Tuesday, April 5, 2016

Backpacking Laos : 02 - VV | Tubing Di Vang Vieng

Hari ke 2 di bumi Laos !

Semalam sewaktu aku sampai di Vang Vieng ni, van tu buang kami semua kat satu hotel ni. Terpinga pinga jugak aku tak tau mana nak tuju. Nasib la aku memang dah book penginapan aku malam semalam di Vang Vieng ni. Nasib baik jugak la Vang Vieng ni tak de la besar mana dan cuma ada 1 main strip banyak restoran, bar dan penginapan bersepah di sebatang jalan yang sama. 

Dan sebab tak besar lah, bila aku tanya orang je kat mana Phoomchai Guesthouse, ramai je yang tau. Cuma kedudukannya agak jauh sikit dari pusat tumpuan di Vang Vieng ni. Tak de la jauh sangat, menapak pun tak sampai 10 minit. Still pada jalan besar yang sama.

Dan penginapan aku semalam adalah di Phoomchai Guesthouse, Vang Vieng.

Papan tanda guesthouise

Aku booking bilik dia dengan harga RM 59 semalam thru agoda. 

Semalam sewaktu sampai je hujan macam mula nak turun, so dapat bilik aku terus berehat kat bilik dan tertidur sampai pagi. Malas nak keluar balik dan check suasana malam di Vang Vieng ni. Nanti kalau ada masa malam nanti aku pegi la usha semula.

Plan aku hari ni adalah nak ronda ronda Vang Vieng ni dan malam nanti aku nak ambik bas terus ke Luang Prabang. Jadi aku ada solid 12 jam siang ni untuk cover dan tengok apa yang patut di sini.

Phoomchai Guesthouse ni rupa dia macam chalet sikit. With private bathroom so aku rasa selesa jugak lah. Walaupun tempat dia agak jauh dari simpang utama tapi suasana dia tak de la bising mana malam malam. Kat Vang Vieng ni malam malam bunyi bingit orang berdisco kat belah belakang dekat airstrip tu. Tapi kat sini tak dengar sangat.

Bilik basic tapi selesa. Staff dia pun friendly juga.

Chalet penginapan di Phoomchai Guesthouse Vang Vieng

Pagi tu bangkit, aku breakfast dulu. Ada pisang dan kopi di sediakan secara percuma. Sambil tu makan maggie.

Aku assume owner dia la kot, memang baik dan resourceful. Agak banyak membantu aku la mana nak tuju dan apa aku nak buat kat sini. Dia siap bagi map. Dan aku pun siap beli tiket ke Luang Prabang naik sleepers malam nanti. Harga beli dengan dia aku realized mahal sikit lah dari beli kat kiosk kiosk tepi jalan, tapi sebab dia agak baik, so aku halal kan lah.

Tiket dari Vang Vieng ke Luang Prabang berharga 110,000 kip.

Mamat tu ada suggest ambik tour kat Vang Vieng tu termasuk tubing dan kayak pastu ke Blue Lagoon. Tapi macam mahal sangat. Last sekali aku decide nak sewa basikal jer. Sewa basikal baru 10,000 kip sehari.

Aku check out terus dan simpan beg kat guesthouse tu sebab aku tak plan nak balik siang ni dan aku akan merayau seharian je nanti.

Jalan menyusuri jalan di Vang Vieng nak sewa basikal last sekali aku ternampak kedai sewa motosikal.

Much better aku naik motosikal kan? Sewa motosikal 40.000 kip sampai 7 malam.

Ada sorang minah ni jaga. Dia mintak passport aku so aku terpaksa la bagi.

Lepas ambik motosikal aku nak gi isi minyak moto tu. Ada few station minyak berdekatan.

Crossed kawasan air strip ni nak gi station minyak

Masa isi minyak ni aku baru teringat yang minah tu tak pulangkan baki duit yang aku bagi. Sewa motosikal 40.000 kip, aku bagi dia 100.000 kip sekeping. Patut dia pulangkan baki kat aku. Cis ! Aku rasa hampir tertipu.

Isi minyak 20.000 kip dan aku patah balik ke kedai dia. Dan dia tak der !

Jenuh aku menunggu. Terpaksa tanya kedai sebelah then makcik tu called baru la tak lama lepas tu dia datang semula. Dia macam tau je aku tunggu balance aku, terus je dia pulangkan semula. 

Nasib baik !

