Monday, April 4, 2016

Backpacking Laos : 01 - Sepang | Vientiane | Vang Vieng

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Berikut adalah panduan dan langkah untuk merajinkan diri menaip entry blog.

Angkat jari jemari dan hembuskan dengan bacaan mantera semerah padi. Rendam jari dalam air kelapa hijau dan bilas dengan air bersih. Gosok permukaan kuku dengan hirisan limau nipis sampai bersih berkilat. Cuci jari sekali lagi sampai bersih dan keringkan. 

Tengok jam. Baring atas katil. Tarik selimut dan tidurlah sampai pagi !

Hahahaha.

Esok seru lagi roh kerajinan itu datang. Kalau tak datang ulangi langkah langkah di atas berulang ulang kali sampai letih atau sampai bekalan limau nipis habis !

Tapi agak agak seru kerajinan dah datang, bersiap siaplah depan laptop dan bersedialah untuk jari jari menari ronggeng dan pantas menyiapkan entry yang tertangguh ini.

Jangan lupa sediakan secawan kopi !

Ini lah perihal trip backpacking aku ke Laos pada bulan Disember 2015 yang lalu !

* sila jerit hey hey hoorey sambil goyangkan pinggul !

Masa untuk terbang !

Highlight trip ni dah keluar di sini : Laos : The Highlights

Info berkaitan trip ni seperti budget dan itinerary pun dah share di sini : Laos - Budget & Itinerary

Sebab banyak info dah share, so entry entry berikutnya untuk Laos ni cumalah sharing gambar dan share pengalaman serba sedikit masa aku kat sana. Moga moga memberi gambaran sebenar bagi mereka yang merancang ke sana nanti !

Mukadimahnya, Laos memang dalam rangka trip aku untuk habiskan Asean. Memang lama aku cari cari peluang tapi tak kesampaian. First time aku teruja dengan Laos ni masa aku baca entry Zilla - Mystoriesmories. Masa ni jugak first time aku baca blog Zila dan jatuh suka dengan cara penulisan dia. Terima kasih Zilla !

Hasil dari pembacaan blog Zilla tu la aku rasa macam Laos ni menarik jugak sebenarnya.

Tapi mencari kesempatan yang tak selalu ada membuatkan peluang aku ke Laos asyik tertangguh. Selain tak dapat tiket murah, aku tak berapa reti nak merancang sebab tak berapa nak study mana.

Lepas dah abis negara Asean yang lain aku terjah, misi melawat Laos tetap terpahat di hati dan sanubari. Hinggalah aku baca entry Rara - Muncity yang buat overland trip dari BKK ke Laos. 

Dan since masa tu aku ada tiket ke Bangkok jugak, so aku pun nak cuba ! Malangnya lepas study sikit sikit, aku pasrah dengan masa yang ada, aku rasa macam tak sempat nak ke sana. Perjalanan overland dari BKK sampai sempadan Laos pun dah makan masa, tambah nanti perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain di Laos pun mencabar kesabaran juga, so kalau masa tak panjang memang tak dan. Plus ada hal pulak dengan tiket ke BKK tu sekali burn macam tu jer.

Tak pe.

Orang kata, kalau rezeki belum sampai, memang tak kan dapat nya. Dan orang jugak kata, selalunya perkara terbaik biasanya datang di waktu waktu kecederaan. Saat saat yang tak di duga.

Dan begitu lah, bila aku dapat tau cuti aku untuk tahun lepas masih berbaki dan kena habiskan, so aku terus rancang trip ke Laos ni. Last minit tau je la harga tiket pun mahal dan aku kena stay lama sikit untuk dapat tiket balik yang murah. Sudahnya, 8 hari 7 malam adalah waktu yang diperuntukkan untuk trip ni dan walaupun mula mula aku rasa agak lama, tapi lepas tu aku rasa tempoh masa ni adalah paling sesuai dan terbaik untuk aku melawat Laos dengan rasa puas hati dan mencukupi !

Eh. Panjangnya mukadimah.

* sila lap air liur yang menetes

Baik lah. Perkara agak penting selepas tu adalah nak bagitau OR sebab ni kira trip last minit. Aku book tiket dulu sebelum bagitau dia. Masa tengah drive kat traffic light seminggu sebelum pegi baru la aku berani bersuara.

"Yang. Minggu depan saya ada trip ke Laos"

Dia diam. 

Ah. Diam la nak diam. Tak bagi pun aku pegi jugak ! 

Kalau dia berkeras... hantar kan saja aku ke rumah orang tua ku ! Aku tak rela diperlakukan sebegini !!!

* mati la emosi tak terkawal

Dan aku sebenarnya yakin dia OK je nak lepaskan aku pergi walaupun trip ni agak lama. Yes ! Dia memang kata OK dan 10 minit lepas tu aku bernyanyi riang sorang sorang tanda dalam hati berbunga bunga perasaan !

