untuk membersihkan tanah tercemar dengan bom untuk di jadikan kawasan untuk pertanian dan tujuan pembangunan masyarakat (sekolah, hospital, kuil, bekalan air, dan sebagainya). 

Mereka juga turut menjalankan program pengurangan risiko serta pendidikan untuk masyarakat yang terjejas dengan kesan bom di Laos ini.

Pusat maklumat UXO

Pusat maklumat ini memberi penerangan berkenaan kesan 40 tahun selepas Perang Saudara Laos dan kemalangan jiwa yang di sebabkan oleh bom yang telah digugurkan oleh Amerika Syarikat dan Tentera Udara Laos sewaktu peperangan tersebut. Dalam tempoh 10 tahun ini, 29 orang telah terbunuh manakala 36 cedera dari letupan letupan bom yang ditingga;kan di seluruh Laos. Pusat UXO ini terdapat di Luang Prabang selain di Vientiane, Phosavan dan kawasan kawasan lain di seluruh Laos bagi memberi penerangan dan kesedaran berkaitan kesan tinggalan bom lama ini.

Kesan daripada pembersihan tanah daripada bahaya UXO ini, mereka telah berjaya membersihkan lebih daripada 29 juta meter persegi tanah dan memberi manfaat kepada lebih setengah juta orang awam sejak 1998. 

Masa aku pegi aku tak masuk sebab macam tertutup je tempat dia. Just usha usha kawasan dari luar bangunan jer. Kalau sesapa berkesempatan boleh juga melawat Pusat Information Center COPE di Vientiane untuk mengetahu kesan kesan bom ini terhadap masyarakat dan rakyat Lao secara lebih menyeluruh.

Kayuh basikal lagi, tujuan aku nak pegi ke tempat yang Kiki mat salleh jahanam tu bagitau aku. So aku ikut je jalan utama di Luang Prabang melalui peta yang ada. 


Monument Du President Kaysone Phom Vihane

Beliau adalah the first Prime Minister of Laos who then succeeded Souphanouvong as the second President.

Dari area simpang monument tu, aku bergerak ke arah barat menyusuri Pothisalath Avenue.

Kayuh punya kayuh jumpa ni !

Phosy Market. Suka betul dia orang dengan nama pussy pussy ni eh?

Pasar basah kot. Aku tak singgah pun tapi nampak petang petang pun macam ramai orang.

Dan dari situ, aku terus ke belah barat lagi sehingga bertemu dengan simpang kecik menuju ke kawasan yang dikhabarkan oleh Kiki Bodo tu. Nama dia Ock Pop Tock. Ada sign kecik tepi jalan besar tu masuk ke dalam.

Ock Pop Tok

Ock Pop tok merupakan pusat kraftangan dan pengusahaan tekstil dan tenunan yang ada di Luang Prabang ni. Nak masuk tempat ni free je.

Di kawasan yang di jaga dengan baik dan agak lawa ni menampilkan pusat tenunan dan batik serta sekolah kraf yang mana kalau berminat boleh la cas cas bertenun dan membatik. Kalau nak overnight kat sini pun boleh ada chalet yang dihiasi mengikut gaya estetika suku kaum pribumi di Laos ni seperti suku Katu, Hmong, Tai dan Hill. 

Ada restaurant jugak untuk lepak lepak dan santai sambail usha sunset over Sungai Mekong.

Jom usha kawasan ni.

Pusat tenunan tangan

Ulat beluncas yang menghasilakan benang sutera

Benang

Tenunan dan alat buatan

Kalau berminat boleh cuba dan turut serta

Hasil tenunan

Kawasan chalet dan restaurant

Restoran mengadap Sg Mekong kalau nak lepak lepak

Aku tak lepak lama sebab tempat ni macam cantik sangat, cuak jugak takut kena halau. Tapi masa aku pegi hari tu memang tak de bayaran masuk di kenakan kecuali kalau nak try kelas kraftangan baru kena bayar kot.

Port yang cantik untuk santai dan tengok sunset jugak. 

Tak try pun resto dia, nampak berjenis sikit. Maybe mahal kot.

Abis ambik gambar lebih kurang, aku pun blah !

