Wednesday, April 27, 2016

Backpacking Laos : 21 - VTE | Senja di Vientiane

Yakin boleh je aku ingat aku boleh berlari dari Patuxai ke Tebing Sungai Mekong untuk menyaksikan matahari terbenam !

Aku tanya tuk tuk tu... mahal la pulak

Then matahari dah memang hampir menghilangkan dirinya

Tak buleh jadi.

Masa aku jalan kaki tu tetiba ada tuk tuk lalu. Dia tanya tuk tuk, aku terus suruh dia hantar ke Sg Mekong.

"Faster !!!'

Boleh pulak dia terkedek kedek bawak tuk tuk ni. Dah la tuk tuk ni lebar, nak cilok memang tak lepas lah. Aku pulak yang panas hati rasa nak tolak je mamat tu dah bawak sendiri !

Naik tuk tuk dengan harapan menggunung tinggi !

"Faster ! Faster !"

Mamat tu buat bodo je.

Then sampai kat hujung tepi Sg Mekong tu dia boleh masiuk jalan lain lagi. Time tu aku tengok matahari dah bulat.

"Stop !!!"

Aku turun, aku bagi dia 10,000 kips dan terus aku blah. Berlari cross padang... dan ini je la pandangan yang ada waktu itu untuk aku !

Matahari dah tenggelam separuh

Cepat je ia menghilangkan diri

Dan terus tenggelam di kaki langit petang

Tak tau nak kata apa. Frust ada jugak la sebab tak sempat. Tapi aku fikir tu je la rezeki yang aku ada. Nak buat cemana lagi?

Memang trip aku ke Laos ni, tak dapat sunset yang bagus. Aku pasrah walaupun dalam hati luka berdarah !



Hidup ibarat di dalam sangkar
Mata terlepas batin ku terseksa
Rindu membara dan kian membakar
Dipinggir hati yang sengsara
Masihkah dapat aku hiaskan
Cintamu itu di taman hatiku
Kepada tuhan ku terus berdoa
Agar kembali ketenangan

Walaupun kusedari hebatnya dugaan
Namun hatiku menaruh harapan
Seringkali ku terasa inginnya ku ulangi
saat yang indah bersama dirimu

Kasih yang bersarang dihati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan relanya
Aku menyambung semula ikatan yang telah putus dulu

Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kita pun masih terus saling merindu
Kerana sudah takdirnya begitu…

So 10 minit berikutnya aku terpaku tepi tebing tu berharap sesuatu yang luar biasa berlaku.

Tapi tak der. Memang putaran alam sudah termaktub begitu. Kuasa Tuhan tak daya lagi aku halang. Sudahnya aku lepak kejap, layan rokok sebatang dan baru la aku ambik pedulik apa yang sebenarnya berlaku kat pinggir Sungai Mekong ni waktu petang petang begini.

Statue Quai Fa Ngum in Vientiane

Hotel hotel mengadap Sg Mekong

Ada para glider petang petang hari 

Suasana petang di tebing Sg Mekong. Aku nak jalan kaki ke sana je

Ada orang jual jualan

Jual drone pun ader

Then sampai kat area pasar malam

Aku ambik masa lepak lepak kat kawasan tepi Sg Mekong ni menikmati rona rona senja yang sudah menghilang

Sepanjang tebing Sg Mekong

Ada yang sedang bermadu kasih asmara

Warna warna senja masih tersisa

Cukup la seri nya mengubat lara yang ada

Dan lamunan aku terhenti dengan muzik bingit dia orang ni menari petang petang hari di Sg Mekong ni

Dan menjelang malam suasana semakin meriah di sini

Usha usha lebih kurang then aku decided nak gi usha pasar malam di Vientiane ni yang tak jauh dari kawasan ni.

Letih jugak hari ni, tapi at least aku berjaya jugak merayap di sekitar Vientine ni walaupun rasanya tak cukup puas.

Perut pun lapar. Tak ingat hari ni aku langsung tak makan apa apa pun.

Tak perlu berzumba lagi. Aku dah sedia kurus kalau macam ni.............

bersambung...................

10 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...