Monday, April 11, 2016

Backpacking Laos : 07 - LP | Memburu Senja di Luang Prabang

Lepas settle balik dari Kuang Si Falls tu, aku merayau di Old City Luang Prabang. 

Hari semakin petang. Di jalan utama Sakkaline Road sudah mula didirikan khemah khemah bewarna merah menandakan pasar malam akan bermula tidak lama lagi.

Royal Palace Museum. Luang Prabang

Haw Pha Bang, the Royal Temple

Eh sibuk la pengantin tu tak abis abis lagi bergambar. 

Di hadapan bangunan utama ini lah didirikan khemah pasar malam setiap malam yang menjual bermacam macam barangan dan cenderamata bermula jam 5 petang. Jalan ini di tutup kepada lalulintas kenderaan bermula pada waktu itu sehingga lah ke lewat malam.

Antara barangan yang di jual

Biasanya pasar malam di Luang Prabang ini di buka bermula di kawasan berhadapan Royal Palace ini sehingga lah ke arah Tourist Information Center di sebelah kiri. Namun begitu ke arah sebelah kanan terdapat jugak gerai gerai jualan mostly jual minuman dan buah buahan.

Khemah pasar malam ke arah Tourist Information Center, LP

Ke arah sebelah lagi banyak orang jual minuman dan fruit shake.

Air buah penuh khasiat

Di sebelah yang tak de pasar malam tu ada banyak bar dan restaurant yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong duduk dan menjamu selera di kawasan ni.

Dan di sini juga la kesan campuran senibina tradisi Lao dan French jelas kelihatan pada setiap rekabentuk dan senibina bangunan

Berada di tempat ini seolah olah membawa kita ke zaman yang lalu

Suasana dan ambiencenya memang tersendiri.

Di sini lah aura dan kelebihan Luang Prabang dapat di rasai

Senibina lama yang masih kekal terjaga rapi

Dengan setting yang santai dan tersendiri

Tak lupa juga beberapa tempat kepentingan agama di sini

Beberapa temple dan wat di bina tersergam indah menghiasi landscape Luang Prabang.

Ini bangunan hujung sekali, Heritage House yang menjadi pejabat UNESCO setelah Luang Prabang di wartakan sebagai World Heritage List oleh UNESCO pada tahun 1995.

Berada di kawasan Old Town Luang Prabang ini dengan bangunan bangunan sejarah yang kekal terpelihara memberi satu kesan dan jawapan mengapa pekan ini menjadi Bandar Warisan oleh UNESCO.

Luang Prabang is an outstanding example of the fusion of traditional architecture and Lao urban structures with those built by the European colonial authorities in the 19th and 20th centuries. Its unique, remarkably well-preserved townscape illustrates a key stage in the blending of these two distinct cultural traditions.

Luang Prabang is located in northern Laos at the heart of a mountainous region. The town is built on a peninsula formed by the Mekong and the Nam Khan River. Mountain ranges (in particular the PhouThao and PhouNang mountains) encircle the city in lush greenery.

After the establishment of the French Protectorate in 1893, following a period of turmoil during which the country was divided into three independent kingdoms, Luang Prabang once again became the royal and religious capital during the reign of King Sisavang Vong. It played this role until Vientiane became the administrative capital in 1946.

Luang Prabang is exceptional for both its rich architectural and artistic heritage that reflects the fusion of Lao traditional urban architecture with that of the colonial era. Its remarkably well-preserved townscape reflects the alliance of these two distinct cultural traditions.

Jadi, selepas melihat sendiri baru la aku faham kenapa Luang Prabang ni termaktub sebagai sebuah kota Warisan. Antara bandar bandar lama yang telah masuk dalam kota warisan UNESCO ini termasuk la Hoi An di Vietnam serta Penang dan Melaka di Malaysia.

Dah abis usha usha kawasan Old town Luang Prabang dan berjalan sampai ke hujung tu, aku usha area tepi Sungai Mekong.

Memang plan aku selepas tu adalah nak memburu sunset !

Nam Khan River yang bertemu dengan Sungai Mekong. Ada bamboo bridge untuk menyeberang ke sebelah sana tapi bukan free. Kena bayar. 5,000 Kip.

