Tuesday, April 19, 2016

Backpacking Laos : 14 - PSVN | Plain of Jars Site No 1

Hari ke 6 di bumi Laos.

Bangkit pagi tengok cuaca di luar tingkap.

Ah stressnya tengok cuaca mendung macam ni. Hari ni aku bakal merayap seharian di Phonsavan ni.

Aku ada agenda tersendiri walaupun aku tak pasti cemana aku nak redah, tapi aku rasa kecewa kalau cuaca kelam dan tak cerah. Satunya menyukarkan aku nak bergerak lagi lagi kalau hujan. Ke dua, tak best sebab kalau kelam dan mendung semacam, gambar pun jadi suram !

Aku turun ambik kopi kat lobby. Ada simple breakfast disediakan. Kopi dan pisang. Dapat kopi pun dah bagus since aku ada roti yang aku beli kat budak budak Vietnam tu semalam.

Berdiri memerhatikan cuaca hari ni.

Sambil sambil tu aku baca Surah An Nur berkali kali. Mohon cuaca cerah. Kurang kurangnya biar mentari muncul hari ni mengiringi perjalanan aku di Phonsavan ni.

Walau cuaca tak berapa memberangsangkan, aku kena jugak bersiap dan keluar untuk meredah kawasan.

Siap siap then check out dari hotel. Memula aku nak tinggal beg kat situ tapi dia suruh aku letak tepi dinding tu je buat aku rasa was was. Sudahnya aku bawak je. Jalan ke jalan utama yang mana aku nak cari motosikal untuk di sewa.

Suasana pagi masih kelam di Phonsavan.

Semalam borak borak dengan budak Vietnam tu dia orang syorkan aku sewa motosikal kat sebelah mini market ni.

Urusan sewa menyewa mudah je. Cuma kena bagi passport. Harga sewaan motosikal sehari 80,000 kip. Aku siap tumpang tinggalkan beg aku kat situ.

Dah dapat motosikal jangan lupa isi minyak. Dia orang ni keji jugak, sebelum bagi sewa tu dia orang sedut minyak habis habisan. Saja tak nak bersedekah.

Di sedut minyak abis abisan. Tinggal untuk aku ke petrol station je

Walaupun pekan Phonsavan ni tak besar mana tapi nak bergerak especially ke kawasan Plain of Jars tu sebaiknya ada peta.

Aku pun dapatkan peta daripada mamat yang pick up aku kat station bus semalam tu. Kat tempat sewa motosikal ni ada map tapi map photocopy, nampak tak lengkap jer.

So berpandukan map tu la aku bergerak jalan jalan di Phonsavan ni.

Apa apa pun, kena isi minyak dulu.

Hotel di Phonsavan

Isi minyak di Phonsavan. Susah betul dia orang ni tak faham English. Aku cakap isi 10,000 kip dia angguk bukan main, last sekali isi penuh jugak. 20,000 kip. Sabor je lah.

Since aku masih berada di Phonsavan.

Pagi tu aku bercadang nak gi melawat kawasan kubur atas bukit. Kubur ni adalah salah satu kawasan tarikan yang ada di Phonsavan ni sebabnya kawasan kubur ni menempatkan kubur bagi pelbagai agama di sini. Satu kawasan tapi ada kubur Christian, Budha dan lain lain. Tak pasti ada kubur Muslim ke tak, rasanya tak de kot.

Nak gerak ke sana kena rentas pekan Phonsavan dan naik bukit. Aku pun jalan ikut suka jer.

Motosikal yang aku sewa. Pedal brake dia ke dalam sangat, masalah pulak bagi aku

Kawasan naik ke atas bukit. Dua tiga kali aku terlepas simpang. Last sekali main redah je. Jalan tak berturap. Licin pulak tu. Dua kali aku hampir tergolek. Nasib baik sempat kever.

Sebenarnya dari atas bukit ni boleh nampak kawasan Phonsavan dan persekitarannya yang bergunung ganang. Tapi cuaca masih belum jelas time tu.

Tanah perkuburan di Phonsavan

Tak de apa sangat la tempat ni cuma view dia agak menarik sebab nampak kawasan Phonsavan.

Abis kat situ, aku turun semula dan patah balik ke pekan Phonsavan tadi, kali ni aku nak bergerak terus ke site pertama Plain of Jars !

Tapi sebelum tu....

