Tuesday, April 12, 2016

Backpacking Laos : 08 - LP | Sungai Mekong

Selamat pagi cinta !

* menggeliat sampai keluar bunyi badak

Bangkit awal pagi hari ke 4 di Laos dan hari ke 2 di Luang Prabang.

Hari ni rancangan aku adalah nak explore Luang Prabang dan tempat tempat yang aku belum sempat pegi semalam. Memang kalau datang Luang Prabang ni aku syorkan 2 hari 1 malam at least sebab kalau pegi Kuang Si Falls saja dah setengah hari. Tak dan nak usha tempat lain.


Sungai Mekong di Luang Prabang

Masa di sana cuaca di Luang Prabang waktu pagi memang berkabus dan dingin. Susah nak nampak matahari terbit dan meninggi. Sedar sedar dah dekat tengahari bila kabus menghilang, matahari dan berdiri di atas kepala.

Aku ni konon subuh subuh hari nak bangun awal untuk tengok monk ceremony di Luang Prabang ni, tapi tu la sejuk sejuk pagi, tarik selimut terus hanyut di lautan sepi !

Hari ni pun dekat pukul 10 pagi baru aku siap sedia nak keluar dari penginapan. Tu pun sebab aku siap masak maggie dan makan kenyang kenyang.  Plan hari ni cuma nak jalan jalan sekitar pekan Luang Prabang ni. Walaupun pekan ni kecik, tapi masih ada few places yang aku belum pegi lagi terutamanya wat dan tempat tempat bersejarah yang lain.

Pemandangan di jalan besar depan simpang ke guesthouse aku

Ada sebuah kuil kat depan tu, aku gi usha usha je dari jauh. Nama dia Wat Mahathat

The Wat Mahathat or “Temple of the Great Stupa” is one of the more ornate, attractive temples of Luang Prabang. The temple also known as Wat Phra Mahathat or Wat That is located near the Mekong river South West of Mount Phousi.

It was built in 1548 during the reign of Setthathirath, King of the Lan Xang Kingdom. During a storm in the year 1900 the sim collapsed and many other structures were damaged. The temple was restored in the first decade of the 20th century.

During Laos new year celebrations monks of several temples walk in procession to the Wat Mahathat where a dance in performed for Pu No and Na No, the guardian spirits of the city.

Tingkap 

Lepas tu adalah acara nak mencari tiket ke Phonsavan esok. Semalam aku dah riki riki harga dan memang rata rata lebih kurang je harganya. Dan aku ada baca sikit sikit pasal Phonsavan ni dan aku rasa OK je la aku gi sana. Lagipun aku masih ada masa. Kalau nak pegi belah South Laos tu macam tak sempat pulak. Next time je la aku rancang untuk ke 4000 island dan Pakse.

Beli tiket van ke Phonsavan esok jam 9 pagi di kedai ni. Harga 120.000 kip. Ingat nak sewa basikal tapi 20.000 kip lak. Basikal dah la tak lawa. Tak jadi lah.

Aku nak sewa basikal sebab aku rancang nak pusing pusing kawasan jauh skit di Luang Prabang ni. Nak jalan kaki macam jauh jugak, so kalau ada basikal boleh lah aku merempit ala ala M Kumaresan.

Fish hungry !!.. Menakutkan je iklan dia orang ni.

Dah dapat tiket aku pusing ke arah belah sungai. Nak tengok aktiviti di sana. 

Jumpa kedai jual wiskey Lao ni. Nak termuntah aku tengok.

Mamat kedai ni siap offer lagi.

"Whiskey Cobra. 5.000 kip per cup. Good for you"

Good for you pala hotak dia ! Nak tengok pun aku geli, ini pulak nak togak masuk dalam tekak !

Ni khasiat khasiat Lao Whiskey ni. Ular tedung tu ala ala menambah tenaga. Kononnya. Silap silap buat pengsan lagi ada.

Suasana pagi di Sungai Mekong

Jetty port penambang untuk orang berulang alik menyeberang Sungai Mekong ni. Ramai yang menyeberang ke dua dua belah bahagian Sungai ni kerana belum ada jambatan dibina.

Ni harga untuk naik sampan cross Sungai Mekong ni. Local 3000 kip. Foreigner 5000 kip.

