Tuesday, January 6, 2015

Port Dickson 2014 - V2.0 : Sukand's Food Station, PD

Makan makan di Sukand's Food Station, Port Dickson.


Ada satu tengahari tu, dah bosan tak tau nak makan kat mana kami keluar pegi ke pekan Port Dickson. Kalau dari hotel Grand Lexis tu dalam 15 KM or lesser. Dekat dengan area waterfront Port Dickson tu.

Kalau pakai waze pun boleh jumpa. Taip je nama Sukand tu....

Sukand tu apa? Jangan tanya aku. Aku tak tahu. Maybe nama orang kot.

Terletak betul betul depan menara jam ni. Ada roundabout dan kantor Polisi.

Ini kedainya...

Masa sampai orang bukan main ramai. Maybe time makan tengahari. Kedai ni serves breakfast dan lunch. Menu dia macam kopitiam dan yang paling di gembar gemburkan adalah Nasi Ayam nya..

Jom try !

Duduk lah dulu. Ramai pelanggan. 

"akak rasa yang ambik gambar kita tu Supermeng Malaya" - makcik berapron hijau.

Now.. study buku menu nya. Study macam nak jawab soalan exam.

Sarapan pagi

Menu utama

Menu istimewa

Minuman

Dah study menu nya?

Dah buat pilihan dan dah order?

Now kita tunggu makanannya. Walaupun orang ramai tapi servis tak de la lembab. Kira OK lah.

Tup tup dipersilakan para makanan mengambil tempat untuk mengadap.

Minuman dulu

Ubi kayu rebus?? OR la ni nak makan. Aku ni kan orang Hitaly ala ala bandar. Tak makan makanan makanan kampung cam ni....  ewah !

#tapibilaorangtaktengokakubelasahjugaklamakan.....

OK. Tak leh makan banyak banyak sangat. Nanti kentut 'berapok'.

Ubi kayu ada sambal dan kelapa bergula. Boleh la kalau nak try. Bukan senang nak cari menu macam ni sekarang ni kan kan kan?

Nasi Ayam Hainan....

Hero punya.. Princess tak nak makan. 

Papa kan selalu haloba. Air mesti nak dua

Ni nasi kari apabendantah. OR punya

Sayur sayuran bagi kekal muda dan jelita. Makan papadom untuk Papa jadi bertambah mandom.

Makan kenyang kenyang. Sampai susah nak bergerak, balik hotel dan tidur terbongkang !

Harga semua makanan adalah RM 40. OK tak?

Overall... verdict aku adalah................

Sila pastikan nombor meja anda

Dah kenyang.. pusing pusing jumpa bangunan ni

Pusing lagi... menyusun ayat cemana nak bagitau overall rasanya ni...

Baik lah. Baik lah.

Aku bagitau. personally, aku rasa..tak de la sedap mana. Biasa biasa jer... 

"Apa pendapat abam selaku warga Port Dickson?"

"Saya tak pernah makan kat luar. Saya masak kat rumah jer.. makan ration askar !"

Heh?

So macam tu la. Tapi orang ramai. Tak tau la maybe ada makanan lain yang sedap kot yang aku tak rasa.

Gi la cuba kalau nak try test ke best an nya.

bersambung...

8 comments :

  1. Assalamualaikum bang..
    Kami yg status rakyat jelata ni pun tak khatam sampai ke situ bang.
    Tak pernah yg sempat nyer.

    Tapi w'pun nasi ayam nyer so-so jer.. pics tetap ngences bang.

    P/s;
    Tetiba rasa kena buat nasi ayam jer ni.

    ReplyDelete
  2. Kali nih Meng terlupa nak promote lagu ...

    (Nanti Akak Apron Hijau marah nanti baru tauuu !!!)

    Hahhahahaaa

    ReplyDelete
  3. princess sokmo x nak makan eh..hehe

    ReplyDelete
  4. hah ni kedai peberet ni meng, every each weekend aku balik PD, pasti makan kedai ni. Sukand tu nama tokei nya iaitu sukandar kot.

    ReplyDelete
  5. wow ada ubi kayu rebus dengan nyok sagat, lama gila gua tak nampak benda tu... ah tetiba pulak rasa nak pi cari three-layered iced tea... chisss~

    ReplyDelete
  6. Sham : kalau pandai masak buat sendiri pastu lagi sedap

    gambar tu ilustrasi je... nampak lawa tak semestinya sedap.

    tapi kena cuba sendiri baru la tau sedap ke tak.. ye dok?



    Ghaz : hahaha tak sempat nak search..

    penyanyi2 cuti. sakit tekak makan nasik ayam..


    An : tu la masalah budak tu..

    yang abang makin tembam.. yang adik kurus kering

    ReplyDelete
  7. Farikh : haaa patut tanya kau sebab kau org PD kan

    so kau kata sedap tu maksudnya sedap la tu..

    apa yang sedap lagi kat sini?



    MKL : sedap ek?

    maybe memang sedap kot..



    Plain : kalau nak cari ubi rebus. sila sila lah ke sana...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...