Nampak restoran ni nama dia Ju on. Ada berani?

Dan ada satu lagi resto nama dia Awang !...  Jauh betul Awang merantau... sampai ke Phonsavan. Putus cinta kah?

Jalan utama di pekan Phonsavan

Jalan raya di Phonsavan ni tak de la busy mana. Kalau kat town pun tak busy, kalau keluar dari pekan tu lagi la kurang kenderaan. Tapi still kena hati hati sebab jalan tak elok dan berlubang lubang.

Lagi satu debu debu memang berterbangan la jadi pastikan pakai helmet dengan visor bagi mengelakkan debu debu menganggu mata sewaktu pemanduan !

Dari pekan Phonsavan, aku ikut laluan pada peta dan akhirnya membawa aku ke simpang menuju ke Plain of Jar site No 1. Jarak perjalanan dari pekan tak jauh mana, lebih kurang 8 KM then nampak sign tepi jalan.

Tanda ke arah Plain of Jar, Site No 1 di simpang jalan

Jalan berturap macam ni masuk ke dalam kira kira 2 KM

Pastu ikut je sign papan tanda macam ni

Dah sampai kat visitor center area

Dan akhirnya sampai di Plain of Jar Visitor Center yang ada di site no 1 ni.

Kat sini kena turun dan beli tiket masuk ke ke kawasan Plain of Jar.

Harga entrance adalah 10,000 kip. Tapi sebab aku bawak motosikal ada charge for parking 2000 kip. Parking je kat area tu.

Dalam visitor center tu selain daripada tempat beli tiket ada jugak pusat penerangan dan informasi mengenai plain of jar ni. Ada jugak perkongsian maklumat mengenai bomb dan kesan kesan perang di bumi Laos ni.

Bilik penerangan

Bom bom yang di temui di kawasan plain of jars. 

Kawasan site ni semuanya dah dibersihkan dari bom bom tersebut. Ada jugak makluman mengenai kehidupan masyarakat di Laos ni yang menggunapakai barangan dari peperangan dan dijadikan peralatan harian seperti sudu dan sebagainya.

Sebenarnya kawasan plain of Jars ni terletak agak jauh lagi dari visitor center ni. Tapi pengunjung yang datang ke sini boleh naik kenderaan yang di sediakan untuk sampai ke site tersebut.

Pelancong tengah berborak borak

Kenderaan yang disediakan untuk ke site no 1

Tapi boleh je nak jalan kaki sendiri. Kawasan bukit site No 1 terletak di atas bukit  

Rules and regulations

Kenderaan tu bawak sampai ke kawasan parking atas bukit dan dari situ boleh berjalan ikut laluan yang disediakan. Ada gerai jual air kat situ kalau nak beli air. Aku syorkan bawak air sebab nak naik turun bukit nanti takut dahaga !

Pemandangan Plain of Jars site no 1 dari atas bukit.

Penampakkan pertama di kawasan berbukit

Site di atas bukit

Site utama yang aku jumpa agak banyak jugak jar jar ni. Terletak di lereng bukit dengan view yang agak lawa jugak.

Kebanyakkannya dah pecah mungkin di sebabkan oleh hakisan dan sebagainya. Tapi dari atas bukit ni boleh nampak kawasan di bawah yang lebih luas dan lebih banyak jar jar yang bersepah ni.

Jars yang bersepah di bahagian bawah. Jom ke sana !

Masih menjadi misteri kenapa dan bagaimana jar jar ini wujud dan siapa yang membinanya

Plain of jars

Aku ambik masa untuk lepak lepak dan memerhatikan sekeliling.

Suasana di kawasan ni memang dingin dan sejuk dengan suasana suram suram menambahkan lagi misteri di kawasan Plain of Jars ini.



Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

bersambung.................

8 comments :

  1. ...bila merantau jee putus cinta...
    ...bila putus cinta jee merantau...
    terkesan gitew

    ReplyDelete
  2. syukran for pilihan surah utk zikir, minta cuaca cerah, terang benderang..

    buat sudu, senduk, guna bom..ini baru cool..

    ReplyDelete
    Replies
    1. surah an nur ayat 35... ulang part nur al nur... 3x

      brg brg tu ada satu kg tu memang boleh gi usha tengok dia org guna hasil drpd senjata dan bomb

      Delete
  3. Xleh bwk balik bom lama wat souvenir?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...