Dah dapat motosikal, minyak pun dah penuh, mana aku nak tuju ?

Motosikal di Vang Vieng ni semi auto. Bukan macam scooter tu dan kena hati hati sebab kat Laos, pemanduan berbeza dengan di Malaysia. Kat sana left hand drive. Dua tiga kali aku melelong salah masuk lane masa memula nak bawak motosikal ni.

Actually aku belum nampak lagi sungai yang di katakan nadi utama Vang Vieng ni. Dengan motosikal ni aku harap aku buleh gi redah kawasan kawasan orang tubing atau tengok sungai sambil ambik ambik gambar.

So aku follow je jalan besar tu ke arah utara ikut sesuka hati.

Jalan raya kat Vang Vieng ni tak de la busy tapi banyak jugak la motosikal

Jalan ikut suka hati, konon nak cari kawasan sungai tu last sekali aku sesat ntah ke mana mana !!

Terkandas tak tau arah mana nak tuju.

Keluar masuk lorong tapi tak jumpa jumpa sungai.

Ikut balik jalan besar sampai jauh then aku rasa macam give up so aku patah balik !

Sampai la tengah bawak motosikal tu nampak lori yang bawak orang pegi tubing ni, so aku pun follow ala ala paparazzi !

Follow lori macam ni la masuk simpang dan jalan berbatu batu sampai la ke tepi sungai !

Park motosikal aku. Nasib tak kaler pink.

Yes ! Ini view pertama yang aku nampak. Segar mata memandang

Nampak batu batu kapur, sungai mengalir dan pokok pokok hijau buat aku rasa damainya tempat ni. Terus hati jadi suka.

Budak budak ni nak start tubing dari sini sampai ke pekan Vang Vieng sana nanti. Lori tadi akan hantar dia orang tubing kat sini dan nanti pick up kat pekan je

Aku check harga tubing kalau bukan pakej dalam 55000 kip. Seronok gak nampak dia orang ni tubing. Kalau aku ada geng maybe aku tubing jugak, tapi sebab aku sorang sorang.....

Aku memilih untuk lepak dan melayan perasaan jer.

Cuaca yang baik

Menangkap ikan

Warga tempatan

Berkayak

Baca ni pasal tubing di Vang Vieng.

Tubing, (There is an office in downtown Vang Vieng that now monopolizes all tube rentals. They will rent you the tube and organize transportation up the river a few miles.). 

From around midday to 14:00 is reasonable to go because earlier everyone else would be still asleep. What was probably once a lovely experience has been more or less tainted by hordes of drugged out young foreigners with infected mosquito bites desperately consuming whatever alcohol or drugs can be found. Nowadays there are five bars all congregated at the very beginning of the river and no more swings or slides seem to be up. Some dry bags may not be of the best quality & so cameras can get ruined. 

To get the deposit back tubes have to be returned by 18:00, but be warned that the place will keep 20,000 kip if you arrive past 6pm. Also DO NOT hand over your tube or ticket without receiving your deposit as the place will take everyone's tickets at once, cash out a few people, and then claim they've "already" given you your money. Generally untrustworthy people all around, probably better just to go down river with your own flotation device you can buy in a nearby shop. Best not to deal with the tuktuk drivers near the last bar if you can help it, either. In winter temperatures fall from 16:00, so start back early. Ride at least one rapid before starting the party to avoid disturbing guests visiting the Organic Farm. 

You can look at the magnificent view of the mountains rising directly beside the river, but the party scene has taken over and the owners use large loudspeakers, effectively blocking out any singing of birds. Beware of tubes getting stolen while stopping at bars. Tubes get stacked up at each bar so keep an eye on how many are left, especially at the first few bars where lots of people arrive without their own tube. 

If you're not used to drinking strong alcohol: stick with beer, and for reasons of safety & common sense consider avoiding alcohol if entering the water. The amount of alcohol in buckets can be high, and the effect can kick in suddenly; you won't be the first one to be too drunk to make your way back on the river or to die on the way. During rainy season there is more water in the river and eye infections are common. Also, when you get back to town, please respect the local culture and wear more clothing than your swimming suit or bikinis only. 55000 kip for the Tube + 60,000 kip deposit.

Lama jugak aku melangut kat situ. Sampai ada dua tiga lori datang bawak orang tubing kat sini. 

Matahari semakin meninggi then aku decided nak blah je usha tempat lain pulak.