Muahciked.

So Laos, here I come.................................... !



Aku pinta setiap waktu ada cinta di hatimu
Sabar dan rela dalam menerima
Jalan hidupku begini seadanya

Aku ingin kau memimpinku
Ke jalan indah dan bahagia
Selama mungkin akan ku turuti
Demi setia cintaku terhadapmu

Aku pinta selalu ada cinta dalam hatimu
Dan mekar selamanya buatku
Aku pinta selalu jangan nodai cintaku
Kasihmu kasihku terus bersatu
Ini pintaku

Jangan kasih di mungkiri janji
Janganlah kau hancurkan harapan ku nan suci

Sesungguhnya mahligai indah
Yang ku dambakan bersamamu
Biar bertakhta buat selamanya
Ketulusan asmara kita bina
Ini pintaku

Flight dari KLIA ke Vientiane awal pagi

Memang trip ke Laos ni aku tak prepare apa. Since aku nak cuti panjang jadi sebelum cuti memang aku busy nak bagi kerja kat staff staff aku dan memastikan dia orang tak berapa riang sewaktu aku tak der !

Jadi nak study pasal trip ni memang tak sempat. Sehari sebelum berlepas aku baru finalize itinerary dan aku print out wikitravel setiap tempat yang aku plan nak pegi. Bagi aku tu dah mencukupi. Lain lain aku study dengan bantuan internet je kat Laos nanti.

Aku cuma sempat booking hostel malam pertama di Vang Vieng ! Tu pun memang aku nekad, sampai di Vientiane tu aku akan terus ke Vang Vieng dan menginap di sana.

Duit pun tak tukar sebab guna saki baki USD yang sedia ada.

OR hantar subuh subuh hari ke airport

Penerbangan ke VTE. Flight pukul 7.40 pagi

Sampai airport aku terus ke gate berlepas. Tapi sempat beli rokok sebagai bekalan dan menunggu di balai perlepasan

Kapal terbang baru. Ada wifi on board. Tapi aku tak kisah sangat. Aku boleh hidup tanpa wifi time travel. Rokok tak bley

Ready nak take off

Layan layan baca magazine 3Sixty

Pagi pagi mata masih mengantuk lagi. Duduk dalam flight sedar sedar pesawat dah berlepas

Penerbangan agak smooth menuju destinasi ke hujung dunia !

Bila flite dah OK, aku terus tertidur. Ngantuk sangat la tu sampai aku tak sedar pun bila crew AA tu serve makanan. Aku tak de order online pun cuma kalau sempat nak gak makan, tapi bila aku bukak mata, dia dah kutip sampah dah.

So aku sambung tidur untuk penerbangan selama 3 jam setengah tu sebelum pengumuman dibuat, yang pesawat dah nak landing di Vientiane.

Berlegar legar di ruang udara Vientiane

Terus segar mata. Rasa berbunga bunga dan excited ! Sebentar lagi aku akan landing di Wattay International Airport, Vientiane maka lengkaplah penjelajahan aku ke 10 negara Asean.

Walaupun bukan untuk di banggakan sekurang kurangnya hati aku puas sebab dapat melawat kesemuanya ni. Dan Laos adalah yang terakhir !

Pesawat mendarat dengan selamat. Cuaca pun cerah dan agak menarik. Waktu di VTE lewat sejam dari waktu Malaysia jadi aku sampai lebih kurang jam 9 pagi.

Urusan immigration semua pantas.

Dan akhirnya aku berjaya menjejaki bumi Laos !

Airport Vientiane ni kecik je dan tak de apa yang menarik. Tapi sebaik je sampai aku terus tukar duit USD ke LKP. Tukar USD 200 je dulu dan dapat 1.6 juta Kips. Kaya sekejap !

Lepas abis semua urusan, aku keluar dulu dan hisap rokok !

Ashtray yang di sediakan kat airport. Tak menarik langsung. Tapi tak pe lah janji dapat hisap rokok.

Dok berkira kira dan fikir cemana aku nak ke bandar Vientiane. 

Kalau nak ikutkan, jarak dari airport ke pusat bandar VTE ni cuma 4 KM jer. Tapi kalau naik tuk tuk harga 30,000 Kip (RM 15) macam mahal jugak. Since aku macam banyak masa, aku menapak keluar ke jalan besar. Tak jauh pun.

Simpang masuk ke airport dari jalan besar

Tunggu bas/tuk tuk kat tepi jalan ni

Dan keluar ni aku bingung tak tau nak tunggu belah mana. Belah mana pusat bandar pun aku tak pasti ! Hahaha. Mula tanya orang tapi semua tak faham !