Bot bot untuk river cruise membawa pelancong menikmati suasana petang di Sungai Mekong sambil melihat panorama matahari terbenam

Besar harapan aku untuk melihat senja di Luang Prabang ni. Salah satu destinasi yang dikhabarkan sebagai tempat yang mana memiliki sunset tercantik di Laos ni berlatar belakangkan Sungai Mekong !

Malangnya.... petang tu cuaca tetiba berawan. Menutup segenap ruang cahaya remang remang senja dan akhirnya menghadiahkan aku sedikit rasa kecewa.

Port dah cun aku jumpa, cantik matahari setting di balik gunung dengan Sungai Mekong mengalir lesu. Tapi... memang dah tak de rezeki. Ini je la sunset petang tu.




Senja nan tiada

Kalau nak di ikutkan memang aku kecewa, tapi tu pun rezeki ada nampak sikit matahari di balik awan. Sebelum tu memang mendung jer.

Tapi tak apa lah. Redha je lah hari ni tanpa keindahan si bunga angkasa.



Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu

Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu

Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku

Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa

Perahu nelayan di Sungai Mekong

Selepas agak kecewa dengan sunset hari tu, aku jalan kaki ke pasar malam semula. Usha usha apa yang patut.

Cafe dan resto di Luang Prabang menjelang malam

Restoran restoran sudah mula di penuhi oleh pelanggan untuk makan malam

Malam semakin kelam

Aktiviti jualan di pasar malam semakin rancak

The Night Market (on Sisavangvong Road) caters to tourists with every kind of souvenir you could want and closes at about 22:00. Particularly good are the duvet covers, cushion covers, and pillow sets. They will custom manufacture one to your dimensions in one day. It is well worth a look and the hawkers are very pleasant to deal with and amazingly non-pushy by Asian standards. Traders range from young children to the elderly who usually make the items they sell. Good-natured bargaining is advisable, but don't obsess over this and ruin your experience as well as giving the trader a bad day. It should be understood that the quality and design of goods is lower in the market than in the legions of increasingly chic shopss in the city.

There may well be some souvenirs available made from endangered animals. Avoid buying rare pets, leather, ivory, talons, dried sea creatures (starfish, etc.), fur, feathers, teeth and other products. This is the best place to buy lower end souvenirs and hone your bargaining skills.

Antara barang jualan

Whiskey Lao yang ada binatang dalam tu. Kalau nak tengok boleh ke Whiskey Village tengok cara pembuatannya

Adik jual donut

Cenderamata dan kraftangan tempatan

Kek dan pastry. Yang ni je aku singgah beli

Pasar malam di Luang Prabang

Aku tak berapa ambik port dekat pasar malam tu sebab aku memang lapar nasi. Dan aku memang aim malam tu nak dinner di Nazim Restaurant di Luang Prabang ni since aku baca mereka ada cawangan di LP ni jugak. 

Berdasarkan peta yang aku ambik kat internet, aku pun follow je jalan depan Tourist Info Center tu.

Jalan punya jalan, tetiba aku nampak tanda halal. Tapi Nisha Restaurant bukannya Nazim.

Nisha pun Nisha lah

Janji dapat nasi dengan curry ayam. Sedap pulak tu ! Kenyang. Alhamdulillah. ( Nasi 7,000 Kip. Kari Ayam 28.000 Kip)

Kiranya aku terjumpa restoran Nisha ni tanpa sengaja. So dah kenyang, aku pun balik guesthouse dan terus terbongkang tidur. 

Habislah hari ke 3 di Laos ni hari ni !

bersambung.................

8 comments :

  1. Replies
    1. try doh.... sedap tapi sedap lagi yang kat philippines

      Delete
  2. menarik gak Laos ni ek.suhu dia mcm Malaysia ke Bang Meng??

    ReplyDelete
    Replies
    1. vientiane tu panas sikit mcm kat malaysia..

      luang prabang oke sikit... phonsavan mcm kawasan tanah tinggi so sejuk sejuk skit la...

      Delete
  3. menarik bangunan2 di old city...
    banyak nasinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.... bangunan lawa lawa
      nasik tu... sebab lapar... abis laaaa

      * lari menyorok belakang tiang

      Delete
  4. hmmmmm.....the ambience looks like outskirt hidden city...tenang kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...