Tuesday, March 4, 2014

Antara Anyer Dan Jakarta - Highlight and Itinerary

Segar bagai embunan pagi.

* tolak Aziang Mazwang Sapuang dalang rebang.

Ini adalah highlight dan itinerary trip yang aku terlupa.

Aku tau aku ada beli tiket ke Jakarta, tapi sebab dia tak appeared dalam booking list aku so aku macam buat tak tau. Sampai la Air Asia hantar reminder then baru aku realized .. ramalan ku benar belaka. Memang aku pernah beli !!!!

2 hari sebelum pegi baru tergopoh gapah.  

Seingat aku dulu masa aku beli tu, sebab aku nak ambik flight ke Bangka - Belitung. 

Tapi sebab last minit aku sendiri pun tak leh sempat nak cari flight tiket ke sana dari Jakarta.

Kalau ke Jakarta saja saja apa aku nak buat? Too mainstream. Aku dah 2 kali ke sana sebelum ni. Tapi sebelum ni pegi pasal kerja jadi tak berapa explore. Jakarta bukan la destinasi yang aku teruja mana.

Cuma kali ni sebab tiket dapat murah jadi aku fikir selepas sekian lama, apa salahnya kalau pegi ronda ronda Jakarta. Why not kan Meng?

* begitu aku bertanya pada diri sendiri.


Tapi apa aku nak buat di Jakarta? Takkan nak pusing Bundaran HI sampai lebam?

Then datang idea nak ke Anyer.

Pernah dengar nama Anyer? Pernah dengar lagu Antara Anyer Dan Jakarta? Penyanyi asalnya Atiek CB dan dinyanyikan semula oleh Sheila Majid !



Deru sang ombak bersilih ke pantai
Disambut ayunan nyiur melambai
Rembulan megah di atas mahligai
Tersenyum melihat kita berdua

Angin membawa lagu cinta
Sejuta bintang bermain mata
Seakan rela dua insan
Di dalam senarionya

Antara Anyer dan Jakarta
Kita jatuh cinta
Antara Anyer dan Jakarta
Kisah cinta tiga malam
Kan ku ingat selamanya
Antara Anyer dan Jakarta

Kini seakan mimpi yang burok
Ku alami setiap hari
Cinta yang sudah tiada lagi
Tinggal memori membawa kembali

Tapi keinginan tu kadang kadang bukanlah mudah untuk dilaksanakan. 

Jadi, apa kebenda lagi aku nak buat di Jakarta? Nak ke mana? Takkan nak shopping je? Atau mandi kucing?

Hmmmm. Tapi aku ni kalau campak mana mana pun panjang je langkah.

Akhirnya datang idea dan semuanya terlaksana dengan jayanya....





















Aku ke Kepulauan Seribu. Gugusan pulau pulau yang terdapat di perairan Jakarta. Sebab banyak pulau sebenarnya di sini, jadi aku cuma sempat ke Pulau Tidung sahaja. 

Dan berkesempatan di Jakarta, tak melepaskan peluang untuk melawat tempat tempat menarik lain di sana. Antaranya termasuk lah.













Nak kata trip yang best sangat, tak jugak. Nak kata aku impressed sangat dengan Pulau Seribu pun tak berapa jugak. Tengok gambar pun tahu kan? Tapi kalau jenis macam aku, tak kisah sangat pasal destination ni, nak jugak pegi dan lihat sendiri? Dipersilakan..... 

Apa apa pun..

Ini itinerary trip 3H 2M ke Jakarta dan Kepulauan Seribu.

Day 01 - Berlepas dari LCCT ke Jakarta. Bermalam di Jakarta.
Day 02 - Subuh subuh hari ke Pelabuhan Muara Angke untuk ke Pulau Tidung. Overnight.
Day 03 - Kembali ke Jakarta - Kota Tua, Masjid Istiqlal, Monas, HRC Jakarta, Flight ke LCCT.

Simple je lah.

Dan ini costingnya yang perlu diketahui terutamanya kalau mau ke Pulau Tidung.

Flight Air Asia = RM103 return ( beli awal dapat murah )
Parking kat LCCT = RM42
Taxi Bandara SHIA to Jakarta = IDR 170,000 (RM48) - macet
Hotel di Jakarta = Ikut keselesaan masing masing.
Taxi within Jakarta = Ikut jarak tapi agak murah lah. Range IDR 10,000 - IDR 20,000 ( depend on destination ).
Makan senang dan murah ( makan kat warung jer).

Taxi Jakarta to Pelabuhan Muara Angke = IDR 80,000. ( surcharge sebab aku gerak 4 pagi ! )
Fast boat from Angke to Pulau Tidung = IDR 52,000 one way ( 1 jam setengah ). Ada banyak jenis bot dan setiap bot naik kat pelabuhan lain lain. Kalau bot kayu IDR 35,000 ( 3 jam ).
Penginapan di Pulau Tidung = IDR250,000 per night ( homestay, jangan berangan nak duduk hotel ).
Taxi dari Muara Angke - Jakarta - Bandara = IDR 200,000 ( mamat tu bagi murah )
Airport Tax = IDR 150,000

Tu harga indicative jer. Lain lain depends la situasi dan keadaan !

Apa apa pun, sebab trip ni last minit, aku teragak agak jugak nak bagitau OR sebab macam tetiba jer. Lagipun aku ada lagi satu trip ke Bromo dengan GBS bulan ni.