Nasib baik la ada polis traffic kat pondok simpang tu. Aku tanya dia dan macam bercakap ayam itik, dia suruh aku tunggu kat situ jer.

Aku memula nak naik bas je. Tambang bas ke bandar cuma 4.000 Kip. Tapi polis tu baik hati pulak tahan tuk tuk. 

Satu persatu tuk tuk berhenti, semua nak 30,000 kip. Aku cakap dengan polis tu aku nak pegi Vang Vieng, terus dia kata aku kena pegi Northern Bus Station. Dia tahan lagi tuk tuk, semua nak 40,000 kip ke atas.

Isk. Aku jadi pening !

Last sekali aku lari dari semua orang tu.

"Pegi kau Bang Polis.. kau tak membantu !"

Tunggu jauh sikit aku tahan tuk tuk sapu. Dia berhenti dan suruh aku naik. Aku cakap aku nak ke town jer dan dia angguk. Tuk tuk ni jenis ambik orang tepi jalan je jadi bukan aku sorang je dalam tu.

Dari atas tuk tuk menuju ke pusat bandar Vientiane. Jalanraya kering dan agak berdebu

Tak lama lepas tu dia berhenti dan suruh aku turun.

Time tu aku pun tak pasti aku kat mana ! Aku tanya dia berapa, dia ambik hp dia dah tekan tekan 20,000 kip.

"No ! 10.000 kip !"

Dia angguk angguk. Pasrah.

Statue yang aku nampak di perjalanan. Rasanya ni statue depan Somerset VTE di Fa Ngum Park. Ni Statue of King Fa Ngum

Ni tuk tuk yang aku naik

Dia turun kan aku kat sini

Aku tau dia berhenti dan turunkan aku kat city center. Aku nampak ramai mat salleh berjalan. Tapi tak tau aku kat mana !

Aku tak de proper map. Dan aku tak tau mana nak tuju !!!

Lama gak aku berdiri kat situ. Hisap rokok cari idea, mana aku nak pegi. Last sekali aku menapak je tanpa tujuan.

Nampak Hotel Ibis ni. Pastu kat sebelah dia nampak ada sign Jama Masjid Vientiane. Aku try pegi

Tapi berkunci ! Maybe masih pagi

Then berjalan tanpa tujuan, aku nampak bangunan yang aku tau menjadi icon bandaraya Vientiane ni. Tapi macam jauh sangat nak menapak ke sana

Aku cari Restoran Fathima tapi tak jumpa ! Map macam dah betul tapi tak de kedai macam tu. Berkali kali aku lalu lalang area tu, last sekali aku give up.

Jalan ikut kaki, aku jumpa backpackers hostel ni.

Kat sini aku riki riki nak beli tiket van ke Vang Vieng. 

Mamat hostel ni baik layan aku so aku beli tiket ke Vang Vieng dengan dia. Tambang untuk VIP Bus ke Vang Vieng dari VTE ni adalah 40,000 Kip (RM 20) dengan jarak perjalanan 4 jam. VIP bus tu !!!

Since transport ke Vang Vieng cuma akan berangkat jam 2.30 petang nanti je. So aku ada banyak masa. 

Siap aku guna internet kat sini dan cari info apa yang patut. Dan dengan bantuan mamat tu, aku tinggal beg kat sini dan pegi cari restoran Halal untuk mengisi perut.

So aku pusing area tepi Sungai Mekong je dulu

Dengan harapan aku nak cari restoran halal so aku boleh makan !

Sampai tepi tebing Sg Mekong

Lepak lepak layan perasaan kejap. Tapi cuaca panas.

Dan jumpa kedai New Delhi ni dulu

Then jumpa Nazim. Restoran halal yang agak popular di Vientiane ni. Since orang ramai kat Nazim, aku decided nak lepak kat New Delhi je

Order Nasi Beryani. Harga 30,000 Kips ( RM 15)

Sebenarnya aku tak de la lapar mana, tapi sebab tak tau nak tuju ke mana. Since makan tak abis, aku bungkus je separuh lagi.

* mati la cheapskate. 

Tapi nasi beryani dia sedap !

Lepas makan jalan jalan tengok kawasan di area Rue Setthathilath. Jalan utama yang menjadi tumpuan pelancong dengan deretan restoran, cafe dan penginapan.

Salah satu restoran di Rue Setthathilath, Vientiane

Pusing pusing tak tau nak ke mana aku balik semula ke Lucky Backpackers Hostel tadi tu. Lepak lepak nak guna internet pastu nak charge iPhone aku baru la perasan aku tersilap bawak cable charger !!

Alamak !!!!

Stress kejap. Kalau tak de cable tu memang tak bercharge la aku punya iPhone. 

