Monday, April 25, 2016

Backpacking Laos : 19 - VTE | Buddha Park

Bangkit dari tidur yang ala kadar tu aku bersedia nak keluar. So dengan map dan panduan dari makcik kat lobby hostel, aku jalan kaki ke station bus untuk ambik bas ke Buddha Park.

Lalu depan Wat ni lagi


Bangunan kedai kedai

Kena jalan kaki lepas President Palace. Boleh tahan gak la kena menapak.

Depan President Palace tu lintas area Wat Si Saket jalan menuju ke Patuxai. Memula aku macam nak singgah Wat Si Saket yang dah jadi museum tu tapi bila mengenangkan, dah banyak sangat aku pegi Wat Wat masa kat Luang Prabang hari tu so aku KIV dulu lah. Maybe lepas balik dari Buddha Park nanti kalau ada masa aku boleh singgah.

Wat Si Saket

Jalan utama menuju ke arah Pituxai

Lepas 2 simpang dari Wat Si Saket tu belok kanan menuju ke Southern Bus Station di Vientiane ni. 

Tepi tepi jalan banyak orang berjual jualan.

Telek nasib. "Acik.. bila saya nak kaya?"

Jual ubat ubatan tradisional

Dan nanti tak jauh nampak simpang jalan dan belah sana adalah Southern Bus Station Vientiane

Southern Bus Station

Sampai tu aku tanya tanya orang bus No 14 ke boarder dan Buddha Park. Ada satu conductor tu bagitau bus ke sana kena jalan ke depan lagi. Kawasan ni agak kecik tapi memang sebuk dengan orang berjual dan bus ke hulu dan ke hilir. Terminal pun kecik je sebab tu banyak bas just park dan tunggu penumpang tepi jalan je.

Lagi orang berjual jualan

Sampai kat area banyak banyak bas menunggu aku cari bas no 14 yang di maksudkan untuk ke Buddha Park tu tapi tak ada. Then cuba cuba tanya mana mana konduktor bus yang ada.

"Buddha Park?"
"Yes Yes.. Buddha Park"

Aku tak pasti bus tu nombor berapa tapi bukan nombor 14 lah. Tapi since dia suruh naik dan bas pun macam nak bergerak dah, aku pun terus je cari seat. Dapat seat dan duduk diam diam.

Dua tiga kali aku tanya konduktor bus tu betul ke bus ni ke Buddha Park. Dia mengiyakan walaupun payah nak cakap English. Tawakal je lah. Aku yakin betul.

Tambang bas 6,000 Kip dan jarak perjalanan lebih kurang 40 minit sebab bas berhenti henti.

Layan jiwa dalam bas menuju ke Buddha Park

Dalam perjalanan

Masuk ke kawasan boarder Thai/Laos

40 tahun persahabatan Laos dan Thailand

Bas akan singgah untuk turun dan ambik penumpang yang nak cross border ke Thailand dekat Immigration center ni

Ramai penumpang yang turun di kawasan hentian boarder tu. Cuma tiga dua tiga ketul penumpang je dalam bas tu.

Buat aku makin cuak dan was was.

Bas bergerak lagi selepas tu.

Pemandangan di tepi jalan

Kambing

Tapi akhirnya drebar bas berhenti dan aku nampak sign Buddha Park kat tepi so aku yakin aku dah sampai. Semua penumpang dalam bas turun dan bas meneruskan perjalanan ke destinasinya.

Pintu masuk Buddha Park

Parking area Buddha Park. Kereta sapa lah kaler striking sungguh ni.

Buddha Park atau Xieng Khuan adalah sebuah taman arca terkenal dengan binaan lebih daripada 200 patung Buddha termasuk yang terbesar setinggi 40 meter dengan imej berbaring yang menjadi salah satu tarikan di luar kota Vientiane

Beli tiket dulu. The Buddha Park entrance fee is 5,000 kip

Sebaik saja masuk ke kawasan Buddha Park ni akan kelihatan banyak struktur binaan patung patung Buddha yang di bina di sini.