"Yang.. saya baru tau saya ada trip ke Jakarta minggu ni"

Dia diam. Langsung tak cakap apa. Dah lama tu baru dia bersuara.

"Berapa hari?"
"3 hari 2 malam jer. Boleh tak?"

Diam lagi....

"Aci tak? Kalau tak aci pun, nak pegi jugak sebab tiket ni saya beli murah !"
"Ok lah"

Hiks...

"Thank you, macam tu lah. Baru la awak cantik macam Jessica Alba"

* pitam.

Hero pulak paling haru biru bila dia tau aku ada trip hujung minggu tu.

"Papa ! Papa nak pegi Jar-kar-ta ke?"
"Ya.. tak payah la Jar Kar Ta sangat. Jakarta jer"
"Ala.. tak best lah Papa tak de"
"Kejap je. Kenapa? Abang nak gi mana?"
"Abang ingat nak gi hotel kat rumah kawan Papa tu?"
"Hotel rumah kawan Papa?"
"Yang hari tu kita pegi masa Papa hantar barang tu"
"Pullman tu?"
"Haaaa"
"Next week lah... nanti kita pegi ok?"

Pujuk !

"Papa. TV game abang tu kan dah rosak. Nanti hari jadi abang, abang nak TV baru boleh tak Papa? ........."

Chobaan !

TV game dia tu memang dah lama rosak, so dia kurang main game sekarang ni. Cuma aku je buat tak peduli sangat.

".................... dengan Xbox ! Boleh tak Papa?"
"Apa?"

* picit kepala

"Papa tak de jangan gaduh dengan adik !"

Cubaan melarikan tajuk perbualan. Tetiba Princess menyampuk.

"Abang jangan gaduh dengan adik tau"

Padahal dia yang selalu carik pasal.

"Papa..."
"Hmmm"
"Nanti, Papa beyi ( beli ) tayar basikal adik yang baru boleh tak? Tayar basikal adik dah kotor"

* pengsan................

Harga tiket flight murah je, tapi invesment nak beli jiwa raga ni lagi berganda ganda mahalnya..

Nantikan detail pasal trip ke Kepulauan Seribu dan Jakarta. Ada kisah mistik berlaku semasa di Masjid Istiqlal....

10 comments :

  1. Tahun lepas masa aku menyinggah kat jakarta tak terfikir pun nak pergi pulau sekitarnya.

    Pernah cuba pengangkutan awam (bas especially)? Sangat la tidak efisyen.. Aku tunggu 2 jam baru bleh naik bas. Nak sampai ke destinasi pun agak lama. Kebetulan hari isnin (hari mula kerja) dan tersangat macet!

    ReplyDelete
  2. Jm pernak ke jakrt dan misi biasa shooping tp menarik gak kan klau nk ke pulau seratus ni. Info harga dh complet nk try lh nnti heee asyik nk tiru je kan. Jm masih phuket dan stay d silver resortel lepas baca blog abg meng lewww tiru lagi heee. Hero nk pegi umah kwn papa pullman? Haiii kelakar cam papa dia jgk heee

    ReplyDelete
  3. oiii meng...cam siot jekk mandi kucing...wakakakakakaa....

    x sabar nak baca kisah mistik ni...kalau ada bab mistik tempat ko pergi konpom aku xnak pergi hahahahaha....

    ReplyDelete
  4. Pengsan. Aku pernah terbeli tix ke tempat yang sama, waktu & hari yang sama. Vangang bertingkek sungguh.

    Gambar sunset kat Kepulauan Seribu tu lawa. Tenang je. Pulau Tidung, rasanya orang berbangsa Tidung kat Sabah ni asal dari sana kot.

    ReplyDelete
  5. owh. macam tu rupanya ayat memujuk. temanya keep it short & sweet. ok noted ! *ada trip aku belom mintak izin. huhu.


    ReplyDelete
  6. hehe. drama hero and princess..never failed to amuse me. :)

    ReplyDelete
  7. Teruja juga dengan Meng....Hard Rock tu wajib dikunjung...

    ReplyDelete
  8. ZZ : maksudnya kena repeat la tu...

    tapi kalau nak gi pulau ni kena banyak masa. dan kena buat pilihan yang tepat.

    aku x pernah naik bas.. nampak pun mcm huru hara nak naik tapi teringin jugak, next time la. tapi taxi lebih selesa dan selamat.. blue bird pun tak mahal mana.

    JM : have fung di phuket. jangan lupa pegi fantasia ya...

    ReplyDelete
  9. HB : mistik kali ni lain skit. lebih kepada keterujaan

    kaget jugak la kejap. tapi ok. under control.

    BK : aku pun pernah mcm tu. pegi osaka lak tu.

    bongok je rasa...

    sunset x menarik sgt. cuaca tak bagus masa kat tidung..

    ya ke tidung tu nama suku di sabah. maybe la tapi jauh beno kalau mereka nak berhijrah dari sana...

    ReplyDelete
  10. NanaT : ya.. short and simple.

    kalau x bagi gak hentak hentak kaki.. lama lama dia bagi jugak punya.

    hahahaha

    aku la tu

    Agip : budak budak tu time mood okey.. oke la. time mengamuk. time bergaduh.. hish.... aku lak naik hantu.

    MKL : HRC jakarta di tempat baru skrg ni..

    boleh la pegi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...