Aku tanya budak hostel tu mana buleh beli charger iPhone dan dia tunjukkan jalan. Tak jauh pun aku pegi menapak tapi harga dia mak aiii !! RM 50 untuk cable saja ! Tak de pulak kedai jual yang tak ori time time aku mencari ni.

Redha je lah. Beli yang paling murah !

Then balik ke hostel tu menunggu.

Tepat jam 2 petang, ada tuk tuk datang !

Tuk tuk berpusing pick up semua orang. Sampai penuh satu tuk tuk ni. Masing masing gelak je sebab dah macam sardin dalam ni.

Dan satu masalah dia orang ni, dia orang tak de station bus yang proper. Ada lah tapi jauh jauh belaka. Kalau jenis yang pick up kat hostel macam ni, nanti dia bawak ke tempat bas. Tempat bas tu adalah tepi semak !

Lagi haru bila sampai dan tengok VIP Bus rupanya macam ni !

VIP lah sangat !

Barang barang sumbat belah atas. Seat 1-3, nasib baik aku dapat single seat so tak de la kena berhimpit himpit.

Dah penuh je kami terus bergerak meninggalkan Vientiane ni menuju ke Vang Vieng.

Perjalanan tak jauh mana tapi van bergerak macam siput. Keadaan jalanraya berlubang lubang memang buat bontot parah menahan. Kejap kejap langgar lubang. Stress aku di buatnya. Dengan debu apa semua dan jalan satu lorong menjadikan jalanraya di Laos ni memang tak bagus ! 10 km keluar dari bandaraya Vientiane je dah start jalan berlubang lubang.

Keadaan jalanraya di Laos

Van berhenti untuk toilet break dan singgah kat restoran tepi jalan

Nama restoran. Pele ! Hiks. Pele pencen main bola bukak kedai kat sini kah?

Sambung perjalanan ke Vang Vieng. Aku tak makan apa apa pun. Nak tumpang kencing pun macam tak berselera. Dah la toilet kena bayar ! 

Mat salleh yang sekali naik dengan aku selamba je belasah makan kat situ.

3 jam perjalanan terakhir tu aku rasa tersiksa gila. Hari dah menjelang malam. Van bergerak macam siput. Perlahan lahan. Pastu asyik asyik langgar lobang !

Aku rasa macam nak sumpah seranah jer.

Jam melepasi pukul 8 malam baru kami tiba di Vang Vieng. Lama jugak tu perjalanan. Janji 4 jam jer.

Suasana malam di Vang Vieng

Ho Ho Ho !

Oh. Ke mana kah arah tujuan?

Sekali lagi aku diturunkan di tepi jalan dengan perasaan terpinga pinga tak tau nak tuju ke mana.

bersambung................

15 comments :

  1. aku setuju dengan para pembukaan kau tu meng.
    kalau datang malas tu, nak bukak dashboard sendiri pun rasa nak muntah.
    tapi bila datang roh rajin, sanggup bersengkang mata sampai tengah malam nak update blog.
    pancaroba jugak jadi blogger ni kan. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol... kdg kdg terlajak gigih. tapi aku kalau rajin tulis sebanyak entry yang mungkin. pastu relaks je.. tunggu kerajinan lain lak sampai minggu depan baru tulis lagi...

      tapi aku tulis sikit.. gambar je yang banyak

      Delete
  2. dah 5 bulan baca mentera.. still rajin update blog.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin ke tak rajin?

      salah mentera tu.... pengeras pun kena ada

      Delete
    2. pengerasnya ayam KFC... beli dan makan sendiri.. hahahha ( bertambah la tak rajin kan?)

      Delete
  3. dah berapa byk cable ipong ni, dulu bukan dah beli kat taiwan tu ke?

    bus vip, nanges tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan. kau memang bijak bestari buleh ingat banyak kali aku dah beli cable tu..

      jangan cerca bus vip tu..... yang penting ada ekon. hahahah

      Delete
  4. Sesekali teringin travel mcm uncle.. Berbackpacker.. Susah2 sikit.... Selama ni travel dgn mama.. Semua best je# nak merasa sesat......

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk sebenarnya yang kita boleh belajar bila travel... boleh associatekan dengan kehidupan sendiri dan cara penyelesaian.

      cuba lah... kdg kdg memang mencabar.

      Delete
  5. aku dah mula hilang ingatan terhadap trip2 selepas Kuwait. how? ada tak panduan mengembalikan memori yang hilang.

    Vang Vieng ni takde happening2 macam Pai kat north thai ke..ada night market ke ape ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat travel lagi.... mesti buleh ingat lepas tu...


      vang vieng tak happening sgt. xde market apa segala. LP ader la.. tapi jual brg mengarut2 jer..

      Delete
  6. x sempat nak singgah vang vieng sbb tiket bas sold out dari luang phrabang....terus ke vientiene je...tapi naik bas vip betul...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...