Kebanyakkan mereka yang tinggal di kampung seberang sana, datang untuk berniaga hasil tani di pasar pagi di Luang Prabang ni. Ada jugak yang datang untuk membeli barangan keperluan.

Disebab kan aku pun tak de benda nak buat, aku lepak je tepi Sungai Mekong tu memerhatikan aktiviti dan suasana pagi rakyat tempatan di sini.

Abang sado angkat kayu api dari bawah ke atas

Kakak Markonah Al Juned menjual buah buahan di tepi jalan

Shuib dan Bidin dengan tugasan pagi mereka di sini

Sampan yang berulang alik menyeberang Sungai Mekong ni.

Sambung lagi. Pakcik Rozaiman dengan hasil jualan dan baki yang tidak laku di jual hari ni.

Kak Rogayah Abu Hassan dengan belian di pasar pagi

Nurul Syafiqah Alyana Ruminah bt Mohd Nasution berdiri menunggu sampan tiba untuk ke seberang sana. Kelas tak nama sheols?

Antara barang yang di niagakan di pasar pagi. Apa nama menatang ni?  Guinea Pig?

Sampan dan penuh. Mereka dah bergerak untuk menyeberang

Tengok orang bertukar ganti, sampan bertali arus menyeberang Sungai Mekong ni buat aku rasa teruja nak mencuba. 

Masa kat bawah tu, nampak ada seat kosong, aku terus je naik. Memang tahap keselamatan tidak berapa di ambil pedulik tapi inilah medium yang ada untuk mengangkut mereka pulang dan pergi.

Ramona Zam Zam sudah mula pening kepala dan mual mual? Bulan ni ada datang bulan? Dapatkan Penadol actifast untuk kelegaan. Jangan biarkan sakit dan ketidakselesaan mengganggu masa berharga bersama. Hahaha. Aku duduk sebelah dia ni dalam sampan.

Yippeyey sampan sudah mula bergerak. Cuak jugak la. Pelampung keselamatan pun tak de. Kalau ada buaya? Eh ada ke?

Sedikit mengenai Sungai Mekong ni.

Sungai Mekong adalah sungai ke-12 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Semua negara kecuali China dan Myanmar menyertai Suruhanjaya Sungai Mekong.

Di kawasan ini berlaku perbezaan musim yang ketara dan perubahan aliran yang keterlaluan. Di sepanjang sungai ada jeram dan air terjun dan sangat sukar untuk dimudiki.

Asal nama Sungai Mekong dari bahasa etnik Tai iaitu Mae Nam Khong. Mae Khong bermaksud Sungai Khong, induk kepada segala sungai. Dialek China pula menyebut 'Meigong He'. Sesetengah yang lain memanggilnya Lancang Jiang (Sungai Lancang). Bahasa Burma memanggilnya Mae Kahung. Bahasa Thai pula 'Mae Nam Khong'. Kong bermaksud Sungai.

Hulu Sungai Mekong tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana ada banyak cawangan dan masih belum diukur dengan tepat akibat masalah komunikasi dan keselamatan. Menurut Persatuan Eksplorasi Sains China, punca sungai ini ialah di air panas Lasagongma yang terletak pada altitud 5224 m. Air panas ini terletak di Gunung Guozongmucha dan banjaran Zayagu. Terletak di barat laut China iaitu di wilayah Qinghai. Ekspedisi oleh Michel Piessel menyatakan Zanaqu sebagai hulu sungai Mekong. Jadi panjang sungai Mekong akan berubah kepada 4909 km.

Catatan tradisional China menyatakan hulu Sungai Mekong terletak di negara Tibet yang dipanggil Daza Chu. Di negara Laos, hulu sungai Mekong terletak di Sungai Ruak, di segi tiga emas.

Sungai Mekong membahagikan negara Laos dan Thailand.

Di Kemboja, sungai ini dipanggil Tonle Thom (sungai besar). Sungai ini betul-betul di atas Phnom Penh, iaitu kuala Tasik Tonle Sap. Mengalir ke selatan dan membentuk Delta Mekong di Vietnam.

Di Vietnam, keseluruhan rakyatnya memanggilnya Sungai Me kong. Ia berkait dengan cerita 'sembilan kepala naga'. Terbahagi kepada dua cawangan sungai iaitu Tien Giang dan Hau Giang.

Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama sekali pesawah padi. Lebih 140,000 km persegi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong.

Catatan sejarah menunjukkan telah wujud petempatan di Ban Chiang sejak zaman logam iaitu 2100 SM. Tamadun budaya Indian-Khmer wujud di Funan dekat tebing Sungai Mekong.

Satu kajian arkeologi di Oc Eo, berdekatan An Gaing menemui kepingan syiling dari Empayar Rom. Empayar Khmer wujud sejak abad ke-5 dan Angkor Wat menjadi bukti terbesar kewujudannya.

Penjelajah Eropah yang mula sampai ialah Antonio de Faria dari Portugis pada 1540 Masihi. Peta tahun 1563 yang dilukis menunjukan Sungai Mekong menjadi delta di muara sungai. Sepanyol dan Portugis menjalankan misi agama Kristian dan perdagangan. Kemudian orang Belanda diketuai oleh Gerrit van Wuysthoff mudik di Sungai Mekong hingga ke Vientiane, Laos pada 1641-1642.
Dulu dulu masa sekolah mesti pernah dengar kan pasal sungai Mekong ni.

Tak sampai 10 minit pun sampan yang membawa aku tu sampai di seberang sana. Dah sampai apa lagi, Sang Kancil pun melompat lompat lah !

Tapi jangan lupa bayar harga tambang tu masa tiba kat sana. Agaknya dia orang ingat aku local, dia charge aku 3000 kip je. Sebab aku bagi note 10.000 kip dan dia pulangkan 7000 kip.

Tiba di seberang Sungai Mekong

Sebenarnya tak de apa sangat pun belah sini. Just jetty untuk penduduk sebelah sini berulang alik ke pekan Luang Prabang

Tapi dari sini boleh nampak view Luang Prabang especially Mount Phusi.

Nampak tak belah sana bot yang membawa kenderaan ringan untuk cross Sungai Mekong ni.

Dah tak tau nak buat apa kat sini, nampak bot ni nak bergerak dah, aku pun naik.

Dan cross semula ke seberang Sungai Mekong tadi. Tapi kali ni naik dengan motosikal dan kereta. Tambang sama 3000 kip jer.

Adik Safee Sali tengah cuba cuba bermain di atas bot yang membawa kami menyeberang

Dan sampai ke jetty belah sana. Ni jetty kenderaan tak sama dengan jetty khas untuk penumpang sahaja yang aku naik masa memula cross tadi tu

So begitu lah saja pengalaman aku menyeberang Sungai Mekong dan melihat aktiviti harian rakyat tempatan di sini. Time ni la boleh nampak yang mereka masih lagi ketandusan dari segi infrastruktur awam dan masih belum boleh merasai nikmat kehidupan seperti mana yang kita kecapi di tanahair sendiri.

Bagi mereka masa, Insya Allah... mereka juga akan turut merasai kegemilangannya ! Masanya pasti akan tiba !



Sampai kan rindu malam merentasi lautan cinta
Dinginnya amat terasa tanpa mu di sisi ini
Bilakah tiba masa dunia cinta jadi nyata
Antara kita berdua umpama sinar yang gemilang

Bukanya lautan luas pemisah antara kita
Bukanya ribut taufan yang melanda
Ataupun kemarau panjang yang tiada kehujanan
Tunggulah masanya akan tiba

Dua insan kerinduan menantinya hari bahagia
Andai benar keikhlasan bersabarlah pada cinta
Pada cinta

Semuanya serba indah andai ada kejujuran
Pasrah pada alam pada Tuhan

Bilakah tiba masa dunia cinta jadi nyata
Antara kita berdua umpama sinar yang gemilang

bersambung............

10 comments :

  1. Hahaha... Sedapnya nama yg bakul biru tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kalau tulis kat ic mesti sambung sampai ke belakang

      Delete
  2. hajat tak kesampaian nak ke laos. apa lagi yang best?

    ReplyDelete
  3. alolo comeynya guinea pig tu...macam macam nama yg kuar meng...nasib tak ade nama aiiii...klu tak sentapppp !!!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kalau rajin buleh cruise... banyak jugak tempat best sepanjang sungai boleh di lawati. kalau ada masa... okey

      Delete
  5. hahaha.....suka paparazi org sblh taw

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...