Salah satu tarikan yang menarik di sini adalah labu gergasi.

Statue labu gergasi

Pintu masuk adalah direka untuk kelihatan seperti mulut syaitan (kira-kira tiga meter tinggi)

Pandangan di sebelah dalam struktur labu tu. Ada laluan sempit dan patung patung Buddha serta laluan anak tangga ke atas. 

Kena hati hati sebab kawasan dia agak sempit especially di bahagian tangga. Takut terhantuk je. Kalau saiz badan besar tu kena tahan nafas kaw kaw la nak lepas sampai ke atas.

Pandangan dari atas ke arah keseluruhan kawasan Budda Park ni

Kawasan tinjau yang menampakkan keseluruhan Xieng Khuan Park.

Buddha Park (Xieng Khuan) adalah taman binaan kolesi patung dan ukiran konkrit agama Buddha serta dewa dewa Hindu termasuk binatang binatang nyata dan khayalan. Binaan paling menarik adalah Reclining Buddha yang besar dan mengagumkan. 

Taman Buddha ini di bina pada tahun 1958 oleh Luang Pu Bounleua ​​Sulilat seorang monk yang mengkaji kepercayaan agama Buddha dan Hindu.

Antara binaan yang cemerlang dan menarik di sini termasuklah Indra, Raja tuhan-tuhan Hindu yang sedang menunggang gajah berkepala tiga (Erawan dan Airavata), Dewa yang berlengan empat duduk di atas kuda dan Dewa Seni dengan 12 wajah sedang memegang objek menarik. 

Reclining Buddha


Statue Buddha

Statue Hindu

Antara yang terdapat di sini

Statue pelbagai wajah

Statue pemanah

Hanuman

Dewa Hindu

Patung patung Buddha

Buddha Park

Terdapat cafe dan warung istirehat di kawasan Buddha Park ni.

Bagi aku, park ni biasa biasa je. Kalau ada masa boleh la singgah. Sebaiknya kalau sesapa naik train dari Thai dan cross border boleh terus langsung datang ke sini sebab dah tak jauh sebab kalau terus ke Vientiane nanti nak datang sini buang masa je travel.

Kalau ada masa boleh ke Jambatan Persahabatan Laos/Thailand yang tak jauh dari Budda Park ni.

Opening Hours: Daily from 08:00 – 18:00
Location: About 25 kilometres southeast of Vientiane, along the Mekong River
How to get there: The Buddha Park can be reached by public bus or tuk tuk

Aku tak spent lama mana kat sini. Park pun tak de la besar pun. Abis pusing pusing aku bergerak balik ke Vientiane sebab aku ada misi penting petang ni.

Tengok cuaca macam menarik. Sudah tentu habuan aku untuk melihat senja petang ni mengujakan juga.



Bila ku dengar lagu cinta
Tentang sepasang anak manusia
Yang sedang hanyut dibuai asmara
Beradu di dalam syurga loka
Yang amat indah

Pasti kukenangkan dirimu
Yang masih jauh di rantau orang
Lantas ku teringat kata-katamu
Yang kau ucapkan tika saat-saat
Kita berpisah

Takkan bisa hatiku berubah
Bila di timpa dugaan dan badai melanda kita
Teguh berdiri cinta yang ada

Takkan bisa sekali-kali kasihku berubah
Bila bertindanan halangan tiba
Kesetiaanku tetap serupa
Kasih tak kan berubah

Ku percaya cinta harus bersama
Bukan terpisah ke hujung dunia
Ku cuba menanti
Walau lebih lama lagi
Andai kau benar-benar menyintai ku

Bila kukenangkan dirimu
Yang masih jauh di rantau orang
Pasti ku teringat kata-katamu
Yang kau ucap tika saat-saat
Kita berpisah

bersambung...........

6 comments :

  1. Scary nya nk melawat tmpat2 mcm ni....# tk kuat semangat

    ReplyDelete
  2. masa aku gi 3 thn lepas pakcik telek nasib sebelah makcik tu pon ada...nasib dia masih x berubah. hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...