Peraturan tubing di Nam Song River

Selain daripada tubing ada jugak yang berkayak. Biasanya dia orang bermula di hilir sungai dan mula tubing atas berkayak mengikut arus sungai sampai ke pekan Vang Vieng menyusuri Nam Song River ni.

Lepas lepak tu aku cuba cari cari lagi port lain untuk orang start tubing ni.

Banyak tempat sebenarnya di pesisir Nam Song River ni yang jadi port permulaan. Kena pandai pandai usha dan cari.

Aku sempat singgah kat satu kawasan ni. Rupanya ni private area so nak parking kena bayar 5000 kip. Tapi OK lah. Singgah kejap dan usha kawasan. Budak budak yang tubing tadi tu akan melalui kawasan ni jugak nanti. Mostly hari tu aku nampak ramai budak budak Siam dan juga Korean.

Nam Song River

Jambatan kayu

Sesapa yang tubing akan melewati kawasan ni mengikut arus sungai yang mengalir ke pekan Vang Vieng

Sungai mengalir ke arah pekan Vang Vieng

Restoran tepi sungai

Vang Vieng

Dah abis usha usha kawasan, aku patah balik dengan motosikal kembali ke pekan Vang Vieng.

Gerai gerai di Vang Vieng. Banyak yang jugak crepe dan buah buahan

Berlegar legar tanpa pedoman membawa aku ke tebing sungai di pinggir pekan Vang Vieng ni. Tapi sebelum tu ada gak la sesat ntah ke mana mana.

Nam Song River di Vang Vieng

Pekan Vang Vieng di tepi sungai. Kat tepi sungai ni la port berhenti orang orang tubing tadi tu. Dia orang datang arah sana dan berhenti bila sampai kat hentian di sini

Nam Song River

Vang Vieng

Jambatan nak cross Nam Song River. Malangnya kalau nak cross jambatan ni kena bayar. Tak de la mahal dalam 4.000 kip macam tu. Duit tu untuk maintain jambatan ni la kot.

Anyway, ada few jambatan dan bukan semua kena bayar. Kalau pandai cari la jambatan buluh yang lain yang tak perlu bayar kalau nak cross.

Jambatan atas tu agak besar so kereta dan ATV pun boleh cross sekali especially kalau nak ke Blue Lagoon.

Dan itu la destinasi aku selepas ni !

Lebih kurang 8 KM bawak motosikal dari pekan Vang Vieng, maka sampai la ke Blue Lagoon ni !

Bagi aku, keputusan aku sewa motosikal adalah terbaik ! Kalau naik basikal memang pancit mengayuh. Dengan cuaca panas berdeting macam ni boleh buat mendidih otak. Tak banyak kedai kedai jualan di perjalanan, so sediakan bekalan minuman yang mencukupi.

Ikut je laluan yang ditunjukkan, dan akhirnya akan membawa ke tempat yang cantik dan unik di bumi Vang Vieng ni.

Blue Lagoon !

Tetiba terasa berada di dunia asing !

Tapi tengok orang yang ramai dan hiruk pikuk manusia keriangan.... hmmm. Tempat cantik tapi suasana tak berapa nak menyenangkan. Ada sedikit terluka dalam jiwa.



Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah nan setangkai
Layu dan berguguran

Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit barganti
Terpaksa ku telan jua

Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan

Mesranya tingkahmu
Disamping dirinya
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku

Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sudahnya begini
Cinta murni nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi

Dengarlah sayang
Lagu ku ini
Kan jadi teman mu
Selama-lamanya

bersambung.................

12 comments :

  1. Replies
    1. ahaks..... time travel je ada can merempit.. kat kl tak dok starang

      Delete
  2. cantik Blue Lagoon tu ... takde gambar yg besar sket ke meng .. tak puas tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ader.. malas nak load besar2 kesian org punya data..

      google banyak...

      Delete
  3. xde buaya ke dalam sungai tu? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. buaya pun dah pindah agaknya dengar org terpekik terlolong mcm kena sampuk.

      Delete
  4. biru kaler air sungai di sini...kena tinggal pasport tu yg agak cuak sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. tak de choice... tawakkal je lah

      Delete
  5. omaigawdd....nais river view!!!

    ReplyDelete
  6. seb baik tak burn duit baki tu..huuu..suasana kt sana mcm kt malaysia, bukit2 tu dh mcm kt ipoh plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. banyak batu kapur mcm kat ipoh.... cuma tak de nasi vanggey je

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...