Redah jalan balik semula tadi ke pekan Luang Prabng membawa aku ke jambatan kayu yang aku nampak dari puncak Mount Phousy pagi tadi

Memula macam nak cross tapi tak jadi.

Aku masih tak puas hati sebab tak jumpa Nazim Restaurant. Setengah jam berikutnya aku berlegar legar di kawasan yang sama di jalan yang sama yang aku cari tadi. Masih tak jumpa dan masih tak membuahkan hasil.

Masih tak give up, aku patah balik ke Old City cari port yang ada wifi access. 

Masa kayuh ni kawasan macam berbukit skit so aku cas cas M Kumaresan la nak kayuh laju laju, last last peha cramp !

Adoi...... Nampak sangat la tak fit.

Eh. M Kumaresan pun dah pencen kan? Ini kan pulak aku ! Terus sakit peha pulak dah.

Last sekali jumpa resto tepi Sungai Mekong ni so aku decide nak duduk situ je sambil juga wifi dan berehat.

Gigih. Tak puas hati selagi tak dapat lokasi sebenar Nazim Resto ni.

Lepak sini

Pemandangan Sg Mekong di cafe. Tak rasa macam sunset bakal muncul lagi kali ni. Kecewa !

Last sekali memula nak minum jer. Tapi aku decide nak makan je lah sebab lapar.

Tengah duduk tiba tiba di hidangkan air ni !. Terus koma sekejap.

Sabar. Sabar. Relaks.. Tu bukan untuk aku. Salah meja. Ni habuan untuk aku. Nasi Goreng Udang.. Malangnya tak sedap ! Makan separuh jer.

Makan. Rehat sambil urut urut peha. Browse apa yang patut thru internet sambil menunggu sunset yang tak berapa nak ada.

Sudahnya aku bayar dan blah jer. Ambik basikal dan tetiba nampak sinaran mentari memancar !

Cepat cepat aku kayuh basikal nak cari spot sunset.

Last sekali jumpa jugak kat jetty penumpang di sisi Sg Mekong

Sekejap sangat, semua orang tetiba ramai kat situ untuk ambik gambar sunset.

Dan itu je la rezeki yang ada. Sunset hari ke 2 di Sungai Mekong ni.

Nasib aku memang tak baik, dua dua hari tak dapat sunset yang lawa. Memang tak puas hati ! Tapi aku lagi tak puas hati selagi tak jumpa Nazim Restaurant di Luang Prabang ni !

Elok sunset memang dah tak de, aku kayuh basikal merempit sekali lagi dengan misi mencari !!!! Selagi tak jumpa selagi tu aku tak puas hati ! Kena lebih gigih !



Berkali ku yang beralah
Kesabaran tiada pernah aku batasi
Tapi jangan hilangkan rasa/resah percaya
Kesetiaanku kasih

Untuk mendakap bahagia
Aku cuba hilangkan rasa cemburu hati
Moga kasih akan kekal selamanya
Menyinari hariku

Asmara ini jangan ada dusta
Sehabis daya pertahankan jua
Tak ingin/mahu aku harungi kecewa
Hanya Tuhan sahaja menentu segalanya

Benar kuakui kasih
Aku sering rindu dan hampir tidak menentu
Terjadinya semua bila kau tiada
Jauh dari sisiku

bersambung.....

10 comments :

  1. Ingatkan koma sekejap tu sbb togok air tu.. hahaha

    ReplyDelete
  2. tunjuk perut mmg sakit perut ai gelak :D :D :D

    ReplyDelete
  3. teringat citer meng naik basikal kat china yg tongkat tercabut.....ahhahahahhahaha epik....tp kali ni basikal lebih anggun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tu memang parah.. siap bunyi klentung klentang lagi dok mengayuh

      Delete
  4. Terjumpe blog ni masa planning solo trip ke Laos April lepas. Just nak kongsi selain Nisha, ada satu GH berdekatan dgn Vanvisa iaitu lorong bersebelahan dekat dengan LpQ GH menyediakan masakan halal. Wat That Guesthouse, owner ialah Malaysian yang telahberkhawin dengan orang Laos. .eve.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...