Thursday, April 21, 2016

Backpacking Laos : 16 - PSVN | Plain of Jars Site No 3

Masih berada di Plain of Jars site no 2.

Aku just lepak lepak bawah pokok menikmati pemandangan yang indah permai di desa nan bertuah di bumi Laos ni !

Sapa sangka kat Laos ada view macam ni?

Aku pun tak sangka. So dah ada depan mata. Layan dulu dan nikmatinya sepuas hati !

Kawasan di bawah bukit saujana mata memandang

Pemandangan di sekitar kawasan

Suasana yang tenang dan menyamankan

Bawah pokok tu la aku melepak

Nasib baik aku beli sedikit belakalan minumn tadi so boleh la aku hilangkan dahaga sambil melepak lepak di sini.

Aku sorang sorang diri !

Di kawasan Site no 2 ni memang tak berapa banyak macam di Site no 1. Tapi di sini ada 2 kawasan yang tempat plains of jars ni berada.

Usha dulu di kawasan pertama.

Size nya agak besar besar juga. Tapi aku cuak setiap kali nak jenguk ke dalam, takut ada benda lain yang sergah. Mau pengsan aku kat situ. Tapi banyak sampah dan air bertakung jer

Penutup. Berat jugak nak angkat ni kalau daya daya orang biasa macam aku ni.

Dah abis usha dan lepak lepak di kawasan pertama di Site no 2 ni, aku mula beredar. 

Lagi lagi aku dengar ada suara orang baru sampai. Couple Mat Salleh yang aku rasa naik motosikal yang aku perasan kat bawah bukit ni tadi. Dia orang maybe dari site satu lagi. Kami bertegur sapa dan borak borak sekejap sebelum maing masing beredar. 

Dia naik ke site kawasan yang aku lepak tadi, dan aku ke site yang satu lagi.

Turun ke bawah tempat parking motosikal tadi aku naik anak anak tangga yang menuju ke atas bukit sebelah satu lagi.

Dan seperti yang di khabarkan di kawasan ni jars ni semua bersaiz besar. Malah yang paling besar pun ada di sini.

Jar jar di kawsan ni terletak di bawah rimbunan pokok pokok besar jugak. Suasana agak malap dan menyeramkan. Tambah lagi aku je sorang sorang kat situ.

Usha usha kawasan lebih kurang then aku rasa masanya untuk beredar !

Aku turun ambik motosikal dan bergerak turun melalui pintu masuk tempat aku beli entrarance tiket tadi. Dan terus turun sampai ke simpang jalan.

Destinasi aku ke Plain of Jars site no 3. Kalau ikut penanda arah, jaraknya dalam 5 KM dari situ.

Dari simpang tu ada 2 arah ke sana. Satu ikut jalan aku datang tadi dan yang satu lagi ikut belakang kawasan jars site no 2 ni. Aku pilih jalan belakang sebab aku nak usha kawasan kawasan yang aku nampak dari puncak bukit tadi tu.

Kawasan tanaman padi

Rumah di perkampungan di bahagian bawah. Bukit belakang tu adalah Site no 2 tempat aku lepak tadi tu.

Jalan agak tak berturap dan berbatu batu. Lobang lobang pun banyak so kena hati hati kalau bawak motosikal di kawasan ni. Belum kira debu debu lagi.

Di persimpangan jalan aku nampak penanda arah ke air terjun Tad Lang Watefall.

Aku main belasah je.

Simpang menuju ke Tad Lang Waterfall.

Lebih kurang 700 meter dari simpang tu aku sampai di kawasan air terjun ni. Tapi malangnya kawasan ni dah di tarah tanah dan pasirnya jadi air nampak berlumpur.

Usha apa yang patut je lah sekejap. Lagipun air terjun tu sebenarnya kat belah bawah. Kalau nak pegi kena turun bawah.

Kena cross jambatan kecik. Ada sungai yang mengalir di bawah

Dan sungai ni la yang menjadikannya Tad Lang Waterfalls di sini.

Air pun nampak tak jernih

Semuanya di sebabkan oleh aktiviti pembalakan dan pecah tanah di kawasan persekitaran ni.

Rasa macam buang masa je. Nasib tak jauh. 

Sudahnya aku patah balik ikut jalan tadi dan sampai ke simpang yang ada penanda direction ke Plain of Jars Site no 3 aku terus je menuju ke sana !

Jalanraya tak berapa elok. Lalu pulak tepi tasik. Kalau nasib tak elok terjerumus la ke lembah yang hina.

Kawasan perkampungan di persekitaran. Tapi jalanraya dari sini memang berlubang lubang

Cuma scenery je memang memukau pandangan !

Dari laluan bertanah merah tadi tu, aku sampai ke tanah berturap semula. 

Aku pasti aku berada di laluan yang betul. Sebab aku ikut jalan belakang sebenarnya. Kalau dari Site Jar No 2 tadi, ikut laluan berturap tak jauh mana. Nanti ada persimpangan menuju ke arah Site No 3 di Phonsavan ni.

Ada kawasan lapang. Ada restoran. Kedai cenderamata dan juga tiket booth.

Aku park motosikal kat situ dan berjalan kaki ke ticket booth tu. Tetiba nampak sorang mamat berlari dari arah warung. Dia yang jaga booth rupanya.

So aku beli tiket ke site No 3 ni dengan harga 10,000 kips juga. Parking motosikal tak kena bayar.

Dia tunjukkan arah, dan aku follow je.

Ikut jambatan buluh ni

Kena cross kawasan batas padi

Dari entrance tadi tu nak sampai ke Plain of Jars site no 3 ni agak jauh jugak la kena menapak. Kena lalu atas batas padi dan terus je sampai ke bukit di belah belakang.

Masa jalan kaki ni aku terserempak dengan minah Pengkid dengan kawan dia yang sama sama naik van dengan aku semalam.

Aku just tegur dan borak borak kejap je. Dia orang datang dengan van sebab aku nampak ada guide/drebar dengan mereka.

Dia orang baru je nak blah dan aku yang baru sampai.  Cuaca agak panas tapi angin bertiup bayu. Paling best view kat sini pun boleh tahan menarik.

View dari Site No 3.

Jalan ikut laluan yang di tetapkan, maka nanti sampai atas bukit dan nampak jars jars di kawasan ni.

Plain of Jars site no 3 ni pun ada bukit tapi bukit dia tak setinggi yang site no 2 tadi.

Kawasan sekitar pun boleh tahan lawa tapi tak selawa yang no 2 tadi.

Jars dia agak banyak dan bersepah sepah di bawah pokok pokok di atas bukit. Masa aku sampai ada pasangan Chinese kat situ, so aku just usha usha kawasan dan ambik gambar.

Dah boring dah sebenarnya tengok plain of jars ni. Lagi pun sebab sorang sorang kan, kalau ada guide mungkin guide boleh bercerita panjang !

Site no 3

Aku sempat lepak dalam 15 minit atas bukit di site no 3 sambil menikmati pemandangan sekitar.

Lawa serious lawa.

Dan aku rasa scenery kawasan ni lebih menarik daripada tarikan Plain of Jars tu sendiri !

Memang layan la tengok view.



Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...
Menjadi hiasan hidupku...

Dah abis melepak santai dan menikmati suasana serta pemandangan di Site no 3, masa untuk bergerak pulang ke Phonsavan.

Kalau ikut guide maybe dia orang bawak ke kawasan kawasan lain untuk tengok kehidupan local di sini especially yang hidup selepas kesan perang. Aku malas nak usha sebab tak reti nak cari. Plus tak de la menarik mana kawasan lain di Phonsavan ni dah kot.

Dekat site no 3 tu tepi bukit tu ada tandas. Boleh la kalau nak tumpang kencing ke apa.

Elok je la aku balik sebab aku ada plan lain petang ni.

Nak usha sunset dari Phonsavan !!

Dari site no 3 ni aku turun ikut laluan yang sama atas batas padi tadi sampai ke jambatan buluh dan ambik motosikal yang aku dah park kat situ.

Jalan keluar dari Site no 3 menuju ke Phonsavan

Jalan berturap dan akan melintasi simpang masuk ke entrance Site no 2 tadi tu.

Tapi ada few times akan bertemu dengan simpang jalan. Aku pun musykil jugak memula, tapi nampak je orang aku jerit je.

"Phonsavan? This way?"

Sambil tunjuk arah ikut suka. Mostly dia orang akan angguk je so kiranya aku betul lah tu. Betul dan berada di jalan yang benar. Jalan yang di redhai !

Perjalanan balik ke Phonsavan melaui jalan yang sama aku datang tadi.

Sepanjang jalan aku bawak motosikal plan plan je sebab view sepanjang jalan memang tak menahan. Dan aku tak leh kawal diri daripada berhenti untuk snappy.

Kejap kejap berhenti. Kejap kejap berhenti.

Bukit bukau

Kawasan pedalamaan Laos di Phonsavan

Indah sungguh pandangan mata.

Seriously kawasan ni memang lawa dan gambar gambar aku tak leh nak justify keindahannya. Kena tengok dengan mata sendiri baru la terasa cantik lawa di sini.

Apa apa pun, tak leh lama lama berhenti. Kalau asyik berhenti bila nak sampai ni?

Laluan merempit.

Tetap kan hati, teguhkan iman. 

Ayuh pandu terus, pulang ke Phonsavan !!!

bersambung.............

8 comments :

  1. memang lawa gila scenery dia...very saujana mata memandang
    saya rasa jars tu tempat simpan mayat dulu2 kala tak? sukati speku haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik sgt nak buh mayat... mesti busuk kohong.... maybe dia simpan beras.. or air...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...